CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kikuri

AKU CINTA KAMU {U}

[Copy link]
Post time 21-1-2013 01:48 PM | Show all posts
bila lah haidar nk jatuh cinta ni...tk sabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 01:53 PM | Show all posts
kikuri posted on 21-1-2013 12:45 PM
sambungan untuk hari ni

Alaa....sikit sangat dear....sambung la lagi................x puas nk baca...huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 02:18 PM | Show all posts
tak cukup.....nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 02:49 PM | Show all posts
ya hampun!!!!!

best best... tetiba aku terbayang danny x factor as haidar... muahahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 03:57 PM | Show all posts
BAB 40

MUKA Dahlia yang cemberut itu hanya dipandang sahaja oleh Haidar. Seronok rasanya dapat mengusik Dahlia. Mereka bersarapan dihotel sambil menunggu keluarga Haidar dan Dahlia turun ke cafe. Lambat pula mereka turun.

Dahlia makan roti bakar dengan rakus sambil membayangkan roti yang dimakan itu adalah Haidar. Dia mengunyah – ngunyah dengan geram. Sakit pingangnya kerana tidur diatas sofa. Tak dapat nak berguling seperti selalu.

“Tak payahlah awak nak anggap roti tu saya. Dia tak bersalah.” Macam tahu – tahu aja Haidar apa yang bermain difikiran Dahlia.

Hampir tercekik Dahlia mendengar kata – kata Haidar. Dengan pantas dia mencapai cawan yang berisi kopi lalu menenguknya gelojoh. Hampir tersembur kopi itu dari mulut Dahlia. Panas siot. Melecur lidah aku. Terjelir – jelir lidah Dahlia akibat kepanasan.

Haidar ketawa. “Tulah. Mengumpat laki lagi dalam hati. Kan dah dapat balasan.” Sindir Haidar.

Dahlia menjeling. Ni semuanya kau punya pasallah. Bentaknya dalam hati.

“Mana ada saya mengumpat. Pandai – pandai je awak.” Dahlia mencapai gelas berisi air putih. Pedih sungguh rasa lidahnya. Lupa kopi yang diambilnya tadi panas.

Kelihatan keluarga Haidar dan Dahlia menghampiri meja mereka. Senyum – senyum sahaja Encik Kamal. Pak Samad seperti biasa. Mukanya jarang senyum. Lagipun dia lapar. Semalam tak dapat makan banyak walaupun banyak makanan sedap –sedap. Tak reti protokol makan dihotel. Lagipun malu mahu makan dengan gelojoh.

“Hai pengantin baru.” Aisya Idayu. Adik bongsu Haidar. Balik ke Malaysia semata – mata mahu menghadiri majlis perkahwinan abangnya.

Aisya memeluk bahu Dahlia manja.

“Hai.” Balas Dahlia ramah. Walaupun baru mengenali Aisya, kelihatan mereka agak serasi.

“Macam mana malam tadi?” tanya Aisya sambil mengenyitkan matanya kearah Haidar. Haidar membaling gumpalan tisu yang telah digunakan kepada Aisya.

“Apa abang ni, kotorlah.”

“Tulah. Dasar budak penyibuk.” Mereka saling menjelir lidah. Dahlia hanya tersenyum sahaja.

“Dah jangan bergaduh depan rezeki tak baik.” Tegur Puan Jamilah lembut. Mak Kalsom hanya tersenyum sahaja. Pak Samad sudah terjenguk – jenguk melihat hidangan bufet. Semuanya nampak sedap.

“Pak Long nak makan apa? Biar Dahlia ambilkan.” Pelawa Dahlia.

“Bolehlah. Ambiklah apa - apa asalkan kenyang.” Jawab Pak Samad malu – malu.

Dahlia bangun untuk mengambilkan sarapan untuk Pak Samad sambil diekori Mak Kalsom.

“Kamu, jaga Dahlia elok – elok.” Tiba – tiba sahaja Pak Samad bersuara. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di meja makan.

“InsyaAllah Pak Long.”

“Dia anak yatim piatu. Pak Long aje yang dia ada. Kamu jangan sakitkan dia. Sayanglah dia. Kalau kamu betul – betul dah tak mahu dia, pulanglah dia balik dekat Pak Long dengan cara yang baik.”

