CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 27-2-2008 09:08 AM | Show all posts
Pengalaman ngeri Umai

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


BAPA Umaisarah Sameaun, 21, Sameaun Hassan, 45, mencium dahi Umaisarah sejurus dimasukkan ke wad diraja Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) semalam.

KUANTAN - Ketika mengharungi segala kepayahan selama 19 hari sesat di hutan, Nur Umaisarah menceritakan detik-detik cemas yang dilalui gadis itu hingga hampir meragut nyawanya.

Semuanya berlaku ketika beliau mencari jalan keluar dengan meniti batu untuk melintasi sungai.

"Saya terpaksa meniti batu untuk melintas sungai. Tiba-tiba saya tergelincir dan nyaris lemas.

"Saya tanggalkan tudung untuk memudahkan pergerakan, kasut dan cermin mata pula terlucut semasa berada dalam air. Apabila sedar, saya sudah terdampar di atas batu besar di tepi sungai," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini semalam.

Selepas peristiwa itu, beliau berehat selama lima hari untuk mendapatkan secukup tenaga bagi meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Tahan supaya mudah dikesan penyelamat.

Sebelum itu, dalam tempoh sesat di hutan itu, Umaisarah, 21,memberitahu, beliau tidak makan apa-apa tetapi hanya minum air Sungai Pahang sepanjang 19 hari beliau sesat di Gunung Tahan sejak 7 Februari lalu sebelum ditemui kelmarin.

Menceritakan pengalamannya, gadis itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan.

"Beg saya jatuh gaung pada hari pertama saya sesat, bekalan makanan semua habis disebabkan itu. Untuk terus hidup, saya hanya minum air sungai," ceritanya lagi.

Tambahnya, beliau terpaksa berlapar kerana tidak tahu sumber hutan yang boleh dijadikan makanan selain terpaksa meredah belantara sejauh 15 kilometer setiap hari.

"Nak makan buah hutan pun takut beracun, saya cuma berani minum air sepanjang mencari jalan keluar menyusuri sungai," jelasnya sambil memberitahu menjadikan batu-batu besar di tepi sungai sebagai tempat tidur.

Tambahnya, beliau pernah beberapa kali terdengar bunyi helikopter di ruang udara sepanjang usaha mencarinya dijalankan pasukan penyelamat terutama pada hari ke-14.

"Ada juga dengar bunyi macam helikopter selepas dua minggu sesat, tapi saya sangka itu bunyi air terjun dan bunyi air sungai. Lagipun saya memang ikut laluan sungai selama 19 hari," katanya.

Namun begitu beliau bersyukur kerana tidak terserempak dengan binatang buas.

"Alhamdulillah saya tak terserempak dengan binatang buas. Bunyi binatang buas pun tak ada. Hanya bunyi cengkerik," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh daripada batu besar.

"Saya teruskan perjalanan. Saya hanya berjaya menemui trek laluan pada hari ke-17 dan kekal berjalan mengikut trek sehingga ternampak kelibat sekumpulan manusia.

"Selama dua hari saya ikut trek tanpa menghiraukan rasa lapar dan dahaga. Pada hari ke-19 barulah saya ternampak kelibat manusia setelah tersesat sekian lama," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2008 09:12 AM | Show all posts
Satu keajaiban - Ibu

Oleh HAFIZ ABBAS
modhdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - "Tercapai juga hajat untuk memberi air zam zam kepada Umai, anak kesayangan mak cik hari ini (semalam)."

Demikian luah Nur Azah Ismail, 43, (gambar) ibu kepada Nur Umaisarah Sameaun, 21, dengan nada gembira ketika ditemui KOSMO! di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini semalam.

Difahamkan, Nur Azah yang mendapat berita mengenai penemuan Nur Umaisarah pada pukul 6.30 petang kelmarin telah bergegas bersama ahli keluarga lainnya menuju ke HTAA Kuantan pada pukul 6.45 pagi semalam bagi menyambut anaknya sebelum tiba kira-kira pukul 1 tengah hari.

Sebagai ibu, Nur Azah berkata, beliau amat bersyukur dan teruja dengan ketabahan anaknya menghadapi rintangan ketika sesat selama 19 hari di dalam hutan tebal Taman Negara Pahang.

"Setelah Umai menceritakan apa yang terjadi, mak cik kagum dan merasakan apa yang menimpa Umai bagaikan satu keajaiban.

