CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 22-4-2010 09:34 AM | Show all posts
ni saya jumpa di internet ada 62 pages tak habis baca lagi..ingatlah bincang dgn hati bukan emosi kita nak cari kebenaran..

Sampai pahala bacaan dan amalan orang hidup kepada yang sudah meninggal dunia.


Ada baiknya jika ianya dibahas  secara detail sekadar untuk mendapatkan kefahaman , mudah-mudahan tidak berlaku tindakan keterlaluan daripada pihak-pihak yang kontra terhadap masaalah ini.
Ulamak  telah meninggalkan karangan-karangan mereka kepada umat sebagai panduan dan kajian buat yang  kemudian. Lantaran itu sekalipun kita cuba untuk mengemukakan idea-idea baru ,tidak telepas juga  kepada pemerhatian pada keputusan-keputusan Ulamak terdahulu. Buktinya ,sesuatu keputusan hukum pada sesuatu perkara  mestilah tidak mencarikkan (bertentangan) dengan Ijmak Ulamak. Perkara ini memang sudah menjadi dasar berhukum yang maklum dan jelas dinyatakan dalam perbahasan Ilmu Usul Fiqah. Persoalan sampai atau tidak sesuatu amalan daripada yang hidup kepada yang sudah wafat tidak terlepas juga daripada bahasan Ulamak terdahulu. Disini saya naqalkan (catatan) beberapa naqalan Ulamak Mutaqaddimin dan Mutaakhirin , samada yang pro atau kontara pada masaalah ini
       
MAZHAB HANBALY.

(1)Ibnu Tayymiyyah :
                                                                                                                                 
Tercatat dalam kitab , Kutub war Rasaail wal Fatawa Ibni Tayymiyyah fil Fiqh. ms 366 vol, 24. Maktabah alFiqh wa Usulih ;                                                           
                                                    FASAL.
Adapun masaalah bacaan, sedekah dan selain keduanya daripada segala amalan kebajikan ,Maka tidak  berbantah (berkhilaf) dikalangan  ulamak Ahli Sunnah Wal Jama’ah pada sampainya pahala segala ibadat maaliyah (yang jenis harta), seperti sedekah dan memerdekakan hamba, sebagaimana sampai juga kepada mayyit,sampai doa (disisinya) , istighfar (memohonkan keampunan untuk nya), sembahyang jenazah dan doa disisi kuburnya.Telah berbantahan (berkhilaf pendapat) pada masaalah ibadat amalan badaniyah  seperti Puasa ,Sembahyang dan Bacaan .  YANG BETUL, BAHAWA KESEMUA NYA SAMPAI KEPADA MAYYIT.
Maka sesungguhnya telah sabit dalam Sahihain (Bukhary dan Muslim) daripada Nabi saw, bersabda baginda ;  Sesiapa yang telah mati dan atasnya (mempunyai) puasa yang tinggal (qadho) maka berpuasalah menggantikannya oleh walinya.
Dan telah sabit juga ,bahawa Nabi saw telah memerintahkan seorang perempuan yang kematian ibunya , padahal menanggung puasa ,hendaklah dia berpuasa menggantikan puasa ibunya yang telah mati.
Dalam kitab Al Musnad , bahawa Baginda saw bersabda kepada Amru ibni Ash  r,anhu : Jikalau sesungguhnya bapamu  Islam maka jika engkau bersedekah menggantikannya (untuknya) atau engkau berpuasa atau engkau memerdekakan  (hamba untuknya)  nescaya bermanfaat perkara tersebut padanya. Ini (semua yang tersebut) adalah Mazhab Imam Ahmad,Abi Hanifah,  Satu Tho ifah  (sekumpulan) Ashhab Imam Malik dan Syafie.

Adapun sebahagian mereka yang berhujjah (mengatakan tak sampai) dengan firman Allah swt: S, AnNajmi ayat 39 [Dan bahawa tiadalah bagi seseorang manusia itu, melainkan apa yang ia telah usahakan] maka dijawab kepadanya , sesungguhnya telah sabit didalam Sunnah (Hadis) yang Mutawatir dan Ijmak Ummah bahawasaNya SAMPAI.
                                                             Tammat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2010 09:38 AM | Show all posts
Reply 177# Hang

