CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: saatchambizz

Adakah syiah mazhab sesat?ya atau tidak.

[Copy link]
Post time 30-7-2010 02:09 AM | Show all posts

Fathan:
xada beza le mike ni ngan org sakai...sebab org sakai pun kata arak xharam'minum ade rase penin2 je...


Baghal:
Orang sakai tu lg handai, takyah rujuk Al-Quran dh bleh buat hukum..kiranya ilmu sirikapi lebih rendah dr orang sakai..



Dalam AlQuran ada di jelaskan tentang paras kemabukan seseorg yaitu:

Wahai orang-org yang percaya,
janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu mabuk sehingga kamu mengetahui apa yg kamu katakan, (4:43)

ayat di atas mendedahkan kpd kita bahawa seseorg yg mabuk itu adalah org yg tidak tahu apa yg dia katakan/ucapkan.
bila seseorg itu tahu apa yg dia katakan/ucapkan, ini menunjukkan yg dia itu org yg sedar @siuman @tidak mabuk.

mungkin frasa mabuk itu boleh juga di tujukan kpd org-org yg bersolat tetapi tidak memahami apa yg dia bacakan.
seperti burung kakak tua yg hanya tahu mengikut secara lurus bendul shj.

satu lagi fakta yg terdapat pd ayat di atas yaitu, kewujudan org-org yg bersolat dlm keadaan mabuk, lalu ALLAH menegur mereka melalui ayat ini.
ini menunjukkan yg arak itu bukanlah barang yg haram.

namun seperti yg saya telah katakan,
jika mahu berjaya, jauhi lah arak kerana arak itu amalan setan (5:90,91)
sesungguhnya setan hanya menginginkan manusia bermusuhan dan membenci di dlm arak &perjudian sambil menghalangi manusia dari mengingati ALLAH dan mengerjakan solat (5:91).



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 11:03 AM | Show all posts
salam' warga cari.com lama xmasuk forum ni....
nmpknya masih ada yg tertnya2 tentang ajaran ni... ...
fathan Post at 30-7-2010 00:42



ajaran sesat mana yg mengajar org islam melaknat isteri nabi aishah & sahabat2 besar Nabi ni??  kenapa ajaran semacam ni tak diwartakan sbg ajaran sesat??    andai kata klu ajaran Kahar Ahmad yg mengajar melaknat sahabat2 Nabi dah tentu cepat fatwa keluar. tapi klu ajaran tu datang dari satu kaum di Iran nun kenapa masih teragak2?  sbb negara tu ada kuasa nuklear kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by fathan at 2-8-2010 10:57

Reply 201# sirrikhafi

    .[quote].satu lagi fakta yg terdapat pd ayat di atas yaitu, kewujudan org-org yg bersolat dlm keadaan mabuk, lalu ALLAH menegur mereka melalui ayat ini.
ini menunjukkan yg arak itu bukanlah barang yg haram

sirrikhafi Post at 30-7-2010 02:09 [/quote[/quote]]


    kalu mcm tu...sekirenya org tu minum segelas je arak tapi dia x mabuk...jadi bleh le solat ye?baguih betui mike punye tafsiran...mane belajo

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“     “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

   1. Pembuatnya,
   2. pengedarnya,
   3. peminumnya,
   4. pembawanya,
   5. pengirimnya,
   6. penuangnya,
   7. penjualnya,
   8. pemakan wang hasilnya,
   9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“     " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)     ”

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

    * Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
    * Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
    * Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
    * Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
    * Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
    * Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
“     Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4]     ”

Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

   1. Orang yang sudah mukallaf
   2. Dengan kemahuan sendiri
   3. Mengetahui haram hukum meminumnya
   4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 09:57 PM | Show all posts

kalu mcm tu...sekirenya org tu minum segelas je arak tapi dia x mabuk...jadi bleh le solat ye?baguih betui mike punye
tafsiran...mane belajo


Tak salah jika ia mendirikan solat kerana AlQuran jelas mengatakan:

Wahai orang-org yang percaya,
janganlah kamu mendekati akan solat,
sedang kamu mabuk,
sehingga kamu mengetahui apa yg kamu katakan, (4:43)



Menurut ayat di atas, jika org itu mengetahui apa yg dia katakan, bermakna ia tidak mabuk dan bolehlah mendirikan solat.
sesungguhnya ajaran ALLAH itu mudah, tapi ajaran hadis itu kejam lagi zalim.



Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“     “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

   1. Pembuatnya,
   2. pengedarnya,
   3. peminumnya,
   4. pembawanya,
   5. pengirimnya,
   6. penuangnya,
   7. penjualnya,
   8. pemakan wang hasilnya,
   9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“     " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)     ”


Ini semua tiada di sebut di dlm AlQuran.
bahkan hadis sebegini berpotensi menyekat non muslim utk memahami &mendekati ajaran ALLAH yg sebenar di dlm AlQuran.



Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

    * Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
    * Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
    * Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
    * Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
    * Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
    * Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.



Lagi satu percanggahan dgn AlQuran kerana AlQuran mengatakan arak itu ada manfaat nya tetapi dosanya lebih besar dari manfaat nya.