"Apa tidaknya, dengan kuasa Tuhan, dia yang hanya minum air Sungai Pahang tanpa menjamah sebarang makanan mampu untuk mendaki kembali Gunung Tahan sebelum ditemui oleh jurupandu arah.


"Mak cik juga benar-benar teruja dengan kecekalan dimiliki oleh Umai yang memberanikan diri berjalan seorang diri dengan bertawakal semata-mata kepada Tuhan untuk bertahan selama lebih dua minggu dalam hutan," katanya.

Beliau turut mengakui Nur Umaisarah yang kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram ekoran kejadian itu tidak trauma untuk masuk ke hutan lagi meskipun mengalami pengalaman sesat.

"Mak cik diberitahu berat Umai sekarang 61 kilogram berbanding 75 kilogram sebelum ini.

"Apa yang membanggakan mak cik dia dengan yakin menjawab kalau sihat hari ini juga dia mahu masuk," jelasnya ketika ditanya sama ada anaknya berhasrat untuk menyertai ekspedisi masuk hutan pada masa depan.

Nur Azah menambah, berikutan kejayaan menemui anak sulungnya itu, beliau kini menyimpan hasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam waktu terdekat.

"Mak cik sudah kering air mata mengenangkan nasib Umai ketika dia hilang, hanya solat hajat dan doa berterusan yang menenangkan perasaan mak cik," tambahnya.

Sementara itu, bapanya, Sameaun Hassan, 45, yang sampai ke HTAA terlebih dahulu turut membisikkan azan serta iqamat ke telinga Nur Umaisarah sebagai tanda bersyukur.

"Azan dan iqamat adalah tanda syukur saya kepada Allah seperti semasa menyambut kelahirannya dulu. Bagi saya, Umai seperti dilahirkan semula," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 08:18 AM | Show all posts
Peniaga tampar pelanggan perlekeh pembangkang


KUANTAN: Seorang pemilik kedai makan di Rompin yang dipercayai penyokong kuat sebuah parti pembangkang bertindak menampar seorang pelanggannya kerana memperlekehkan parti yang disokongnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasagaran, berkata kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi semalam di Jalan Muadzam Shah apabila pelanggan itu seorang jurutera elektrik meramalkan parti pembangkang akan mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum kali ini.

Mangsa, 48, yang sedang berbual-bual di kedai berkenaan bersama beberapa pelanggan lain turut menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

"Pemilik kedai berkenaan yang dipercayai hilang sabar dengan perbualan mangsa terus menghampiri dan menampar muka mangsa,
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 08:20 AM | Show all posts
Patuhi peraturan berkhemah dalam hutan



KUANTAN: 揝aya sedih dan marah sekiranya ekspedisi dalam hutan dilakukan tanpa mematuhi undang-undang. Sebenarnya, kes individu hilang dalam hutan boleh dielak jika aspek keselamatan dititikberatkan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 08:21 AM | Show all posts
120 keluarga miskin dapat rumah percuma

JERANTUT 28 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 08:22 AM | Show all posts
Projek jalan RM97 juta di Hulu Tembeling

Oleh ALI MAHMOOD


Wan Amizan Wan Abdul Razak (dua dari kiri) menemui para pengundi di Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang, semalam.

JERANTUT 28 Feb. - Masalah perhubungan yang menghantui 8,000 penduduk dijangka selesai apabila kerajaan bersetuju membina jalan raya sepanjang 86 kilometer dari Kampung Tuit Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling di Hulu Tembeling tidak lama lagi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan kertas kerja bagi membolehkan jalan bernilai RM97 juta itu dilaksanakan segera.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan berkata, apabila siap, jalan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di puluhan kampung termasuk Kampung Pagi, Kampung Sat, Kampung Bantal dan Kampung Jeram Perahu.

''Projek jalan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan jalan sepanjang 26 kilometer dari Kampung Tuit Kuala Tahan ke Kampung Pagi dengan kos dianggar sebanyak RM23 juta," katanya kepada Utusan Malaysia ketika bertemu rakyat di Felda Padang Piol, dekat sini hari ini.

Bagi fasa kedua, katanya, membabitkan pembinaan jalan sepanjang 60 kilometer dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling yang menelan belanja kira-kira RM74 juta bagi memudahkan penduduk Hulu Tembeling untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk dipasarkan di Jerantut.

