CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 3-5-2010 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by always_typo at 4-5-2010 00:04
maka bawa lah perkataan imam nawawi yang mengatakan sebaliknya...
Hang Post at 3-5-2010 20:58


Saya dah bagi link tapi tak mahu klik nak buat macam mana. Mungkin tak faham arab kot, ini translationnya.

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/02/hadiah-pahala-imam-nawawi.html

Maka tersebutlah di dalam kitab "al-Adzkar" yang masyhur karya ulama waliyUllah terbilang, Imamuna an-Nawawi 'alaihi rahmatul Bari, pada halaman 258, antara lain:-

".... Dan para ulama telah berbeza pendapat mengenai sampainya pahala bacaan al-Quran (kepada si mati). Maka pendapat yang masyhur daripada mazhab asy-Syafi`i dan sekumpulan ulama bahawasanya pahala bacaan al-Quran tersebut tidak sampai kepada si mati. Imam Ahmad bin Hanbal serta sekumpulan ulama yang lain dan sekumpulan ashab asy-Syafi`i (yakni para ulama mazhab asy-Syafi`i) berpendapat bahawa pahala tersebut SAMPAI. Maka (pendapat) yang terpilih adalah si pembaca al-Quran tersebut hendaklah berdoa setelah bacaannya : "Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang telah aku bacakan kepada si polan."

imej mukasurat kitab alazkar

Obvious benar Drs. Imron AM ni quote separuh sahaja dari perkataan sebenar Imam Nawawi. Kalau perawi hadith ni dah dipanggil pendusta dan hadith yang dirawi jatuh tahap mungkar la kot no... tak boleh disebarkan kecuali diberitahu ianya mungkar... hmm..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 06:10 AM | Show all posts
saya dh bc page ni dr kitab alazkar pernah post kat sini gak. as I said bila Ada berbagai pendapat Dari mazhab yg sama kita boleh ikut apa yg diamalkn org dulu2

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 08:37 AM | Show all posts
Reply 201# always_typo

"Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang telah aku bacakan kepada si polan."

Sy setuju dgn pendapat nih... Insya Allah perkara baik takde memudaratkan!!! ustaz yg dtg bg ceramah kat sini pun kata pahala Insya Allah akan sampai kpd simati....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:07 AM | Show all posts
Reply  always_typo

"Ya Allah sampaikanlah pahala apa-apa yang telah aku bacakan kepada si polan. ...
zamnie Post at 4-5-2010 08:37 AM



    Sampainya 'transfer pahala' ini adakah bersandar hujah Al-Quran dan Sunnah atau bersandarkan IMPIAN-IMPIAN?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 10:18 AM | Show all posts
Reply 203# zamnie

pensyarah2 sy (lbh Dari sorang sy Tanya tu) ckp gini gak.

sedangkn di akhirat nanti pun pahala kita blh ditukar ganti byr hutang pd org lain or hal2 lain .
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 01:10 PM | Show all posts
Reply  zamnie

pensyarah2 sy (lbh Dari sorang sy Tanya tu) ckp gini gak.

sedangkn di akhirat  ...
sunsuria3 Post at 4-5-2010 10:18 AM



    Masalah pahala diakhirat jelas ada dalil2nya. Bagaimana dengan 'transfer pahala' di dunia ini? Apakah dalil-dalilnya? Kalau nak ikut sebab nak taqlid kepada pensyarah terpulanglah...
   tapi bagi saya, al-ibadah itu sifatnya menunggu perintah dengan kata lain " Al-Ibadah itu terlarang, kecuali bila ada dalil-dalil yang membenarkannya."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2010 04:10 PM | Show all posts
hmm... kalau nakkan dalil... stakat ni hanya hadis dari nabi yang stated doa anak yang soleh... tu je kot... atau ada penemuan lain?

but kalau kita teliti pada 'ilmu yang bermanfaat' dan 'sedekah jariah'... secara logik, bagaimana kedua 'benda' nih boleh bagi manfaat yang berterusan kepada simati yang ternyata dah 'inqata' atau terputus amalan.

