CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21624|Reply: 128

AL QUR'AN

[Copy link]
qqq This user has been deleted
Post time 17-9-2005 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Apabila disebut 'alquran' apa yang dapat anda fikirkan? Apa yang dapat anda faham tentang hal ini? Bersama sama kita limpahkan pendapat, semoga ada ilmu yang boleh kita ambil manfaatnya. Silakan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2005 10:01 PM | Show all posts
ia adalah kitab orang islam....;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-9-2005 10:07 PM | Show all posts
Jika boleh, saya memecahkan alquran kepada dua. Pemecahan ini sekadar memudahkan kita untuk memahami.

Pertama- alquran yang biasa kita lihat itu, berupa naskah(jilid) yang tersusun dalam bahasa manusia(arab mekah), huruf dan dakwat. Sepertimana lazim kita ketahui dan baca.

Kedua- alquran sepertimana yang terakam dalam surah al-hasyar: 21- "Kalau sekiranya kami menurunkan alquran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan terpecah belah(hancur) disebabkan ketakutannya kepada allah"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2005 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by aina_shaira at 17-9-2005 10:01 PM
ia adalah kitab orang islam....;)


maaf saudari, Al Qur'an bukan lah kitab orang Islam tetapi ia adalah sebuah panduan kehidupan bagi seluruh umat manusia. Sebuah petunjuk yang tertulis segala jenis asas kehidupan dan gaya hidup untuk di jadikan pendoman pada seluruh umat manusia...



Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-9-2005 10:24 PM | Show all posts
Alquran ini(yang kedua) juga dijelaskan-  "Bahkan, ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim" (Al Ankabut: 49)

Alquran yang ini tidak mampu ditampung oleh gunung atau awan, yang mana hanya boleh existed didada orang yang berilmu. Di ayat lain, mereka ini dikatakan orang yang dianugeri 'hikmah'. Mereka juga dipanggil 'mukmin'.

Kita tinggalkan alquran kedua ini dahulu, tumpuan kita adalah yang pertama berupa naskah itu tadi.  Lazimnya, naskah alquran ini ada pada setiap rumah kita. Sekurang kurangnya satu..     

Betul ke penggunaan perkataan 'existed' tu? Hehehe, tak pandai BI.
Sebutan 'naskah' sekadar saya nak membezakan yang pertama dengan kedua. 'Membezakan' ini juga sekadar untuk memudahkan kita memahami..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 17-9-2005 10:50 PM | Show all posts
"Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk di sekelilingnya". (As Syuraa : 7)

Secara mudahnya, alquran ditulis dalam bahasa arab mekah, diturunkan kepada orang arab(muhammad saw), dan disebarkan kepada masyarakat arab ketika itu, juga ditulis dan dituturkan dalam bahasa arab.

Cuma, saya nak jelaskan alquran itu diturunkan dengan kaedah 'wahyu', yang mana bentuk bentuk pengajarannya 'bijaksana' dan 'hidup'. Dengan kaedah itu juga, menjadikan alquran ini untuk semua golongan. Setiap kita mengambil manfaat, setiap kita berdiri pada dasar yang berbeza dapat mengambil dari sumber yang sama. Yang terang dengan terangnya, yang keliru mengambil dari wilayah kekeliruannya..

[ Last edited by qqq at 17-9-2005 11:10 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
qqq This user has been deleted
 Author| Post time 18-9-2005 01:03 AM | Show all posts
Alquran kitab umat islam, dah kenalah tu. Untuk seluruh umat manusia, itu juga sesuai. Cuma cara kita 'mencerap'nya saja yang berlainan, akibatnya menimbulkan kesan seakan tidak menepati pada penglihatan kita.
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 18-9-2005 01:20 AM | Show all posts
sambung..

Ibarat orang yang membaca buku kedoktoran, maka bahasanya adalah bahasa kedoktoran. Untuk membaca perlu kamus kedokteran dan inseklopedi kedoktoran. Juga dalam membaca buku tentang teknik otomotif, diperlukan kamus dan inseklopedi otomotif, dan seterusnya.