Apabila siap, jelasnya, penduduk hanya akan mengambil masa selama tiga jam untuk ke Bandar Jerantut dan Kuala Tembeling.

Pada masa ini kata beliau, penduduk Hulu Tembeling terpaksa menggunakan bot sebagai perhubungan untuk ke bandar Jerantut dan pekan Kuala Tembeling yang mengambil masa tujuh jam dari Kampung Bantal dan tiga jam dari Kuala Tahan.

Mengulas janji calon Pas yang akan membina jalan dan jambatan Kuala Tembeling ke Pasir Durian jika menang pilihan raya nanti, Wan Amizan berkata, parti pembangkang hanya mampu membuat janji kosong untuk meraih undi.

''Jika menang sekalipun mereka tidak mampu melaksanakannya kerana mereka tidak pernah menjalankan sebarang projek ketika Pas memenangi kerusi DUN Tahan dalam pilihan raya umum 1999.

''Pas tak usah mimpi di siang hari menipu rakyat kerana untuk memajukan negeri yang diperintah mereka pun tidak mampu, inikan pula untuk melaksanakan projek di negeri lain," tegasnya.

Menurut Wan Amizan, penduduk DUN Tahan akan menghadapi masa depan yang gelap jika mengundi Pas.

''Sebaliknya Hulu Tembeling dan Kuala Tahan akan berubah wajah dalam tempoh lima tahun akan datang jika mandat terus diberikan kepada calon BN pada pilihan raya umum ini,'' katanya.

Selain memajukan pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan, tambah Wan Amizan, Hulu Tembeling akan dibangunkan sebagai pusat kegiatan pertanian kerana terdapat banyak kawasan tanah yang berpotensi untuk tujuan itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini, Wan Amizan ditentang calon Pas, Nuridah Mohd. Salleh bagi merebut kerusi DUN Tahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 08:29 AM | Show all posts
Lelaki maut tunggang motosikal sambil minum air


KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai menunggang motosikal sambil sebelah tangannya memegang tin minuman terbunuh selepas motosikalnya hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di Km 81.7 Jalan Karak-Kuantan dekat Jerantut, semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata Mohd Azri Jamal, 20, dari Jerantut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher.

Beliau berkata dalam kejadian 11.25 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Jalan Tanjung Malim menuju ke Jerantut.

"Mangsa yang dipercayai sedang minum air tin dalam keadaan sebelah tangan memegang tin minuman tersebut dipercayai gagal mengawal motosikal berkenaan sebelum merempuh penghadang jalan berdekatan,
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:13 AM | Show all posts
Beberapa kawasan di Kuantan dinaiki air

Oleh: SHAMSIAH ZULKAFLI


AMBIL BERAT...Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (tengah) membantu bakal pengantin, Habibah Othman membuat persiapan perkahwinan ketika banjir melanda Kampung Baru Pandan 2, Kuantan, semalam. Selain Pahang, beberapa kawasan di Kelantan dan Sabah turut dilanda banjir ekoran hujan lebat semalam.

KUANTAN 29 Feb. - Ketika demam pilihan raya semakin memuncak, beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.

Kampung-kampung terbabit ialah Kampung Cenderawasih, Kampung Pandan 2, Kampung Belat, Kampung Chendering, Kampung Bukit Setongkol dan Batu 11 Jalan Gambang dinaiki air sehingga paras kira-kira 0.4 meter.

Hanya sebuah pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Cenderawasih di sini yang menempatkan dua keluarga terdiri daripada 13 orang dari Kampung Cenderawasih.

Di Kampung Pandan 2, dianggarkan sebanyak 100 buah rumah dinaiki air sehingga paras 0.4 meter.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi di sini hari ini berkata, setakat ini, masih belum ada pusat pemindahan sementara dibuka di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, seramai 30 orang daripada 17 keluarga di kampung tersebut ditempatkan sementara di surau berhampiran.