Kata – kata Pak Samad itu meluruhkan hati Haidar. Suara Pak Samad penuh dengan pengharapan.

“InsyaAllah Pak Long, saya akan jaga Dahlia baik – baik. Macam Pak Long jaga Dahlia selama ni.” itu janji Haidar.

Pak Samad tersenyum. Mengharapkan Haidar mengotakan janji – janjinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 03:58 PM | Show all posts


nah uols haidar....boleh tak...??????????????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2013 03:59 PM | Show all posts
BAB 41

SUDAH seminggu mereka bergelar suami isteri. Tiada apa – apa yang aneh. Semuanya seperti biasa. Dahlia sudha berpindah ke apartment Haidar. Duduk dibilik yang sama ketika menumpang dahulu. Mereka telah setuju tidak akan tinggal sebilik. Haidar juga melarang Dahlia masuk kebiliknya tanpa kebenaran. Dahlia bebas dirumah kecuali biliknya. Itu adalah privasinya. Dahlia tidak kisah. Lagipun tiada sebab Dahlia mahu ke bilik Haidar.

Dahlia hanya bermalas – malas sahaja dirumah. Manakala Haidar sibuk dengan butiknya. Semalam Mak Kalsom menelefon menyatakan Dahlia sudah diterima bekerja di Bina Cemerlang. Gembira sungguh Dahlia. Ini bermakna minggu depan dia akan mula bekerja. Manakala surat majlis konvo adalah sebulan selepas dia bekerja. Kedua – dua khabar itu menggembirakan dia.

Hari ini dia bosan lagi. Haidar tidak membenarkan dia datang ke butik. Haidar hanya meminta Dahlia berehat dirumah sahaja. Dahlia menonton dvd sambil menikmati aiskrim. Hari ini dia marathon menonton Harry Potter dari episod pertama sekarang sudah masuk episod ketiga.

Kedengaran bunyi kunci dan pintu dibuka. Dahlia tahu Haidar sudah pulang kerumah. Dia hanya membiarkan sahaja.

Terbeliak mata Haidar melihat kelakuan Dahlia. Kakinya diletakkan diatas meja kopi, manakala Dahlia sedap –sedap sahaja menikmati aiskrim sambil tangannya memeluk bantal. Haidar kurang gemar sesiapa makan diruang tamu.

“Hei apa ni.” jerit Haidar. Kaki Dahlia ditolak kebawah.

Wajah Dahlia berubah. Apa main tolak – tolak ni.

“Tepilah, nak tengok tv ni.” Dahlia menghalau Haidar yang menghalang pandangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2013 03:59 PM | Show all posts
Haidar menoleh kebelakang. Geram. Dia mengambil remote tv lalu televisyen ditutup.

“Apa ni, saya tengah sedap – sedap tengok Harry Potter tu.”

“Saya sedap –sedap tengok Harry Potter tu.” Ejek Haidar.

“Ni sapa suruh makan dekat ruang tamu ni.”

“Kenapa?” tanya Dahlia bingung.

“Saya tak sukalah. Nanti rumah kotor. Bersemut. Awak makan aiskrim nanti tumpah dekat karpet macam mana.” Bebel Haidar.

“Mana ada saya bagi tumpah. Saya maka elok – elok ni.”

“Dah pergi makan dekat dapur. Jangan bawa makanan minuman dekat ruang tamu ni.”

“Kenapa tak boleh makan kat sini. Saya nak tengok movie sambil makan aiskrim.” Rengek Dahlia.

“Saya kata tak boleh tak bolehlah.” Haidar merampas mangkuk yang berisi aiskrim yang baru luak separuh itu.

Dahlia merampas kembali dari tangan Haidar. Haidar geram dengan kelakuan Dahlia. Dia cuba merampas kembali aiskrim dari tangan Dahlia. Entah macam mana kakinya tersadung kaki meja kopi lalu tangannya tertepis tangan Dahlia yang sedang memegang mangkuk itu. Aiskrim yang berada didalam mangkuk tercampak diatas sofa dan juga karpet gebu Haidar.

