CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abuzar

Golongan anti hadis = sesat

[Copy link]
Post time 26-8-2010 05:59 PM | Show all posts
Boleh buktikan Abu Bakr membakar koleksi hadithnya itu setelah Al-Quran dikumpulkan menjadi sebuah kitab? Walhal Abu bakr sendiri pada awalnya pernah membantah cadangan Umar RA untuk kumpul Al-Quran, kerana tiada perintah dari Nabi berbuat demikian. Itulah ketelitian Abu Bakr RA. Abu Bakr pernah bakar koleksi hadith bukan kerana perintah Nabi, tapi kerana ketelitiannya dan kerisauannya jika terdapat kesalahan dalam apa yang disampaikan dari Nabi


Minta maaf yer saudara..Saya tidak dapat nak buktikan..Dan saya memang bersalah kerana berkata sesuatu yang tidak pasti..Sebab saya pernah terbaca cerita yang diriwayatkan dari Aisyah..Yang Abu Bakar membakar kitab Hadith itu ketika beliau hampir wafat..Insya Allah pada waktu itu Al-Quran telah dibukukan..Tapi itu pada pandangan saya sahaja..Insya Allah saudara lebih tahu dari saya berkaitan hal ini..

Insya Allah kalau Abu bakar yang dikenali dengan As-siddiq..Antara yang terawal memeluk islam dan sentiasa menyokong dakwah Rasulullah serta tidak ragu-ragu untuk membelanjakan segala hartanya pada jalan Allah pun takut dengan buku hadith yang ditulisnya..Sampai membakar buku yang ditulisnya kerana takut ada satu jer perkataan yang tidak seperti di ucapkan oleh Rasulullah..Macam mana saudara boleh yakin dengan apa yang disampaikan oleh orang-orang yang hidup 200 tahun selepas zaman Rasulullah itu..Ada kemungkinan ke ilmu dan amalnya melebihi Abu Bakar?

Sebab itu dilarang menulis hadith sebaris atau bercampur dengan Al-Quran tanpa menerangkan yang mana HADITH dan yang mana Al-QURAN
Dulu, masa sebelum Al-Quran dikumpulkan, masih boleh timbul kekeliruan kerana ayat-ayat Al-Quran ditulis di merata-rata tempat.

WAllahu a'lammnm77 Post at 26-8-2010 16:22


Saudara menganggap Rasulullah itu seperti orang lain ke??Kalau dia takut bercampur dengan Al-Quran..Insya Allah dia dah kata kerana takut bercampur dengan Al-Quran..Sedangkan tuhan beri dia ilmu untuk tahu apa yang telah berlaku..sedang berlaku dan akan berlaku..Tak kan lah dia tidak boleh untuk bercakap dengan jelas..Dia takut Al-Quran bercampur dengan hadith??

Insya Allah kalau hadith itu benar..Tiada lain yang Rasulullah takut..Melainkan umat dia akan di campak dalam neraka kerana mengeluarkan kata kata dusta terhadap baginda..Seperti yang berlaku pada hari ini..Berapa banyak yang menyampaikan hadith yang dusta terhadap baginda..

Saya sebenarnya tidak suka bercerita panjang mengenai riwayat riwayat yang disampaikan oleh manusia ini..Takut-takut semua ini juga adalah suatu fitnah..Cukuplah Allah menjadi saksi bahawa saya sentiasa mengutamakan kitab nya lebih dari yang lain dan tidak akan sekali sekali menganggap ada sesuatu kitab lain yang sebaris dengan apa yang diturunkannya..Wallah hu a'lam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2010 06:09 PM | Show all posts
Kalau ikut terjemahan di atas, maksudnya APA-APA YANG DIAMBIL DARI NABI KECUALI/SELAIN DARI AL-Q ...
mnm77 Post at 26-8-2010 16:22


Tertinggal pula..

Berkaitan apa yang saudara kemukakan iaitu tajuk hadith tadi..Sebab itu saya selalu mengatakan yang manusia ni xkan pernah sempurna dan apa yang ditulis oleh manusia tidak akan sesekali terlepas dari kesilapan..Tajuk membenarkan penulisan hadith..Tapi kandungan hadithnya yang melarang penulisan hadith..Tak ke pelik??

Tapi saya lebih pelik dengan sikap manusia yang menganggap baca quran akan wujud fitnah..salah paham dan sebagainya..Sedangkan semuanya tuhan beritahu dengan jelas..Malah kitab-kitab yang manusia karang ni yang memeningkan..Tajuk lain isi lain pun ada..Tu belum lagi kebenaran kandungan nya pula..Baru baca sikit dah tertanya-tanya..betul ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:10 PM | Show all posts
Insya Allah kalau Abu bakar yang dikenali dengan As-siddiq..Antara yang terawal memeluk islam dan sentiasa menyokong dakwah Rasulullah serta tidak ragu-ragu untuk membelanjakan segala hartanya pada jalan Allah pun takut dengan buku hadith yang ditulisnya..Sampai membakar buku yang ditulisnya kerana takut ada satu jer perkataan yang tidak seperti di ucapkan oleh Rasulullah..
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 17:59


Itulah ketelitian Abu Bakr RA

Macam mana saudara boleh yakin dengan apa yang disampaikan oleh orang-orang yang hidup 200 tahun selepas zaman Rasulullah itu..Ada kemungkinan ke ilmu dan amalnya melebihi Abu Bakar?

Jika riwayat itu terpecaya (sanad yang baik/sahih), maka tiada keraguan. Ini tidak bermakna ilmu seseorang periwayat itu melebihi Abu Bakr RA yang tinggi ketaqwaan dan ketelitiannya.

Saudara menganggap Rasulullah itu seperti orang lain ke??Kalau dia takut bercampur dengan Al-Quran..Insya Allah dia dah kata kerana takut bercampur dengan Al-Quran..Sedangkan tuhan beri dia ilmu untuk tahu apa yang telah berlaku..sedang berlaku dan akan berlaku..Tak kan lah dia tidak boleh untuk bercakap dengan jelas..Dia takut Al-Quran bercampur dengan hadith??