bukan murid directly dia mengembangkan ajaran dari kitab2 syafie...kena tau gak dlm kalangan anak2 murid ni pun ada yang punya kefahaman sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 09:57 AM | Show all posts
bagi sy senang jek.. buat perkara baik niat baik Insya Allah dpt pahala kalau buat jahat dpt lah dosa kan!! kalau setakat pegi kubur baca Yassin mesti dpt pahala kalau tak kat ahli kubur kita pun dpt gak pahala kan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply  Hang

bukan murid directly dia mengembangkan ajaran dari kitab2 syafie...kena tau gak dlm  ...
sunsuria3 Post at 22-4-2010 09:38 AM


jadi kena la katakan dia 'pengikut mazhab syafei' dan bukannya 'anak murid imam syafei'.  Perbezaan keduanya amat nyata..!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 12:32 PM | Show all posts
bagi sy senang jek.. buat perkara baik niat baik Insya Allah dpt pahala kalau buat jahat dpt lah dos ...
zamnie Post at 22-4-2010 09:57 AM



    Baca yasin tu dapat pahala...

    bagaimana kalau orang baca Yasin atau Quran di tempat yang dilarang Nabi..? Apakah mendapat pahala?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 08:47 PM | Show all posts
kata pensyarah pengikut syafie ni pun berpecah..membawa haluan dan kefahaman masing2...macamlah mazhab yg empat, masing2 berbeza pendapat walau pun sumber rujukan al quran dan sunnah

baca yassin tempat larangan? such as?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2010 08:56 PM | Show all posts
Disini sengaja saya bawakan pendapat Ibnu Tayymiyah dan murid beliau Ibnu Qayyim kerana keduanya  kebiasaannya adalah merupakan rujukan kepada mereka yang kontra . Sebaik-baiknya kita hendaklah memahami, bahawa tidak semua pendapat Ibnu Taimiyyah betul, dipakai atau ditolak. Ianya bergantung kepada sejauh mana betul benarnya pendapat-pendapat beliau. Sikap kita dalam menaggapi persoalan pendapat-pendapat dan pandangan Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya jelas , telus dan tidak tersembunyi. Kita lebih mengutamakan pendapat-pendapat para pemuka ulamak mazhab yang muktabar pada  setiap ulasan dan pendapat mereka jika dibandingkan dengan ulamak yang  masih dalam lingkungan masih tercari-cari yang kebiasannya berlaku perubahan-perubahan yang bertentangan pada setiap pendapat .  Hari ini kedengaran  penceramah-penceramah menyebut-nyebut nama Ibnu Taimiyyah sebagai tempat rujukan , buku-buku, cd, majallah dan alat-alat komunikasi mencatit nama tersebut . Adakah kita telah ketandusan Nama-nama ulamak besar selain beliau sebagai tempat rujukan dan contoh?.  Kemana sebenar tujuan para penceramah dan Da’ie hari ini?.


(2) Ibnu Qayyim:   

Beliau berkata  dalam Kitab ArRuh , cetakan kedua di Haidar Abaad , muka surat 13:
      
Sesungguhnya tersebut daripada satu Jama’ah daripada Salaf, bahawa mereka berwasiat membaca Quran disisi kubur mereka pada ketika menanam . Abdul Haq berkata ; Bahawa Abdullah Ibn umar r,anhuma, menyuruh  dibacakan  surah Al Baqarah disisi kuburnya, sebahagian dari orang yang menyaksikan perkara tersebut
( wasiat tersebut ) adalah Ali bin Abdul Rahman.

Imam Ahmad r,anhu permulaannya beliau mengingkari perkara tersebut ( sampai dan harus membaca quran terhadap mayat ) sebab tidak sampai lagi padanya hadis. Selepas itu beliau rujuk  kembali dari fatwanya (dengan mengatakan sampai pula).  

Al Khilal berkata dalam kitab beliau Al Jami’ pada bab membaca Quran disisi kubur : [Telah mengkhabarkan daku oleh Al Abbas bin Muhammad Ad Daury, beliau berkata: Telah mengkhabarkan daku oleh Yahya bin Mu ‘in, Beliau berkata: Telah mengkhabarkan daku oleh Abdul Rahman bin Al A’laa bin Al Jalaaj, daripada bapanya , beliau (Abd.Rahman) berkata: Telah berkata bapaku: Apabila aku mati, letakkan daku di liang lahad engkau bacalah “ Bissmillahi wa ala millati Rasullilah” dan  tuangkan perlahan-lahan tanah atasku lalu bacalah disisi kepalaku awal surah Al Baqarah, kerana bahawasanya aku telah mendengar Abdullah bin Umar r. anhuma, berkata (berwasiat) seperti itu].  

