CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Cerita-cerita Mistik bersama Hantu Killer Part 2

   Close [Copy link]
Post time 22-12-2011 05:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by lalatamplom at 22-12-2011 17:20

tu dia WT da jwb..


haa wak, lupe nak bgtau.. lepas lala balik tuu..lala gtau mak.. mcm yg wak pesan la kan.
lala ckp cmni " mak,..adik cakap ni mak jgn marah eh" pastu mak lala terus cakap " ko pegi jumpe org internet tu jugak ye??!!!" wahaahahhaha.

lala ckp... hubby yg suh mak pon x jadi nak marah bile lala cakap belah ayah yg banyak saka. mak pon diam..mak cakap..mak dah agak..tp malas nak cakap. hihihi

mak cakap lagi pasal pakcik lala.. aka adik ayah. yg lala cakap lala dpt mimpi arwah nenek bg die mende tuu... haa.. anak bini die tgh dok berubat ulang alik. katenye dalam badan emaknye 6 ekor, anak nye pon 6 ekor la.

tp yg prob nye skarang neh..bole plak pakcik lala tu cakap.. nak simpan 1-2 yg baek
bile bini gn anak nye tego cakap xde yg baek.,buang je sume.. habis la pakcik lala ni dok ngamok2.. xtaktau la nk buat camno skarang ni.. anak die aka sepupu lala tu cakap.. asik kene cek jela..takut ade lg kt badan die gn mak die..

kesian...kalo tego2 sgt ayahnye nnt...ngamok2 la org tua tu tanak buang..
camne ntah nak nasihat.. sesape ade idea?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 09:26 PM | Show all posts
tu dia WT da jwb..


haa wak, lupe nak bgtau.. lepas lala balik tuu..lala gtau mak.. mcm yg wak ...
lalatamplom Post at 22-12-2011 17:18



   orang internet ?
nak simpan 1-2 yg baek

nak simpan ? mula wujud perasaan sayang kt situ ?
1-2 yang baik ? apa jenis yg baik tu ? dekor tu ada jenis yg baik ?
bangga plak dekor neh kalau ada yg iktiraf baik..

disimpan tu nak buat apa ek rasanya ? perhiasan ? dijadikan buruh ? koleksi ?
kalau disimpan sendiri yg sanggup menanggung.. lain la.. tp mcm mana lak kalau...
anak bini, cucu cicit dijadikan dijadikan kawasan permainan.. kawasan pemakanan..
kawasan perumahan.. kawasan perkilangan.. sanggup ke ?


x der kefaedahan langsung nak simpan sekor dua dekor2 neh.. buat ngabiskan boreh jek..
tp dekor neh mkn boreh ke ?


tp cemana kalau yg dikatakan nak disimpan  1,2 yg baik tu tetiba hilang ?


anak bininya tu bykkan berzikir.. zikir kerana allah.. kerana memujiNya..
di atas nikmat dan rahmat yg dilimpahkan kpd kita.. lakukanlah dengan ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:58 AM | Show all posts
lupa la jawapannya hehe


Alah roh tu keluar sebahagian, tak semua, kalau semua keluar, denyut na ...
hantukiller Post at 21-12-2011 17:34



    lokasi yg byk pokok bunga tu kat mana en HK? Pokok besar tu apa sebenarnya en HK? Pokok betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:12 AM | Show all posts
tu dia WT da jwb..


haa wak, lupe nak bgtau.. lepas lala balik tuu..lala gtau mak.. mcm yg wak ...
lalatamplom Post at 22-12-2011 17:18



   6 ekor seorang je.... tak banyak..tp napa cam susah sgt nk abih eh???
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:02 PM | Show all posts
Reply 2282# LeEd


    ahahahhhhah mak lala x berapa nk tau forum2 ni ha.. yg die tau internet tu banyak yg x bagus leh. dalam paper kan byk kluar yg negatif je psl internet

itu lahh...xtau nak cakap..anak bini nye mmg nk buang..mmg tau xde yg baek.. ayah nye pula iyer2 nak simpan. x serik lagi dgn migrain die tu

mmg lala pesan zikir bebanyak.. itu je bole buat. karang takut cerai berai pulak

harap2 la pakcik lala ni cerah sikit pemandangan nye nanti.. semalam lala nampak dekat fb bini die, ada post pasal keburukan saka la..
tp xtau la kalo pakcik makan saman
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:05 PM | Show all posts
6 ekor seorang je.... tak banyak..tp napa cam susah sgt nk abih eh???
safamm Post at 23-12-2011 10:12



    entah la safamm..itu yang die cerita kat lala la.. kite ni mendengar aje..

kalo dah ayahnye nak simpan pulak..beranak pinak nnt.. mmg tambah la "1-2" yg baek die nak simpan tu..