Bukan macam tu, Rasulullah SAW sesungguhnya tidak keliru. Akan tetapi orang lain yang mungkin keliru kalau apa yang Rasulullah cakap (selain dari Al-Quran) disampaikan kepada orang lain dengan tidak dijelaskan sebagai Hadith, kerana Rasulullah SAW juga menyampaikan ayat-ayat Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 26-8-2010 18:15
Tajuk membenarkan penulisan hadith..Tapi kandungan hadithnya yang melarang penulisan hadith..Tak ke pelik??
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 18:09


Kandungan hadith tu pun sebenarnya tidak melarang menulis hadith.  Yang dilarang adalah menyampaikan dari Nabi selain dari Al-Quran tanpa memberitahu itu sebenarnya hadith. Ini boleh menyebabkan kekeliruan pada orang lain (pada awal Islam) kerana Al-Quran dan Hadith kedua-duanya belum dibukukan (macamana nak bukukan? Nabi masih hidup, ayat masih turun, kata-kata/perbuatan/hadith masih disampaikan)
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:36 PM | Show all posts
Kandungan hadith tu pun sebenarnya tidak melarang menulis hadith.  Yang dilarang adalah menyam ...
mnm77 Post at 26-8-2010 18:14


kenapa berlainan antara maksud saudara dengan maksud hadith itu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 06:45 PM | Show all posts
Jika riwayat itu terpecaya (sanad yang baik/sahih), maka tiada keraguan. Ini tidak bermakna ilmu seseorang periwayat itu melebihi Abu Bakr RA yang tinggi ketaqwaan dan ketelitiannya.
mnm77 Post at 26-8-2010 18:10


Kenapa saudara rasa macam tu..Sedangkan Abu Bakar yang terkenal dengan ketakwaan dan kepatuhannya pun ragu-ragu dengan apa yang ditulisnya sendiri..Yang mana dia sendiri berada di samping rasulullah saw..Macam mana saudara yang hidup beribu tahun selepas rasulullah saw boleh percaya dengan kumpulan hadith yang dikumpul oleh orang yang hidup 200 tahun selepas rasulullah..

Pada pandangan saudara yang saya percaya cerdik pandai ini..Ada kemungkinankah apa yang dikumpul oleh mereka-mereka itu adalah lebih tepat dari yang dikumpul oleh Abu Bakar??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2010 08:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 27-8-2010 08:32

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh sirrikhafi...

Terjemahan yg nickname bawakan di atas, terdapat tokok tambah. saya bawakan terjemahan yg sebenar.

Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan datangkanlah oleh kamu akan kesucian dan ruku'lah oleh kamu bersama orang-orang yg ruku' 2:43

bahkan terjemahan ayat 59:7, 5:55 & 4:59 yg saudari bawakan juga terdapat banyak tokok tambah di dlm terjemahannya.
adakah saudari tidak mempelajari bahasa AlQuran? atau saudari hanya tahu Copy&aste shj?

di harap saudari nickname tidak mengubah &menokok tambah ayat-ayat ALLAH.



Tak kisah la kalau pacit tak terima ayat yg sy paste tu..kalau terima mesti pacit tak ada jawapan untuk itu kan,,sebab dalam pegangan pacit tak ada konsep solat jamaah samada dgn anak,isteri,keluarga apatah lagi dengan saudara Islam lain..solat/rukuk hanya sorang2 mengikut keikhlasan dan tahap iman je kan..padahal perkataan bersama (ma'a) dah bermaksud plural/jamaah dah,kecuali la ayat tu sebut rukuk lah kamu sebagaiamana org lain rukuk..ha yg tu memang lain la maksud ya..

so terpulang lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 09:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 27-8-2010 10:50

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh sirrikhafi dan rayms...
(sy rangkumkan jawapan saya untuk khafi dan rayms sekali ya,sebab ia berkisarkan perkara yg sama..)


Siapa yg kata ZAKAT &SADAQAH adalah 2 perkara yg berbeza?

Zakat itu maksudnya mendatangkan "Kesucian" dan Sadaqah itu sebagai suatu "enyucian". sebab itu ia di panggil "Zakat".


Ambillah dari harta mereka itu, Sebagai suatu Sadaqah yang membersehkan akan mereka dan yang menyucikan akan mereka dengan nya 9:103


Perkataan "menyucikan" @ kalimah TUZAKKIY di dlm ayat di atas,adalah berasal dari perkataan "enyucian" @ ZAKAT!

sedangkan penentuan 8 golongan yg menerima Zakat (menurut ASWJ) pun, di ambil dari ayat tentang Sadaqah juga!

Sesungguhnya Sadaqah itu untuk orang-orang faqir dan orang-orang miskin dan 'amil-'amil ke atas nya dan orang-orang yang di lembutkan oleh hati mereka dan di dalam memerdekakan dan orang-orang yang berhutang dan di dalam jalan ALLAH dan anak-anak jalanan, Sebagai Suatu kefardhuan dari ALLAH, dan ALLAH itu mengetahui lagi bijaksana 9:60


Dlm ayat di atas, langsung tiada di sebut kalimah "ZAKAT".

nampaknya, hujjah awak nampak sangat tak lojik &tak rasional.. serta tidak di pandu pula dgn dalil-dalil dari ayat-ayat AlQuran.




sedekah dan zakat kedua2nya adalah (infak/nafakah) tujuan untuk menyucikan..cuma berbezanya zakat infak yg diwajibkan dan sedekah infak yang disunatkan..kenapa mcm tu..sebab cuba perhatikan kesemua ayat yg menyebut tentang zakat adalah ayat perintah selepas perintah solat..dan ada yg disusuli dgn ancaman azab..



(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannyayang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut sertamengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; merekatakutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (An-Nuur24:37) 

"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untukmembersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanyahari akhirat". (Fussilat 41:7)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembahAllah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid;dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikianitulah Agama yang benar. (Al-Bayyinah 98:5)


Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripadaorang yang sungguh bertaqwa, - (Al-Lail 92:17)
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya, (Al-Lail 92:18)

(sy pastekan ayat spy tak ada penafian tentang perkataan zakat)..


perhatikan kesemua ayat diatas semuanya dalam bentuk perintah..ayat tentang sedekah pula adalah ayat penyataan yg didatangkan juga kelebihan2 untuk mendapat pahala,membersihkan dosa dan sebagainya..banyak tp sy pastekan sebahagian sahaja..

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah danorang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepadaAllah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (denganberganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.(Al-Hadiid 57:18)

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka,kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan,atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian denganmaksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yangamat besar. (An-Nisaa' 4:114)



jika kita tengok ayat satu lagi :



perkataan Khuz (ambillah) adakah ayat perintah... sedekah adalah pemberian secara langsung oleh pihak yg bersedekah kepada sesiapa yg dia hendak sedekahkan,dan ada ayat yg menyebut tentang sedekah yg disembunyikan dari pengetahuan org lain adalah lebih baik...

perkataan (khuz) (feel amar)menunjukkan perintah untuk diambil harta seseorang untuk disedekahkan..sebab tu lah bab zakat ada pihak yg menguruskan iaitu amil yg memungut zakat..


infak yg disunatkan (sedekah) fleksibel,bila2 masa boleh buat,bila dah kewajipan mestilah ada ketetapan...ada la syarat,kadar dan sebagainya.sama juga dgn bab solat..ada ketetapan macam mana..sy sebut solat sebab solat perintah yg selaiu disebut sekali dgn zakat..


tentang gol yg menerima sedekah tu sama sahaja sebab tujuan harta zakat dan sedekah dinafkahkan adalah untuk golongan yg memerlukan..bila menerima pemberian dari org lain dia dikira menerima sedekah tak kiralah dari saluran wajib atau pun sunat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2010 10:48 AM | Show all posts
Assalamualaikum BB..