Abbas Ad Daury  berkata:[Aku bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal: berkata aku : Adakah engkau hafal suatu  (hadis) berkenaan membaca Quran disisi kubur?. Beliau menjawab : Tiada ?. Aku sudah bertanya pada Yahya bin Mu’in , dia mengkhabarkan  tentang hadis ini padaku. (Yaitu hadis wasiat Abdullah bin Umar tersebut)].
Al Khilal berkata:Berkhabar pada ku AlHasan bin Ahmad Al Waraq, beliau berkata menceritakan daku Ali bin Musa Al Hadad , beliau seorang yang sangat benar , beliau berkata [Adalah aku bersama-sama Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Qudamah Al Jauhary mengiringi jenazah. Maka apakala selesai ditanam mayyit tersebut, duduklah seorang buta membaca Quran disisi kubur itu. Imam Ahmad berkata  (menegur) “Hai lelaki ini,,,,, Bahawa membaca Quran di tepi kubur , bida’h”. Apakala kami keluar dari perkuburan, bertanya Muhammad bin Qudamah kepada Imam  Ahmad bin Hanbal, “Wahai Abu Abdillah, apa  kata (komen) engkau pada Mubassyir bin Al Halaby?”. Imam Ahmad menjawab “Orang thiqah (kepercayaan)”. Berkata Muhammad bin Qudamah lagi “ Adakah engkau tulis ( catit /riwayatkan) daripadanya sesuatu hadis?”.   Jawab Imam Ahmad “ Bahkan ( ya aku catitkan)”. Muhammad  bin Qudamah lalu berkata: “Mengkhabarkan daku oleh Mubassyir daripada Abd. Rahman bin Al Alaa bin Jalaaj , daripada bapanya , bahawa bapanya berwasiat apabila dia selesai ditanam dibacalah  (arah ) dikepalanya  awal surah Al Baqarah dan akhirnya (S. Baqarah). Kemudian dia (Al A’laa)  berkata “Aku dengar Ibnu Umar r,ahuma berwasiat dengan demikian itu”. Lalu Imam Ahmad berkata “ Kembalilah engkau ( ke perkuburan) dan katakan kepada lelaki tersebut  “Baca lah”].

Al Hasan bin AsShobah AzZa’farani berkata“Aku bertanya kepada Imam Syafie berkenaan membaca Quran di sisi kubur, maka beliau menjawab “ Tak mengapa ,dengannya”.

Al Khilal menyebut lagi “Adalah  golongan (sahabat) Al Ansar, apabila kematian dikalangan mereka , mereka pergi ke kubur yang kematian itu, membaca Quran disisnya”.
      
                                                            Tammat .
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:25 AM | Show all posts
u tls apa i tak perasan pun...saya pun dpt ilmu baru dah bab tahlil ni dlm pengajian tajdid minggu lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2010 10:12 AM | Show all posts
(2) Ibnu Qayyim:   

Beliau berkata  dalam Kitab ArRuh sunsuria3 Post at 22-4-2010 08:56 PM



Apakah ini pendapat yang dipegang oleh Ibnu Qayyim?

Saya tak boleh check balik Kitabur Ruh kerana kitab yang saya ada hilang dari simpanan. Seingat saya dalam Kitab ini Ibnu Qayyim menjelaskan semua pendapat yang ada tentang sesuatu masalah berkaitan dengan permasalahan ini dengan dalil-dalilnya sekali.

mungkin saudari sunsuria boleh mengpost pulak pendapat2 yang lain berkaitan masalah ni yang terdapat dalam Kitabur Ruh tersebut...juga komen2 Ibnu Qayyim terhadap dalil2 golongan2 ini...

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 10:41 PM | Show all posts
zaman2 kita boleh la terima bab2 ni.
cubalah bgtau pd org tua2 .. melenting mereka bila kita tegur
yang menda2 ni tak sepatutnya buat punn.

dah la kematian.. susah2 payah buat kenduri 3 hari 3 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:57 PM | Show all posts
tu saya copy and paste dari sebuah article balas dari ust yang tak setuju tahlil itu dikata kan bidaah, ada 40 pages tak silap semuanya bukti2 yang amalan tahlil itu dibenarkan..

