CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: macosx

MAC USER?

[Copy link]
Post time 29-10-2011 11:51 PM | Show all posts
Setelah 3 bulan gunakan Lion, rasa mcm menyampah bila pakai windows..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 11:14 PM | Show all posts
weh nak tanya, mana nak carik software mac yg dah crack.?? aku masih baru lagi guna mac ni.. ahahhaa.. best gak.. dah bosan laa guna windows.. laju gak guna mac book ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 11:14 PM | Show all posts
weh nak tanya, mana nak carik software mac yg dah crack.?? aku masih baru lagi guna mac ni.. ahahhaa.. best gak.. dah bosan laa guna windows.. laju gak guna mac book ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 223# cmf_blackpearl

Byk weh kat torrent.. Ekekeke.. Yg bestnya, crack app ni boleh update tanpa masalah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 12:37 AM | Show all posts
sapa tau software tuk clean benda benda tak penting dalam mac?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 08:14 PM | Show all posts
hi..saya pengguna mac baru...baru je start guna tahun ni (terpaksa guna pasal pc tu je yg kosong di tempat kerja..)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2012 07:40 AM | Show all posts
Ok, ni aku nak buat review sikit berkenaan dgn OS X 10.8 Mountain Lion yang baru direlease kpd public pada 25/7/2012




Syarikat gergasi komputer Apple telah melepaskan sistem pengoperasian (OS) komputernya yang terbaru iaitu OS X 10.8 yang diberi nama Mountain Lion (ML) pada 25/7/2012 kepada pengguna. Sebagaimana OS X Lion, ML hanya dilepaskan secara elektronik di mana pengguna boleh menaik taraf OS baru ini melalui muat turun di Mac App Store. Pengguna yang menaik taraf OS mereka samada melalui Lion mahupun Snow Leopard hanya perlu membayar sebanyak $19.99 sahaja manakala pengguna yang telah membeli komputer Mac baru selepas pelancaran WWDC 2012 pada Jun yang lalu akan mendapat OS ini secara percuma. Terdapat 200 ciri baru di ML yang menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada OS X sebelum ini dan ciri-ciri pada iOS yang digunakan pada peranti-i Apple seperti iPhone, iPad dan iPod. Ini menjadikan ML ini lebih mesra pengguna, mesra perhubungan sesama peranti,  interaktif, menarik, lancar dan menjadi OS bercirikan masa hadapan. Entri ini akan membincangkan 10 ciri utama yang terdapat pada ML.

1. iCloud
iCloud adalah ciri yang membolehkan Mac dan peranti-i Apple berfungsi bersama. iCloud menjadikan Contact, Calendar, Email, Reminder, dan Documents sentiasa dikemaskini dan berinteraksi antara peranti. Sekiranya pengguna melakukan pengubahsuaian di Mac, ia akan dikemaskini secara automatik di ke semua peranti-i yang menggunakan Apple ID yang sama. Begitu juga sebaliknya. Semua ini akan memudahkan pengguna dalam pengurusan pada Mac dan juga peranti-i mereka.


2. Notification Center
Ciri yang selama ini terdapat pada peranti-i Apple kini dibawa ke Mac. Notis daripada Email, Message, Calendar akan dipaparkan secara popup di screen Mac pengguna. Dengan ini pengguna tidak akan terlepas daripada sebarang notifikasi yang memasuki Mac mereka. Selain paparan secara popup, pengguna dapat kembali kepada semua notifikasi di Mac mereka dengan mengaktifkan paparan menu Notification Center (NC). Bagi mengaktifkan menu ini, pengguna hanya perlu menggunakan gesture iaitu menggesel 2 jari dari sebelah kanan di bahagian luar track pad ke arah kiri. Menu akan keluar dari sebelah kanan skrin Mac pengguna. Dengan klik kepada notis pada menu ini, pengguna akan terus dibawa kepada perisian yang memberi notis itu secara terus. Di menu ini juga terdapat pilihan untuk pengguna menghantar tweet Twitter secara terus dan apabila iOS 6 dilancarkan nanti di mana terdapat integrasi dengan Facebook, pilihan post ke Facebook juga akan berada di menu ini. Di bahagian atas menu NC terdapat pilihan untuk mematikan fungsi NC sekiranya pengguna tidak memerlukannya. NC juga akan dimatikan secara automatik sekiranya pengguna menyambungkan Mac mereka kepada projektor untuk mengelakkan gangguan semasa membuat persembahan.



3. Messages
iMessage (iMsg) yang menjadi kegunaan utama bagi pengguna iPhone dan iPad, kini boleh didapati pada Mac yang menggunakan OS X Mountain Lion. Dengan iMsg, pengguna bukan sahaja boleh menghantar mesej sesama Mac tetapi juga kepada iPhone, iPad dan iPod rakan.  Selain menghantar mesej, pengguna juga boleh menghantar file pelbagai format seperti  video full HD, dokumen, gambar dan sebagainya secara Drag & Drop. Semua perkhidmatan iMsg adalah percuma dan berfungsi dengan sambungan wifi. iMsg turut menyokong perbualan secara kumpulan seperti yang terdapat pada aplikasi Whatsapp. Dengan kehadiran iCloud, mesej yang telah dibaca di Mac akan turut diklasifikasikan sebagai telah dibaca pada peranti-i Apple yang lain. Messages boleh dikatakan menggantikan iChat yang terdapat pada OS X sebelum ini di mana selain membawa fungsi iMsg, Message turut mengintegrasi platform perbualan lain seperti Yahoo Messenger dan Google Talk.

