“Ada Bentuk Badan Menarik, Memang Akan Ada VIP & Suami Orang Cuba Mendekati” - Anzalna Nasir
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/101705u4w5w6k9avlpiksc.pngPelakon Anzalna Nasir memberikan pandangannya susulan pendedahan selebriti wanita yang mendakwa pernah diganggu individu berstatus VIP.
Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna berkata perkara itu boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira dalam pekerjaan apa sekalipun.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/101808n0zmomro7mrpophf.png
“Terbaca kisah kawan selebriti diganggu VIP. Sebenarnya, kalau awak ada rupa atau tidak sekali pun, tapi bentuk badan menarik memang akan ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tidak kisah kerja apa sekali pun,” katanya.
Sementara itu, Anzalna berkata disebabkan keadaan tersebut dia memilih untuk memberitahu dirinya sudah mempunyai kekasih bagi mengelakkan ada pihak yang mahu mengambil kesempatan.
“Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada kekasih sebab setidaknya orang tidak berani nak kacau.
“Memang merata tempat saya akan beritahu sudah ada kekasih, sampai ada persoalkan ‘tak takut ke nanti tak popular sebab sudah ada boyfriend?’. Tapi saya tidak kisah.
“Yang penting saya tahu selamat daripada buaya darat. Sampai ke mana-mana pun, saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri, sekarang kekasih saya itu sudah jadi suami,” katanya.
Sumber: Rotikaya Apsal tetiba duk cite pasal laki sendiri ni? ada cubaan aktiviti penyondolan ke? Lately asal naik je nama dia ni, mesti komen area gini. Apo try hard selling sgt ni..asek nk up pasal suami ja.. tp retis malaysia pempuan 2 org je aku suka tgk sbb cantik & kemas fazura n anzalna Laki dia try siapa pulak niiii
Nak raya dah ni alahai serabut mikir mana nak gossip nya nak kecam geng sumud nya nak decode luahan alzalna lagi Aku percaya je anzalna dah anak dua ni ada vip nak try.. dia ni kalau janda or balu cpt je dpt vvip. Bini cantik, mampu bg zuriat, setia, ada income sendiri ssh nak cari tau. Harap hanif jgn buat Hal lah
Pages:
[1]