Mulut Dahlia ternganga, matanya bulat. Mati aku. Manakala Haidar sudah merah mukanya menahan marah.

“Nampak tak. Itulah sebabnya saya tak suka orang makan minum suka hati dekat sini. Karpet ni bukan senang nak cuci.” Haidar geram dengan kelakuan Dahlia yang seperti kanak – kanak itu.

“Sorry.” Ucap Dahlia sambil buat muka kasihan.

“Dah. Awak tolong saya bersihkan sofa. Lepas tu kita angkat karpet ni. Saya nak hantar dobi.” Haidar malas mahu bertekak dengan Dahlia. Dengan perlahan Dahlia mengutip mangkuk aiskrim yang terlangkup diatas karpet dan membawanya kedapur. Rasa bersalahnya menebal saat melihat wajah Haidar yang keruh itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2013 03:59 PM | Show all posts
esok tade sambungan...iols outstesen.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:11 PM | Show all posts
kalau esok tak de entry apa kata petang ni tempek banyak sikit buat bekalan untuk esok sementara nak tunggu lusa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:31 PM | Show all posts
redsentra posted on 21-1-2013 04:11 PM
kalau esok tak de entry apa kata petang ni tempek banyak sikit buat bekalan untuk esok sementara nak ...

setujukkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:40 PM | Show all posts
setuju sgt.........smbg la sikit lagi ke...byk lagi keeee.... rasa bunga-2 cinta dah mula muncul dlm hati..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 04:57 PM | Show all posts
Ala TT...Kasi la sambungan bebanyak ckit....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 05:02 PM | Show all posts
redsentra posted on 21-1-2013 04:11 PM
kalau esok tak de entry apa kata petang ni tempek banyak sikit buat bekalan untuk esok sementara nak ...

Iols setuju, TT sila tepek n3 byk2 sblm p outstation
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 09:47 AM | Show all posts
menanti sambungan pada hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 12:18 AM | Show all posts
Haha. Comel je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 03:13 PM | Show all posts
ahhahaha lawak gila lah.. mcm boleh bygkan jah mangkok eskem yg terlungkup tuh.. dgn memek dahlia yg berslh gila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 03:55 PM | Show all posts
BAB 42

MAKAN malam pada hari ini hambar sahaja. Tiada celoteh Haidar. Hari ini Dahlia hanya memasak sup ayam dan juga sayur campur. Makanan kegemaran Haidar. Dahlia masih lagi serba salah.

“Kenapa macam tak nak makan aje. Saya masak tak sedap ke?” tanya Dahlia bila melihat Haidar menyuap makanan dengan lesu.

“Taklah. Saya penat hari ni.” longlai sahaja jawapan Haidar.

“Lepas ni, awak masuk biliklah berehat.”

“Hmmm...”

“Awak, saya dah dapat kerja.”

“Baguslah.”

Dahlia mencebik. Itu je.

“Lusa mula kerja. Kat tempat Tengku Muaz hari tu.”

Bulat mata Haidar merenung Dahlia.

“Awak tak ada ke hantar resume kat syarikat lain?” tanya Haidar. Pelik sungguh Dahlia, jika nama Tengku Muaz disebut pasti Haidar bertukar seperti Hulk sahaja. Takkan Haidar taste dengan Tengku Muaz. Mintalah simpang.

“Hantar. Tapi dorang tak sudi nak ambik saya kerja.” Jawab Dahlia.

“Nanti kerja elok – elok. Jangan nak menggatal. Awak tu dah jadi isteri orang.”

“Saya memang nak kerja bukan nak menggatal. Lagipun saya nak gatal dengan siapa?”

“Tengku Muaz tu.” Panjang sahaja muncung Haidar.

“Awak jeles eh..?” uji Dahlia.

Berkerut wajah Haidar.

“Mana ada saya jeles. Saya tak jeles. Saya nak ingatkan awak hati – hati sikit dengan Tengku Muaz. Dia tu buaya tembaga.” Sengaja Haidar memomokkan mengenai Tengku Muaz.

“Pandailah awak reka cerita.” Dahlia tidak percaya.

