CARI-MRO Publish time 25-5-2026 09:24 AM

Minat Dunia Politik, Adi Putra Sedia Jadi YB - “Bukan Sehari Dua Saya Dalam Politik"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/092253mquj4bmfa5juqhy6.png



Pelakon Datuk Adi Putra berkata dia tidak menolak kemungkinan jika ditakdirkan untuk aktif sepenuhnya dalam duniapolitik di masa akan datang.

Memetik Harian Metro, Adi berkata penglibatannya dalam dunia politik bukan perkara baru dan menyerahkan soal tersebut kepada takdir.

“Bukan sehari dua saya dalam politik, tetapi untuk menjadi wakil rakyat bukanlah niat saya. Namun, kalau itu ketentuannya, saya akan teruskan dan tidak menolak. Saya memang minat dunia politik

“Manifesto saya adalah bagaimana kita mahu mengadakan satu penyatuan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu, Adi berpendapat politik perlu menjadi medan yang matang dan bukan melagakan. Adi turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk menggunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

“Untuk tahun 2026 ini, politik seharusnya menjadi medan yang matang dan bukan politik yang melagakan. Kita cuma mahu meleraikan, bukannya mahu melagakan.

“Tangan saya dan pilihan saya adalah sama sahaja dengan anda semua. Tangan anda, pilihan anda. Cuma kita mahu apa yang kita fikirkan ini dinilai dengan akal yang panjang, bukannya akal yang pendek,” katanya.

Sumber: Harian Metro

prince_marhaen Publish time 25-5-2026 10:55 AM

ko jadi je lah politician kat Singapore sanaaaaa...tengok boleh cari makan ke tidookkkk.. kat sini jadi politician bukan sebab manifesto sangat pun kannnnn

red_velvet Publish time 25-5-2026 11:25 AM

Aku geli dgn dia ni..

adeqbun Publish time 25-5-2026 11:29 AM

mslhnye die asal spore nun..asal nak naik jd yb msia...

slyfynx Publish time 25-5-2026 11:39 AM

Tp......
ade gmbr ade spender tersangkut mcm mana

prettyuglybabe Publish time 25-5-2026 12:06 PM

ramai lagi orang tempatan lebih layak..
kau nak berpolitik, gi balik leluhur kau sana..

BungaKencana Publish time 25-5-2026 12:16 PM

kau pegi perjuangkan nasib melayu spore jela...berbakti pd negara sndr kan bagus

silance Publish time 25-5-2026 01:22 PM

Bukan mulayu singa saja nak jadi waibi. Abangla dan Rohingnya kalu bole nak ada waibi juga.

Raline Publish time 25-5-2026 04:04 PM

abang aaron tak nak join politik sekali ke

pocongkiutss Publish time 25-5-2026 04:06 PM

Kowser nyahhhhhhh

makneng Publish time 25-5-2026 07:30 PM

Sape je nak undi kau? Norish karman? Tikah suhaimi? Fuad rahman? Sape??? Over btl!
Pages: [1]
View full version: Minat Dunia Politik, Adi Putra Sedia Jadi YB - “Bukan Sehari Dua Saya Dalam Politik"


ADVERTISEMENT