sabo je laaaahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 2285# lalatamplom

mmg dia x mkn saman.. makan nasi, mee rebus, tomyam jek.. may be dia x faham apa yg dikatakan saka.. yg diwarisi tanpa rela hati & x tahu..
may be dia x tau apa buruknya ada menyimpan saka2 tu..
dan may be dia juga dia dgr.. ada yg saka baik.. saka jahat..
`ohh.. org kata yg neh baguss.. leh tlg ms susah2.. leh tlg jaga rumah.. leh tlg lariskan niaga.. etc'
tu yg dia berhajat nak simpan 1,2 yg baik..

jd kn la bg tau apa yg tau.. moga terbukak hatinya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2011 06:20 PM | Show all posts
Reply  lalatamplom

mmg dia x mkn saman.. makan nasi, mee rebus, tomyam jek.. may be dia x f ...
LeEd Post at 23-12-2011 20:59



    tomyam mmg sodap lala lupa nk bgtau, cara die buang saka dgn pakai daun selasih.
camtu la di dgr bile di tanye. lala iyerkan aje lah. lala bukan tau sgt pon kaedah2 nya.
daun selasih di makan kuda lala tau le hihihih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2011 08:24 PM | Show all posts
Sekadar nak berkongsi..

Keikhlasan Penentu Amalan di Terima Oleh Allah SWT

Sifat ikhlas adalah antara sifat terpuji yang menghiasi peribadi muslim bertakwa. Keikhlasan juga adalah asas penilaian di sisi Allah SWT sama ada amalan dilaksanakan setiap muslim diterima Allah SWT atau sebaliknya.

Maknanya, keikhlasan menjadi penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan muslim di dunia dan di akhirat.

Jika ditinjau rangkaian ayat suci al-Quran, kita dapati betapa ciri keikhlasan adalah ciri utama bagi perhiasan peribadi muslim yang bertakwa.

Di antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya." (Surah al-Zumar, ayat 2).

Rasulullah SAW tidak ketinggalan memperlihatkan kepada kita akan kepentingan sifat ikhlas dibajai dalam sanubari muslim melalui sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung atas niat. Sesungguhnya bagi seseorang itu di atas apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya, dan juga sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu terpulang kepada niatnya dari penghijrahannya itu." (Hadis riwayat Bukhari).

Dapat disimpulkan keikhlasan memainkan peranan penting dalam menentukan penerimaan amalan di sisi Allah SWT.

Yang lebih penting lagi ialah keikhlasan menjadi bukti kepada kesempurnaan dan ketulusan iman muslim kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menahan diri pun kerana Allah, maka sesungguhnya dia mencapai kesempurnaan imannya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Sesungguhnya, sifat ikhlas amat penting disemai dan dibaja dalam hati setiap muslim dalam semua lapangan hidup agar dapat menempatkan dirinya di kalangan hamba Allah SWT yang bertakwa.

Perlu disedari sifat ini tidak hanya perlu diserlahkan ketika pelaksanaan ibadat seperti solat, puasa, sedekah dan haji, malah niat yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat diberi ganjaran pahala.

Sebaliknya, niat tidak baik seperti riak atau ujub (mengharap pujian ramai) akan menjatuhkan nilai sesuatu amalan walaupun ia adalah amalan ibadat dan akan menukarkannya menjadi amal maksiat yang pastinya disediakan balasan seksaan pedih di akhirat kelak.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umat Islam agar menjauhi perkara boleh menodai dan menghakis sifat keikhlasan kepada Allah SWT seperti sifat riak, ujub dan sombong.

Sahabat yang dimuliakan,
Pernah suatu ketika Rasulullah SAW menganggap riak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud: "Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik. Maka sesiapa memusuhi wali Allah, nescaya dia memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang (ghaib) dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari, dan jika mereka hadir di situ, mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka umpama lampu petunjuk yang menyuluh mereka keluar dari tempat gelap gelita." (Hadis riwayat Hakim).

Demikian gambaran indah diterangkan Rasulullah terhadap hamba-Nya yang mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.

Mereka sama sekali tidak mengharapkan habuan dan kemewahan dunia, sebaliknya hanyalah limpahan keredaan Ilahi dan syurga Allah.

Itulah impian mereka dalam setiap detik kehidupan mereka yang sarat dengan pengabdian penuh tulus semata-mata kerana Allah SWT sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163).

Dari satu segi, gambaran orang tidak ikhlas dalam amalan mereka dan mengharapkan pujian manusia dan kemewahan dunia amatlah menggerunkan hati orang beriman.

Ini kerana Rasulullah SAW sebagai rasul yang amat sayangkan umatnya awal-awal lagi sudah memperingatkan balasan buruk yang akan menimpa kepada orang tidak ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat nanti, dunia akan dibawa kemudian diasing-asingkan apa-apa dikerjakan kerana Allah dan yang dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi).

