|
[MERGED] About Proton Persona & LOAN etc...
[Copy link]
|
|
mu dpt kete doh ke toss...???
:pompom::pompom: :pompom: tahniah..........hip....hipppppppppppppp....hooooorayyyyyyyyyyyy...:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
aku tercium baru kereta baru la..bestnya bau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tossee at 8-5-2008 06:40 PM
Kumi nih tips nye...memula nko kena tahu kat sapa nko nak kirimkan surat komen nko tuh...pastuh bile nko tahu sape...nko kena pastikan yg surat nko tuh betul2 sampai ke tgn org yg kite nak di ...
dalam sepanjang2 karangan bm ko nih, satu part je yg menarik minat aku... |
|
|
|
|
|
|
|
MAria
toss..ko org TM ke..detail yg ko smpaikn berkenaan streamyx ko tu marvelous...benar katanya kawan..haha
satu lagi..share ngn aku collection maria ozawa bleh...?? |
|
|
|
|
|
|
|
err nk tny.. kalo loan dh approve.. baru baya RM500 booking kan? lps tu dah dpt kete. baru g sign agreement kt bank..amik kete.. then baru start instalment kan?
kalo btul.. mtk2 la kete haku dpt bln 7.. kalo bln 6 cpt sgt la plak.. (kunun laa dpt kete dlm tempoh sebln ) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya korg ada tak tempat yg bleh buat zero down payment? Bini aku nk Persona B-line auto... |
|
|
|
|
|
|
|
bekeng sungguh abe toss ni......le ni hari2 maki owang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2378 tossee's post
dah ade skema surat cth x? meh pinjam.. nnt cuma perlu edit laaa.. byk nk anta ni.. kt telekom, kt streamyx, kt boss |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syahza at 12-5-2008 11:42 AM
dah ade skema surat cth x? meh pinjam.. nnt cuma perlu edit laaa.. byk nk anta ni.. kt telekom, kt streamyx, kt boss
Syahza nih suratnye...surat nih le yg berjaya menambat hati CEO Telekom pada masa tuh....Dato' Abdul Wahid Omar
Kepada pengerusi TM yang saya amat hormati,
Yang amat berbahagia Dato',
Saya adalah salah seorang pelanggan TM yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan TMnet Streamyx.
1) Untuk pengetahuan pihak tuan saya telah memohon untuk perkhidmatan TMnet Streamyx pada 26hb januari 2006. Saya telah diberitahu oleh perunding pelanggan syarikat tuan, perkhidmatan TMnet Streamyx akan dipasang di kediaman saya dalam jangka masa 2 (dua) minggu daripada tarikh saya memohon. Tetapi setelah menunggu selama 3 (tiga) minggu saya masih lagi tidak dihubungi . Atas usaha saya sendiri, saya telah menghubungi talian khidmat pelanggan syarikat tuan dan jawapan yang saya perolehi daripada perunding pelanggan, mereka menyuruh saya menunggu 2 (dua) minggu lagi untuk mengetahui status permohonan saya. Soalan saya ialah, kenapa pihak pelanggan yang harus menghubungi pihak tuan untuk mengetahui status permohonan, sedangkan pihak pelanggan yang membayar perkhidmatan kepada pihak tuan.
2) Setelah hampir 2 (dua) bulan saya menunggu untuk mengetahui status permohonan saya, pada 10hb Mac 2006 saya telah menerima sepucuk surat daripada pihak pengurusan TMnet. Didalam surat itu dinyatakan bahawa perkhidmatan TMnet Streamyx ke kediaman saya tidak dapat dipasang diatas masalah ketiadaan PORT. Mereka telah meletakkan nama saya didalam senarai menunggu. Pada 20hb Mac 2006 kediaman saya telah dikunjungi oleh vendor TMnet Streamyx, mereka telah memasang ADSL modem di kediaman saya. Menurut mereka, saya akan dapat menggunakan perkhidmatan TMnet Streamyx sejurus selepas mereka mengaktifkan akaun saya. Tetapi sehingga surat ini ditulis saya masih lagi tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.
3) Atas daya usaha saya sendiri, saya sekali lagi telah menghubungi talian khidmat pelanggan syarikat tuan untuk bertanyakan status perkhidmatan TMnet Streamyx ke kediaman saya. Tetapi jawapan yang diperolehi amat mengejutkan saya. Saya telah di beritahu oleh perunding pelanggan syarikat tuan bahawasanya permohonan saya untuk perkhidmatan TMnet Streamyx ke kediaman saya telah pun dibatalkan diatas permintaan pelanggan. Untuk pengetahuan pihak tuan saya tidak pernah sekali pun menghubungi pihak tuan untuk membatalkan permohonan saya.
4) Saya fahamkan, saya akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM80.00 untuk pemasangan. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang kenapa saya harus membayar harga perkhidmatan kepada pihak tuan, sedangkan pihak tuan memberi perkhidmatan yang kurang memuaskan kepada saya. Saya telah membazirkan banyak masa saya untuk menghubungi talian khidmat pelanggan syarikat tuan untuk mengetahui status permohonan saya dan sekarang saya terpaksa sekali lagi menghubungi syarikat tuan untuk mendapatkan perkhidmatan TMnet Streamyx. Kenapa saya harus merayu kepada pihak tuan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut sedangkan saya membayar untuk perkhidmatan tersebut.
5) Diharap pihak tuan mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah saya ini. Saya tidak mahu imej syarikat telekomunakasi terbesar di Malaysia ini tercemar diatas ketidakcekapan pengurusan syarikat tuan. Diharap pihak tuan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.Saya amat berharap permohonan saya ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Sebagai rujukan pihak tuan saya sertakan segala maklumat permohonan saya untuk perkhidmatan TMnet Streamyx. Saya ucapkan terima kasih diatas segala perhatian dan tindakan yang diberikan oleh pihak tuan kepada saya.
Name : XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXXXXX XXXXXX
Account No : 200602XXXXXX
User ID : XXXXXXX[email=XXXXXXX@streamyx]@streamyx[/email]
Service No : 614XXXXX
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar,
XXXX XXXXX XXXXX XXX XXXXXXX XXXXXX
cc: Michael Lai
aku cc kat Micheal Lai tuh...sbb dia nih CEO TMNut Sales & Service...dia nih big boss TMNut tuh...
Dan nih reply drpd Dato'
Terima kasih En XXXXX kerana menulis kepada saya. Apa yang En XXXXXX alami sepatutnya tidak berlaku dan amat saya kesali. Kami akan menyiasat perkara ini & mengambil tindakan sewajarnya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam hormat.
Wahid.
Pendek je reply dia.....tp pastuh mmg tindakan yg dia amik....mmg berbaloi....tak penah lagi aku dilayan cam raja oleh telekom...tp bile aku komplen kat CEO dia....dia org bagi servis yg first class...buat aku cam tak caya yg aku nih duk kat Malaysia...
[ Last edited by tossee at 12-5-2008 12:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|