Jarang guna inhaler, kesihatan Jamilul Hayat semakin baik... Boleh berjalan tanpa tongkat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/125923qbl9ql1e67b79lpu.pngPERJALANAN penyanyi veteran Jamilul Hayat dalam program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menunjukkan perubahan positif dari segi kesihatannya yang dilihat semakin baik.
Jamilul Hayat atau Hayat Abdillah Mohd Ali, 65, berkata dia kini tidak lagi menggunakan alat sedut atau inhaler bagi membantu masalah sesak nafas yang dialaminya sebelum ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/125936tme53l3lm5g51frz.png
"Alhamdulillah dah tak ada rasa penat, sesak nafas pun dah tak ada lagi. Dah tak pakai inhaler lagi.
"Rasanya dah dua minggu tak pakai, sebelum ini seminggu dua inhaler digunakan.
"Setiap dua jam mesti kena pakai. Sekarang ni Alhamdulillah dada rasa lapang, kembali normal dan sihat walafiat," katanya.
Dia berkongsi perkara tersebut ketika berbual bersama pengacara TTMM2, Datuk Aznil Nawawi yang memperkenalkan sebuah produk kesihatan untuk diamalkan.
Dalam pada itu, Jamilul Hayat juga memaklumkan penggunaan tongkat yang digunakan selama dua tahun kini tidak lagi diperlukan.
"Tongkat pun dah tertinggal. Tak perlu pakai tongkat lagi. Dua tahun pakai tongkat.
"Saya nak bangun pun senang, sudah tidak terhegeh-hegeh lagi," ujarnya.
Sementara itu, Aznil menyifatkan perubahan Jamilul Hayat sebagai sesuatu yang sangat luar biasa sepanjang enam minggu program berlangsung.
"Ini dah minggu keenam. Pak Nil tengok satu perubahan yang sangat luar biasa untuk Pak Hayat (panggilan Jamilul Hayat).
"Inilah aturan Allah untuk TTMM, saya dapat bersama Pak Jamilul Hayat," katanya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202605/25/125948c5kuwrwawi5afprm.png
Untuk rekod, Jamilul Hayat sebelum ini berdepan masalah asma yang memerlukannya bergantung kepada inhaler, selain menggunakan tongkat bagi membantu pergerakan.
Sumber : mStar muda paknil 3 tahun je tapi paknil macam baru akhir 50an pulak Tuanya dia! Jamal umur 67 tahun nampak jauh lebih muda walopun pernah jd hardcore addict. Pak Nil umur 64 tahun pun nampak wayyyy younger. Kalo pompuan, Sima Teringin pun nampak jauh tua berbanding Jena Zain atau Liza Dullah walopun beza umur tak jauh beza. Maybe faktor duit banyak yg menyebabkan retis2 berkenaan maintain awet muda. Aku nak tau, dia makin sihat sebab amik product eskayvie ke Sebaya Salih Yaacob .. dua2 nampak uzur Perawankota replied at 25-5-2026 03:56 PM
Aku nak tau, dia makin sihat sebab amik product eskayvie ke
tak pasti, tp product eskayvie tu kan utk pembelajaran..
untuk focus minda, tapi tak pasti plak ada versi dewasa utk org2 yg sakit lemah ni. ada sesapo agent product kat forum ni, bleh tya.
Perawankota replied at 25-5-2026 03:56 PM
Aku nak tau, dia makin sihat sebab amik product eskayvie ke
Takde lah, dapat naik stage balik itu yg jadi sihat tu. kalau tak sblm ni dressing serupa pejuang taliban saje founder ni cakap, pak hayat makan product dia jadi sihat. kalau betul nak jugak beli. btw pak hayat ni dulu kaki dadih jugak ke? mrseller replied at 26-5-2026 08:57 PM
Takde lah, dapat naik stage balik itu yg jadi sihat tu. kalau tak sblm ni dressing serupa pejuang...
Lorrr join tablih ke sebelum ni? lasagna replied at 26-5-2026 02:22 PM
tak pasti, tp product eskayvie tu kan utk pembelajaran..
untuk focus minda, tapi tak pasti plak ada ...
Aku pernah beli yang warna purple tu masa awal2 covid 2020. Satu bekas tu rm65 tak silap. Tapi lama2 aku rasa mcm makan vitamin C jer sebenarnya.. Punyalah beli takut kena Covid, tapi ujung2 2021 kena jugak.. Produk eskayvie tu ada byk.. Diffenz yg vitamin C ada Tiger Mushroom tu bagus UTK batuk, asthma tu time covid ramai ambik. Utk pakcik Jamilul ni diorg bagi diffenz, phytax n mindtropic..
Mindtropic tu bukan utk minda budak-budak daja tapi utk org kortisol tinggi, stress memanjang .. Kasi tidur yg berkualiti.. Phytax tu utk kesihatan dalaman tak silap saya.
Sekian, bukan agen cuma pengguna bila perlu saje.. Bukan katanye ada kanser ke aritu? Tapi x buat treatment...kalau ye..maybe ni phase terminal lucidity
Pages:
[1]