CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 14-3-2008 11:05 AM | Show all posts
SMK Jengka 18 cemerlang

BANDAR JENGKA 13 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18, Maran dekat sini membuktikan statusnya sebagai sekolah luar bandar tidak menghalang daripada melahirkan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengetuanya, Zainul Abidin Daud berkata, kemampuan melahirkan lima pelajar cemerlang dalam SPM 2007 telah melonjakkan imej dan reputasi sekolah tersebut di mata masyarakat.

Pelajar terbaik SMK Jengka 18 ialah Nur Ainina Badzrul Shah yang memperoleh 9A, 1B, Mohd. Hadi Sulaiman (8A, 2B), Noorzanariah Zakaria (7A, 3B), Nor Asilah Reh (7A, 3B) dan Norhafizah Mansur (6A, 4B).

''Kejayaan sesebuah sekolah merangka program kecemerlangan yang disokong ibu bapa, organisasi dan agensi kerajaan menjadi punca kepada kemajuan dan kejayaan dalam sektor pendidikan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sejarah baru turut tercatat apabila seramai 22 daripada 54 pelajar sekolah tersebut yang mengambil subjek Geografi memperoleh A1, satu pencapaian tertinggi berbanding sekolah-sekolah lain di daerah Maran.

Sementara itu, Nur Ainina Badzrul Shah, anak sulung kepada pengurus ladang Felda Seri Pagi Jengka 17, berpuas hati dengan kejayaan cemerlang itu walaupun gagal mencapai sasaran 10 A1. Dia mencatat A1 dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, dan English For Science Technology manakala B bagi subjek Biologi.

Mohd. Hadi Sulaiman, 18, berkata, kejayaan mencipta rekod kerana memperoleh 8A1 dalam semua subjek dan 2B untuk Biologi dan Matematik Tambahan tidak mungkin berlaku tanpa jasa guru-guru yang banyak membimbing.

Seorang lagi pelajar, Noorzanariah Zakaria, 18, yang memperoleh 7A, 3B berkata, dia akan menjadikan kejayaan itu sebagai pemangkin untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam kelak.

Bagi anak peneroka Felda Jengka 23, Norasilah Reh, 18, segala nasihat dan teguran guru khususnya berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu semasa menjawab soalan peperiksaan.

Bagi Norhafizah Mansur yang mendapat 6A1, kejayaan cemerlangnya di sekolah rancangan Felda amat membanggakan keluarga sekali gus membuktikan kejayaan ada di mana-mana jika berusaha gigih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 11:08 AM | Show all posts
Barisan Exco Pahang tampil dua muka baru, enam kekal

BARISAN Exco Pahang.
http://www.utusan.com.my/pix/2008/0314/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02_big.jpg


PEKAN 13 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:12 AM | Show all posts
Geng curi motosikal tumpas


AHMAD FADZILLAH (tengah) menunjukkan sebahagian motosikal dan rangka motosikal yang ditemui semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam.

TEMERLOH - Kecil-kecil cili padi, walaupun masih kecil tetapi sudah pandai mencuri.

Demikianlah kegiatan tujuh pelajar yang kesemuanya baru tingkatan empat yang ditahan kerana terbabit dalam kes-kes mencuri motosikal hampir setahun lalu.

Dengan tertangkapnya kumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka daripada 'Geng Yak Yi', polis percaya telah dapat menyelesaikan 20 daripada 40 kes mencuri motosikal yang dianggarkan membabitkan kerugian RM40,000 di daerah ini sepanjang tahun ini.

Kesemua pelajar yang majoritinya dari sebuah sekolah menengah sama di sini ditahan pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, susulan daripada tangkapan tujuh pelajar terbabit, polis turut menahan enam lagi individu kerana memiliki dan menyimpan alat ganti motosikal curi.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati, daripada 20 kes curi motosikal yang dilakukan oleh sindiket itu, 16 kes mencuri motosikal dilakukan di Temerloh manakala empat lagi kes di Kuantan.

"Selepas menyoal siasat kesemua suspek itu, kami menemui 20 buah motosikal curi di dasar anak Sungai Tualang di sini dan daripada jumlah itu sembilan buah motosikal tersebut hanya tinggal rangka.

