CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19158|Reply: 101

boleh tahan Playboy hafizsuip ni ? ,gambar baru GF hafizsuip ..

[Copy link]
Post time 28-2-2014 05:36 PM | Show all posts |Read mode
asal sarawak nama Nureffy Jesreel masih Penuntut Universiti








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2014 05:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:39 PM | Show all posts
ok la lawa..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 05:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:40 PM | Show all posts
alalalahh hapizz, kemain ko nak nyorok. keluar jugak muke nye ha, sah tensen mamat ni pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:41 PM | Show all posts
maksud playboy? Dia ada gf lain ke selain yg ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2014 05:41 PM | Show all posts
alaaa..biasek la tgh mencrik bini...bukan dah bernini..klu dah berbini byk pompuan lain baru la boya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 05:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2014 05:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:43 PM | Show all posts
ok jugak minah nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 05:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 05:52 PM | Show all posts
Gadis Itu Paling P&C Dalam Hidup Saya - Hafiz



Dalam diam-diam penyanyi Hafiz Suip rupanya kini sedang intim dengan seorang gadis yang bergelar pelajar. Berkongsi hal tersebut dengan pihak media, Hafiz berkata dia dan gadis misteri itu sudah berkawan sejak lebih empat tahun.

Bagaimanapun pelantun lagu 'Bahagiamu Deritaku' ini enggan berkongsi lanjut mengenai siapakah gerangan teman istimewanya itu kerana menghormati privasi gadis tersebut.

"Saya akui gadis yang datang bersama saya sewaktu di konsert MLM lalu adalah teman saya. Kami berkawan dengan dah lama, lebih dari empat tahun. Dia orang yang paling 'P&C (private & confidential)' dalam hidup saya.

"Dan buat masa ini saya tak boleh dedah namanya kerana saya menghormati privasi dia juga ibu dan ayahnya. Lagipun kami masih sedang mengenali antara satu sama lain. Dia pun masih belajar", tutur Hafiz ketika ditemui pada majlis Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.


Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, ini berkata demikian tatkala diminta menjelaskan siapakah gadis yang menemaninya sewaktu di konsert Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung beberapa minggu lalu.

Tambah Hafiz lagi, dia tidak mahu terburu-buru dalam memikir peringkat perhubungan mereka yang seterusnya kerana buat masa ini mereka berdua perlu menumpukan perhatian pada komitmen masing-masing. Namun Hafiz berharap hubungan mereka sentiasa mendapat restu daripada ibu bapa masing-masing.

"Kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya mesti perkenalkan dengan keluarga saya dahulu. Sebab saya nak mereka tahu dengan siapa saya berkawan. InsyaAllah mudah-mudahan kami sentiasa direstui oleh ibu bapa.

"Tapi buat masa ini kami belum ada apa-apa lagi, jadi saya tak mahu lah kisah hubungan kami ini diperbesar-besarkan. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan kalau kami direstui ibu bapa kami..." katanya yang meletakkan sasaran mahu mendirikan rumah tangga sebdelum usia 30 tahun.


Sementara itu, sempena ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini (27 Februari), anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata dia berazam mahu berusaha lebih gigih lagi dalam mengukuhkan kerjaya nyanyiannya baik di industri tempatan juga mencari peluang menembusi pasaran muzik luar negara.

"Alhamdullilah saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Dan saya mahu berusaha lebih lagi. Saya mahu melebarkan sayap saya ke peringkat luar negara, seperti mana rakan artis seperti Shila Amzah.

"Setakat ini saya mulakan dengan percubaan lagu duet saya bersama Rossa, single 'Salahkah'. Sambutan di Indonesia menggalakan dan saya berharap dengan lagu itu dapat membuka lebih peluang kepada saya pada masa akan datang", katanya.

Sejak berkecimpung dalam bidang seni muzik pada tahun 2009, perjalanan seni Juara Akademi Fantasia (AF7) ini dilihat begitu lancar dengan kejayaan demi kejayaan yang diciptanya. Impresif setakat ini, berbekalkan sebuah album disamping itu Hafiz juga telah memenangi sebanyak 25 anugerah pelbagai, di dalam mahupun di luar negara.