Sebenarnya hujah saudari dah berbeza dari sebelumnya..Saudari sendiri dah menganggap berus gigi tidak perlu guna siwak..pada saudari berus gigi guna siwak bukannya sesuatu yang berkaitan hukum..Yang penting perbuatan memberus gigi tu yang sunnah sebab jaga kebersihan..Tapi alat yang digunakan dah berbeza dari yang Rasulullah gunakan adalah tidak menjadi masalah..

Saudari dah menganggap guna berus gigi pun tak apa sebab perbuatan dia masih sama..Masih mengosok gigi..Bagaimana kalau suatu hari nanti sudah tiada berus gigi..Ada teknologi yang kumuh jer gigi dah bersih..Dengan akal yang saudari dan manusia lain ada..Sudah tentu akan mengatakan tak per juga..Yang penting kebersihan mulut dan gigi itu yang nak di jaga..Itulah yang disampaikan dalam Quran..Tuhan dah cakap pasal kebersihan..Cuma tiada disebut suruh mengosok gigi..Kerana Allah tu Maha Mengetahui..Kalau cakap suruh berus gigi..Zaman Rasulullah dan sekarang pun insya Allah boleh lah diterima lagi..Mana tahu zaman akan datang dah tidak pakai berus gigi lagi..Itu akan dijadikan hujah bahawa al quran ini tidak sesuai sepanjang zaman..Alhamdulillah Allah itu benar-benar Maha Mengetahui..Tiada apa dalam quran itu yang boleh dipertikaikan dan dikatakan tidak relevan..Alhamdulillah..

Saudari jangan salah paham pula..Saya tidak bermaksud untuk mengatakan yang sunnah Rasulullah itu tidak Relevan..Saya cuma nak sampaikan bahawa betapa sempurnanya Al-Quran itu..Tiada apa yang boleh dipertikaikan..



maaf cakap ya...banyak2 karanngan manusia,karangan anda lah yg tidak boleh dipercayai..sy paste sekali lg posting sy yg anda maksudkan :
BB..

Riba atau pun tidak bergantung kepada sistem yg dijalankan...bila menjalankan sistem riba maka haram lah jadinya..bukan sy menafikan atau menyokong riba...hukum riba memang jelas dalam al-Quran..


pokok persoalan sy ialah apakah perkara tidak disebut atau ditentukan hukumnya dalam al-Quran hukumnya haram bagi pelakunya..itu saja,,,tak kira la isu perbankan ke apa..

yg menolak hadis,,adakah mereka bersiwak(gosok gigi) sebab tidak disebutkan dalam al-Quran?..itu cth paling koman lah..


bagaimana nak memahami al-Quran sendiri2 kalau ayat sy sependek itu pun tidak boleh difahami atau pun sekadar buat2 tak faham..terang2 sy sebutkan bersiwak siap dalam kurungan gosok gigi,tak ada menyentuh sikit pun tentang kayu siwak...



Berkaitan kayu siwak itu..Insya Allah saya masih gunakan..dan selagi ianya mudah untuk didapati Insya Allah saya akan terus guna..Sebab saya sentiasa percaya pada sunnah itu terdapat keberkatan..


al-hamdulillah anda ada juga menggunakan kayu siwak,sy memang tak pernah lagi..tapi dari sumber mana yg anda tahu kayu siwak tu sedangkan anda tak hidup sezaman Rasul,dari kitab/hadis karangan manusia jugak kah?..klau dalam al-Quran ada menyentuh tentang kayu siwak,sy minta maaf mungkin sy silap..



Sebab itu saya selalu menolak orang yang menganggap sunnah = hadith..Pada saya sunnah itu adalah perbuatan Rasulullah yang boleh disampaikan secara turun temurun dan dari mulut ke mulut..Dan hadith pula adalah sesuatu yang ditulis oleh manusia berkaitan dengan kata-kata Rasulullah..Yang telah banyak disalah gunakan oleh pihak tertentu..Ada yang menokok tambah untuk mendapat kepentingan dunia..Ada yang nak memfitnah Rasulullah dan keluargarnya dan insya Allah ada juga yang menyampaikan dengan niat yang baik..


kalau la sunnah tu perbuatan yg disampaikan dari mulut ke mulut,anda dengar sendiri dari penyampai atau anda tahu melalui pembacaan?..bagi sy yg disampai dari mulut ke mulu atau penulisan pun sama sahaja kalau ada niat hendak berdusta..berdusta dengan mulut atau berdusta dengan tulisan boleh jer nak menokok tambah,dengan mulut lagi payah untuk mengawasi ketulinan bila sesuatu perkara tersebar..betul tak?..


Contoh paling simple..Hadith yang konon-kononnya Abu Talib dapat seksaan paling ringan dalam neraka iaitu dipakaikan terompah dari api neraka sampai otaknya menggelegak..Konon-kononnya sebab rasulullah membasahkan tubuh abu talib dengan air liurnya sendiri..Supaya tidak dijilat api neraka..Tapi tapak kaki abu talib tak dibasahkan dengan air liur Rasulullah..Tu yang kena pakai terompah dari api neraka..Hadith ini saya selalu dengar dari zaman sekolah sehinggalah sekarang..Sedangkan itu hanyalah fitnah yang dilemparkan oleh orang yang memusuhi keluarga Rasulullah..

Bagi mereka yang menyampaikan hadith itu dalam ceramahnya sebagainya dengan niat untuk beroleh kebaikan di sisi Allah bukankah menjadi sia-sia..sudahlah tidak dapat pahala..menyebarkan fitnah terhadap Rasulullah dan keluarganya pula..Insya Allah akan di seksa dengan teruk oleh Allah..

Terdapat banyak lagi penipuan penipuan dalam hadith ini..Saya tahu..Pada pendapat saudari bukankah ada ulamak yang akan menyaring hadith hadith tersebut..Pada saya..Selagi namanya manusia..Insya Allah banyak kesilapan yang akan terus dilakukan..Kalau Rasulullah dah larang tu..Memang benda tu tidak baik lah..Buat apa nak pertikaikan lagi...Konon-kononnya taat kepada Allah dan rasul..Sebab itu sibuk kaji hadith-hadith ini..Kalau taat..Dah rasul larang..tolak lah..buat apa nak cari alasan untuk membenarkan juga benda yang di larang itu..Seolah olah dia lebih tahu dari Allah dan Rasul pula..Begitu juga mereka yang menuruti mereka ini..


sy tidak menolak ada hadis palsu tapi sy tidak menghukum kesemua hadis adalah palsu..tentang ayat yg sy bold tu,perbuatan sengaja berdusta dan tersilap adalah perkara yg berbeza..sedangkan niatnya lebih murni untuk menjaga kesahihan hadis dari bercampur dgn hadis palsu..sesuatu yg tidak disengajakan adakah berdosa?..

tentang larangan penulisan tu adalah takut bercampur dgn al-Quran,dan ada hadis yg Rasulullah benarkan penulisan hadis..
berkenaan larangan...zaman rasulullah bahan2 tulis sudah ada tetapi terhad,ada para sahabat menulis sebelah menyebelah mencampur aduk antara ayat al-Quran dan hadis..tambah pula rasulullah mengajar 10 ayat al-quran kemudian disusuli dengan penerangan teori dan praktikalnya..baginda tidak akan menyambung pd ayat seterusnya selagi para sahabat tidak faham,sebab itu lah dilarang takut bercampur hadis dan al-Quran..