"Sindiket ini dipercayai menjual setiap motosikal curi dengan harga di antara RM200 hingga RM400,'' kata beliau.

Ahmad Fadzillah memberitahu, sindiket itu juga didapati sering kali menjual komponen motosikal yang dileraikan mereka kepada sebuah bengkel motosikal haram di sini.

Jelasnya, kali terakhir sindiket tersebut mencuri motosikal pada 29 Februari lalu di Masjid Abu Bakar Temerloh ketika pemilik motosikal tersebut sedang solat Jumaat.

Polis yang menerima laporan kehilangan motosikal itu kemudiannya dapat menahan seorang anggota sindiket itu pada 1 Mac lalu diikuti beberapa tangkapan susulan selepas itu.

Polis kini masih menjejaki saki baki sindiket tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 09:57 AM | Show all posts
Seberang Chenor jadi pusat pertumbuhan baru

Oleh: SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 14 Mac - Perkampungan di seberang Chenor bakal menjadi pusat pertumbuhan desa baru yang lebih moden berikutan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersetuju untuk memajukannya selari dengan lonjakan kemajuan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (gambar) berkata, kerajaan Pahang yang baru dibentuk selepas pilihan raya umum lalu, amat komited untuk membangunkan perkampungan seberang Chenor sebagai pusat komersiol yang menepati aspirasi melahirkan ramai usahawan bumiputera.

Beliau berkata, perkampungan seberang Chenor amat strategik kerana terletak di tiga pertemuan jalan yang boleh dihubungkan terus ke bandar Bera dan bandar diraja Pekan melalui jalan yang dinaik taraf.

Katanya, pembinaan jambatan Chenor bernilai RM110 juta merentasi Sungai Pahang yang menghubungkan bandar baru Chenor dengan seberang Chenor akan menambahkan lagi potensi pusat pertumbuhan desa itu.

''PKNP telah meluluskan projek awal pembinaan lima buah rumah kedai sebagai perintis untuk disewa kepada peniaga yang terdiri daripada penduduk tempatan.

''Projek akan dimulakan pada bulan Jun ini dan dijangka siap sepenuhnya Disember tahun ini sekali gus akan mengubah landskap pembangunan di perkampungan seberang Chenor,'' katanya di sini hari ini.

Beliau turut memuji komitmen PKNP yang telah melihat potensi besar Kampung Chenor Seberang untuk dibangunkan secara terancang sebagai pusat pertumbuhan desa yang menyediakan pelbagai kemudahan.

''Di kawasan Chenor kini sudah mempunyai tiga pusat pertumbuhan desa iaitu pekan Kampung Awah, Chenor Bandar dan kini seberang Chenor yang memberi pelbagai manfaat kepada penduduk," katanya.

Tan Mohd. Aminuddin menambah, pada masa ini sudah terdapat 25 buah pusat pertumbuhan desa di Pahang yang berfungsi membantu peniaga Melayu terlibat secara langsung di bidang keusahawanan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 09:57 AM | Show all posts
Penduduk Jelai yakin kemampuan Wan Rosdy

KUALA LIPIS 14 Mac - Rata-rata penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menyambut baik pelantikan wakil rakyat mereka sebagai salah seorang anggota Exco kerajaan negeri yang baru bagi penggal ini.

Mereka berkata, pelantikan Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang sebelum ini berpengalaman dalam bidang pengurusan, sesuai dan bertepatan dengan usaha kerajaan untuk merencanakan lebih banyak agenda pembangunan negeri.

Malah mereka berpendapat, kehadiran Exco baru itu akan mengenengahkan 'suara' masyarakat khususnya di Jelai dan kawasan-kawasan pedalaman lain.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai antara muka baru yang dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan negeri.

Selain Wan Rosdy, seorang lagi Exco muka baru yang dilantik ialah ADUN Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Anggota Exco yang dikekalkan pula ialah Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, Datuk Maznah Mazlan, Datuk Ishak Muhamad, Datuk Hoh Khai Mun, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan Datuk Mohd. Soffi Abd. Razak.