kalau 'tak sampai' atau gagal untuk 'transfer pahala' adakah bermakna kita mengucapkan selawat bukan hanya pada Rasulullah tercinta bahkan pada Datuk kita Ibrahim, sahabat baginda itu dikira 'meaningless'? adakah selawat itu sekadar ungkapan 'doa agar selamat' atau 'ibadah' sedangkan pahala yang dijanjikan Rabul Izzaty adalah gandaan sepuluh dengan hanya sekali selawat.

ini hanya pendapat picisan yang mungkin boleh difikirkan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:34 PM | Show all posts
dulu saya pernah share kat thread pengurusan jenazah ke...kisah benar ni lama dah..jiran saya sendiri yg saksikan...
jiran ni baru blk kg, sedara meninggal..cite short aja ya..masa mandikan jenazah ada satu makcik mulut pok pek pok pek mengumpat jenazah. dijadikan takdir jenazah tu tiba2 pegang tangan makcik ni..keras kebatu tak lepas2..gempar jap..panggil tok imam semua, doa semua tak lepas gak..takkan nak semadikan dua2 sekali..so tok imam kata kat makcik ni..kau minta ampun dgn simati dan kata semua pahala kau kau sedekahkan kat dia...dia pun akur ikut kata imam..tak lama lepas tu baru tgn dia terlerai...

so fikir2kan...

saya percaya pahala boleh ditransfer dari yg hidup utk simati..saya dah tanya ramai orang alim..for me pensyarah2 saya tu semua org2 berilmu..sorang pensyarah ni ckp melayu pun slang arab sbb lama sgt dok arab..dia pun ckp the same thing..dia siap soh kami buat wasiat pada anak...kalau mak mati esok sedekahkan byk2 ( dia pesan jgn ckp sikit nanti anak sedekah sikit) utk mak, anak yg lain mengaji utk mak...etc etc..

tadi saya selak gak kitab hadis bukhary yg tebal tu...ada jumpa satu hadith yg panjang, nabi pernah bagi khutbah di perkuburan baqi...buat apa mereka berkumpul ramai2 di perkuburan tu? tak di tulis cuma di tulis isi khutbah aja..pasal syurga dan neraka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 11:57 PM | Show all posts
dulu saya pernah share kat thread pengurusan jenazah ke...kisah benar ni lama dah..jiran saya sendiri yg saksikan...
jiran ni baru blk kg, sedara meninggal..cite short aja ya..masa mandikan jenazah ada satu makcik mulut pok pek pok pek mengumpat jenazah. dijadikan takdir jenazah tu tiba2 pegang tangan makcik ni..keras kebatu tak lepas2..gempar jap..panggil tok imam semua, doa semua tak lepas gak..takkan nak semadikan dua2 sekali..so tok imam kata kat makcik ni..kau minta ampun dgn simati dan kata semua pahala kau kau sedekahkan kat dia...dia pun akur ikut kata imam..tak lama lepas tu baru tgn dia terlerai
sunsuria3 Post at 4-5-2010 09:34 PM



orang melayu memang suka cerita ajaib macam ni....lalu dijadikan hujah dalam agama....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:14 AM | Show all posts
bukn cerita ajaib n tiba2 teringt kisah benar ni.

sorry I m not Malay
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 10:10 AM | Show all posts
orang melayu memang suka cerita ajaib macam ni....lalu dijadikan hujah dalam agama....
Hang Post at 4-5-2010 23:57


Hukum Mendoakan Orang Mati


Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya bersandarkan firman Allah:


وَالَّذِينَ جاءُ وْا مِنْ بَعْدِ هِمْ يَقُولونَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَ بِالاِيْمَانِ.

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami". AL- HASYR 59:10.



رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ.

"Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." IBRAHIM, 14:41.



وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ.