Jika seseorang sahabat ingin menulis hadis secara berasingan dari al-Qur’an,  ia sememangnya dibenarkan oleh Rasulullah S.A.W. Perhatikan riwayat berikut dari Abdullah bin ‘Amr radiallahu-anhu:

Aku biasa menulis segala yang aku dengar dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk aku hafalkan. Lalu kaum Quraish menegahku dengan berkata: Apakah kamu menulis segala sesuatu ? Bukankah Rasulullah seorang manusia yang berbicara pada waktu marah dan senang juga ?  Maka aku berhenti sebentar dari menulis sehingga aku menemui Rasulullah dan mengkhabarkan beliau tentang hal ini. Beliau memberi isyarat kepada mulutnya lalu bersabda:

Tulislah ! Demi Dzat yang jiwaku berada di kekuasaan-Nya, tiadalah yang keluar dari mulut ini kecuali yang hak (yakni yang benar).



tentang saidina Umar dan Abu bakar melarang/membakar hadis itu adalah hadis dhaif..semasa perluasan wilayah Islam Umar juga melantik sebagai gabenor untk mengajar saudara baru berkenaan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 11:04 AM | Show all posts

...sedangkan banyak ayat yg menyebut taat Allah dan rasul,mencintai Rasul juga mencintai Allah?...Jelas dan terang ayat Allah takkan boleh salah faham lagi.......
nickname Post at 25-8-2010 08:04



Ayat di atas memang jelas tetapi telah disalah fahamkan dari maksudnya yang sebenar.

Kita telah diajar bahawa “Taat Allah dan taat Rasul”
bererti “Taat Allah” = taat kepada Quran dan “Taat Rasul” = taat kepada Hadith.                                                  
Adakah ini maksud yg sebenarnya?



Allah berfirman:-

Q3:7 "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: ""Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami."" Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal."

Allah menjelaskan bahawa ayat2 nya amat jelas dan nyata dan
tidak mempunyai maksud2 yg terselindong tetapi akan terdapat manusia2 yg akan cuba untok mencari makna2 yg tersembunyi bagi mendatangkan keraguan dan pembohongan.

Kita hanya perlu melihat kepada puak Kristian bagi mendapatkan pengajaran. Alim ulamak mereka seperti St. Paul telah menafsirkan ayat “I and my Father are One” (John 10:30) sebagai membuktikan bahawa N.Isa itu Tuhan dan seluruh umat Kristian mempercayainya walaupun terdapat bukti2 didalam Bible yg mengatakan sebaliknya.

“Taat Allah” bererti taat kepada Quran. Ini adalah maksud sebenarnya kerana segala suruhan Allah terkandung didalamnya dan tidak ditempat lain.

Bagaimana dengan “Taat Rasul?”
“Rasul” bererti “Pembawa wahyu (Messenger)”.Maknanya berita yg dibawa itu bukan miliknya, tetapi
milik yg mengwahyukannya ia itu Allah. Rasul/Pembawa wahyu (Messenger) hanya menyampaikan wahyu. Dia tidak berhak untok mengubahnya dari segi teks maupun maknanya.


Q
18:27
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur'an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya.

Q6:115 Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Qur'an, sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Allah juga menjelaskan siapa Rasul/Pembawa wahyu (Messenger) supaya tidak terjadi keraguan bila dia menyampaikan wahyu Allah.

Q48:29 "Muhammad itu adalah utusan Allah….”.

Allah juga dengan jelasnya memberitahu bahawa Muhammad itu hanya seorang Rasul/Pembawa wahyu (Messenger).

Q3:144
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul,…”.

Tugas seorang Rasul hanya untok menyampaikan wahyu. Dia tidak mempunyai kuasa untok mengubah firman tuhan.

Q3:20 ………..maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah)………

Q16:8 ……….. sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.

Allah dengan segala kesempurnaan ayat2nya didalam Quran tidak mengatakan “Taat Muhammad” ataupun “Taat Nabi” tetapi memilih untok mengunakan “Taat Rasul”.

“Taat Rasul” bererti taat kepada Pembawa wahyu (Messenger) yg membawa wahyu (Messege) daripada Tuhan.

Tuhan berinteraksi dengan kita melalui Quran yg disampaikan melalui Rasulnya. Ayat2 Quran yg dibacakan olih Rasul mengandungi perintah dan petunjuk dan memerlukan kepatuhan olih orang2 yg beriman.

Kesimpulannya “Taat Allah” bererti taat kepada Quran dan “Taat Rasul” bererti taat kepada ayat2 Quran yg disampaikannya.

Semoga dapat kita fikir2kan nya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 12:49 PM | Show all posts
bagaimana nak memahami al-Quran sendiri2 kalau ayat sy sependek itu pun tidak boleh difahami atau pun sekadar buat2 tak faham..terang2 sy sebutkan bersiwak siap dalam kurungan gosok gigi,tak ada menyentuh sikit pun tentang kayu siwak...
nickname Post at 27-8-2010 10:48


dah terang-terang saudari kata bersiwak dalam kurungan gosok gigi..nama pun bersiwak mestilah mengunakan kayu siwak..tak kan lah bersiwak guna berus gigi..pastu (gosok gigi)..nampak sangat saudari nak samakan antara bersiwak dengan memberus guna berus gigi..Dan Alhamdulillah jangkaan saya berdasarkan penulisan saudari memang betul..

al-hamdulillah anda ada juga menggunakan kayu siwak,sy memang tak pernah lagi

kalau la sunnah tu perbuatan yg disampaikan dari mulut ke mulut,anda dengar sendiri dari penyampai atau anda tahu melalui pembacaan?..bagi sy yg disampai dari mulut ke mulu atau penulisan pun sama sahaja kalau ada niat hendak berdusta..berdusta dengan mulut atau berdusta dengan tulisan boleh jer nak menokok tambah,dengan mulut lagi payah untuk mengawasi ketulinan bila sesuatu perkara tersebar..betul tak?..


Mestilah dengar dari orang..dari kecik ayah, mak, pak cik, cikgu dan orang lain pun cakap pasal kayu siwak ni..Setiap kali ada orang gi mekah..Balik itu juga yang dibawanya..Saudari jumpa dalam kitab apa pasal kayu siwak ni..