Jelas jurucakap itu, beberapa batang jalan di sekitar bandar Kuantan turut ditenggelami air sedalam 0.8 meter dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Sungai Lembing dekat jambatan Sungai Charu, Jalan Gebeng menghala ke Kuala Terengganu, Jalan Sungai Derhaka di Sungai Lembing dan jalan pintasan Bukit Setongkol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 08:14 AM | Show all posts
慘ita rasional, berpijak di bumi nyata
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:16 AM | Show all posts
RM422 juta bagi laksana pendidikan percuma

Oleh: ALI MAHMOOD dan SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 29 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperuntukkan sebanyak RM442.44 juta pada tahun ini bagi melaksanakan program pendidikan percuma kepada rakyat bagi merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan itu membabitkan RM300 juta untuk pemberian buku teks percuma, penghapusan yuran peperiksaan (RM106.37 juta) dan yuran khas persekolahan (RM36.7 juta).

Katanya, kerajaan BN amat komited untuk menyediakan peluang pendidikan bertaraf dunia kepada rakyat tanpa pilih kasih supaya setiap individu dapat meningkatkan taraf pendidikan dan sosioekonomi.

Tambah beliau, penyediaan peluang pendidikan secara percuma di samping penyediaan prasarana pendidikan berkelas dunia memberi keselesaan kepada rakyat untuk melonjakkan diri dalam pendidikan.

''Kejayaan Malaysia menduduki jawatan Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO berpejabat di Paris membuktikan kecemerlangan kerajaan menjana pendidikan kelas dunia mendapat pengiktirafan tertinggi negara luar dan masyarakat antarabangsa,'' kata Hishammuddin.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Felda Semarak Jengka 15 dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata, kecemerlangan Malaysia menerajui negara dengan cemerlang termasuk dalam sektor pendidikan telah mendapat pengiktirafan tertinggi negara serta rakyat berbanding Pas yang sering menidakkan kejayaan negara.

Katanya, rekod perkhidmatan dan fakta untuk membangunkan negara adalah tepat, relevan dan selari dengan keikhlasan kerajaan BN menyediakan pendidikan sama rata kepada rakyat termasuk Orang Asli dan Penan di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Ketua Pemuda UMNO itu turut membidas manifesto Pas untuk mewujudkan negara berkebajikan jika berpeluang memerintah termasuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

''Hasrat Pas mewujudkan negara kebajikan hanya retorik atau menggula-gula pemikiran rakyat kerana pada realitinya mereka tidak mampu melaksanakan seperti terbukti daripada pentadbiran Pas di Kelantan,'' katanya.

Hishammuddin berkata, sedangkan kerajaan Pas tidak mampu menyediakan pendidikan percuma di Kelantan berbanding dengan kerajaan BN yang terbukti dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Oleh itu, ujarnya, para pengundi tidak harus terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang cuba mendapatkan simpati rakyat untuk menyokong perjuangan mereka dalam pilihan raya umum kali ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:20 AM | Show all posts
SK Fakeh Abdul Samad sekolah angkat MAS

KUANTAN 29 Feb. - Syarikat penerbangan terkemuka negara, Malaysian Airlines System (MAS) hari ini memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad dekat sini, sebagai sekolah angkat terbarunya.

Pemilihan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sekolah di bawah Projek Pintar kelolaan syarikat itu di seluruh negara setakat ini berjumlah tujuh buah.

Pengerusi MAS, Datuk Munir Abdul Majid berkata, Projek Pintar yang mengambil cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan sebahagian daripada program kemasyarakatan MAS.

''Ini adalah usaha untuk membantu kerajaan melahirkan generasi baru yang lebih cerdas dan bijak, selain mengekang ketidakseimbangan ekonomi dalam masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Projek Pintar MAS di SK Fakeh Abdul Samad dekat sini semalam.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah sumbangan pakaian seragam sekolah kepada 50 pelajar sekolah terbabit yang mengalami sindrom disleksia.

Menurut Munir, usaha tersebut juga bertujuan membantu kerajaan mencapai matlamat meningkatkan keinginan daya saing di kalangan murid-murid sekolah ke arah memberi tumpuan dalam pembelajaran selain menanam minat memajukan diri dan taraf hidup keluarga.

Projek yang sama telah dilancarkan di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Umumnya, Projek Pintar MAS lebih memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah di luar bandar dan sekolah angkat yang terpilih akan menerima manfaat sama ada bagi pendidikan akademik dan kokurikulum selama tempoh tiga tahun.

Kata Munir, selain bimbingan pelajaran, murid-murid sekolah terbabit juga berpeluang menyertai aktiviti menarik kelolaan syarikat itu bersama beberapa syarikat swasta yang turut serta.