hari ni saya dpt pensyarah baru utk pengajian syariat islam. backgroundnya sgt menakjubkan...katanya masa dia sekolah rendah mengayuh basikal utk ke kelas bahasa arab sambil berpeluh2 dia berdoa sambil menangis2, meleleh air mata dan air peluh..ya allah beri lah aku peluang menuntut ilmu mu yang baik2...phd pun ada dua bidang ni..usia belasan tahun stay in arab then study di riyadh sambil kerja part time

menurutnya juga amalan mengaji dan sedekahkan pada si mati memang sampai. ada parents buat wasiat pada anak2 sblm mati, nanti mak dah mati rajin2 sedekah utk mak..memang sampai amalan ni pada si mati.

pensyarah sorang lagi, menurut beliau puak2 yg mengharamkan / membidaah kan amalan2 yg biasa kita buat ni sebenarnya menukarkan dalil. dia beri beberapa hadith yg ditukar belit olh puak2 ni. even ibni tamiyah pun dlm kitabnya turut mengatakan menziarahi kubur itu digalakkan, bacaan quran utk simati tetap sampai

beliau sendiri buat thesis gunakan kitab daud pathani dia tak pernah jumpa pun dalil yg puak2 ni kata dlm kitab daud pathani tu ada tulis ajaran dari imam syafie yg mengatakan tahlil tu haram???

wallahualam

p/s: saya qoute aja ya

ni dari pensyarah ijtihad last week, katanya bila ada dua puak yg berbalah, both dalam mazhab yang sama, masing2 ada dalil masing2...maka katanya ikutlah apa yg telah dipraktiskan oleh orang lama2, adat juga merupakan hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:17 PM | Show all posts
pensyarah sorang lagi, menurut beliau puak2 yg mengharamkan / membidaah kan amalan2 yg biasa kita buat ni sebenarnya menukarkan dalil. dia beri beberapa hadith yg ditukar belit olh puak2 ni. even ibni tamiyah pun dlm kitabnya turut mengatakan menziarahi kubur itu digalakkan, bacaan quran utk simati tetap sampai
sunsuria3 Post at 2-5-2010 09:57 PM



    1. Apakah Mufti Mazhab Syafei, Sheikh Zaini Dahlan penentang kuat dakwah Muhammad Ibnu Wahab pun menukar dalil ?
       Dalam 'Ianatut Thalibin tertera begini :
       " Ya ! Apa yang dikerjakan orang, iaitu berkumpul di (rumah) ahlil mayit, dan (membuat) makanan, adalah termasuk bid'ah  
        munkarah yang diberi pahala atas pemberantasannya"
       " Dan apa yang ditradisikan orang tentang pembuatan makanan oleh ahlil mayit, untuk mengundang orang banyak kepadanya, adalah Bid'ah yang tidak disukai (oleh agama) sebagaimana berkumpul mereka untuk itu, kerana telah sah apa yang diriwayatkan Jarir r.a. : Kami (sahabat-sahabat) menganggap, bahawa berkumpul di rumah ahlil mayit dan membuat makanan sesudah ditanam mayit, itu termasuk niyahah (meratapi mayat).

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:21 PM | Show all posts
2 > Apakah Sheikh Ramli yang diikuti oleh para ulamak mazhab syafei pun menukar dalil?

      - Berkata Syeikh kita Ar-Ramli :' Dan di antara bid'ah yang munkar yang tidak disukai (oleh agama)  sebagaimana disebutkan di dalam Kitab Ar-Raudlah, adalah apa yang dikerjakan orang-orang, iaitu apa yang disebut 'kifarah' dan pembuatan makanan untuk berkumpul di situ, sebelum kematian atau sesudahnya, dan juga penyembelihan di atas kubur " (Hasyiyatul Qalyubi, hlm 353)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:31 PM | Show all posts
3> Apakah Al-Haitami pun menukar dalil?

  " Yang termasyhur dari mazhab kita (Syafi'i), adalah tidak sampainya (pahala) bacaan kepada mayit, kecuali kalau dibaca di atas kubur, atau jauh daripadanya dengan niat dan berdoa sesudah itu , dan tentang bagaimana cara sampainya itu, maka tidak ada satu dalil yang mengukuhkannya, tetapi Al-Qurthubi menyebutkan adanya impian-impian yang menjadi dalil sampainya cahaya dan lainnya." ( Al-Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, Al-Haitami, juz II hlm. 9)

Jelas sekali 'pengiriman pahala bacaan' ini hanya bersandarkan IMPIAN-IMPIAN...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamnie at 4-5-2010 08:35
Baca yasin tu dapat pahala...

    bagaimana kalau orang baca Yasin atau Quran di tempa ...
Hang Post at 22-4-2010 12:32


hmmm.. takkan lah ada org nak baca yassin kat tmpt terlarang mcm disco, pub, or even tandas pulak?? sy rasa kalau tempat yg Nabi SAW larang cuma tempat2 mcm tuh jek kan....

baca yassin satu perbuatan yg baik, so sudah semestinya benda baik dapat pahala tp Insya Allah sy rasa kalau doa boleh sampaikan pahala kpd simati!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hang at 3-5-2010 14:53

Apakah Imam-imam dibawah ini juga menukar dalil?