Banyak perbezaannya..Kalau dengan penulisan..Katalah saudari menipu dalam penulisan..Dan buku saudari menjadi popular..di baca di seluruh dunia..So penipuan saudari akan tersebar dengan luas..Tapi kalau dengan mulut..Saudari akan amik masa berzaman untuk menipu seluruh dunia..nak tipu 10 orang pun belum tentu berjaya..Orang pun belum tentu nak dengar cerita dari saudari..lagi lagi kalau saudari seorang penipu..tapi kalau dalam penulisan..apabila orang itu menipu..may be kat tempat dia orang tahu..bila buku dia keluar ke tempat lain..orang kat tempat lain xtahu..jauh bezanya..

sy tidak menolak ada hadis palsu tapi sy tidak menghukum kesemua hadis adalah palsu..tentang ayat yg sy bold tu,perbuatan sengaja berdusta dan tersilap adalah perkara yg berbeza..sedangkan niatnya lebih murni untuk menjaga kesahihan hadis dari bercampur dgn hadis palsu..sesuatu yg tidak disengajakan adakah berdosa?..


Rasulullah dah kata..Mengatakan yang dusta tentang dia..Duk dalam neraka..Tak der pula kata kalau xsengaja dan sebagainya..Dah terang terang melibatkan Rasulullah n Allah ni isu yang sangat besar..Kalau fitnah orang lain masih boleh diterima lagi..

Aku biasa menulis segala yang aku dengar dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam untuk aku hafalkan. Lalu kaum Quraish menegahku dengan berkata: Apakah kamu menulis segala sesuatu ? Bukankah Rasulullah seorang manusia yang berbicara pada waktu marah dan senang juga ?  Maka aku berhenti sebentar dari menulis sehingga aku menemui Rasulullah dan mengkhabarkan beliau tentang hal ini. Beliau memberi isyarat kepada mulutnya lalu bersabda:

Tulislah ! Demi Dzat yang jiwaku berada di kekuasaan-Nya, tiadalah yang keluar dari mulut ini kecuali yang hak (yakni yang benar).


Saudari mesti mengaji hadith kan..Mesti tahu mana hadith untuk umum..mana Hadith untuk individu..Sebab itu hadith ini bukan boleh di buat sebarang sebarang..Rasulullah bila dia cakap sesuatu pada seseorang..Dia tahu keadaan orang itu..Insya Allah apa yang ada dalam hati orang tu pun dia tahu..So apa yang dia cakap untuk orang itu adalah sesuai dengan orang itu..Tak semestinya sesuai dengan semua orang..

Nampak tak orang tu kata apa..Dia minta kebenaran tulis supaya dia boleh hafalkan..Maksudnya tahap akal dia rendah..Kena tulis dan baca berulang ulang baru hafal..Dengar macam tu jer dia xleh nak hafal..Untuk sahabat yang ingat apa Rasulullah kata..memang rasulullah tak bagi tulis..

Sebab orang macam saudari yang suka buat main dengan hadith sebarang sebarang ini lah yang wujud golongan yang kata rasulullah cakap berbelit belit lah..dengan orang lain dia cakap lain..dengan orang lain pula dia cakap lain..Dan semua fitnah yang disebabkan oleh penulisan hadith ini..Orang yang menulis hadith ini akan dipertanggungjawabkan lah..Tahu lah nasib dia dihadapan tuhan nanti..Dan orang yang mengikut dan menyokong mereka pun insya Allah..sampai lah masanya tu nanti..

Cuba saudari pikir dengan guna akal yang dikurniakan oleh tuhan..Kenapa 200 tahun selepas zaman Rasulullah baru ada buku hadith..Kenapa 5, 10, 20, 50 or 100 0r 150 tahun lepas tu xder??kenapa begitu jauh jaraknya baru ada..

tentang saidina Umar dan Abu bakar melarang/membakar hadis itu adalah hadis dhaif..semasa perluasan wilayah Islam Umar juga melantik sebagai gabenor untk mengajar saudara baru berkenaan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah..


Apalah masalah saudari ni..Sudah beberapa kali saya tekankan..Sunnah dan hadith x sama..Kalau saudari nak bawa bukti..Tunjuklah bukti bahawa Umar n Abu Bakar tak bakar kitab Hadith yang ditulisnya..Dan tunjuk kitab Hadith dari Umar dan Abu Bakar..Kalau ada lah...Ini pergi cerita Umar ada ajar sunnah..Memang lah ada ajar..Tapi bukan guna kitab hadith..Dia ajar..dia cakap guna mulut dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 27-8-2010 22:26

salam rayms...

aduhai rayms,ni posting sy yg ke-2 untuk reply rayms..pagi tadi dah post tapi maximum word la plak, bila undo abih hilang.. sekarang ni tension dah abis sikit..


Ayat di atas memang jelas tetapi telah disalah fahamkan dari maksudnya yang sebenar.

Kita telah diajar bahawa “Taat Allah dan taat Rasul”
bererti “Taat Allah” = taat kepada Quran dan “Taat Rasul” = taat kepada Hadith.                                                  Adakah ini maksud yg sebenarnya?


Cuba jelaskan kepada
saya bagaimana cara mentaati Rasul dengan menolak perkhabaran/ajaranyang datang dari baginda?...mengamalkan berita atau mengamalkan isi yang adadalam berita,yang mana satu sesuai?..




Allah berfirman:-

Q3:7 "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: ""Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari isi Tuhan kami."" Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal."

Allah menjelaskan bahawa ayat2 nya amat jelas dan nyata dan
tidak mempunyai maksud2 yg terselindong tetapi akan terdapat manusia2 yg akan cuba untok mencari makna2 yg tersembunyi bagi mendatangkan keraguan dan pembohongan.

Kita hanya perlu melihat kepada puak Kristian bagi mendapatkan pengajaran. Alim ulamak mereka seperti St. Paul telah menafsirkan ayat “I and my Father are One” (John 10:30) sebagai membuktikan bahawa N.Isa itu Tuhan dan seluruh umat Kristian mempercayainya walaupun terdapat bukti2 didalam Bible yg mengatakan sebaliknya.

“Taat Allah” bererti taat kepada Quran. Ini adalah maksud sebenarnya kerana segala suruhan Allah terkandung didalamnya dan tidak ditempat lain.

Bagaimana dengan “Taat Rasul?”
“Rasul” bererti “Pembawa wahyu (Messenger)”.Maknanya berita yg dibawa itu bukan miliknya, tetapi
milik yg mengwahyukannya ia itu Allah. Rasul/Pembawa wahyu (Messenger) hanya menyampaikan wahyu. Dia tidak berhak untok mengubahnya dari segi teks maupun maknanya.