Jika kita membaca dengan nafsu, maka yang bakal kita terima adalah nafsu- kekeliruan. Untuk menerima mesej alquran dalam bentuk yang lebih dalam, harus dengan peralatan yang juga dalam dan sesuai dengannya, dengan itu ke'wahyu'an alquran semakin jelas.

[ Last edited by qqq at 18-9-2005 01:48 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


qqq This user has been deleted
 Author| Post time 18-9-2005 02:07 AM | Show all posts
Ibarat informasi yang dihantar secara frekuansi(kita andaikan hanya ada satu frekuansi sahaja yang beredar disekeliling kita) yang sama tetapi boleh diterima dengan cara yang berbeza, mengikut keupayaan alat sipenerima. Jika alat menerima isyarat radio, maka yang lahir hanya suara. Jika peti TV, maka informasi yang diterjemahkan jauh lebih sempurna.

Mereka yang menggunakan alat radio, hanya dapat mendengar suara nyanyian. Barangkali yang kita dengar itu A, tetapi sebenarnya suara si B. Dalam hal memahami alquran, kesilapan ini tidak dapat kita elakkan.

Dengan peti TV, risiko kekeliruan itu boleh dikurangkan. Kita bukan hanya hanya mendengar, tetapi juga melihat. Dari paras rupa, lenggok badan, tarian(dll) dapat kita jadikan asas untuk mengecam siapakah watak tersebut..

.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 08:12 AM | Show all posts
"Cuma, saya nak jelaskan alquran itu diturunkan dengan kaedah 'wahyu', yang mana bentuk bentuk pengajarannya 'bijaksana' dan 'hidup'. Dengan kaedah itu juga, menjadikan alquran ini untuk semua golongan. Setiap kita mengambil manfaat, setiap kita berdiri pada dasar yang berbeza dapat mengambil dari sumber yang sama. Yang terang dengan terangnya, yang keliru mengambil dari wilayah kekeliruannya..
"

bagi untuk memudahkan untuk kita faham,contohnya macamni:seorang guru ingin menyampaikan pelajaran barunya kepada para pelajarnya.sedangkan para pelajarnya mempunyai tahap-tahap berfikir yang berbeza,kelakuan yang berbeza,karaktor yang berbeza.ada yang cepat tangkap,ada yang lambat tangkap.ada yang suka main-main,ada pula yang tekun dan bersungguh-sungguh.Jadi guru dengan kebijaksanaanya meyampaikan pelajaran kepada golongan-golongan manusia ini dengan tahap-tahap mereka ataupun kemampuan-kemampuan mereka agar mereka dapat memanfaatkan ilmu yang ada pada guru tersebut.Jadi setiap metod atau ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut walaupun tampak dalam kaedah-kaedah yang berbeza contohnya dengan hukuman,kekerasan,tegas,lembut,denda dan sebagainya adalah hasil dari kebijaksanaan guru tersebut bagi mendidik pelajar itu.

barangkali,inilah yang dimaksudkan dengan 'hidup' dan 'bijaksana'.cara Al-Quran diturunkan.

wahyu ini pula adalah cara bagaimana Al-Quran diturunkan.

Bagaimana kita memandang kebijaksanaan pendidikan guru tersebut?.

Andaikan kita dari satu golongan yang dididik oleh guru.sifat kita penuh kemalasan..seorang pelajar lain pula,penuh dengan semangat dan kerajinan.Guru itu tentu menyuaikan tindakanya terhadap kita dan dia.Jika sama ini pasti tidak kena,dan membantutkan proses pendidikan kita.Lalu,ilmu tidak dapat disampaikan kerana matinya potensi-potensi diri kita bagi menyerap ilmu tersebut.

Begitu jugalah dengan Al-Quran.Sebuah kitab yang penuh rahsia dan keagungan.Ilmunya dalam tak tahu mana batasanya.
Para Rasul pula diamanah pula,menyampaikan kitab ini kepada manusia.

Persoalanya.Mampukah kita menerima keseluruh ilmu tersebut?pasti tidak.Ia memerlukan persiapan diri..

pun begitu.Dalam kelompok-kelompok manusia.ada banyak.ada yang kafir,ada pula yang mu'min,ada yang munafik,ada yang jujur,ada yang berkelompok-kelompok,ada yang berniaga,ada yang berjuang.Dari pada sifat-sifat subjektifnya kita hinggalah kepada sifat-sifat fizikal dan sosial..