Antara aktiviti tersebut ialah ceramah kerjaya, program mentor mentee, kem motivasi, lawatan sambil belajar dan menyertai kelas tambahan percuma.

''Dengan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap sekolah angkat MAS, saya percaya murid-murid termasuk guru boleh menikmati manfaat projek ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:19 AM | Show all posts
Kembara Pahang.fm 'Moh Lah Weh' capai matlamat

BANDAR JENGKA 2 Mac - Kembara Pahang.fm 'Moh Lah Weh' anjuran Jabatan Penyiaran negeri berjaya mencapai matlamatnya untuk menyampaikan mesej dan agenda pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi.

Pengarah Penyiaran negeri, Fathul Razi Ismail berkata, Kembara Pahang.fm yang diadakan empat kali setahun itu terbukti dapat meningkatkan imej kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata, program 'Moh Lah Weh; yang diadakan buat pertama kali pada 2006 di Felda Bukit Sagu, Kuantan berjaya melonjakkan populariti stesen radio Pahang.Fm di mata rakyat terutama di luar bandar.

''Pahang.fm melalui Kembara Pahang fm 'Moh Lah Weh' berusaha keras mendekati masyarakat pelbagai golongan melalui sikap mesra juruhebah sambil menyampaikan mesej tertentu.

''Kembara Pahang.fm 'Moh Lah Weh ' bukan sahaja popular di kalangan rakyat Pahang tetapi juga pendengar yang dapat menerima siaran ini seperti di sempadan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu,'' katanya.

Fathul Razi berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kembara Pahang.fm 'Moh Lah Weh' di Felda Seroja Jengka 18 dekat sini hari ini.

Program dua hari itu dianjurkan bersama Pahang.fm dengan Pengurusan Felda Jengka 18 dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rakyat (JKKR) Felda Jengka 18.

Hadir sama, Pegawai Kanan Felda Wilayah Jengka, Ahmad Shahrani Azulan, Pengurus Felda Jengka 18, Kamaruddin Hassan dan Timbalan Pengerusi JKKR Felda Jengka 18, Samat Samah.

Fathul Razi memberitahu, pelbagai aktiviti dijalankan seperti forum Al-Muqarrabin yang disampaikan oleh penceramah Norhamizi Jamaluddin, Rujhan Mohd. Razali dan Ahmad Shah Jamlus.

Katanya, aktiviti lain termasuk gubahan kain, gubahan buah-buahan, mewarna kanak-kanak, tiup belon kanak-kanak, tiup belon warga emas, ratu surat khabar, rebut kerusi, program Sandarkan Pada Kenangan dan Makin Jauh Makin Sayang.

''Aktiviti bercorak sukaneka itu menarik perhatian semua golongan termasuk warga emas yang sekali gus meningkatkan lagi perpaduan,'' katanya.

Beliau gembira apabila setiap program anjuran Pahang.fm mendapat sambutan hebat yang menunjukkan rakyat menghargai keamanan dan perpaduan.

''Inilah mesej yang hendak disampaikan Pahang.fm supaya setiap individu menghargai keamanan dan terus bersama kerajaan untuk menjayakan pelbagai agenda pembangunan,'' katanya.

Fathul Razi menambah, pihaknya akan meneruskan program Kembara Pahang.fm kerana sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:20 AM | Show all posts
Tambahan RM13j bantu pelajar Pahang ke IPT

BENTONG 2 Mac - Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan bantuan tambahan RM13 juta bagi membantu para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, peruntukan itu adalah sebagai bayaran pendahuluan pendaftaran sebanyak RM500 yang diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang berjaya memasuki IPT.

Katanya, sejak tahun 2002, kerajaan negeri telah memperuntukan lebih RM40 juta dalam pelbagai bentuk bantuan seperti biasiswa, pakaian dan beg sekolah, tuisyen serta lain-lain lagi kepada para pelajar pelbagai kaum.

''Kerajaan negeri akan terus menambah peruntukan ini setiap tahun bagi membantu anak-anak Pahang mendapatkan pendidikan yang sempurna kerana melalui pendidikan sahaja kehidupan rakyat dapat diubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk Kampung Mancis dan Kampung Shafie, dekat sini hari ini.

Menurut Adnan, bantuan yang diberikan itu bukan sahaja tidak mengira kaum dan agama malah anak-anak daripada parti pembangkang turut sama menikmatinya.

''Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan dasar pilih kasih. Kita akan terus membantu pelbagai golongan rakyat yang memerlukan bantuan kerana memang agenda kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat," tegasnya.

Menyentuh perkembangan kempen pilihan raya, Adnan yang dalam siri lawatan bilik gerakan dan menemui petugas jentera pilihan raya di seluruh kawasan Parlimen Bentong itu yakin BN mampu menyapu bersih kesemua kerusi kali ini termasuk merampas semula kerusi DUN Triang daripada DAP.

Kata Adnan, rakyat kini sudah bijak memilih dan akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan BN kerana telah membawa banyak pembangunan berbanding parti pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi kosong semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:20 AM | Show all posts
Saya tidak sombong - Saifuddin

TEMERLOH 2 Mac - Calon baru Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah menafikan tuduhan yang beliau sombong dan sukar ditemui oleh penduduk tempatan kerana terlalu mementingkan protokol.

Katanya, tanggapan itu timbul kerana beliau bukan seorang yang suka melepak dan membuang masa di kedai-kedai kopi seperti yang dilakukan calon parti lawan.

''Penduduk Parlimen Temerloh jangan bimbang untuk menemui saya kerana saya akan sentiasa berada di sini dan bukan hadir untuk merasmikan program tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut menafikan dakwaan kononnya BN akan menghadapi laluan sukar dalam pilihan raya umum kali ini memandangkan Temerloh dikatakan menjadi kubu kuat parti pembangkang.

Kekuatan Pas katanya, hanya satu ilusi dan sengaja digembar-gemburkan bertujuan menarik perhatian orang ramai bagi menunjukkan kekuatan mereka terutamanya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan.

Selain bertemu pengundi, Saifuddin turut berkempen melalui laman web bagi membolehkan kira-kira 10 peratus daripada 54,000 pengundi Parlimen Temerloh yang berada di luar kawasan mengetahui perkembangan semasa beliau.

''Mereka boleh mengetahui perkembangan kempen-kempen saya melalui laman web rasmi iaitu www.shaifuddinabdulah.com.my," katanya.

Menurut Saifuddin lagi, ia juga sebagai salah satu cara untuk memberi maklumat kepada para pengundi yang tinggal di Temerloh tetapi kekurangan masa untuk menghadiri ceramah yang diadakan sepanjang tempoh berkempen.

Selain laman web, katanya, pengundi juga boleh menghubungi talian hotline 019-9397088 khusus kepada mereka yang mahu mendapatkan sebarang penjelasan.

Pendekatan laman web dan talian hotline jelas Saifuddin, dilihat sebagai medium terbaik bagi menarik minat pengundi khususnya golongan muda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:50 AM | Show all posts
RM1.6b bina rumah tentera

KUANTAN 3 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi melaksanakan 38 projek perumahan anggota tentera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, 10,000 rumah akan dibina di seluruh negara dengan 7,000 daripadanya akan dibina di Lembah Klang.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembinaan lebih banyak rumah bertujuan memastikan anggota tentera tidak tinggal di kawasan setinggan atau di rumah yang kurang selesa di luar kem.

''Berbanding sekitar tahun 1970-an, ada anggota tentera terpaksa tinggal di kawasan setinggan dan rumah yang hanya mempunyai satu bilik.

''Kini kita bina rumah yang lebih luas dan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan ramah mesra bersama anggota tentera di Markas 4 Briged, Kem Batu 10 di sini hari ini.

Selain itu, Najib memberitahu, kerajaan meluluskan 645 jawatan tambahan bagi membolehkan anggota tentera kumpulan pertengahan yang berpangkat Mejar dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel.

Beliau berkata, pada masa ini Kementerian Pertahanan menerima 900 permohonan kenaikan pangkat di kalangan anggota tentera berpangkat Mejar.

''Daripada jumlah itu, tiga perempat layak dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel berbanding sebelum ini, hanya satu perempat yang layak dinaikkan pangkat," katanya.

Sebelum ini, menurut beliau, ramai anggota tentera berpangkat Mejar yang layak gagal dinaikkan pangkat berikutan tiada kekosongan di pangkat tersebut.

''Ini menyebabkan ramai anggota yang berpangkat Mejar terpaksa bersara pada usia 51 tahun tanpa dinaikkan pangkat walaupun layak," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukan kerajaan RM700,000 iaitu membina bangunan dua tingkat bagi kemudahan anak anggota tentera mengikuti kelas agama dan fardu ain (KAFA) di kem tersebut.