Di samping itu, Islam adalah agama amat unik kerana setiap gerak geri dan perlakuan harian yang dilakukan muslim dianggap sebagai ibadat.
Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah SAW  sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”


Muslim yang ikhlas dalam kerjanya akan terhindar daripada sombong, riyak dan mengharapkan penghargaan makhluk. Ali bin Abi Talib k.wj pernah berkata (yang bermaksud):
“Orang riyak itu memiliki empat tanda:
1. Malas ketika bersendirian
2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai
3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan
4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian”

Oleh itu, setiap amalan sama ada berbentuk duniawi atau ukhrawi memperoleh ganjaran pahala jika diniatkan penuh ikhlas kerana Allah SWT.

Hal ini ditegaskan sendiri Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: "Tiada sesuatu yang engkau belanjakan kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan engkau akan diberi pahala hinggakan apa yang engkau suapkan ke dalam mulut isteri engkau."(Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Apa yang engkau beri makan kepada diri engkau sendiri ada padanya pahala sedekah, dan apa engkau beri makan kepada anak isteri engkau ada padanya pahala sedekah, dan juga apa yang engkau beri makan kepada khadam di rumah, ada padanya pahala sedekah." (Hadis riwayat Ahmad).


Marilah sama-sama kita menyerahkan dirinya kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan semata-mata mencari keredaan-Nya. Oleh itu segala tingkah laku dan diam kita, tidur dan jaga kita akan dinilai sebagai ibadah apabila kita lakukan semata-mata menuju kepada keredaan Allah.

Jika begini kedudukan seorang ikhlas kepada Allah SWT dengan pelbagai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT, maka kita sebagai umat Islam sewajarnya menghiaskan diri dengan sifat mulia dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan ummah di persada dunia.

Dengan penjanaan sifat ikhlas ini barulah hati bersih dan suci dari sebarang kekotoran serta penyakit yang boleh menghancurkan ummah.

Harta dan kemewahan dunia tidak bererti, sebaliknya harta paling bernilai adalah hati yang ikhlas.

Ia bertepatan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya, Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim).

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan takwa kepada-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:23 PM | Show all posts
Jika diantara kita ada sifat ikhlas, pasti mereka menunaikan solat wajib di mana sahaja walaupun berjauhan dari ibubapa, isteri, suami, bos, org alim etc...{:4_189:}
Semoga kita tergolong diantara mereka2 yg ikhlas dlm kehidupan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 10:41 AM | Show all posts
Darul Istiqomah

apa yek darul nih, kat indon banyak macam nih, kat mesia perawat islam kata penjara jin pulak.... betul ke?

kalau ye kat mana, tanah sapa,  sapa boss, sapa pekerja(penjaga), berapa lama, kalu terlepas sapa yg cari.... kat segitiga bermuda ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 10:43 AM | Show all posts
Ah pedulilah darul apapun... meh bincang darulhantu....  rawatan pada hantu hantu yg diseliakan juga oleh para hantu hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:00 AM | Show all posts
darulhantu rawat hantu ke? bukan sakitkan hantu ke...huhuhu..

Darul Istiqomah kalau digooglekan macam sekolah pondok kat indonesia je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 11:11 AM | Show all posts
darulhantu rawat hantu ke? bukan sakitkan hantu ke...huhuhu..

Darul Istiqomah kalau digooglekan m ...
abas8888 Post at 30-12-2011 11:00
darulhantu bukan pusat rawatan (islam)... tapi pusat penyembelihan/pembunuhan hantu hantu.... eh marah pulak kalau ada hantu baca statement aku nih, tapi nak buat macamana, aku pun hantu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:15 AM | Show all posts
saya nak jadi hantu leh? bukan jadi hantukiller...jadi hantu.. best leh terbang2..huhu..sebut je sampai...sebut je sampai..huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 11:16 AM | Show all posts
Petang semalam aku didatangi dua orang dari darularqam Singapore (kira serupa perkim la kat mesia)... saja jek sembang sembang lebih la dua jam, depa tak puas nak jumpa lagi lain kali hehe.....


Alah cerita alam alam hantu jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 11:33 AM | Show all posts
Petang semalam aku didatangi dua orang dari darularqam Singapore (kira serupa perkim la kat mesia).. ...
hantukiller Post at 30-12-2011 11:16



    diorang nak belajar kaedah zasst ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2011 11:35 AM | Show all posts
diorang nak belajar kaedah zasst ke?
abas8888 Post at 30-12-2011 11:33
tak lah, nak mintak tolong zasst
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:41 AM | Show all posts
igt nak meluaskan penjajahan ke negara lain huhuhuhu mane tahu lepasni leh fly pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 11:45 AM | Show all posts
tak lah, nak mintak tolong zasst
hantukiller Post at 30-12-2011 11:35



    tak puas zasst nak zasst lagi?? huhu..seronok le tu kena zasstt..{:4_243:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086245 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list