Mereka bertanya akan engkau dari arak dan judi.
Katakan lah: Di dlm keduanya itu ialah dosa yg besar dan manfaat bagi manusia,
dan dosa nya itu lebih besar dari manfaat nya (2:219)


ini menunjukkan bahawa arak itu ada manfaatnya.
contohnya ketika kita berada di kawasan yg sangat ekstrim sejuknya seperti di siberia atau di antartika, maka di haruskan utk meminumnya jika kesejukan itu mendatangkan mudarat kpd kita.




Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
“     Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4]     ”


Tuhan ALLAH anda tak pernah menyuruh nabi memukul peminum arak di dlm AlQuran Nya.
tuhan mana pulak yg suruh?
apakah kitabnya?



Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :

   1. Orang yang sudah mukallaf
   2. Dengan kemahuan sendiri
   3. Mengetahui haram hukum meminumnya
   4. Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil


Maaf.
ini semua tiada kena mengena dgn ajaran Tuhan ALLAH anda di dlm AlQuran.

Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH akan kedustaan,
tidaklah mereka itu akan berjaya (10:69)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:37 PM | Show all posts
salam,

Menurut ayat di atas, jika org itu mengetahui apa yg dia katakan, bermakna ia tidak mabuk dan bolehlah mendirikan solat.


walaupun saya setuju bahawa didlm quran x ada pengharaman secara khusus untok arak tetapi allah mengingatkan kita untok menjauhinya.

Q5:90  Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Jadi kalau kita ni benar2 orang yg beriman maka kita akan ikut perentah allah dgn menjauhi dari arak. Dan x akan berlaku dimana orang2 yg beriman minum segelas tak mabuk terus bersembahyang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by fathan at 6-8-2010 16:08

Reply 204# sirri_khafi

mike cakap sebenornya ikut nafsu se mata2 tanpa mengkaji terlebih dahulu dari sumber Al Quran,Hadis & ijmak ulama.
Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak berdiri sendiri sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasa ini, manusia semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini tidak sesekali bermakna hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan semata-mata ingin mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.

Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini. Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariah diasaskan atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan alam sekeliling. Pengharaman arak merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam hukum syariah dan Allah SWT pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam mengharamkannya demi kesejahteraan umat manusia.
Selain menjejaskan kesiuman akal dan kesihatan, ia juga menjadi punca kepada beberapa kerosakan harta benda dan kelahiran pelbagai jenayah dalam kehidupan masyarakat seperti zina, pembunuhan, pemerkosaan dan rompakan. Begitu tinggi risiko arak kepada kehidupan manusia sama ada dari sudut kesihatan atau harta benda. Oleh itu, Islam telah membimbing manusia ke arah satu penyelesaian yang konkrit dalam menangani masalah arak. Hukum-hukum syarak bukanlah diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. Sesuatu hukum tidak akan mencapai maqasidnya sekiranya dijalankan pada masa yang tidak sesuai atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.


1.1 SUMBER AL-QURAN tentang pengharaman arak

Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan sepenuhnya. Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara maslahat umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan minuman tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan umat Islam pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan maqasid pengharamannya tidak dapat dicapai.

Menurut Abdul Latif Muda (1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya ayat yang menyatakan hal tersebut, para sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya. Mereka banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat
bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), terdapat beberapa pendapat berhubung sebab turun ayat di atas. Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Maisarah daripada Amru bin Syurahbil daripada Umar, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap.” Kemudian turunlah ayat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219 iaitu yang bermaksud: “Mereka bertanya

kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...”

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu. Lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Lalu turunlah ayat dalam surah An-Nisa’, ayat 43 iaitu yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk...”

Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebut, lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya, lantas dia berkata,
“Kami berhenti”.

Al-Hasan berkata: “Arak diharamkan dengan ayat ini (Surah Al-Baqarah: ayat 219)”. Sekumpulan ulama’ mengatakan: Arak diharamkan dengan ayat 90 dan 91 dari Surah Al-Ma’idah. Paling shahih adalah pendapat yang mengatakan arak diharamkan melalui penurunan ayat 90 dan 91 pada Surah Al-Ma’idah.
Melalui firman Allah SWT dalam ayat 219, Surah Al-Baqarah ini juga,
sesetengah ulama’ berhujah dengan ayat
(Katakanlah, pada
kedua-dua ada dosa besar) untuk menunjukkan pengharaman arak.
Dalam Surah Al-A’raf, ayat 33, Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan
perbuatan dosa.”
Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan sifat arak
itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini mengharamkan arak.
Merujuk kalimah
yang bermaksud ‘dosa itu’ dalam ayat 219, Surah Al-
Baqarah, Abu Bakar Muhammad (2006), menyatakan terdapat dua pendapat iaitu:
i. Dosa itu ialah perbuatan yang dilakukan setelah ia diharamkan dan manfaat
pula ialah yang dilakukan sebelum diharamkan.
ii. Dosa itu ialah apabila mereka meminumnya maka mereka menjadi mabuk,
lalu mereka sanggup mencaci maki, mencederakan dan membunuh.

Pendapat yang paling shahih, kalimah ‘dosa itu’ boleh diertikan kepada
kedua-dua pendapat tersebut.
Manakala kalimah
(dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat ini:
i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.
ii. Keseronokan dan kelazatan.

iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat untuk tubuh badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau menyembuhkan penyakit, kerana ia berperanan menguatkan perut dan saluran darah pada urat. Seterusnya ia sampai ke organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras sekaligus melembutkannya.