“Tak percaya sudah. Saya tahulah. Lelaki muka macam Tengku Muaz tu mana boleh percaya.” Kata Haidar. Dia bangun sambil membawa pinggan kosong ke singki.

“Awak, nanti tolong basuh pinggan saya. Saya penatlah, banyak kerja tadi. Lainlah orang tu, sedap – sedap je makan aiskrim sambil besarkan badan.” Sindir Haidar lalu meninggalkan Dahlia terkulat – kulat.

Aku dah gemuk ke. Getus hati Dahlia sambil membelek perutnya. Dia mencebikkan bibirnya. Mana ada gemuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 03:55 PM | Show all posts
uols.....meh sambungan meh...sorry ler bizi...semalam nak sambung pendrive tinggal puloks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2013 03:56 PM | Show all posts
BAB 44

ASAP rokok berkepul – kepul memenuhi ruang. Muzik rancak yang dimainkan membuatkan kepalanya bergoyang – goyang mengikut alunan. Gelas yang berisi air berwarna kuning diteguk beberapa kali. Badannya bergoyang lagi mengikut alunan.

Seorang lelaki separuh abad yang berada disisi Qistina kelihatan asyik menyedut rokoknya. Dengan manja Qistina merebahkan dadanya ke lelaki itu. Lelaki itu memeluk pula bahu Qistina.

Qistina sanggup menghabiskan masanya melayan lelaki tua itu. Lelaki tua itu lubuk emasnya. Cakap mahukan apa sahaja, cepat sahaja dia akan mendapatkannya. Tapi lelaki itu mahukan balasan. Tubuh badan Qistina menjadi cagarannya. Qistina tidak kisah, asalkan apa yang dimahukannya dipenuhi.

“Darling, malam ni You balik rumah?” tanya Qistina manja.

“Baliklah, nanti wife I bising.” Jawab lelaki itu.

“Ala, dah beberapa hari I tak jumpa You. Hari ni baru je I nak bermanja dengan You.” Rengek Qistina. Tangannya mengelus dada lelaki tua yang masih kelihatan kacak itu. Sebenarnya tidaklah begitu tua, baru mencecah angka 58 sahaja. Lagipun lelaki itu kelihatan agak muda dari usia. Maklumlah, tokoh korporat ternama. Penampilan harus dijaga.

“Tak bolehlah sayang. Dah berapa hari I tak balik rumah sibuk dengan kerja. Hari ni I kena baliklah. I dah bagitahu wife I hari ni I balik rumah. Esoklah I temankan You.” Lelaki itu memujuk. Tahu apa yang dimahukan Qistina. Perempuan gedik itu kelihatan manja, tetapi agak ganas diranjang. Itu yang disukainya. Tidak seperti isterinya terlalu lemah lembut.

Ivy, kawan Qistina yang baru sahaja selesai menari menghampiri pasangan itu.
“Qis, malam ni I tak balik okey? Robert ajak I pergi tempat dia.” Bagitahu Ivy. Teman lelakinya Robert mengajaknya bermalam dirumah.

“Jadi I sorang – soranglah malam ni.” bentak Qistina.

Ivy mengangkat bahu.

“Sorry. I dah janji dengan Robert. You ajaklah buah hati You ni.” jeling Ivy dekat lelaki yang sedang menyalakan rokok. Entah sudah berapa batang rokok disedut lelaki itu.

Ivy mengambil tas tangannya. Robert sudah menunggu.

“I pergi dulu. Bye...”

Qistina memuncungkan mulutnya.

“Kenapa ni sayang? Masam je muka tu. Dah tak cantik dah.” Pujuk lelaki itu.

“Darling, malam ni temanlah I. I sorang – sorang je kat rumah. Bolehlah. Takutlah I kalau duduk sorang – sorang ja. Boleh ya. I janji I akan layan You sampai puas hati.” Rayu Qistina dalam nada mengada – ngada.

Lelaki itu tersenyum. Ajakan Qistina sukar ditolak. Lagipun tiada sesiapa dirumah Qistina. Mereka bebas melakuan apa sahaja.

“Okey. I Telefon wife I cakap malam ni I tak dapat balik.”

Kata – kata lelaki itu membuatkan Qistina tersenyum lebar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.439345 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list