Memang benarlah ayat al-Quran ada yg muhkamat danmutashabihat..adakah anda sudah mengkaji keseluruhan ayat al-Quran…mengikut apayg sy perhatikan ayat mutashabihat biasanya didatangkan dalam bab akidah ataupun yg menyentuh tentang zat Allah dan sebagainya..dan sy belum berjumpa lagiayat2 hukum/syari’

ygmutashabihat.melalui pemerhatian sy ayat berkaitan hikum biasanya dalam bentukmuhkamat,jelas dan nyata hokum induknya yg disebutkan dalam al-Quran,jikaberlaku ketidak jelasan dalam cabang hukum,maka rujukannya adalah ketetapaninduk yg disebutkan dalam al-Quran..kalau ada ayat mutashabihat dalam bab hukumsyarie,tunjukkanlah kepada saya mana tau mungkin saya salah dalam membuatpemerhatian..


Menyentuh tentang ayat mutashabihat pula ada 2 jenis,yghakiki(tak boleh takwilkan langsung) dan yg relative (boleh ditakwil oleh ahlitafsir)..

Kita ambil contoh yg hakiki,tentang ayat yg menyebut Allah bersemayam di atas arasynya..perkara ini kita tidak boleh takwilkan ,sekiranya takwilkan boleh membawa kesesatan..

Yg relative pulak seperti :Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalahmilik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripadaberibadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. (Al-Anbiyaa'21:19)Di sisiNya bukanlah maksud disebelahNya,boleh ditadsirkansebagai hampir atau berada dipihakNya.


Orang yg condong kepada kesesatan mentakwilkan ayat Allahmengikut fikiran dan hawa nafsu seperti menyamakan tangan Allah seperti tangan manusia,atau menyamakan zat Allah saperti makhluk..sedangkan ulama yg tidak menurut hawa nafsu mentafsirkan tangan Allah sebagai kekuasaan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 27-8-2010 22:29
Q18:27
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur'an). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya.

Q6:115 Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Qur'an, sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Allah juga menjelaskan siapa Rasul/Pembawa wahyu (Messenger) supaya tidak terjadi keraguan bila dia menyampaikan wahyu Allah.

Q48:29 "Muhammad itu adalah utusan Allah….”.

Allah juga dengan jelasnya memberitahu bahawa Muhammad itu hanya seorang Rasul/Pembawa wahyu (Messenger).

Q3:144
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul,…”.

Tugas seorang Rasul hanya untok menyampaikan wahyu. Dia tidak mempunyai kuasa untok mengubah firman tuhan.

Q3:20 ………..maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah)………

Q16:8 ……….. sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.

Allah dengan segala kesempurnaan ayat2nya didalam Quran tidak mengatakan “Taat Muhammad” ataupun “Taat Nabi” tetapi memilih untok mengunakan “Taat Rasul”.

“Taat Rasul” bererti taat kepada Pembawa wahyu (Messenger) yg membawa wahyu (Messege) daripada Tuhan.

Tuhan berinteraksi dengan kita melalui Quran yg disampaikan melalui Rasulnya. Ayat2 Quran yg dibacakan olih Rasul mengandungi perintah dan petunjuk dan memerlukan kepatuhan olih orang2 yg beriman.

Kesimpulannya “Taat Allah” bererti taat kepada Quran dan “Taat Rasul” bererti taat kepada ayat2 Quran yg disampaikannya.


Semoga dapat kita fikir2kan nya.



Rasulullah adalah orang yg dimuliakan oleh Allah sebagaimanayg disebutkan dalam al-Quran..kalau anda menganggap peranan rasul sama sepertiposmen sahaja maka betapa rendah taraf Rasulullah yg kita agung2kan..tugasRasulullah bukan setakat membacakan ayat2 al-Quran sahaja,malah betapa besarperananya.antaranya ialah :

Mengajar danmenerangkan al-Qur’an.  

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepadaorang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorangRasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allahdan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [‘AliImran 3:164] 


Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca danmentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab,tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya.

Menerang, menghuraidan memperincikan al-Qur’an.  

Firman Allah Subhanahu waTa’alaan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quranyang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apayang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]


Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dariperkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksudmenerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabilaAllah Tabaraka waTa’ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallamsebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan,menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an. Contohnya al-Qur’an memfardhukansolat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkanapakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.



Mengajar al-Hikmah,iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalamal-Qur’an.

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapayang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yangdiberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yangbanyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkanorang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269] 



Banyak lagi peranan Rasulullah sesuai dengan tarafnya utusanAllah yg mulia sanggup menghadapi suka duka menegakkan agama Allah,bukansekadar menyampaikan bacaan ayat al-Quran sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 10:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 27-8-2010 22:38
dah terang-terang saudari kata bersiwak dalam kurungan gosok gigi..nama pun bersiwak mestilah mengunakan kayu siwak..tak kan lah bersiwak guna berus gigi..pastu (gosok gigi)..nampak sangat saudari nak samakan antara bersiwak dengan memberus guna berus gigi..Dan Alhamdulillah jangkaan saya berdasarkan penulisan saudari memang betul..



sy Cuma menyebutbersiwak,(gosok gigi)tak ada pula sy sebut miswak tu dgn kayu uud ke,kayuzaitun ke,kain ke, jari ker,berus gigi ker..tak ada kan..yg sy tulis bersiwak(gosok gigi).lagi pun kondisi ayat yg kita bincangkan tentang gosok gigiperkara yg tidak disebutkan dalam al-Quran..sedangkan kamu menerima sesuatu ygdiajarkan dalam al-Quran sahaja..sama juga dalam mengakaji al-Quran,sebab2 dantujuan2 ayat perlu diberi perhatian juga,bukan main terjemah/tafsir sesukahati..
Mestilah dengar dari orang..dari kecik ayah, mak, pak cik, cikgu dan orang lain pun cakap pasal kayu siwak ni..Setiap kali ada orang gi mekah..Balik itu juga yang dibawanya..Saudari jumpa dalam kitab apa pasal kayu siwak ni..Banyak perbezaannya..Kalau dengan penulisan..Katalah saudarimenipu dalam penulisan..Dan buku saudari menjadi popular..di baca di seluruhdunia..So penipuan saudari akan tersebar dengan luas..Tapi kalau denganmulut..Saudari akan amik masa berzaman untuk menipu seluruh dunia..nak tipu 10orang pun belum tentu berjaya..Orang pun belum tentu nak dengar cerita darisaudari..lagi lagi kalau saudari seorang penipu..tapi kalau dalampenulisan..apabila orang itu menipu..may be kat tempat dia orang tahu..bilabuku dia keluar ke tempat lain..orang kat tempat lain xtahu..jauh bezanya..