Sementara itu ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pekan, Najib berkata, kerajaan sentiasa peka untuk menyediakan barisan generasi muda dengan pelbagai latihan dan kemahiran.

IKBN yang berkeluasan 32 hektar dan bernilai RM110 juta itu dijangka siap sepe nuhnya pada Februari 2010. Ia adalah satu daripada enam IKBN yang dijayakan di bawah projek Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9).

Selain Pekan, Pahang, IKBN akan turut dibina di Pedu, Kedah; Pengerang, Johor; Kuala Selangor, Selangor; Kelantan dan Terengganu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 09:57 AM | Show all posts
Baiki taraf hidup rakyat
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

BENTA: Pengalaman melihat kemiskinan hidup rakyat luar bandar ketika kempen pilihan raya umum (PRU) lalu memberi idea kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta, Datuk Mohd Soffi Abd Razak, 51, untuk memperbaiki taraf hidup golongan berkenaan.

Beliau berkata, kesempatan menerajui DUN berkenaan dua penggal lalu, banyak memberi kelebihan kepada beliau untuk memahami kehendak rakyat di bawah kawasan pentadbirannya.

揝aya mengambil pendekatan berjumpa pengundi bagi mengetahui permasalahan rakyat di peringkat akar umbi. Dengan cara itu, hubungan kami akan lebih rapat.

揂ntara projek yang akan dilaksanakan selepas pilihan raya ini adalah memohon bantuan Kerajaan Pusat untuk membina jalan kampung, menyalurkan bekalan air bersih, elektrik dan penyediaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


揝aya pasti penduduk yang kurang berkemampuan ingin memiliki rumah sendiri untuk meningkatkan taraf hidup mereka,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 07:25 AM | Show all posts
Lipis pesat membangun bila kampus IPTA dibuka

KUALA LIPIS 4 Mac - Daerah Lipis bakal mengalami pembangunan pesat dalam tempoh 10 tahun akan datang apabila ia menjadi pusat perkhidmatan dan penyelidikan dalam sektor pertanian.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak berkata, ia berikutan persetujuan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk membina kampus cawangan khusus untuk jurusan pertanian di sini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta berkata, pengurusan universiti terbabit telah mengadakan lawatan baru-baru ini dan bersetuju membangunkan kampus itu di atas kawasan seluas 400 hektar.

''Kuala Lipis yang kini menjadi laluan utama ke Negeri Kelantan akan dibangunkan sebagai kawasan pembangunan yang terancang.

''Rakyat akan mendapat pelbagai limpahan ekonomi menerusi Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri tahun lalu," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan Pusat akan membiayai projek menaik taraf bagi melurus dan melebarkan jalan Jerantut ke Benta sejauh 64 kilometer yang dianggarkan menelan belanja RM200 juta.

Menurut beliau, apabila siap, ia akan menjadi laluan utama penduduk Pahang untuk ke Cameron Highlands dan negeri-negeri sebelah pantai barat seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Tambahnya, ia akan menjimatkan masa lebih kurang dua jam perjalanan apabila jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands dibuka tidak lama lagi.

''Ini kerana mereka tidak lagi perlu melalui jalan Genting Highlands atau Rawang untuk pergi ke Cameron Highlands dan negeri-negeri pantai barat,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 07:26 AM | Show all posts
Penduduk rugi undi Ngah Ngah

Oleh Ali Mahmood

BERA 4 Mac - Penduduk Triang akan rugi jika terus mengekalkan calon DAP, Leong Ngah Ngah yang kini menghadapi masalah kesihatan sebagai wakil rakyat mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub berkata, wakil rakyat Triang selama tiga penggal itu langsung tidak membawa kemajuan sebaliknya pembangunan sedia ada dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, BN mempunyai lebih ramai pemimpin berkaliber yang mampu untuk membangunkan Triang dengan lebih pesat lagi.

''DAP tidak patut mencalonkan Ngah Ngah kerana beliau telah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik kerana menghadapi masalah kesihatan.

''Tetapi parti itu terpaksa mencalonkan semula beliau kerana takut kalau letak calon lain mereka akan kalah," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadir majlis ramah mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Triang petang, semalam.