Pendapat yang paling shahih, manfaat tersebut ialah manfaat keuntungan perniagaan. Hal ini disebabkan mereka membawa arak itu dari Syam dengan harga yang murah dan menjualnya di Tanah Hijjaz dengan keuntungan besar. Kelazatannya pula merupakan mudarat bagi orang yang berakal kerana kelazatan yang diperoleh itu tidak berpadanan dengan kreativiti dan kewarasan yang dibawa oleh arak. Hinggakan golongan hamba abdi bertaraf rendah dan mereka yang serba kekurangan pun tidak mahu meminumnya disebabkan ia menghilangkan kemuliaan akal dan menghilangkan mutu penghasilan dan deria pembezaan.

Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan minum arak jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini juga menjelaskan kepada manusia bahawa mudarat yang terdapat di dalam arak lebih banyak daripada manfaatnya. Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat mula berhenti minum arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan, arak masih belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan seperti ini telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya untuk mengambil
manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui bahawa arak juga ada
manfaatnya dan bukannya untuk melakukan dosa.


to be continued...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2010 04:13 PM | Show all posts
Reply 204# sirri_khafi

Maaf.
ini semua tiada kena mengena dgn ajaran Tuhan ALLAH anda di dlm AlQuran.


mike rasa mike dah kenal betui dgn tuhan mike ye?....
sambung balik...yek...
Pada peringkat kedua, ayat Al-Quran diturunkan menyebut tentang pengharaman meminum arak pada waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan ibadah solat. Hal ini kerana ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan”
(Surah An-Nisa: Ayat 43)

Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu ketika Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah membaca surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, “Katakan wahai orang-orang kafir,
aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa
yang kamu sembah.”

Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama Utban bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin. Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu telah menyebabkan seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji- muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu, seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya sebagaimana
ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 dan 91:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,

pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah
di dalam ayat 90 surah al-Maidah adalah fi’il amar yang merupakan ayat perintah daripada Allah supaya umat Islam wajib meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama’ bersepakan bahawa hukum meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang mengharuskannya.


Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah mengagak bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu beliau sentiasa berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, berilah penjelasan tentang arak dengan penjelasan
yang cukup.” Andainya arak diharamkan sama sekali, mungkin sesetengah sahabat
akan merasa keberatan meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.


Dengan turunnya ayat di atas, ayat-ayat terdahulu yang menyebut tentang arak telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat di atas


1.2 SUMBER AL-HADIS

Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan pengharaman arak antaranya hadis berikut:

Maksudnya: “Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ al-’Ataqi dan Abu Kamil

berkata, telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, telah diceritakan kepada kami Ayyub dari Nafi’ dari Ibn Umar, telah berkata Rasulullah SAW: “ Semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram. Barang siapa yang meminum khamar di dunia, lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di syurga)”.

Hadith tersebut dipetik daripada Kitab Sahih Muslim di dalam kitab minuman, berkaitan dengan bab semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan semua khamar adalah haram. Kandungan hadis ini adalah berkaitan dengan khamar (arak) iaitu setiap perkara ataupun minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah dihukumkan sebagai haram. Berdosa bagi sesiapa yang meminumnya walaupun dengan kadar yang sedikit.
Terdapat beberapa istilah daripada hadis tersebut yang perlu diberi
penjelasan, salah satunya adalah perkataan haram. Pengertian haram menurut Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya Fiqh Halal wa Haram, ialah suatu perkara yang dilarang oleh syariat melakukannya dengan larangan yang pasti iaitu tidak boleh berubah,
Manakala dua lagi perkataan yang penting ialah ‘shrub’ dan ‘al-khamr’. Kedua-duanya bererti minum arak. Dalam hal ini, ulama’ telah berselisih pendapat tentang maksud kedua-duanya. Menurut Imam Malik, Syafi’e dan Ahmad serta ulama kepada mazhab masing-masing, perkataan minum itu bermaksud minum cecair yang memabukkan sama ada ia dinamakan dengan khamr atau tidak, begitu juga sama ada ia berasal daripada perahan anggur atau lainnya seperti tamar, anggur kering, gandum, barli dan padi, juga sama ada ia memabukkan dengan kadar yang sedikit atau kadar yang banyak sebagaimana ditegaskan dalam sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apa sahaja (minuman) yang kadar banyaknya memabukkan, maka
kadarnya yang sedikit adalah haram.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
teman xtau mike ni dari mazhab mana...tapi yg nyatenya mike ni kaki mabuk....bagi hujah mcm org mabuk...gayenya bukan dari mazhab syafie....xtau le...mike ni syiah atau wahabi...tapi yg pasti mike tengah me ngong time ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 06:17 PM | Show all posts

Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada makhluk-Nya melalui Al-Quran dan
As-Sunnah.


Syariat Tuhan ALLAH hanya melalui AlQuran shj, bukan melaui hadis, sunnah, ijma' qiyas dsbnya.
bahkan seorg nabi pun tiada kuasa utk mensyariatkan agama ALLAH tanpa izin Nya.