4. Power Nap
Fungsi ini adalah untuk Mac terus menerima kemaskini daripada Mail, Contact, PhotoStream, menerima update baru dan melakukan backup dengan time machine walaupun Mac berada dalam keadaan Sleep Mode. Pengguna hanya perlu menyambungkan Mac mereka kepada power supply semasa Mac dalam sleep mode.


5. Dictation
Ini merupakan fungsi yang terdapat pada iPad 3 pada iOS 5 di mana pengguna boleh bercakap untuk menghasilkan text yang dikehendaki. Ia boleh dilakukan di mana-mana seperti di Microsoft Words, Twitter, Facebook di Safari dan sebagainya. Untuk mengaktifkan fungsi ini, pengguna boleh pergi ke System Preferences > Dictation & Speech dan memilih bahasa yang dikehendaki. Dictation mempunyai kekunci shortcut iaitu dengan menekan fn sebanyak 2 kali.


6. Sharing
Seperti pengertian pada namanya, ia berfungsi bagi memudahkan pengguna untuk berkongsi apa juga perkara di Mac mereka seperti link dan artikel di Safari, gambar, file dan sebagainya hanya dengan 1 klik ke tempat yang dikehendaki seperti Twitter, Messages, Email dan Facebook.
Perkongsian gambar ke Twitter

Perkongsian link daripada Safari


7. AirPlay
Ia berfungsi bersama Apple TV untuk memberi paparan yang berada di Mac pengguna kepada skrin yang lebih besar secara wireless. Ini akan memudahkan pengguna yang ingin memaparkan skrin Mac mereka pada pengguna lain seperti di bilik mesyuarat, bilik mengajar ataupun bersantai bersama keluarga di ruang tamu. Hanya dengan 1 klik, paparan dipancarkan secara terus tanpa sebarang lagging.
AirPlay MacBook Air 13″ ke LCD Bravia 40″



8. Game Center
Dengan Game Center, pengguna boleh bermain game kesukaan bersama rakan secara online di Mac dan juga di peranti-i yang lain. Markah tertinggi, game yang dimain oleh rakan, game yang dimainkan oleh ramai pengguna, kesemuanya dipaparkan di sini. Pengguna juga boleh membuat pembelian game yang dikehendaki dengan mudah.

9. Integrasi bersama Twitter dan Facebook

Integrasi Twitter dan Facebook sememangnya memudahkan untuk berkongsi dengan rakan. Update status, tweeting, berkongsi gambar, mendapat notifikasi dan sebagainya menjadi lebih mudah, cepat dan menarik bagi pengguna Mountain Lion.


10. Safari
Safari iaitu browser utama Mac telah ditambah baik pada Mountaion Lion. Ia menjadi lebih bijak pencarian dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Ruangan address di bahagian atas Safari telah disatukan dengan fungsi pencarian yang dipanggil Search Smart. Dengan ini, selain meletas address laman web, pengguna boleh terus google pencarian di situ.  iCloud berfungsi untuk memaparkan tab-tab di Safari Mac ke peranti-i yang menggunakan Apple ID yang sama secara terus.

Adakah anda teruja dengan menggunakan Mountain Lion ini? Berbaloikah Mountain Lion dengan harga yang ditawarkan? Kongsikan pendapat anda di ruangan bawah ini.

Sumber: Oh! Geekz


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 09:11 AM | Show all posts
ada sapa2 kat sini yang guna software adobe yang dah di crack tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2012 09:11 AM | Show all posts
ada sapa2 kat sini yang guna software adobe yang dah di crack tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:05 PM | Show all posts
lennonmccartney posted on 9-11-2012 09:11 AM
ada sapa2 kat sini yang guna software adobe yang dah di crack tak?

aku gune..

btw:takle bincang crack dlm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 10:11 AM | Show all posts
batmana posted on 12-11-2012 02:05 PM
aku gune..

btw:takle bincang crack dlm ni..

sori..lupa plak hihihihi

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 04:17 PM | Show all posts
tadi aku ada baca pasal bateri calibrating. aku tak faham sangat keperluan untuk calibrate bateri ni. ada sapa2 yang pernah buat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 09:20 PM | Show all posts
paler kembang posted on 14-10-2011 12:47 AM
Jika ada software yang bermasalah kerana kehadiran Lion, cubalah uninstall dan install semula..

Hello kawan2......dah lama thread ni mati yer...saya nak cari maklumat pasal macbook snow leaopard yang bermasalah ...dia takleh nak startup...asyik gambar apple jer kluar...malas nak bawa ke kedai..taku nanti passwd di hack...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 01:50 PM | Show all posts
sape sini boleh buat clean install untuk iMac 2009.. nak pakai mountain lion... aku dh beberapa kali try tak jadi la... letih dh cuba.. ada satu je mac... & skg tak de OSx yg diinstall... dh download yg untouched from torrent... buat boot from usb... create usb boot pakai transmac... time install, ada satu part dia hang lama...   Last edited by metalique on 2-4-2013 01:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2013 02:14 PM | Show all posts
dh boleh pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 06:58 PM | Show all posts
ade sesape dh cuba parellel sistem mac? leh share ke.. tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063234 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list