Imam Nawawi dalam syarah Muslim mengatakan :

“ Dan yang masyhur dari mazhab kita (syafe’i ), bahawa bacaan Quran tidak dapat sampai pahalanya kepada mayit “.

ImamAsh-Shan’ani dalam Subulus Salam :

“ Dan adapun selain itu ( selain doa-doa), tentang bacaan Quran untuknya (mayat), maka Imam Syafei berpendapat tidak dapat sampai kepadanya (mayit).”

Imam Asy-Syaukani dalam Syarh Al-Muntaqaa :

“ Dan yang masyhur di dalam mazhab syafei’ dan segolongan dari sahabat-sahabatnya, bahawa pahala bacaan Quran tidak dapat sampai kepada mayit”

Ibnu Nahwi dalam Syarh al-Minhaj :

“Menurut kita (golongan mazhab syafei), yang termasyhur bahawa pahala bacaan itu tidak dapat sampai kepada mayit (si mati)”

Imam Al-Izz Abdis Salam pula mengatakan:

“ Pahala bacaan itu terbatas hanya bagi pembacanya, dan tidak dapat sampai kepada orang lain, dan yang menghairankan, sementara orang ada yang menetapkan demikian itu dengan dasar dari impian-impian, pada hal impian tidak termasuk hujah-hujah agama (dasar-dasar agama)”

Ibnul-Haj as-Syafei dalam kitabnya Al-Madkhal’:

“ Dan keburukan-keburukan mafsadah-mafsadah itu terwujud dalam berkumpul ( di rumah ahli mayit)
pada hari ketiga dan ketujuh dan sempurnanya sebulan dan sempurnanya satu tahun. Dan di tempat mana saja orang mengerjakan seperti itu, di rumah, di kuburan atau di tempat lainnya, semuanya itu adalah terlarang. Dan demikian juga dilarang bid’ah yang diamalkan orang, iaitu tahlil-tahlilan untuk mayit-mayit mereka, dan berkumpul mereka dengan jumlah yang besar untuk keperluan itu.”

“ Dan mereka berbuat demikian itu, beralasan dengan hikayat-hikayat (dongengan-dongengan) dari syeikh-syeikh dari kalangan orang-orang mutaakhirin, bahawa ia melihat di dalam mimpinya, sebahagian mayit-mayit disiksa ( di dalam kubur), kemudian ia menyebut laa ilaaha illallah 70,000 kali, lalu dihadiahkan pahala bacaannya itu kepada mayit-mayit tadi, kemudian dilihatnya di dalam mimpinya di kemudian hari, bahawa mayit tadi dalam keadaan bagus. Kemudian ia tanya sebab-sebabnya demikian, maka ia memberitahukan, bahawa ia telah diampuni dengan pengiriman pahala bacaan 70,000 kali tadi “

Telah jelas penerangan Imam Ibnu- Haj bahawa dasar pengiriman pahala kepada mayit ini adalah dogengan-dongengan dari syeikh-syeikh bukan dari AL_QURAN, bukan dari hadis yang sahih, bukan dari amalan Sahabat Nabi, dan bahkan tidak pernah diamalkan oleh kalangan Ulama Salaf dan juga ulama-ulama dari mazhab yang empat.



( Rujukan : Peringatan Khaul Bukan Dari Ajaran Islam, Drs. Imron AM)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 05:58 PM | Show all posts
Apakah Imam-imam dibawah ini juga menukar dalil?

Imam Nawawi dalam syarah Muslim mengatakan :

“ Dan yang masyhur dari mazhab kita (syafe’i ), bahawa bacaan Quran tidak dapat sampai pahalanya kepada mayit “.


Hang Post at 3-5-2010 14:50


Kalau setakat quote sekerat-sekerat, tidaklah berbudaya ilmu namanya...