Jadi Rasululullah saw ditugaskan membawa Al-Quran kepada seluruh alam,yakni seluruh golongan,seluruh sifat-sifat manusia.Tapi caranya tentu berbeza.

barangkali,dengan yang kafir dengan kekerasanya sepertimana yang banyak disebutkan.Yang mu'min dengan lembutnya,yang tua dengan hormatnya,yang muda dengan sayangnya,yang solat dengan khusyuknya,yang beramal dengan keikhlasanya,yang belajar dengan ilmunya.yang miskin dengan redhanya,yang kaya dengan qana'ahnya.Yang degil dengan amaraNya,yang inginkan keuntungan dengan SyurgaNya.

Jadi,masing-masing mendapat 'layanan' masing-masing sesuai dengan karektor masing-masing.inilah sebuah kebijaksanaan yang agung.

Adapun 'hidup',kerana ia barangkali mengembangkan potensi-potensi yang ada dalam diri manusia dalam mana-mana golongan tanpa membantutkanya.Ia penuh hikmah hinggakan inidividu2 dalam golongan ini mendaki kepuncak dengan langkah demi langkah dengan jayanya,agar ia tidak bisa terjatuh dan lumpuh.Ia menghidupkan jiwa-jiwa manusia..

jika seorang yang zalim maka selayaknya ia dihukum,jika kita memandang dari tajamnya pisau,memanglah kita ngeri.tapi ia adalah satu kehidupan yang baru jika kita lihat dari atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 08:28 AM | Show all posts
kekadangtukan katakanlah,dia itu degil.kita pula seorang yang patuh,kita tinggal dalam satu kelas.Kita dipuji-puji oleh guru,diberi ganjaran dan layanan istimewa dan itulah yang selayaknya.kerana dengan pujian dan ganjaran itu bahkan dapat mengembangkan lagi diri kita,ilmu kita,minat kita untuk nelajar,kerana Guru tahu tahapan kita...

tapi,kawan kita yang degil tu,dihukum,diancam dengan ancaman-ancaman yang keras.seorang yang ingkar pada guru,seorang yang tak mahu ikut cakap.Guru pun menjatuhkan hukuman.

walhal sebenarnya,kita berada dalam pendidikan guru tersebut juga kawan kita yang degil tu.Tidak terkecuali.Guru menghukum dia,tapi bukan dengan perasaan benci.Jika guru itu benci nescaya kita sudah dibuang sekolah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 08:37 AM | Show all posts
biasanya orang yang dipuji-puji oleh gurulah yang lebih cenderung untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru,walaupun tak semuanya dia paham.potensinya lebih besar,ia umpama tv yang disebutkan oleh qqq itu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 09:17 AM | Show all posts
alhamdulillah, perbincangan sebegini dialu-alukan. teruskan... saya tumpang baca.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 11:00 PM | Show all posts
Tugas guru mengajar,melimpahkan ilmu-ilmunya,mendidik kita sesuai dengan watak-watak kita.Pun begitu seingkali kita bergaduh,bercakaran,bertegang leher,guru mengajar kita kelembutan,kerana kita seorang yang lembut,guru mengajar ilmu yang mana termampu dipikul oleh kita.Peranan kita pula memakmurkan kelas ini,alam ini.Tak mungkin Islam itu untuk satu golongan saja,sebagaimana mustahil dalam sebuah kelas hanya ada orang yang rajin saja.Tak gitu..?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2005 11:13 PM | Show all posts
"Alquran kitab umat islam, dah kenalah tu. Untuk seluruh umat manusia, itu juga sesuai. Cuma cara kita 'mencerap'nya saja yang berlainan, akibatnya menimbulkan kesan seakan tidak menepati pada penglihatan kita. "

hmm,apa yang kita belajar,itulah kitab.Apa yang dipelajari ia adalah umpama sebuah kitab.barangkali,orang yang bodoh macam saya ni pun sedang belajar.Kebodohan itu adalah kitab bagi saya.Sebab dari kebodohan saya mula memahami kepandaian.Yakni,saya tahu tahap-tahap kebodohan saya yang lepas-lepas.Walaupun sikit ataupun tak da,sekadar andaian saja..