Selain itu sempena ulangtahun kelahirannya, Hafiz akan meraikan dalam satu acara santai bersama kira-kira 50 peminatnya, pada 2 Mac ini. Pada hari tersebut Hafiz dan peminat-peminatnya akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik di Bukit Cerakah, Kuala Lumpur.

Terkini, Hafiz dalam perancangan untuk mempromosikan single terbarunya berjudul 'Kesimpulan'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 05:54 PM | Show all posts
Belum Sedia Kahwin, Hafiz Suip Sorok Identiti Teman Wanita Baru?

Pelantun lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip memberitahu bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang gadis yang katanya masih bergelar pelajar di sebuah IPT tempatan. Dalam kata lain, teman wanita baru. Heh.

“Saya akui berkawan dengan seorang wanita dan sebelum ini saya pernah bersamanya ke MLM kemungkinan dari situlah ramai orang melihatnya. Apa yang ingin saya beritahu ialah bahawa kami masih dalam proses berkawan dan saling mengenali hati budi”

“Lagipun dia kini masih belajar dan kalau boleh saya tidak mahu (hubungan kami) menjejaskan pelajaran dan privasinya,” ujarnya ketika ditemui di majlis kesyukuran yang diadakan di hotel Hilton, KL Sentral semalam.
Perkenalannya bersama gadis itu sebenarnya sudah bermula sejak 4 tahun yang lalu dan Hafiz berharap perhubungannya itu direstui oleh kedua-dua belah pihak ibubapa. Dia juga mengakui yang dia telah membawa rakan wanitanya itu berjumpa dengan kedua-dua ibubapanya, dan setakat ini nampaknya hubungan itu berjalan lancar dan direstui.

“Saya sudah mengenalinya lebih 4 tahun, dan nampaknya kami mempunyai keserasian. Saya sebenarnya suka seseorang perempuan yang boleh memahami kerjaya saya dan yang paling penting sekali hormat kepada kedua-dua ibubapa saya.

“Secara jujurnya setiap perkenalan sememangnya saya akan bawa mereka untuk bertemu dengan ibubapa saya. Restu mereka amatlah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan termasuklah dengan kerjaya kita”

“Alhamdulillah, setakat ini ibubapa saya boleh menerimanya dan hubungan kami tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti dia terlebih dahulu kerana menghormatinya, tetapi bukanlah untuk menyorokkannya”

“Hubungan yang belum boleh dijelaskan kerana kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini, sekiranya betul-betul saya bercinta atau mahu berkahwin saya akan memberitahu kepada semua peminat dan media-media,” katanya.

Sasar Kahwin Sebelum Umur 30 Tahun
Hafiz Suip juga tidak merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam masa yang terdekat ini, kerana targetnya kemungkinan besar 3 tahun dari sekarang ataupun sebelum umurnya mencecah ke angka 30 tahun.

“Belum terfikir untuk berkahwin lagi kerana saya mahu focus pada kerjaya terlebh dahulu dan kemungkinan besar selepas 3 tahun daripada sekarang ataupun sebelum umur saya menjangkau 30 tahun,” tambahnya lagi.

Sementara itu, majlis kesyukuran Hafiz yang diadakan bersempena kejayaannya merangkul beberapa anugerah industri tanah air ini, turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Astro, En Rozaini Mohd. Sani serta kedua dua ibubapa Hafiz iaitu Puan Halizawati dan En Mohd Suip
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:58 PM | Show all posts
amilfitri tu private la plak
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:59 PM | Show all posts
Ok lawa.. Iols restu

Apa2 pun Janji Hafiz bahagia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2014 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2014 06:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:31 PM | Show all posts
Bila pakai spek muka cam bini Johan+Kilafairy
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:35 PM | Show all posts
fazila17 posted on 28-2-2014 05:59 PM
Ok lawa.. Iols restu

Apa2 pun Janji Hafiz bahagia

motip??...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama pelik. TT @ bongkarahsia ni siapa? Kenapa ko suka korek hal2 gf si hafiz suip ni? Asyik naik thread pasal gf. Biar la si hafiz tu nak bercinta dgn sesapa pun. Xde gosip cinta2 lg bgs. Niat TT ni nak berkongsi ke, nak mengutuk ke apa? Aku agak keliru...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064126 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list