Apakah bagi mereka itu sekutu-sekutu yg telah mensyari'atkan bagi mereka dari agama,
apa yg tidak di izinkan dgn nya oleh ALLAH?
dan jikalaulah tiada kalimat yg memisahkan,
nescaya telah di putuskan di antara mereka,
dan sesungguhnya org-org yg zalim itu bagi mereka azab yg pedih (42:21)


Telah mengambil oleh mereka itu akan habr-habr mereka dan rahib-rahib mereka,
sebagai tuhan-tuhan dari selain ALLAH (9:31)


Katakanlah: Apakah kamu mengajar ALLAH tentang agama kamu? (49:
16)



ayat di atas menjelaskan bahawa org-org yg mensyariatkan ke atas agama ALLAH apa yg tidak di izinkan oleh Nya, adalah seolah-olah menyekutukan Nya. oleh itu mana-mana syariat yg di luar AlQuran adalah perbuatan syirik, walaupun ia itu dari hadis, sunnah, ijma' qiyas dsbnya.



Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.


Ya, syariat AlQuran bukan shj telah lengkap& sempurna, malah ianya terperinci.
lebih terperinci dari hadis, sunnah, ijma' qias dll hukum ciptaan habr-habr islam sunni.


Apakah maka selain ALLAH, aku mencari sebagai hakim?
sedangkan Dia lah yg menurunkan kpd kamu akan sebuah Kitab yg terperinci (6:114
)



Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini.


Yg di pertikaikan ialah syariat yg di luar AlQuran shj yaitu seperti syariat sunnah, syariat hadis, syariat atsar, syariat ijma', syariat qiyas, syariat masalihul mursalah dsbnya contohnya seperti mengamalkan syariat hadis yg mirip dgn ajaran bible yaitu syariat membunuh org murtad dsbnya. sebaliknya, AlQuran tidak pernah menyuruh membunuh org-org murtad. tidak ada satu ayat AlQuran pun yg menyuruh membunuh org murtad kecuali syariat hadis &syariat bible shj yaitu:


Imamat 24:16

Siapa yang menghujat nama TUHAN, pastilah ia dihukum mati dan dilontari dengan batu oleh seluruh jemaah itu. Baik orang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama TUHAN, haruslah dihukum mati.


Ulangan 13:5 Nabi atau pemimpin itu haruslah dihukum mati, karena ia telah mengajak murtad terhadap TUHAN, Allahmu, yang telah membawa kamu keluar dari tanah Mesir dan yang menebus kau dari rumah perbudakan - dengan maksud untuk menyesatkan engkau dari jalan yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk dijalani. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.

Ulangan 13:6 Apabila saudaramu laki-laki, anak ibumu, atau anakmu laki-laki atau anakmu perempuan atau isterimu sendiri atau sahabat karibmu membujuk engkau diam-diam, katanya: Mari kita berbakti kepada allah lain yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu,

Ulangan 13:7 salah satu allah bangsa-bangsa sekelilingmu, baik yang dekat kepadamu maupun yang jauh dari padamu, dari ujung bumi ke ujung bumi,

Ulangan 13:8 maka janganlah engkau mengalah kepadanya dan janganlah mendengarkan dia. Janganlah engkau merasa sayang kepadanya, janganlah mengasihani dia dan janganlah menutupi salahnya,

Ulangan 13:9 tetapi bunuhlah dia! Pertama-tama tanganmu sendirilah yang bergerak untuk membunuh dia, kemudian seluruh rakyat.

Ulangan 13:10 Engkau harus melempari dia dengan batu, sehingga mati, karena ia telah berikhtiar menyesatkan engkau dari pada TUHAN, Allahmu, yang telah membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari rumah perbudakan.



maka, hukum-hukum hadis yg di cedok dari ajaran-ajaran bible sebegini lah yg di pertikaikan oleh org-org islam yg sebenar, yaitu mereka yg hanya berpegang dgn AlQuran shj, yaitu sumber ajaran ALLAH yg sebenar lagi tiada keraguan di dlm nya.



Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan
manusia.  


Yg di pertikaikan hanyalah syariah di luar AlQuran seperti hadis, sunnah, ijma' qiyas dll ciptaan habr-habr islam sunni.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 06:18 PM | Show all posts

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), terdapat beberapa pendapat berhubung sebab turun ayat di atas. Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Maisarah daripada Amru bin Syurahbil daripada Umar, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap.” Kemudian turunlah ayat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219 iaitu yang bermaksud: “Mereka bertanya
kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...”

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu. Lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Lalu turunlah ayat dalam surah An-Nisa’, ayat 43 iaitu yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk...”

Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebut, lantas dia berkata, “Ya Allah, terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya, lantas dia berkata,“Kami berhenti”.


Hadis di atas jelas bercanggah dgn AlQuran kerana AlQuran mengatakan:

Mereka bertanya akan engkau dari arak dan judi (2:219)

Ini menunjukkan bahawa, mereka bertanya kpd muhammad, bukan bertanya kpd ALLAH. tapi sebaliknya hadis di atas jelas menggambarkan yg seolah-olah umar berbicara dgn ALLAH. sungguh aneh! pdhal AlQuran menggambarkan perbicaraan mereka dgn nabi Nya. kemanakah perginya akal &minda pengikut ajaran hadis? sehingga tak dapat membezakan siapakah yg bertanya &siapakah yg yg di tanyakan.
bahkan tidak memahami frasa "mereka bertanya" & "mereka bertanya kpd engkau".