Menurut Adnan, ini menunjukkan parti itu ketandusan pemimpin berwibawa sehingga terpaksa mempertaruhkan calon yang menghadapi masalah kesihatan.

Sehubungan itu, Adnan meminta pengundi Triang berani membuat perubahan dengan mengundi BN untuk menjamin masa depan mereka yang lebih gemilang.

Katanya, jika BN menang rakyat DUN Triang akan menikmati pembangunan yang lebih pesat lagi sama seperti rakyat di kawasan lain yang diperintah BN.

''Saya tidak mahu menabur janji-janji kosong atau janji pilihan raya tetapi kita akan tunaikan janji untuk membangunkan Triang jika BN menangi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 07:26 AM | Show all posts
Isteri nelayan Kuala Pahang ikrar sokong Najib

PEKAN 4 Mac - Golongan isteri-isteri nelayan di Kuala Pahang di sini menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Rata-rata kaum ibu yang ditemui Utusan Malaysia berkata, mereka berikrar akan terus menyokong calon Parlimen Pekan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kejayaan parti itu membawa pembangunan ke kawasan tersebut.

Seorang suri rumah, Gayah Shafie berkata, parti BN yang sentiasa menitikberatkan soal pelajaran membolehkan empat daripada enam anaknya mendapat peluang pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Dia berkata, anak sulungnya yang berusia 27 tahun kini melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Kolej Shahputra, sementara anak keduanya pula merupakan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM).

''Dua lagi anak saya kini belajar di Kolej Komuniti Kok Lanas di Kelantan dan Kolej Komuniti Jitra di Kedah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu kata Gayah, dua anak bongsunya yang masing-masing belajar di tingkatan lima dan tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shahbandar di sini menerima biasiswa daripada Yayasan Pahang.

Bagi isteri nelayan, Fauziah Osman, 48, pelbagai kemudahan telah dinikmati penduduk di kawasan tersebut hasil keprihatinan pemimpin BN.

''Saya memang lahir di sini, kalau nak dibezakan dengan 20 tahun dulu, banyak sangat perubahan yang dapat saya lihat," katanya.

Jelas Fauziah, antara perubahan yang dimaksudkan termasuklah pembinaan dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Shahbandar dan SMK Shahbandar; Dewan Orang Ramai Kuala Pahang, stesen bas, tadika dan sebagainya.

Sementara itu, Nor Fauziah Ahmad, 48, berkata, selain para ibu bapa yang mendapat manfaat daripada pemerintahan BN, masa anak-anak di Kuala Pahang juga terjamin ekoran program- program setempat yang dijalankan.

''Anak saya misalnya mengikuti kelas komputer yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tiga kali seminggu," jelasnya.

Selain menambahkan pengetahuan teknologi anak-anak luar bandar yang kurang terdedah kepada teknologi, Nor Fauziah berkata, asas komputer yang dipelajari juga dapat membantu anaknya kelak semasa menuntut di universiti atau bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 07:27 AM | Show all posts
Peluang penduduk Bebar tambah pendapatan

KUANTAN 4 Mac - Penduduk miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar yang berada di bawah Parlimen Pekan, berpeluang menambah pendapatan bulanan mereka menerusi program agropolitan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN tersebut, Datuk Ishak Muhammad berkata, projek itu bakal dijalankan di kawasan seluas 1,200 hektar di Tanjung Batu dekat mukim Bebar.

Tanpa menyatakan kos projek tersebut, beliau berkata, projek itu dijalankan khusus bagi golongan orang-orang miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), belia yang tidak mempunyai kemahiran dan Orang Asli bagi membantu mereka menambah pendapatan.

''Ini adalah salah satu komitmen dan agenda BN bagi membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar.

''Buat masa ini kita masih menjalankan kajian tapak di lokasi yang telah dikenalpasti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Ishak berkata, antara tanaman yang dikenalpasti untuk projek pertanian itu ialah kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran.

Tambahnya, turut akan dijalankan ialah beberapa aktiviti sampingan lain seperti ternakan udang.

''Kita mensasarkan 500 penyertaan daripada kumpulan sasaran, tapi jumlah itu mungkin bertambah berdasarkan keluasan kawasan dan jenis projek," kata beliau.

Katanya lagi, projek itu dijangka dapat meningkatkan pendapatan golongan-golongan terlibat melalui hasil pertanian yang akan dipasarkan secara komersiol.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.063686 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list