[ Last edited by irfani at 18-9-2005 11:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2005 12:11 AM | Show all posts
aku nak tanya.. dulu2 ader tak diorang preserve naskhah al-Quran nie sebaik saja diorang copy? sbb aku tengok di kalangan org Yahudi, diorang mmg preserve betul2 kitab Torah diorang.. siap ader sapu tepung, pakai dakwat pun bukan sebarang... kalau salah sikit, satu naskhah tu jadi invalid. kat maner diorang ader simpan naskhah al-Quran tertua di dunia ek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


qqq This user has been deleted
 Author| Post time 19-9-2005 07:30 PM | Show all posts
Menjelaskan perihal alquran ini bukanlah mudah. Medannya sangat luas dan bersimpang siur, yakni saling kait mengait antara satu dengan yang lain. Saling mengait inilah menjadikan ianya sukar dijelaskan. Penjelasan sedikit tidak memadai, penjelasan yang panjang hanya akan menimbulkan banyak persoalan, juga dapat mengundang fitnah.

Jadi dalam hal ini, kita berbicara secara umum. Seterusnya, terpulanglah kepada anda. Yang pasti, disini bukanlah medan yang sesuai untuk mendetailkannya..
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 19-9-2005 07:52 PM | Show all posts
sambung..

Apakah alquran bertulis arab mekah(naskah) itu wahyu? Tidak salah jika kita mengatakan ia wahyu, tetapi untuk memudahkan penjelasan seterusnya, saya mengaggap alquran itu sebagai 'tetesan wahyu', atau 'kesan' langsung dari ilmu wahyu yang disampaikan oleh satu 'kebijaksanaan' yang luarbiasa.

Apakah itu wahyu? Alquran merakamkan-  

"Tidak akan ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengannya, kecuali dengan cara wahyu, atau dari balik hijab, atau dengan mengutus seorang rasul, maka diwahyukanlah dengan idzin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesengguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". (As-Syuraa: 51)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 19-9-2005 08:25 PM | Show all posts
"Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk di sekelilingnya". (As Syuraa : 7)

Kalau dilihat ayat diatas ini, bahasa arab alquran merupakan wahyu. Ayat diatas mengandungi makna yang sangat dalam, dan tidak mungkin dapat dijelaskan disini. Perkataan 'alquran' itu sendiri membawa makna yang sangat luas, begitu juga dengan 'bahasa arab'.

Jadi untuk memudahkan, boleh juga kita anggap ayat assyuraa: 51 itu wahyu(wahyu-1) dan alquran tulisan arab mekah ayat assyuraa:7 itu juga wahyu(wahyu-2).
Reply

Use magic Report

qqq This user has been deleted
 Author| Post time 19-9-2005 08:48 PM | Show all posts
Dalam hal 'wahyu'(wahyu-1), tidak mungkin ia disampaikan dalam bentuk bentuk tulisan atau lisan. Ini kerana instrument tersebut ada kelemahannya sendiri.

Bahasa lisan, kurang tersusun dan cermat dalam menyampaikan isi maksud. Ia berlaku secara spontan, dan kurang cermat pula si pendengar menangkap dan memahaminya. Ia tidak boleh disemak semula. Tetapi ada kelebihannya, iaitu penyampaian dapat disokong dengan intonasi, mimik muka, suasana yang ada atau diciptakan (serius, marah, gembira dll).

Dengan itu, lisan tidak dapat digunakan sebagai alat menyampai dengan baik. Begitu juga dengan tulisan. Pendek kata, kelemahan dan kelebihan lisan bersilang dengan tulisan. Kelebihan lisan menjadi kelemahan tulisan, dan sebaliknya.

Dalam hal ini, alquran disampaikan bukan dengan ragam penuturan seperti diatas, bukan lisan bukan tulisan, melainkan wahyu. Rasul tidak mendengar allah 揵ertutur kata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.093520 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list