Salah seorang penduduk Orang Asli Pos Simoi, Jimi a/l Umeh, 40, berkata, dia gembira dengan pemilihan tersebut dan percaya dengan kewibawaan yang ada, Wan Rosdy akan lebih mengambil berat masalah yang dihadapi penduduk.

''Saya suka dia (Wan Rosdy) dilantik. Dia kami anggap 'batin besar' kerana sentiasa mengambil berat kebajikan kami yang tinggal di pedalaman," katanya di Simoi Baru, dekat sini hari ini.

Penduduk Orang Asli Temetong, Salmah Abdullah, 79, pula berkata, masyarakat Orang Asli masih menagih bantuan kebajikan termasuk kemudahan asas di tempat mereka tinggal.

''Masih banyak perlu dilaksanakan untuk Orang Asli di negeri ini dan mereka (wakil rakyat) boleh membantu mengurangkan jurang pendapatan penduduk pedalaman dengan bandar," katanya.

Menurut nenek kepada sembilan orang cucu ini, dia amat berharap wakil rakyat yang dilantik bijak menangani masalah kebajikan dan pembangunan di luar bandar seterusnya dapat membebaskan penduduk daripada garis kemiskinan.

Seorang belia Orang Asli Kampung Bencah Kelubi, Halim Abdullah, 26, berkata, dia mengharapkan wakil rakyat yang dipilih mampu mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli di Lipis, Cameron Highlands dan Pahang amnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Koyan Satu, Kholid Hussain, 64, berkata, dia yakin wakil rakyat berkenaan dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam usaha merencana strategi pembangunan di negeri ini khususnya di Pahang Barat.

''Gandingan muka baru dan lama dalam Exco negeri memang mantap untuk meneruskan usaha pembangunan bagi keselesaan rakyat negeri ini termasuk di Felda dan kawasan pedalaman pada masa akan datang," katanya.

Pengerusi Belia 4B Kuala Medang, Nordin Talib, 39, berkata, pelantikan Wan Rosdy diharap akan dapat membantu membawa lebih banyak program pembangunan khususnya dari aspek modal insan dan bidang keusahawanan.

Kata beliau, pihaknya menyambut baik pelantikan dua muka baru tersebut dan pengekalan beberapa Exco lama pula mencerminkan usaha bersungguh-sungguh kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan lebih cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 09:58 AM | Show all posts
Maznah berazam basmi kemiskinan

KUANTAN 14 Mac - Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Maznah Mazlan yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, berazam akan terus membasmi kemiskinan rakyat di kawasannya yang melibatkan Orang Asli itu.

Katanya, kemenangan tersebut membuktikan khidmatnya masih diperlukan di kawasan yang diwakili sekali gus membolehkan beliau meneruskan program-program pembangunan yang telah dirancang sebelum ini.

Menurut beliau, golongan miskin di Muadzam Shah berpeluang meningkatkan pendapatan mereka melalui projek pertanian komersiol selaras dengan penekanan utama kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

''Untuk itu, kita sudah mengenalpasti beberapa lokasi tanah berkelompok yang berpotensi dijadikan kawasan pertanian bagi menjamin pendapatan rakyat.

''Melalui projek ini, rakyat bukan sahaja boleh meningkatkan pendapatan untuk perbelanjaan bulanan, malah boleh menambah simpanan wang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Maznah memperoleh 6,681 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rabidin Mazlan yang mencatat 3,161 undi, untuk majoriti 3,520 undi pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, projek pertanian itu akan melibatkan tanaman kelapa sawit dan getah, di samping beberapa projek lain iaitu tanaman nanas yang akan dijalankan bersama Lembaga Nanas Negara.

Jelas beliau, daerah Rompin yang telah dikenalpasti sebagai Lembah Pembiakan Lembu juga bakal dikenali sebagai pembekal daging lembu negara selain memenuhi permintaan Kompleks Halal Pahang yang terletak di Gambang.