Saya jumpa dalam hadis banyak tentang siwak,,kenapa?karanganmanusia kali ni betul pulak spt yg awak amalkan,atau awak tak rasa yg awakamalkan tu saheh ke tak?..penceritaan dari mulut ke mulut spt ayah,mak,pakcik,cikgu boleh menjamin ketulinan ker,ada mereka bersumpah tak sebelumcerita pada anda?..Hakikatnya sama sahaja tulisan atau mulut kalau nak berdustaboleh aja,Cuma zaman sekarang global tidak spt zaman dulu,penceritaan zamansekarang pun boleh bertukar cara dgn penulisan jugak sebab teknologi,masing2boleh bercerita apa sahaja melalui blog atau facebook dan sebagainya.bukansetakat menulis bahan ilmiah semata..kalau penulisan buku ilmiah sekurang2nyaada pihak/badan yg membuat pemerhatian,tapi kalau penceritaan dalam facebookmungkin agak sukar..
Rasulullah dah kata..Mengatakan yang dusta tentang dia..Duk dalam neraka..Tak der pula kata kalau xsengaja dan sebagainya..Dah terang terang melibatkan Rasulullah n Allah ni isu yang sangat besar..Kalau fitnah orang lain masih boleh diterima lagi..

Tapi Allah firman mafhumnya siapa yg melakukan kesalahan tidak sengaja perbuatannya tidak dikira dosa..
Saudari mesti mengaji hadith kan..Mesti tahu mana hadith untuk umum..mana Hadith untuk individu..Sebab itu hadith ini bukan boleh di buat sebarang sebarang..Rasulullah bila dia cakap sesuatu pada seseorang..Dia tahu keadaan orang itu..Insya Allah apa yang ada dalam hati orang tu pun dia tahu..So apa yang dia cakap untuk orang itu adalah sesuai dengan orang itu..Tak semestinya sesuai dengan semua orang..

Nampak tak orang tu kata apa..Dia minta kebenaran tulis supaya dia boleh hafalkan..Maksudnya tahap akal dia rendah..Kena tulis dan baca berulang ulang baru hafal..Dengar macam tu jer dia xleh nak hafal..Untuk sahabat yang ingat apa Rasulullah kata..memang rasulullah tak bagi tulis..

Sebab orang macam saudari yang suka buat main dengan hadith sebarang sebarang ini lah yang wujud golongan yang kata rasulullah cakap berbelit belit lah..dengan orang lain dia cakap lain..dengan orang lain pula dia cakap lain..Dan semua fitnah yang disebabkan oleh penulisan hadith ini..Orang yang menulis hadith ini akan dipertanggungjawabkan lah..Tahu lah nasib dia dihadapan tuhan nanti..Dan orang yang mengikut dan menyokong mereka pun insya Allah..sampai lah masanya tu nanti..

Cuba saudari pikir dengan guna akal yang dikurniakan oleh tuhan..Kenapa 200 tahun selepas zaman Rasulullah baru ada buku hadith..Kenapa 5, 10, 20, 50 or 100 0r 150 tahun lepas tu xder??kenapa begitu jauh jaraknya baru ada..


Hakikatnya ada laranngan bersebab dan ada kebenaranbersebab.jadi seperti yg sebutkan tu..saudara ingat org zaman sekarang atauzaman 200 tahun selepas nabi tu kuat hafazan semua ker yang menjadi sebab takboleh tulis hadis?..sy pun tak mampu nak hafaz hadis,nak tulis apa ygRasulullah lafazkan baginda sudah tidak ada..so bagaimana..suatu kebaikan jugabuat umat zaman sekarang atas usaha ulama2 dulu menyaring hadis2 Rasulullah untukmemelihara kesahehan kerana apa yg diperkatakan oleh rasul tu bukan hawa nafsutetapi apa yg diwahyukan kepadaNya.Usaha tersebut bagi saya lebih menampakkankebaikan dari keburukan..Jarak masa bukan soalnya..benda berharga bila makin jauhkita akan rasa kehilangan..so sebelum hilang sesuatu yg berharga harus adausaha untuk memeliharanya..


Apalah masalah saudari ni..Sudah beberapa kali saya tekankan..Sunnah dan hadith x sama..Kalau saudari nak bawa bukti..Tunjuklah bukti bahawa Umar n Abu Bakar tak bakar kitab Hadith yang ditulisnya..Dan tunjuk kitab Hadith dari Umar dan Abu Bakar..Kalau ada lah...Ini pergi cerita Umar ada ajar sunnah..Memang lah ada ajar..Tapi bukan guna kitab hadith..Dia ajar..dia cakap guna mulut dia..


Tak perlu sy bawa bukti,hadis tersebut dhaif,lagi pun ygdijamin oleh Allah kekal sampai kiamat ialah al-Quran,tak perlu nak suruh sayatunjukkan kitab dari Umar atau Abu Bakar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 07:39 AM | Show all posts
sy Cuma menyebutbersiwak,(gosok gigi)tak ada pula sy sebut miswak tu dgn kayu uud ke,kayuzaitun ke,kain ke, jari ker,berus gigi ker..tak ada kan..yg sy tulis bersiwak(gosok gigi).lagi pun kondisi ayat yg kita bincangkan tentang gosok gigiperkara yg tidak disebutkan dalam al-Quran..sedangkan kamu menerima sesuatu ygdiajarkan dalam al-Quran sahaja..sama juga dalam mengakaji al-Quran,sebab2 dantujuan2 ayat perlu diberi perhatian juga,bukan main terjemah/tafsir sesukahati..
nickname Post at 27-8-2010 22:36


bila saudari sebut bersiwak..dah automatik mengambarkan memberus gigi dengan kayu siwak..siwak tu bukan berus gigi..tapi kayu yang digunakan untuk memberus gigi..bila sebut bersiwak maksudnya perbuatan memberus gigi dengan kayu siwak..tak perlu pun nak cakap kayu uud ke kayu zaitun ke apa..kalau saudari sebut berus gigi baru lah umum..macam macam alat boleh guna untuk memberus gigi..berus gigi ke kayu siwak dan lain lain..tapi bila sebut bersiwak maksudnya berus dengan kayu siwak..

Saya jumpa dalam hadis banyak tentang siwak,,kenapa?karanganmanusia kali ni betul pulak spt yg awak amalkan,atau awak tak rasa yg awakamalkan tu saheh ke tak?..penceritaan dari mulut ke mulut spt ayah,mak,pakcik,cikgu boleh menjamin ketulinan ker,ada mereka bersumpah tak sebelumcerita pada anda?..Hakikatnya sama sahaja tulisan atau mulut kalau nak berdustaboleh aja,Cuma zaman sekarang global tidak spt zaman dulu,penceritaan zamansekarang pun boleh bertukar cara dgn penulisan jugak sebab teknologi,masing2boleh bercerita apa sahaja melalui blog atau facebook dan sebagainya.bukansetakat menulis bahan ilmiah semata..kalau penulisan buku ilmiah sekurang2nyaada pihak/badan yg membuat pemerhatian,tapi kalau penceritaan dalam facebookmungkin agak sukar..


Cerita banyak pun tidak guna..Saudari ulas lah tentang hadith ini..Sebab hadith ini yang bermaksud macam tu..Bukan saya..

Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything fromme except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harmin it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think healso said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.