Dalam Surah Al-A’raf, ayat 33, Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan
perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan
perbuatan dosa.”
Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan sifat arak
itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini mengharamkan arak.


Ia menjadi haram jika di kaitkan dgn perbuatan dosa, tetapi dosa &keharamannya tidaklah menyebabkan manusia di hukum masuk neraka buat selama-lamanya. lagi pula, pengharamannya adalah di sebabkan perbuatan-perbuatan dosa yg datang menyusulinya seperti zina dsbnya. jika ia di minum utk kemanfaatannya,tidaklah mengapa... kerana, pengharaman memakan arak tidaklah sejelas di dlm ayat di bawah ini:

Katakanlah: Tidaklah aku mendapati pada apa yang telah di wahyukan kepada aku akan sesuatu yang di haramkan ke atas pemakan yg memakan akan nya, kecuali bahawa adalah ia itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi, maka sesungguhnya ia itu keji, atau suatu kefasikan, yg di sembelih kepada selain ALLAH dengan nya, maka sesiapa yg terpaksa lagi tidak memberontak dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan engkau itu pengampun lagi penyayang (6:145)

moral of the story, apa pun yg kita makan, Tuhan itu pengampun lagi penyayang.

ALLAH di sanjung!


Pendapat yang paling shahih, kalimah ‘dosa itu’ boleh diertikan kepada
kedua-dua pendapat tersebut.
Manakala kalimah
(dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat ini:
i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.
ii. Keseronokan dan kelazatan.


Ini semua pendapat manusia.
tiada kewajipan utk kita mengikuti nya.


iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat untuk tubuh badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau menyembuhkan penyakit, kerana ia berperanan menguatkan perut dan saluran darah pada urat. Seterusnya ia sampai ke organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras sekaligus
melembutkannya.


Bukan ahli bid'ah yg kata, tapi Tuhan yg kata arak itu ada manfaatnya bagi manusia:

dan manfaat-manfaat bagi manusia (2:219)

Kata-kata Tuhan pun nak di pertikai? ini ke yg di katakan seorg "muslim"?


Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan minum arak jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini juga menjelaskan kepada manusia bahawa mudarat yang terdapat di dalam arak lebih banyak daripada manfaatnya. Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat mula berhenti minum arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan, arak masih belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan seperti ini telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya untuk mengambil manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui bahawa arak juga ada manfaatnya dan bukannya untuk melakukan
dosa.


AlQuran tidak mengharamkan arak secara total.
tidak ada salahnya jika minum arak bukan utk melakukan dosa.
Tuhan itu pengampun &pengaseh.
bukan mcm manusia, apalagi yg bergelar "muslim" pd zmn ini, yg cukup mudah menghukum org lain yg tak sealiran &sepemikiran dgn mereka, seperti yg terdapat di dlm thread BSS yaitu seperti menuduh kafir, zindiq, murtad dsbnya.

seolah-olah mereka ini tuhan pula....


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 07:36 PM | Show all posts

Pada peringkat kedua, ayat Al-Quran diturunkan menyebut tentang pengharaman meminum arak pada waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan ibadah solat. Hal ini kerana ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan”
(Surah An-Nisa: Ayat 43)

Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu ketika Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah membaca surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, “Katakan wahai orang-orang kafir,
aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa
yang kamu sembah.”


Tiada kewajipan utk saya mengikuti hadis di atas.

Dan janganlah engkau mengikuti apa yg tiada bagi engkau dengan nya oleh ilmu.
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, tiap-tiap itu adalah daripada nya akan di tanya (17:36)

Ketika kamu menerima akan nya dengan lidah-lidah kamu dan kamu katakan dengan mulut-mulut kamu apa yg tiada bagi kamu dengan nya oleh ilmu dan kamu menyangka akan nya sebagai ringan, sedang ia itu di sisi ALLAH, besar (24:15)

Itulah umat yg sungguh telah berlalu.
bagi mereka apa yang mereka kerjakan dan bagi kamu apa yang kamu kerjakan,
dan tidak lah kamu akan di tanya dari apa yang adalah mereka itu kerjakan (2:141)

Tuhan kami dan janganlah Engkau bebankan ke atas kami akan suatu bebanan,
seperti apa yg telah Engkau bebankan akan nya ke atas orang-orang yg dari sebelum kami (2:286)




Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama Utban bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin. Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu telah menyebabkan seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji- muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu, seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya menyebabkan keadaan menjadi huru-
hara.


Dan janganlah engkau mengikuti apa yg tiada bagi engkau dengan nya oleh ilmu.
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, tiap-tiap itu adalah daripada nya akan di tanya (17:36)

Ketika kamu menerima akan nya dengan lidah-lidah kamu dan kamu katakan dengan mulut-mulut kamu apa yg tiada bagi kamu dengan nya oleh ilmu dan kamu menyangka akan nya sebagai ringan, sedang ia itu di sisi ALLAH, besar (24:15)





Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya sebagaimana
ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 dan 91:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,

pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah
di dalam ayat 90 surah al-Maidah adalah fi’il amar yang merupakan ayat perintah daripada Allah supaya umat Islam wajib meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama’ bersepakan bahawa hukum meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang mengharuskannya.