''Buat masa ini, kerajaan negeri telah meluluskan seluas 400 hektar tanah berhampiran bandar Muadzam Shah untuk tujuan pembiakan lembu itu, selain beberapa kelompok tanah lain yang akan diluluskan untuk pelbagai projek pertanian," katanya.

Mengulas masa depan golongan Orang Asli di Muadzam Shah, beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah mengenalpasti beberapa lokasi di Kedaik dan Jemeri untuk dijadikan kawasan penempatan dan pertanian komersiol untuk golongan itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2008 12:15 PM | Show all posts
Usaha bantu 150 keluarga miskin tegar

JERANTUT 15 Mac - Seramai 150 keluarga di Hulu Tembeling dijangka bebas daripada kemiskinan tegar menerusi rancangan penempatan semula yang akan dilaksanakan di Kampung Pagi di sini tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kerajaan akan menyediakan peluang kepada mereka untuk menyertai projek berorientasikan pertanian, penternakan dan pelancongan selain industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau berkata, konsep agropolitan ini akan menjadi pemangkin pembangunan meliputi beberapa buah kampung tradisional di pesisiran Sungai Tembeling dan kawasan penempatan yang mundur, terpencil dan terbiar di Tahan.

''Ia merangkumi pembinaan kemudahan infrastruktur serta pembangunan ladang komersiol dan sampingan seperti tanaman kontan, ternakan dan perikanan, '' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Menurut Wan Amizan, ia turut memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan melalui penyediaan taman bimbingan kanakkanak, dewan serba guna, surau serta latihan kemahiran untuk kumpulan sasar.

Peserta yang terpilih, katanya, akan diberi tanah seluas antara enam hingga lapan hektar untuk tanaman komersiol di samping bekerja di ladang kelapa sawit atau getah yang akan dibangunkan agensi yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Katanya, projek yang sama berkonsepkan agropolitan telah dilaksanakan di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar sejak tiga tahun lalu, manakala di Tanjong Gahai (Kuala Lipis) masih dalam penyelenggaraan agensi RISDA.

''Kita juga akan memberi peluang peserta yang terdiri daripada belia yang sudah berkeluarga untuk bergiat aktif dalam sektor pelancongan kerana kampung ini (Kampung Pagi) berdekatan dengan Taman Negara Kuala Tahan," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:15 PM | Show all posts
FELDA bina 300 unit rumah di Triang

BERA 15 Mac - Felda akan membina sebanyak 300 unit rumah bagi memberi peluang generasi kedua peneroka memiliki kediaman sendiri di Felda Triang 3 di sini tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, projek perumahan itu akan dilaksanakan di tapak seluas 26 hektar di tanah rancangan tersebut.

Menurutnya, Felda akan membelanjakan sebanyak RM10 juta untuk membina rumah yang mempunyai tiga bilik setiap unit itu.

''Setiap rumah tersebut dianggarkan bernilai antara RM35,000 hingga RM40,000," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, kawasan perumahan generasi kedua tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk surau dan taman permainan kanak-kanak.

Katanya, Felda melaksanakan projek perumahan itu bagi memenuhi kehendak golongan generasi kedua peneroka yang sebahagiannya tidak mempunyai rumah sendiri.

''Jika sambutan menggalakkan, Felda merancang untuk melaksanakan projek seumpama itu di tanah rancangan lain," jelasnya.

Beliau menambah, projek-projek seumpama itu yang telah disiapkan oleh agensi tersebut ialah di Felda Mempaga, Bentong, Felda Jengka 19 dan Felda Rompin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2008 12:18 PM | Show all posts
Bukit Tinggi bergegar lagi

KUALA LUMPUR - Tiga gempa bumi kecil berukuran 2.0 dan 3.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian yang berlaku pada pukul 7.16, 7.35 dan 8.50 pagi turut dirasai di kawasan Janda Baik.

Bagaimanapun tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan kejadian tersebut.

"Pihak kami akan terus memantau kejadian ini dari semasa ke semasa,'' kata kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kejadian gempa bumi tersebut bukan pertama kali berlaku malah pernah dilaporkan sebelum ini pada penghujung November tahun lalu dan awal tahun ini apabila 13 gegaran kecil dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

Ia berlaku dipercayai disebabkan oleh sesar Bukit Tinggi yang kini semakin aktif.

