Andi Bernadee Berselubung Dengan Kain Putih, Belum Sedia Tunjuk Muka
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/22/105832vtjzt1v8m8511tmj.pngPenyanyi Andi Bernadee mengejutkan ramai apabila dilihat muncul dengan berselubung menggunakan kain putih selepas hampir setengah tahun menghilangkan diri.
Memetik mStar Online, Andi berkata dia tampil sedemikian kerana belum sedia berkongsikan wajahnya kepada umum.
Menurut Andi lagi, dia berselubung bagi mengelakkan orang bercakap buruk mengenai dirinya serta bagi mengelak penyakit ain.
“Sebenarnya saya pakai ni nak mengelakkan daripada orang terus bercakap perkara negatif atau menyakitkan hati dan saya belum sedia untuk berkongsi kepada semua keadaan saya sekarang ini.
“Sebelum ini kan saya kurus sebab sakit jadi ramai yang cakap bukan-bukan pasal saya jadi terpaksa tutup macam ini dan tunggu masa yang sesuai saya akan dedahkan kepada semua bagaimana rupa atau badan saya nanti,” katanya.
Sementara itu, Andi berkata dia sudah lama tidak keluar serta berjumpa dengan orang ramai dan akan menunjukkan wajahnya pada awal bulan hadapan ketika di pelancaran album terbarunya.
“Lama juga saya tidak keluar dan berjumpa dengan orang dan bila buat keputusan pakai kain ni atas persetujuan saya dan pihak pengurusan juga dan ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh beritahu,” katanya.
Terdahulu, Andi memberitahu dia berdepan masalah kesihatan dikenali sebagai penyakit graves iaitu gangguan autoimun.
Andi berkata sehingga hari ini dia masih berulang alik ke hospital dan penyakit tersebut menyebabrkan berat badannya turun mendadak.
Sumber : mStar Online, Rotikaya dah kenapa pulak tu? ye ke nok... macam over je kalau betul sakit idokk ler orang kisah kau kurus cengkung macamana... selubung2 ni lagi lah orang suspicious... ada bintik2 ke, ada tanda2 penyakit lain ke nok... prince_marhaen replied at 22-5-2026 03:28 PM
ye ke nok... macam over je kalau betul sakit idokk ler orang kisah kau kurus cengkung macamana... se ...
suss sangat
klu tak ready keluar public, berubat la dulu mana yg patut
dh gini lagi mengundang
org biasa pun org akn bercakap2
ni kan uols retis tersohorr
Dah serupa hantu dlm citer kartun:lol: sukacactus replied at 22-5-2026 03:38 PM
Dah serupa hantu dlm citer kartun
mcm ET gi halloween.
Invisible man... kalau buka kain kelubung tu, terus tak nampak apa-apa... pakaila purdah niqab... senang sikit nak makan nanti... Alang nk gitu baik buat identity baru jer. Pakai topeng mcm bandi amuk atau encik mimpi then guna nama lain.
macam macam hal huhuuhu telracs replied at 22-5-2026 04:11 PM
Invisible man... kalau buka kain kelubung tu, terus tak nampak apa-apa...
Teringat hollow man.. hehe.. supernaturalee replied at 22-5-2026 03:37 PM
suss sangat
klu tak ready keluar public, berubat la dulu mana yg patut
Dia saja wat camtu.. marketing kan..skrg acik porem dh mula bercakap pasal dia:lol: Dia ada masalah hyperthyroid kan. Mesti kurus gile sbb tu dia malu nak tunjuk muka Dia keluar pakai mcm tu ke. Jgn lah buat malu Islam.. Yg dia berlakon dgn nabila razali kat tv3 TU cite baru ke lama?
Pages:
[1]