Fe'el amar tetap fe'el amar, ia tiada kaitan dgn haram mahupun halal.
kalau Tuhan tak kata arak itu haram, janganlah kita pandai-pandai nak mengatakanya pula!

Katakanlah: Apakah kamu mengajar ALLAH tentang agama kamu? (49:16)



Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah mengagak bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu beliau sentiasa berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, berilah penjelasan tentang arak dengan penjelasan
yang cukup.” Andainya arak diharamkan sama sekali, mungkin sesetengah sahabat
akan merasa keberatan meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.


Mengarut! tak yakin lagi ke AlQuran itu adalah sebuah kitab yg terperinci?

Sedangkan Dia lah yg menurunkan kpd kamu akan sebuah Kitab yg terperinci (6:114)


tidak ada masaalah pun jika sahabat meminum arak, kerana Tuhan tidak mengharamkannya secara total. penjelasan dari AlQuran sudah cukup bagi org-org yg percaya. melainkan mereka yg nak mencontohi perangai anak-anak israel.


Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu menanyakan dari sesuatu-sesuatu yg jika di terangkan bagi kamu, akan menyusahkan kamu. dan jika kamu menanyakan dari nya ketika di turunkan oleh AlQuran itu, akan di terangkan kepada kamu. telah memaafkan oleh ALLAH dari nya dan ALLAH itu pengampun lagi penyantun. Sungguh telah menanya akan nya oleh kaum yg dari sebelum kamu itu, kemudian telah bersubuh-subuh lah mereka dengan nya, mereka mengingkari (5:101,102)



Dengan turunnya ayat di atas, ayat-ayat terdahulu yang menyebut tentang arak telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat di atas


Maaf,

AlQuran tidak menasakhkan AlQuran, sebaliknya AlQuran itu hanya menasakhkan kitab-kitab yg terdahulu shj.

Tidaklah Kami menasakhkan dari suatu ayat atau Kami melupakan akan nya, Kami akan datangkan dengan yg lebih baik dari nya atau yg seumpama akan nya. Tidak kah kamu tahu bahawa sesungguhnya ALLAH itu berkuasa di atas setiap sesuatu? (2106)

Frasa "Kami menasakhkan suatu ayat atau Kami melupakannya" adalah merujuk kpd kitab-kitab ALLAH yg terdahulu seperti Injil, Taurat, Zabur dll.

semua yg termaktub di dlm AlQuran adalah hukum yg relevan utk sepanjang zaman.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 07:38 PM | Show all posts

1.2 SUMBER AL-HADIS

Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan pengharaman arak antaranya hadis berikut:

Maksudnya: “Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ al-’Ataqi dan Abu Kamil

berkata, telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, telah diceritakan kepada kami Ayyub dari Nafi’ dari Ibn Umar, telah berkata Rasulullah SAW: “ Semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram. Barang siapa yang meminum khamar di dunia, lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di syurga)”.

Hadith tersebut dipetik daripada Kitab Sahih Muslim di dalam kitab minuman, berkaitan dengan bab semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan semua khamar adalah haram. Kandungan hadis ini adalah berkaitan dengan khamar (arak) iaitu setiap perkara ataupun minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah dihukumkan sebagai haram. Berdosa bagi sesiapa yang meminumnya walaupun dengan kadar yang sedikit.
Terdapat beberapa istilah daripada hadis tersebut yang perlu diberi
penjelasan, salah satunya adalah perkataan haram. Pengertian haram menurut Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya Fiqh Halal wa Haram, ialah suatu perkara yang dilarang oleh syariat melakukannya dengan larangan yang pasti iaitu tidak boleh berubah,
Manakala dua lagi perkataan yang penting ialah ‘shrub’ dan ‘al-khamr’. Kedua-duanya bererti minum arak. Dalam hal ini, ulama’ telah berselisih pendapat tentang maksud kedua-duanya. Menurut Imam Malik, Syafi’e dan Ahmad serta ulama kepada mazhab masing-masing, perkataan minum itu bermaksud minum cecair yang memabukkan sama ada ia dinamakan dengan khamr atau tidak, begitu juga sama ada ia berasal daripada perahan anggur atau lainnya seperti tamar, anggur kering, gandum, barli dan padi, juga sama ada ia memabukkan dengan kadar yang sedikit atau kadar yang banyak sebagaimana ditegaskan dalam sebuah hadis, sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apa sahaja (minuman) yang kadar banyaknya memabukkan, maka
kadarnya yang sedikit adalah haram.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
teman xtau mike ni dari mazhab mana...tapi yg nyatenya mike ni kaki mabuk....bagi hujah mcm org mabuk...gayenya bukan dari mazhab syafie....xtau le...mike ni syiah atau wahabi...tapi yg pasti mike tengah me ngong time ni...