Sesar ialah kesan di permukaan bumi yang terjadi apabila kerak bumi bergerak mengakibatkan berlaku pecahan di permukaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:20 PM | Show all posts
Pelarian alam sekitar

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD
berita@kosmo.com.my

Pekan, Klang dan Batu Pahat dikhuatiri tenggelam


TANAH jerlus bukan saja memusnahkan harta benda malah boleh membahayakan nyawa manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 07:38 AM | Show all posts
Bina segera projek jalan raya Hulu Tembeling

Oleh: HARIS FADILAH AHMAD


PENDUDUK Hulu Tembeling menghadapi kesukaran ketika mengharungi jalan berlumpur untuk ke Kuala Tahan, Jerantut, semalam.

JERANTUT 16 Mac - Penduduk Hulu Tembeling yakin kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada projek pembinaan jalan raya sepanjang 98 kilometer yang menghubungkan tujuh kampung di sini bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan pedalaman itu.

Sehubungan itu, mereka berharap kerajaan negeri akan menunaikan janji bagi meneruskan projek jalan raya dari Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Mat Daling di sini yang dinantikan penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu.

Mereka berkata, selagi pengangkutan bot penambang Sungai Tembeling menjadi alat perhubungan, kawasan Hulu Tembeling akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

Menurut mereka, penduduk dari Kampung Pengau, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Gusai, Kampung Bantai, Kampung Mat Daling dan perkampungan Orang Asli Sungai Kucing sukar berulang-alik ke Bandar Jerantut sekali gus menyukarkan hasil pertanian dibawa keluar untuk dipasarkan.

Penduduk meletakkan harapan yang tinggi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak yang mempunyai pengalaman sebagai pentadbir dan usahawan untuk mempercepatkan projek jalan raya agar dapat mencorakkan kehidupan mereka menerusi pembangunan di situ.

Penduduk Kampung Pengau, Karim Telut, 86, berkata, dia yakin jalan raya itu dapat direalisasikan pada tahun ini berasaskan kesungguhan wakil rakyat yang baru untuk membawa perubahan di pedalaman Tembeling.

''Sejak negara merdeka, kami menanti projek jalan raya ke kampung ini. Saya yakin kemenangan Barisan Nasional (BN) mampu melaksanakan kemudahan asas ini," katanya ketika ditemui di Kuala Tahan, dekat sini hari ini.

Justeru, jelas Karim, hasratnya adalah untuk melihat jalan raya dibina untuk memudahkan penduduk berurusan ke Bandar Jerantut.

Pemandu bot, Rosli Zakaria, 46, berkata, kos petrol dan peralatan enjin bot yang kian meningkat menyebabkan penduduk terpaksa pergi ke Bandar Jerantut untuk berbelanja sebanyak dua kali dalam sebulan.

''Harga petrol meningkat menyebabkan kami berbelanja sebanyak RM500 pergi dan balik dari Kuala Tahan ke Hulu Tembeling.

''Kadar sewa pelancong juga meningkat RM600 untuk sekali perjalanan. Kadar ini membebankan penumpang dan kami (pemandu bot) tidak ada pilihan lain iaitu mengenakan tambang berasaskan kenaikan harga minyak dan peralatan bot,'' katanya.

Dia yang memandu bot penambang sejak 20 tahun lalu berkata, jika ada jalan raya, penduduk dan pelancong lebih selesa menaiki kenderaan darat kerana lebih cepat dan murah.

Penduduk Kampung Bantai, Japrun Ali, 49, berkata, projek jalan raya perlu dilaksanakan segera untuk memacu ekonomi petani supaya dapat memasarkan hasil pertanian dengan mudah.

''Di tempat lain sudah ada jalan raya menghubungkan ke kawasan pedalaman, saya yakin projek ini akan dilaksanakan tahun ini berasaskan kesungguhan wakil rakyat baru untuk memajukan kawasan di sini,'' katanya.

Japrun berharap projek berkenaan tidak wajar ditangguhkan berikutan beberapa jambatan telah disiapkan di laluan itu beberapa tahun lalu.