Saya rasa cukuplah sampai sini..Saudari teruskan lah berbincang dengan sahabat yang lain..

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan petunjuk dari Yang Maha Esa ke jalan yang benar..Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 08:00 AM | Show all posts
Kenapa saudara rasa macam tu..Sedangkan Abu Bakar yang terkenal dengan ketakwaan dan kepatuhannya pun ragu-ragu dengan apa yang ditulisnya sendiri..Yang mana dia sendiri berada di samping rasulullah saw..Macam mana saudara yang hidup beribu tahun selepas rasulullah saw boleh percaya dengan kumpulan hadith yang dikumpul oleh orang yang hidup 200 tahun selepas rasulullah..
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 18:45


Sebelum saya jawab soalan ini, boleh saya tahu:
1) dari mana sumber 200 tahun tu?
2) bagaimana anda pasti Abu Bakr RA ragu-ragu terhadap hadith?

Pada saya Abu Bakr bukan ragu-ragu, tetapi sangat teliti dan takut apa yang dia tulis itu dibaca oleh orang lain dengan kefahaman yang salah. Saya akan tunjukkan satu contoh, Insha-Allah sebentar lagi bagaimana orang yang baca boleh buat kesimpulan yang salah.

Sebelum hadith dikumpulkan, ia dihafal dan juga ditulis oleh para sahabat RA. Begitu juga dengan Al-Quran, sebelum Al-Quran dikumpulkan ia dihafal dan ditulis oleh para sahabat RA. Al-Quran itu diturunkan pada waktu-waktu tertentu, bukannya setiap hari, sedangkan hadith pula dihafal dan dicatat pada setiap hari. Jumlah hadith adalah jauh lebih besar dari Al-Quran. Maka pengumpulan hadith mengambil masa yang lebih panjang berbanding Al-Quran.

Pengumpulan Al-Quran tidak dibuat di zaman Rasulullah SAW, sebaliknya di zaman Abu Bakr, tetapi masih terdapat variasi dari segi loghat Al-Quran. Oleh kerana Islam berkembang dan ramai masuk Islam dan orang yang baru tiada asas yang kuat dan boleh timbul keliru, di zaman Uthman RA, sebahagian besar variasi loghat Al-Quran tersebut telah dimusnahkan (dibakar) dan pupus, tetapi kita masih boleh cari sebahagian kecil dari variasi itu, contohnya cara bacaan yang dikenali sebagai Qaloon. Adakah dengan penghapusan variasi tersebut boleh menjadi hujjah yang Al-Quran hari ini boleh dipertikaikan?

Pengumpulan hadith juga bermula di zaman Abu Bakr RA, tetapi tidak selesai di zaman tersebut kerana jumlah hadith yang sangat banyak. Pengumpulan hadith memakan masa yang panjang, dimulai dari zaman Sahabat, disambung ke zaman tabi'in dan tabiit tabi'in.

Pada pandangan saudara yang saya percaya cerdik pandai ini..Ada kemungkinankah apa yang dikumpul oleh mereka-mereka itu adalah lebih tepat dari yang dikumpul oleh Abu Bakar??


Orang yang meriwayatkan Al-Quran adalah para sahabat. Orang yang meriwayatkabn hadith juga para sabahat. Apabila orang yang meriwayatkan Al-Quran itu adalah orang yang terpecaya, maka orang yang sama juga dipercayai dalam meriwayatkan hadith.

Jadi tidak timbul keraguan dalam penyampaian hadith, samada secara hafalan atau tulisan sebab ia direkodkan dari segi periwayatan. Jika ada periwat yang tidak atau kurang dipercayai, maka dengan sebab itulah berlaku pengkelasan darjat hadith.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2010 08:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 28-8-2010 08:21
kenapa berlainan antara maksud saudara dengan maksud hadith itu?
Baru_Belajar Post at 26-8-2010 18:36


Salam

Kat mana yang berlainan? Yang saya nampak, saudara yang bawa hadith yang maksud berlainan. Cuba lihat balik:

“Dari Abi sa’id al Khudri bahwasanya Rasul saw bersabda,”Jangan kamu menuliskan sesuatu dariku, dan siapa yang menuliskan sesuatu dariku selain al-Quran maka hendaklah ia menghapusnya
(HR Muslim-Shahih Muslim)


Kat mana dapat istilah menghapuskan tu?

Bila saya tanya sumber lebih anda berikan yang ini:
Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything from me except the Qur'an, he should efface that and narrate from me, for there is no harm in it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think he also said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.


Yang ini pula kata tiada bahaya meriwayatkan hadith

Secara ringkas, maksud hadith di atas tu sebenarnya:
Jangan tulis apa-apa selain dari Al-Quran tanpa menyatakan bahawa itu adalah dari Nabi (hadith). Tujuan hadith ini supaya seseorang itu tidak meriwayatkan hadith yang mungkin disalah faham sebagai ayat Al-Quran oleh orang lain, kerana ayat Al-Quran disampaikan oleh Nabi berserta penerangan-penerangan (hadith)

Contoh di atas adalah satu contoh salah faham dari segi pembacaan hadith. Sebab itulah ilmu dari pembacaan itu perlu bimbingan, jika terdapat sebarang keraguan.

Kalau nak kepastian yang lebih, rujuklah hadith Arabnya yang asli.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:24 AM | Show all posts
“Dari Abi sa’id al Khudri bahwasanya Rasul saw bersabda,”Jangan kamu menuliskan sesuatu dariku, dan siapa yang menuliskan sesuatu dariku selain al-Quran maka hendaklah ia menghapusnya
(HR Muslim-Shahih Muslim)

Kat mana dapat istilah menghapuskan tu?

Abu Sa'id Khudri reported that Allah's Messenger (may peace be uponhim) said: Do not take down anything from me, and he who took down anything from me except the Qur'an, he should efface that and narrate
from me
, for there is no harm in
it and he who attributed any falsehood to me-and Hammam said: I think he also said: "deliberately"-he should in fact find his abode in the Hell-Fire.


dekat situ..saya dah bold kan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:30 AM | Show all posts
Sebelum saya jawab soalan ini, boleh saya tahu:
1) dari mana sumber 200 tahun tu?
2) bagaiman ...
mnm77 Post at 28-8-2010 08:00


Kalau saudara dah yakin yang usaha penulisan dan pembukuan hadith itu sama dengan al-quran..tulen seperti al-quran..masa yang lama di ambil sebab terlalu banyak..tidak seperti al-quran yang sedikit sahaja berbanding dengan hadith ini..Sebab itu usaha pembukuan al-quran selesai dengan cepat..Saya tiada apa nak persoalankan tentang ini..Insya Allah apa yang saudara kemukakan itu betul lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 10:03 AM | Show all posts
yakinlah pada ZATNYA
DIA lah yg mendidik dan mengajar
apa yg tidak diketahui
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193685 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4876 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23475 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.183207 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list