Oleh TUAN NURHIDAYAH TUAN AB.GHANI
7 Mei 2024, 3:14 pm
Beberapa kenderaan dihempap pokok besar di lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR – Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail, di sini, dilaporkan tumbang dan menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan lanjut diterima mengenai mangsa atau kenderaan yang terjejas akibat kejadian.
Pihak Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa susulan kejadian terbabit.
tgk video rasanya yang dalam kereta putih sbb yg belakang driver dia dapat keluar dr kereta.
innalillahiwainnahirojiun. salam takziah buat keluarga arwah.
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Post time 7-5-2024 04:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seorang maut, seorang cedera dalam insiden pokok tumbang Jalan Sultan Ismail
Edited by YgBenar at 7-5-2024 04:51 PM
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan maut dan seorang lagi cedera setelah terbabit dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang tadi.
Seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut kenyataan Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin, setibanya dilokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.
Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasaliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.
“Terdapat dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia.
“Mangsa kedua lelaki tempatan, 26, mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan terdapat kelewatan tren susulan kejadian pokok tumbang antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.
Rapid KL dalam kenyataan berkata, tiada perkhidmatan monorel di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku.
“Perkhidmatan alternatif diaktifkan iaitu bas perantara dari KL Sentral ke Medan Tuanku.
“Selain itu turut disediakan tren perantara dari Medan Tuanku ke Titiwangsa (Platform 1),” katanya.
Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pokok tersebut menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Satu kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku di Jalan Sultan Ismail, di sini, berhadapan Hotel Concorde, petang ini.
Satu kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku di Jalan Sultan Ismail, di sini, berhadapan Hotel Concorde, petang ini.
"Sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya dan sebanyak 17 kenderaan terbabit.
"Landasan monorel di sebelah atas turut dihalang dengan dahan pokok dan beberapa fasiliti awam termasuk perhentian bas rosak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, operasi menyelamat segera dijalankan dan dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota.
"Mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan," katanya.
Twitter
Beliau berkata, operasi menyelamat segera dijalankan dan dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota.
Twitter
"Mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan," katanya.
Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada paramedik untuk rawatan lanjut.
Berdasarkan beberapa video yang tular, pokok menghempap hampir 10 kenderaan sehingga menyebabkan remuk teruk.
Satu kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat berlaku di Jalan Sultan Ismail, di sini, berhadapan Hotel Concorde, petang ini.
Ketika kejadian kenderaan yang dihempap melalui laluan dari arah Kampung Baru menuju ke arah Bukit Bintang.
Berhubung kejadian sama, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan susulan itu, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.
"Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian," menurut kenyataan itu.
"Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang," menurut kenyataan itu.