Seorang penduduk Kampung Pagi, Fatimah Noor, 67, berkata, kesukaran perhubungan menyebabkan golongan wanita tidak berpeluang membabitkan diri secara serius dengan bidang keusahawanan.

''Di sini banyak peluang pertanian boleh diusahakan tetapi ketiadaan jalan raya membantutkan segala-galanya kerana kos membawanya ke bandar dengan bot penambang agak mahal," katanya.

Ketiadaan kemudahan itu, menurut Fatimah, ramai belia berkeluarga berhijrah keluar.

Seorang pemborong binaan, Abd. Hamid Dahaman, 72, berkata, dengan wujudnya kemudahan jalan raya, ia dapat merancakkan lagi sektor pembinaan di Hulu Tembeling sekali gus menambah bilangan usahawan bidang berkenaan.

''Selama ini, kami sukar mengangkut peralatan binaan dari Bandar Jerantut ke tapak projek kerana ketiadaan jalan raya dan upah pengangkutan yang mahal,'' katanya.

Sehingga kini, tambahnya, pemborong menggunakan jalan balak membawa peralatan binaan ke pedalaman Tembeling.

''Peralatan itu tidak boleh dibawa ke Tembeling apabila musim tengkujuh kerana jalan berlumpur dan adakalanya jambatan runtuh,'' jelasnya.

Seorang lagi penduduk Pengau, Rahmah Mahmud, 65, berkata, ketiadaan jalan raya menyukarkan penduduk keluar untuk membeli barang keperluan dapur dan memperoleh ubat di Bandar Jerantut.

''Barang makanan yang dijual di kampung harganya berlipat kali ganda mahal, kami yang sudah tua dan uzur ini tidak mampu mengeluarkan wang lebih untuk berbelanja dapur,'' katanya.

Dia menambah, wakil rakyat yang baru perlu mempercepatkan projek berkenaan kerana penduduk tidak sabar-sabar untuk menikmati pembangunan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 07:39 AM | Show all posts
Generasi kedua Felda rayu tambah pinjaman perumahan

BENTONG 16 Mac - Generasi kedua peneroka Felda Lurah Bilut merayu Felda mempertimbangkan kenaikan pinjaman perumahan daripada RM30,000 kepada RM70,000.

Menurut mereka, ini kerana jumlah pinjaman sebanyak RM30,000 tidak mencukupi untuk mereka membina sebuah rumah yang selesa memandangkan kos bahan binaan telah meningkat.

Seorang anak peneroka, Ahmad Bakar, 38, berkata, Felda perlu menambah jumlah pinjaman tersebut bagi membolehkan mereka membina rumah sendiri yang lebih selesa dan ceria.

''Jumlah pinjaman perlu ditambah kerana kos bahan binaan telah meningkat malah ia hanya boleh digunakan untuk membina rumah yang kecil dan tidak selesa,'' katanya di sini hari ini.

Beliau yang menerima pinjaman berjumlah RM30,000 itu berkata, pembinaan rumahnya terbengkalai sejak tiga bulan lalu.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan kontraktor yang dilantik Felda menyerahkan kerja-kerja pembinaan kepada pihak ketiga.

Sementara itu, Norasmadi Mahmud, 43, berkata, selain menambah jumlah pinjaman, Felda wajar memberikan pinjaman terus kepada mereka dan bukan melalui kontraktor yang dilantik.

Beliau berkata, ini kerana apabila kontraktor yang dilantik menyerahkan kerja kepada pihak ketiga, mereka mengunakan bahan binaan tidak bermutu bagi mendapatkan keuntungan lebih.

''Kami juga memohon Felda memberikan kebebasan kepada kami melantik sendiri kontraktor agar pembinaan rumah berjalan lancar,'' katanya.

''Selain menyalurkan terus pinjaman, kami memohon Felda memberikan kebebasan kepada kami untuk melantik sendiri kontraktor agar pembinaan rumah dapat berjalan lancar dan siap mengikut jadual,'' kata Norasmadi.

