View: 61446|Reply: 292
|
Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah
[Copy link]
|
|
Kena belasah tanpa sebab
Oleh Wan Faizal Ismayatim
[email protected]
2012/04/14
NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur, semalam.
Artis hip hop dakwa dipukul kerabat diraja di luar pusat beli-belah
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.
Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.
“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.
“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.
Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.
Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.
Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.
Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
| adakah seperti yg pemikiran aku?? adakah prinses wannabe punyer bf ?? |
|
|
|
|
|
|
|
PENYANYI hip hop, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, awal pagi semalam. - Foto Khairull Azry Bidin (berita lanjut)
Apr 14, 2012 7:06 am |
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by contactlens at 14-4-2012 12:18
ooo..kesahnyer..kali neh bercoti kat mana plak??
baru balik aprika..kan??
skymania Post at 14-4-2012 12:14
2 minggu brcuti kat argentina katenye..hanimun berehat la tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
nI ke prince of damansara? |
|
|
|
|
|
|
|
kerabat diraja pale lutut namanya tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau takde masalah kenapa kene pukul?
ke tersalah orang? Ish3x |
|
|
|
|
|
|
|
takdenya tanpa sebab. mesti ada sebab tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# skymania
tpi bf pwincess bimbo wannabe xde kt sini kan......kt over the sea rasenye..........
bercuti dgn ellie.............. |
|
|
|
|
|
|
|
sape kerabat itew?
kesian ko budak.gigih dpt masuk depan BH lagik.tp iols speku kes ko nih
ttp akan senyap sunyi diperam lam gua lepasnih |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by FreeMen at 14-4-2012 12:54
ni adik ipar kepada dj flyfm.
last year dj tu kena pukul dgn kerabat ni, org yg sama!
2 hari lepas adik ipar dia pulak tiba2 kena tarik dari kereta dan d pukul.
btw org tersebut bukan kerabat d raja johor. tp pahang tak silap aku.
sila rujuk d sini https://twitter.com/#!/cowbear |
|
|
|
|
|
|
|
ni adik ipar kepada dj flyfm.
last year dj tu kena pukul dgn kerabat ni, org yg sama!
2 hari l ...
FreeMen Post at 14-4-2012 12:51
motip berdendam ngan seketurunan?? |
|
|
|
|
|
|
|
alah. kalau kes gaduh ni biasanya mesti start dari night club.
paham2 sendiri la. maybe betul dan maybe tidak.
dan maybe over jealousy.
some people still living in the medieval times. |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 tu p bercuti la ke |
|
|
|
|
|
|
|
siapa lagi kalau bukan TMJ tuh |
|
|
|
|
|
|
|
hmm...based on the tweet..who is Tunku Mishal? bukan kerabat diraja Johor meh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# torreto
bukan tmj la. tengku mishal. tak abes2la nak kaitkan tmj. |
|
|
|
|
|
|
| |
|