Mcm ramai ustaz2 yang quote kitab Syeikh Daud Abdullah Al fathoni semata-mata untuk berhujah padahal kitab syeikh daud perlu dibaca dari cover to cover secara nasab, baru dapat ilmunya. Tradisi quote sekerat-sekerat untuk berdebat ni bagi saya adalah tradisi pengajian yang dipelopori oleh Barat.


Jawablah di Akhirat kelak dengan pengarang kitab yang asal... Sendiri buat, sendiri tanggung...



  kitab al azkar
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 08:58 PM | Show all posts
Kalau setakat quote sekerat-sekerat, tidaklah berbudaya ilmu namanya...

Mcm ramai ustaz2 yang ...
always_typo Post at 3-5-2010 05:58 PM



    maka bawa lah perkataan imam nawawi yang mengatakan sebaliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 09:04 PM | Show all posts
saya pun cuma tau qoute jugak nak cari kitab2 ni semua tak tau pun kat mana nak cari, cuma dari seorang pensyarah ni aja sbb dia buat thesis guna kitab daud pathani..menurutnya dia tak pernah jumpa spt apa yg org claim daud pathani dlm kitabnya tertulis hal haram tahlil ni.

kitab al azkar saya ada tp tak tulis bab tahlil cuma bab bacakan quran tu dia ada tulis ada pendapat mengatakan sampai kpd mayat ada pendapat ulama kata tak sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 09:11 PM | Show all posts
yg ada kitab ni blh lah refer siap ada page given

Seterusnya Ibnu Qayyim menyebut lagi pada kitab yang sama, muka surat 188:
       
Sampai ibadat yang  bangsa badan (badaniyah) kepada orang yang mati , seperti sembahyang , puasa , membaca Quran  dan zikir disisi Imam Ahmad dan kebanyakkan salaf. Yang mengatakan tak sampai itu , adalah Ahli bid’ah dari golongan ulamak Usuluddin.
                                                           Tammat.
p/s: pelik tak orang yg sama blh kata haram dan kat atas ni kata sampai ?

                                                 MAZHAB HANAFI.
         
     
    (1)Ibnu A’ bidin  r.a.
      
Beliau berkata dalam karangannya:Haasyiah  Raddul Mukhtar, juz 2 ms 243:

Para Ulamak mempunyai dua Qaul berkenaan sampainya pahala ibadat badaniyah seperti bacaan, sembahyang  dan puasa kepada mayyit. Asahnya bahawa ‘SAMPAI’  ia.
Tetapi tidak berkata seorang pun dari para Ulamak dengan kelebihan sesuatu tempat  (dibandingkan) tempat lain. Tidak berkata seorang Ulamak Ikutan pun , bahawa sembahyang  atau bacaan disisi  kubur lebih afdhal dari ditempat lain.  Bahkan bacaan disisi kubur ikhtilaf mereka pada makruhnya.

                                                             Tammat.
kalau nak baca semua ada 62 pages ni meh email address saya send

Saya ringkaskan , disini dinyatakan senarai nama-nama ulamak  selain dari yang telah dicatit diatas,  yang berMazhab  Hanafi atau yang menyebut fatwa  Hanafiyah dalam kitab-kitab mereka berkenaan masaalah ini.
(1)Syekh Saadduddin Ad Dayry, wafat 868 h. menyebut didalam kitab beliau Al Kawakibu AnNiiyrat
             (2)Mahmud Afandi Al Hamzaawi ,mufti Damsyiq akhir kurun lepas , menulis dalam
             kitab nya Raf ul ghisyaa wah , an jawazi al ujrah ala attilawah.
              (3) Pengarang Durrul Mukhtar dan semua Pengarang  Syarah dan Haasyi Nya menyebut
               dalam  kitab masing-masing.
              (4) Al Muqaddisi  
             (5) Pengarang Kitab Al Mabsuth  asSyaibany , yaitu Muhammad bin Hasan r,anhu.
             (6) Assyekh Abd. Ghani AnNablusi ,dalam kitab beliau Syarh Thoriqah Muhammadiyah.
             (7) Al A’laa iy, dalam Syarah Multaqi dan Bahjatu Al Fatawa.
             (8) Tatar Khaanniyah, dan lain-lain.
Kesemua mereka membahaskan disegi dalil-dalil samada berdasarkan Quran  ,Hadis atau Qiyas  yang menunjukkan harus dan sampai pahala bacaan kepada orang lain. Wallahu a’lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.076741 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list