Katanya, selain Felda Lurah Bilut, terdapat ramai lagi peneroka generasi kedua di seluruh negara yang mengalami nasib sama seperti mereka.

Dia berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjaga hal ehwal Felda, dapat mempertimbangkan sewajarnya rayuan merek
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 07:40 AM | Show all posts
Peneroka Jengka perlukan khidmat kerajaan BN

BANDAR JENGKA 16 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail menolak dakwaan kononnya peneroka Felda di negeri ini tidak lagi memerlukan khidmat Barisan Nasional (BN) untuk membangunkan kawasan mereka.

Sebaliknya, menurut beliau, sebahagian besar peneroka masih memberi sokongan padu kepada BN berasaskan majoriti di semua peti undi yang memihak kepada parti itu kecuali di Felda Jengka 15 dan Jengka 18.

''Saya selaku wakil rakyat baru di Jengka amat menghargai sumbangan dan sokongan warga Felda terhadap kerajaan BN yang mempunyai sejarah perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

''Sokongan warga peneroka tidak akan dilupakan malah akan dijadikan sandaran untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat,'' katanya.

Wan Salman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenangan BN di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Jengka 18B di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, sokongan peneroka terhadap BN membuktikan program pembangunan yang dibawa kerajaan terutama di rancangan Felda amat relevan dan memenuhi kehendak rakyat.

Bagaimanapun, beliau mengakui kemerosotan undi majoriti kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 amat mengejutkan.

''Saya amat yakin kecenderungan pengundi memihak kepada pembangkang hanya untuk sementara sahaja kerana mereka sedar kesilapan mengundi pihak lain boleh menyebabkan survival bangsa akan terhakis,'' katanya.

Wan Salman merujuk kepada kekalahan BN di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor yang memberi impak besar terhadap survival dan ketuanan Melayu di negara ini.

Tegas beliau, kesilapan mengundi pembangkang itu hanya akan dapat diperbetulkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Dalam pada itu, beliau berhasrat menjadikan Bandar Jengka dan komuniti dalam rancangan Felda sebagai contoh pembangunan di negeri ini.

Katanya, model pembangunan itu bukan sahaja membabit aspek pembangunan prasarana, tetapi juga model insan berkualiti dan berpendidikan tinggi.

''Saya juga akan berusaha supaya projek perumahan untuk generasi baru Felda dapat dilaksanakan dengan lancar selari dengan tuntutan golongan itu untuk memiliki kediaman sendiri,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 07:42 AM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Mentakab, Temerloh

KUANTAN 16 Mac - Kira-kira 10,000 penduduk di bandar Mentakab dan Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam Rabu ini, bermula pada pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Jurutera daerah Jabatan Bekalan Air (JBA) Temerloh, Roslan Mohd. Yusof berkata, gangguan itu disebabkan kerja-kerja pemasangan injap menambah tekanan untuk paip hantaran ke tangki imbangan di Loji Air Lubok Kawah, Temerloh.

Menurut beliau, antara kawasan terlibat ialah dari simpang Jerantut hingga bandar Temerloh dan Mentakab, kawasan Perindustrian Mentakab hingga ke Belenggu Halt, Kem Batu 3 Temerloh dan Kem Batu 5 Mentakab.

Kawasan''Kawasan itu meliputi kampung-kampung seperti Peragap, Sempadan Lanchang, Caruk Putting, Paya Mengkuang Ladang, Jelam Seberang, Pulau Mandi, Bangau Tanjung, Paya Jejawi dan Paya Manis," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Roslan berkata, gangguan bekalan air itu turut menjejaskan beberapa kawasan lain bermula dari jambatan Temerloh hingga ke kampung Kuala Kujan, Jalan Triang serta kampung Lebak Seberang.

Sehubungan itu, katanya, JBA berharap semua penduduk di kawasan terlibat bersabar dan menyimpan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh berkenaan.

''Segala kesulitan amat dikesali namun ia perlu dilakukan bagi memastikan bekalan air di kawasan tersebut akan lebih lancar tanpa sebarang gangguan pada masa depan,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 07:44 AM | Show all posts
Tiada panik gempa - Bukit Tinggi Phg

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya penduduk Bukit Tinggi, Bentong dan sekitarnya dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di kawasan itu kerana ia tidak dikategorikan berbahaya.