Manusia tiada kuasa utk menghalal &mengharamkan sesuatu tanpa izin ALLLAH, walaupun dia itu seorg nabi:

Setiap makanan adalah halal bagi anak-anak israel kecuali apa yang telah di haramkan oleh israel ke atas diri nya dari sebelum bahawa di turunkan akan Taurat. katakanlah: "Maka datangkanlah oleh kamu dengan taurat itu, lalu bacakanlah ia, jika adalah kamu itu orang-orang yang benar! (3:93)
  
  Dan janganlah kamu mengatakan bagi apa yg di sifatkan oleh lidah-lidah kamu akan kedustaan "Ini Halal dan ini Haram!" supaya kamu meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH akan kedustaan. Sesungguhnya org-org yg meng-ada-ada-kan ke atas ALLAH akan kedustaan, TIDAK AKAN BERJAYA! (16:116)



jadi skrg, siapa yg mabuk? org yg tidak mabuk ialah:

Kamu mengetahui apa yg kamu katakan, (4:43)



WALLAHU A'LAM.


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 10:16 PM | Show all posts
Reply 211# sirri_khafi

kalau mcm tu mike minum le arak di khalayak ramai,time bulan puasa nanti mike berbuke ngan arak yek',time berbuke kat masjid  mike bawak le arak sebotoi dua pas tu pelawa pak imam ngan bilal atau tok siak dgn jemaah2 sekali.. minum segelas dua...tengok le lepas tu ape diaorg buat kat mike',lagi satu ngape mike tak fight kat jabatan agama islam yg mengatakan arak ni jgn diharamkan pada org islam utk meminumnya...bagi hujah mike ni kat ustaz2,ulama2 kat jabatan agama islam supaya memansuhkan undang2 pengharaman arak ni,barule teman respect ngan mike,kalu mike berjaya...teman dgn bangenya akan berguru ngan mike,kalu mike xberjaya...mike kena berguru dgn guru teman dan  jgn nak mengasut org2 islam yg xberapa pandai dlm hukum hakam supaya mengikut fahaman mike...mcm mana ade bran?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 01:58 AM | Show all posts
Salaaamun 'alaikum...



kalau mcm tu mike minum le arak di khalayak ramai,time bulan puasa nanti mike berbuke ngan arak yek',time berbuke kat masjid  mike bawak le arak sebotoi dua pas tu pelawa pak imam ngan bilal atau tok siak dgn jemaah2 sekali.. minum segelas dua...tengok le lepas tu ape diaorg buat kat mike',


Arak itu adalah amalan setan.

Wahai orang-orang yang percaya, sesungguhnya arak dan judi dan berhala-berhala dan ramalan anak panah itu kekejian dari amalan setan, maka jauhi lah kamu akan nya, mudah-mudahan kamu akan berjaya.

Sesungguhnya menghendaki oleh setan itu bahawa ia menimbulkanan di antara kamu akan pemusuhan dan kebencian di dalam arak dan judi dan ia menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan dari solat, maka apakah kamu itu berhenti?

Dan taatlah kamu akan ALLAH dan taat lah kamu akan rasul dan berhati-hati lah kamu, maka jika kamu berpaling maka ketahuilah oleh kamu bahawa sesungguhnya apa yang di atas rasul Kami itu, ialah menyampaikan yang jelas.

Tiadalah ke atas orang-orang yang telah percaya dan yang telah beramal soleh itu kesalahan pada apa yang telah mereka makan ketika apa yang telah mereka taqwa dan yg telah mereka percaya dan yg telah mereka beramal soleh, kemudian mereka telah bertaqwa dan mereka telah percaya, kemudian mereka telah bertaqwa dan mereka telah elokkan, dan ALLAH itu mencintai akan orang-orang yang memperelokkan
(5:90-93)



lagi satu ngape mike tak fight kat jabatan agama islam yg mengatakan arak ni jgn diharamkan pada org islam utk meminumnya...bagi hujah mike ni kat ustaz2,ulama2 kat jabatan agama islam supaya memansuhkan undang2 pengharaman arak ni,barule teman respect ngan mike,


Ajaran ALLAH tak perlu di "fight" kan kpd sesiapa, sebaliknya ia mesti di sampaikan kpd seluruh umat manusia, bukan hanya utk kaum muslim shj.

Wahai rasul, sampaikan lah apa yang telah di turunkan kepada engkau dari Pemelihara engkau, dan jika tidak engkau lakukan maka tidak lah engkau telah menyampaikan akan risalah Nya, dan ALLAH menjaga engkau daripada manusia, sesungguhnya ALLAH itu tidak akan menunjuki akan kaum yang ingkar (5:67)

Dan tidaklah Kami telah mengutuskan akan engkau itu kecuali sebagai suatu keseluruhan bagi manusia, sebagai pemberi kegembiraan, dan sebagai pemberi ancaman, dan tetapi kebanyakkan manusia itu tidak mengetahui (34:28)


utk renungan saudara fathan, sesuatu @ benda yg memabukkan itu benar-benar menjadi suatu ayat @ suatu tanda @ suatu signs @ suatu sains fizik bagi org-org yg berakal.