“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman". MUHAMMAD, 47:19.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:13 PM | Show all posts
Hukum Mendoakan Orang Mati

Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya bersandarkan firman Allah ...
salikin Post at 5-5-2010 10:10 AM



   mendoakan orang mati tidak timbul persoalan....memang sahih suruhan agama

    yang menjadi perselisihan ialah amalan transfer pahala
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 12:39 PM | Show all posts
mendoakan orang mati tidak timbul persoalan....memang sahih suruhan agama

    yang men ...
Hang Post at 5-5-2010 12:13

ikhlas ke soalan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:26 PM | Show all posts
mendoakan orang mati tidak timbul persoalan....memang sahih suruhan agama

    yang menjadi perselisihan ialah amalan transfer pahala.
Hang Post at 5-5-2010 12:13


Hormatilah ijtihad ulamak dan orang-orang yang memilih untuk mengikutinya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 07:42 PM | Show all posts
Hormatilah ijtihad ulamak dan orang-orang yang memilih untuk mengikutinya.
always_typo Post at 5-5-2010 03:26 PM



    begitu juga hormati la juga orang2 yang memilih untuk menolaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 07:48 PM | Show all posts
so kena sama2 hormat. tp kenapa smpi kata haram Dan bidaah? tu bukn hormat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 08:53 AM | Show all posts
so kena sama2 hormat. tp kenapa smpi kata haram Dan bidaah? tu bukn hormat
sunsuria3 Post at 5-5-2010 07:48 PM


Hukum itu tegak bukan atas dasar "Hormat"
Hukum itu tegak atas dasar dalil-dalil.

Dari dalil-dalil jika kamu berijtihad ianya sunat, jika kamu betul kamu mendapat 2 pahala dan jika salah kamu mendapat 1 pahala.
Begitu juga jika kami berijtihad ianya haram, jika betul mendapat 2 pahala, jika salah mendapat 1 pahala.

Bila kami memegang mendapatnya yang mengatakan ianya 'Haram', takkan nak jawab kata 'Sunat'.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:09 AM | Show all posts
Bila kami memegang mendapatnya yang mengatakan ianya 'Haram', takkan nak jawab kata 'Sunat'.
Hang Post at 6-5-2010 08:53


Perbezaan ijtihad bukan perkara baru dalam Islam, jadi ada adab-adab yang perlu diikut. Bila tak ikut, mulalah golongan beragama bergaduh sesama sendiri dan golongan maksiat bermaharajalela...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 09:50 AM | Show all posts
yang saya  belajar dari kelas pengajian syariah-ijtihad
bila berlaku perselisihan kita kena pegang pada ajaran mazhab yang kita ikuti selama ini

jika dlm mazhab yg sama berlaku perselisihan faham juga

maka pegang lah pada apa yg telah kita ikuti selama ini, kerana adat juga boleh dijadikan hukum

wallahualam.

pada saya eloklah perangi benda2 yang terang dan nyata ditegah agama. saya pun masih mencari2 jawapan..satu yang pelik bagaimana dlm mazhab yang sama, ada yg claim kata imam syafie kata begini dan satu pihak lagi kata imam syafie kata begitu...yg bertentanganlah maksudnya??? siapa yang putar belitkan fakta sebenar??
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 10:17 AM | Show all posts
pada saya eloklah perangi benda2 yang terang dan nyata ditegah agama. saya pun masih mencari2 jawapan..satu yang pelik bagaimana dlm mazhab yang sama, ada yg claim kata imam syafie kata begini dan satu pihak lagi kata imam syafie kata begitu...yg bertentanganlah maksudnya??? siapa yang putar belitkan fakta sebenar??
sunsuria3 Post at 6-5-2010 09:50 AM



    Imam syafei pun ada qaul qadim dan qaul jadid..

Imam-imam panutan umat pun ada rujuk kembali dari pendapat mereka yang sebelumnya bila mereka berjumpa dengan dalil yang menyatakan sebaliknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078016 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list