Mila Jirin tidak hilang, cuma sedang bertahan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/112446bq25tezjuptsbhhu.png"Saya tak hilang. Saya cuma sedang bertahan."
Itu luahan penuh emosi penyanyi Mila Jirin yang mendedahkan kehidupan sebenar dilaluinya selepas popularitinya mula merudum beberapa tahun selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 39, mengakui pendapatannya sebagai penyanyi mula jatuh sekitar 2009 sehingga memaksanya melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarga.
Menurutnya, ketika itu dia sudah membawa ibu bapanya berpindah ke Kuala Lumpur dan meminta mereka berhenti kerja sejak 2007, selain perlu menanggung adik-beradik yang masih bersekolah.
"Saya jual kek 'online' (dalam talian). Saya buka restoran kecil di Puchong. Waktu itu saya bukan 'boss'. Saya cuci kedai, cuci tandas, siapkan restoran dan tolong masak di dapur," katanya menerusi hantaran di TikTok.
Mila turut berkongsi detik paling sukar apabila dia pernah menangis ketika bekerja di dapur restoran sambil melihat rakan seperjuangannya masih aktif menyanyi di televisyen.
"Saya berdiri dekat dapur restoran. Comot, pakai apron, penat. Di TV ada lampu pentas. Di tangan saya ada senduk.
"Saya tengok mereka menyanyi. Saya tengok diri sendiri. Dan saya menangis. Ini bukan hidup yang aku impikan," katanya.
Menurut Mila, dia juga terpaksa mengorbankan karier seni demi memastikan keluarganya terus hidup dengan memilih menggunakan wang untuk keperluan dapur berbanding menghadiri majlis hiburan.
"Saya terpaksa pilih duit untuk baju, mekap dan 'event' (acara) atau duit untuk barang dapur keluarga. Dan saya pilih keluarga," katanya.
Penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu berkata, dia akhirnya membuat keputusan berhenti menyanyi pada 2013 kerana terlalu penat berdepan tekanan hidup walaupun masih mencintai dunia nyanyian.
Katanya, dia kemudian membangunkan perniagaan katering BIZMILLA bersama sahabat baiknya yang kini bergelar suami.
Bagaimanapun, Mila mengakui perasaan cintanya terhadap dunia nyanyian tidak pernah hilang dan masih berharap diberi peluang untuk kembali berkarya.
"Saya tak minta jadi nombor satu. Saya tak minta jadi famous semula.
"Saya cuma nak rasa sekali lagi orang menyanyi lagu saya bersama-sama," katanya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai apabila meraih ribuan tanda suka serta sokongan daripada peminat yang tersentuh dengan kisah pengorbanannya.
Sumber: Harian Metro Lah ko setiap kali update beli rumah baru la ape la mana hilangnya
Syukur la dapat cari rezeki dgn bisnes yang halal tak perlu jadi perempuan penghibur buat tontonan khalayak kan Hint nak masuk GV kot? Lulu_717 replied at 25-5-2026 11:36 AM
Hint nak masuk GV kot?
Hint nk keluarkan lagu baru bukan ko dh kaya ke sheol dah kaya kot, apa yg sedang bertahan ni?
bisness kawen letop, dewan kawen apa semua letop.
tak paham laa artikel ni. hmmmm
something fishy je ni
ade yg tak kena ke
apa yg dia bertahan? biz skrg tak masyuk ke? ke meretis ni betiang2 incomenya? Biasa kalo nk buat come back bagai ni adalah problem rumah tangga..harap bukanlaaa suara sedap, bisness pun pandai.. Bakal masuk gv kah? Nak tunggu ttmm anak sheols berbakatkah? Bisnes beria sangat kot. Expand beria last2 cost tinggi tak boleh nak cover. Agittew spekuan lasagna: sheol dah kaya kot, apa yg sed ...
Suami dia datuk kan Iols pernah ke restoran nya di.puchong tu..
Entah le.
Tak berapa sedap makanannya..
Tapi rezeki dia kan buat catering2 kanduri ni... Menyampahla ko ni. Time covid dulu buat cerita sedih je. Habis covid show off pulak beli kereta la apa la. Ni nak buat cerita sedih apa pulak Acik2 forum kalau tak rajin membaca tak payah masuk forum.
Forum ni memang kena rajin membaca.
Mila cerita zaman susah dulu.
Pages:
[1]