Malah beberapa siri gempa kecil itu dipercayai tidak mencetuskan kerosakan bangunan atau harta benda.

Menurut jurucakap Jabatan Meteorologi, kejadian tiga gempa bumi berukuran 2 dan 3.2 pada skala Richter pagi kelmarin masih pada tahap kecil.

"Setakat ini, tiada gegaran susulan berlaku di kawasan berkenaan selepas tiga gegaran tersebut yang berlaku masing-masing pada pukul 7.16, 7.35 dan 8.50 pagi,'' katanya ketika dihubungi petang semalam.

Tambahnya, gegaran sering berlaku di kawasan berkenaan ekoran kawasan tersebut mempunyai pertembungan plat bumi tetapi ia tidaklah begitu aktif.

"Kadar gegarannya tidak jauh daripada lingkungan dua hingga tiga skala Richter saja dan ia dikategorikan sebagai gegaran lemah,'' jelasnya.

Kejadian gempa bumi di kawasan Bukit Tinggi itu bukan pertama kali berlaku malah pernah dilaporkan sebelum ini pada penghujung November tahun lalu dan awal tahun ini apabila 13 gempa bumi dilaporkan berlaku di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Geofizik & Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Rosaidi Che Abbas berkata, gegaran itu berlaku disebabkan kawasan tersebut masih lagi dalam peringkat penstabilan.

"Struktur tanah masih belum stabil sepenuhnya. Tapi apa yang kita lihat, kekerapan gegaran sekarang ini makin berkurangan berbanding dulu.

"Jadi, penduduk tak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan. Ia ke arah semakin stabil, bukannya semakin teruk," katanya ketika dihubungi semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:33 AM | Show all posts
Gula kabung lahirkan usahawan tani

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 18 Mac
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 07:33 AM | Show all posts
Awasi taktik pihak tolak pembangunan

MARAN 18 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:34 AM | Show all posts
Pembangunan terancang Bandar Tun Abdul Razak Jengka

BANDAR JENGKA 18 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:34 AM | Show all posts
Caruman peneroka Felda cecah RM758 juta

BANDAR JENGKA 18 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:41 AM | Show all posts
Ismail tekad beri perkhidmatan terbaik


MENTERI Belia dan Sukan yang baru dilantik, Datuk Ismail Sabri Yaakob berikrar memberikan tumpuan untuk mengimbangi pembangunan belia dan sukan selaras dengan usaha melahirkan modal insan sebagai aset kepada pembangunan negara.

"Saya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana melantik saya mengetuai portfolio yang penting ini.

"Belia adalah aset yang menentukan hala tuju masa depan negara, Insya-Allah saya akan laksanakan amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin," katanya.

Ismail Sabri, 48, merupakan dua anggota Parlimen yang dilantik menjadi menteri penuh pada kali pertama lantikan mereka.

Seorang lagi adalah anggota Parlimen Tanjong Malim, Datuk Ong Ka Chuan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ismail memulakan kerjaya politiknya sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Temerloh, sebelum dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno pada tahun 2000 hingga 2004 dengan dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia.

Dia yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, yakin dapat mengguna pengalamannya semasa di peringkat Pemuda bagi membawa satu dimensi baru kepada hala tuju golongan belia negara ini.

Sebelum dipilih menjadi Anggota Parlimen Bera dalam pilihan raya umum 2004, Ismail Sabri juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Cik dari 1995 hingga 1999.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka yang merangkumi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dan memegang jawatan tersebut selama tiga tahun dari 2003 hingga 2006.

"Saya akan mendapat taklimat terlebih dahulu daripada bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum membuat sebarang perancangan mengenai masa depan sukan dan belia negara.

"Saya berharap semua pihak di kementerian ini memberikan kerjasama bagi membantu saya melaksanakan sebarang program yang dirancang kerana tanpa bantuan mereka saya tidak mampu melaksanakannya secara bersendirian," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.737449 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list