CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69259|Reply: 689

[Tempatan] TERKINI: Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar. UTAMA: Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

[Copy link]
Post time 1-5-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 3-5-2024 12:38 AM

Gaji penjawat awam naik 15 peratus, pendapatan menyeluruh lebih RM2,000 - PM

Disiarkan pada: May 1, 2024 @ 11:29am

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
[email protected]



ANWAR (tengah) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC hari ini. FOTO Bernama


Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember depan.

Perdana Menteri berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.


"Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-lebih-rm2000-pmMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2024 02:25 PM | Show all posts

TERKINI: Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Edited by antikorok at 16-8-2024 02:29 PM

NASIONAL

Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

Ogos 16, 2024 @ 11:08am

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Noor Atiqah Sulaiman
[email protected]





PUTRAJAYA: Selepas 12 tahun terikat tanpa semakan, pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember ini menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.

Berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana.

Manakala bagi pengurusan tertinggi penjawat awam, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus berdasarkan pelaksanaan SSPA.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini manakala fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026.

Jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan pelarasan terbabit secara berperingkat disebabkan kekangan dan untuk mengelakkan tekanan inflasi.

"Pelarasan gaji bagi pegawai kumpulan pelaksana, pegawai kumpulan pengurusan dan profesional adalah sebanyak lapan peratus pada pertama dan tujuh peratus pada fasa kedua.

"Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, kadar kenaikan adalah sebanyak empat peratus bagi fasa pertama dan tiga peratus pada fasa kedua," katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

"Sebagai contoh, seorang guru yang berkhidmat selama lima tahun dengan pendapatan bulanan RM3,838 akan menerima pelarasan gaji sebanyak lapan peratus pada fasa pertama, menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM4,085.04.

"Bagi fasa kedua pada Januari 2026 pula, guru akan menerima pelarasan tambahan sebanyak tujuh peratus, menjadikan pendapatan bulanan mereka kepada RM4,559.24," katanya.

Contoh lain, seorang pegawai polis gred YA1 dengan pendapatan bulanan RM2,256 akan menerima pelarasan gaji sebanyak RM240, meningkat kepada RM2,496 manakala pada fasa kedua, pendapatannya akan meningkat kepada RM2,726.02.

Katanya, kaedah dan formula untuk pengiraan pelarasan akan dijelaskan secara terperinci oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada sesi libat urus akan datang.

"Seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember ini, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

"Turut dipertimbangkan, pengorbanan dan bakti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Jadi bagi veteran ATM tidak berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pelarasan gaji penjawat awam itu dianggarkan mencecah lebih RM10 bilion setahun, namun jumlah sebenar akan diperincikan dan dibentangkan pada Belanjawan 2025.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika tiba pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 “Perkhidmatan Awam MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 hingga 42 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi. - Foto BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... gurusan-tertinggi-7
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2024 02:27 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2024 11:57 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoyeahhhh…syukur Alhamdulillah.
Jangan ada yg merungut nape bermuala 1 Dec lah apa lah, org nk bg terima aje tggu smpai wktunya
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki memasing. Dengarnya pesara pun naik gak kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaaaahhhhh..syukurrr alhamdulillah..kalau di swasta tu dah kira mcm promotion rate dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank Rakyat senyum lebar. Harap dividen boleh dapat 20% nanti. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Get ready subsidi bersasar
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
15% ni semua kategori atau ada hanky panky lg.......
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Purcaya ka???????
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts

"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.

Maksud ayat ni mcm belum study lagi tahap kemampuan. Tapi dh confirm kan ni, gaji penjawat awam naik bulan 12, bukan janji kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Acik Gomen..harap2 peniaga tak ambil kesempatan naikkan harga
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah acik2 pokcik2 gomen..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank rakyat, mbsb, bank islam bsn, bank muamalat, koperasi dan sewaktu dengannya tersenyum manis
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:50 PM | Show all posts
Mls nk caya sgt si madanon ni, msti ada catch la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm naik dh ke 5 angka. Lhdn tersenyum lebar. Apa2 bersyukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 1-5-2024 12:16 PM
Get ready subsidi bersasar

Exactly my thought.
Tungguuu…
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja pun kena rajin lah kan? Jangan melepak di kedai mamak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam too good to be true aja. Tapi kalau iya aku yang kerja full time makan gaji gomen takda side income macam porumer2 laen ini seharusnya bersyukur saja la atas rezeki ini kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
naik banyak. potong pcb pun byk.
tax pun tinggi sbb aku bujang.. walau beranak 35 ekor.
ntah ler ada ke dpt subsidi bersasar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2024 01:00 PM | Show all posts
Edited by cursebreaker at 12-8-2024 12:22 PM
lurve82 replied at 1-5-2024 12:52 PM
Hmmm naik dh ke 5 angka. Lhdn tersenyum lebar. Apa2 bersyukurrr

edited
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.272276 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list