Dan daripada buahan-buahan kurma dan anggur itu kamu telah mengambil daripada nya sebagai suatu yang memabukkan dan sebagai suatu rezeki yang elok, sesungguhnya pada demikian itu benar-benar sebagai suatu ayat bagi kaum yg berakal (16:67)

nah, silalah fikirkan &renungkan akan hikmah penciptaan Nya.


kalu mike berjaya...teman dgn bangenya akan berguru ngan mike,kalu mike xberjaya...mike kena berguru dgn guru teman dan  jgn nak mengasut org2 islam yg xberapa pandai dlm hukum hakam supaya mengikut fahaman mike...
mcm mana ade bran?


Tak perlu berguru dgn teman, cukuplah ALLAH menjadi GURU kamu.

Yang Pemurah. Dia lah yang telah mengajarkan akan AlQuran (55:1&2)

Dialah yang telah mengajarkan akan manusia apa yang tidak mereka ketahui (96:5)


Saudara, saya bukan menghasut, tetapi menyampaikan ayat-ayat ALLAH di dlm AlQuran. apakah saudara menyangkal ayat-ayat Nya?

Sungguh Kami mengetahui, sesungguhnya benar-benar mereka sedang menyedihkan akan engkau, yaitu yang sedang mereka katakan, maka sesungguhnya mereka itu tidaklah mendustakan akan engkau, dan tetapi orang-orang yang zalim itu, dengan ayat-ayat ALLAH, mereka sedang menyangkal! (6:33)




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 10:08 PM | Show all posts
Reply 213# sirri_khafi
taupun arak amalan setan abih tu xpayah le mike beriye2 nak mengatakan arak boleh diminum dan bleh pulak bersolat lepaih minum arak,cukup lah sekadar tau yg arak tu memang haram amalan setan,xpayah nak bagitau org lain tentang kepandaian mike menerangkan arak tu boleh minum dan buleh plak mengerjakan solat,sebab bukan semua org islam terlebih pandai cam mike,kena pahaman org lain tu tentang hukum xberape cerdik..xke haru..tu le yg terjadi zaman sekarang,ank2 melayu minum arak dah mcm minum air mineral,siap dgn bange dan selambe minum depan org ramai...mcm xbersalah.tu salah satu sebabnya le..ngape teman xsetuju care mike berhujah,memang teman tau dlm Al Quran ade menceritekan tentang arak ni...tapi tu le sebabnya Allah utuskan rasulNya utk jadi guide pada umat2nya,Rasulullah sendiri xajor sahabat2 dan umat2nya minum arak..sebab tu semua merosakkan akhlak,iman dan semacam2 aneka kemaksiatan bleh berlaku disebabkan meminum arak ni,jadi mike dgn hujah mike ni memang xsesuai dgn umat islam zaman la ni,bukan teman kata ayat2 Al quran tu xbetoi..tapi care penyampaian mike ni yg xbetoi,org melayu zaman sekarang ni byk buat semua ikut nafsu,kalau dgn care mike ni berhujah...mau le lebih ramai yg sesat lerak...nauzubillah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 06:07 PM | Show all posts
sumber2 :internet

Jika syiah tidak sesat,mengapa diharamkan???
saatchambizz Post at 5-3-2010 10:48 AM



    Dah habis dah ke berfikir? Kenapa pula Malaysia masih menjemput Iran sebagai peserta qari Tilawah Al Quran? Kalau Syiah kafir, buat apa jemput Iran kan Syiah kopi O kaw kaw pekat nya.. Dah tu Iran kerap jadi juara.. habis cam nooo.. orang kafir jadi juara ke ni? Biol betul orang yang pendek fikiran nya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:11 PM | Show all posts
..... sedih baca komen 'org yg tidak memahami'.............

memang sirri_khafi org yg faham apa yg di pelajari - teruskan perjuangan anda!

what ever - back to Al-Quran!!

One Question to those who still not 'sure' = Siapa guru Imam Shafie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 09:07 AM | Show all posts
kalau tak silap dulu pernah baca satu cerita, ada seorang ni taknak berhenti minum arak sebab alasan masa solat dia tak mabuk..ok jek..  emmmm kalau minum pukul 10malam lepas tu bila tido esoknya bangun pagi subuh agaknya masih mabuk lagi ke tak ek? emmm kena tanya peminum tegar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:43 AM | Show all posts
Reply 216# kartika2

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:25 AM | Show all posts
Dalam AlQuran ada di jelaskan tentang paras kemabukan seseorg yaitu:

Wahai orang-org ya ...
sirrikhafi Post at 30-7-2010 02:09



org yg fanafillah leh gak dikategorikan mabuk dlm ayat tu..bukan mabukkan arak tp mabukkan Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by naruto3484 at 13-1-2011 11:23
Tak perlu berguru dgn teman, cukuplah ALLAH menjadi GURU kamu.

Yang Pemurah. Dia lah yang telah mengajarkan akan AlQuran (55:1&2)

Dialah yang telah mengajarkan akan manusia apa yang tidak mereka ketahui (96:5)



mike nie keluar je dr perut ibu tibe2 pandai ke bace Al-Quran?...mike jgn perasan la Allah ngajo mike...ape yg sepesel nye mike sampai Allah yg ngajo mike?..tu la org tua2 ade berkate"bior pandai,jgn memandai-mandai"..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.077468 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list