CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 10-5-2010 01:18 PM | Show all posts
nabi buat ker kaedah 'pengiriman pahala' ni ?  jutawan untung la. boleh wasiat utk upah ramai org ut ...
tobby Post at 10-5-2010 08:48



kau gerenti ke yang ambil duit tu akan sedekah?  Kau nak try?  Mana tau kot jadi kau untung, kalau tidak, waris kau yang rugi...  hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 02:06 PM | Show all posts

Cuba tuan terangkan bagaimana ijtihadnya seorang awam?
   

Ambil contoh masalah pengiriman pahala ni..

Jadi ada dua qaul yang beredar..

1. Qaul yang mengatakan sampainya pengiriman pahala kepada maiyit.
2. Qaul yang mengatakan tidak sampai

Apakah orang awam perlu TAQLID kepada mana2 Qaul atau perlu memilih mana yang mereka yakin mempunyai hujah yang lebih kuat?
Hang Post at 10-5-2010 08:40


Salam Syeikh,

mari kita sama2 ulang bab ijtihad takut kalo2 kita lupa....saya cuba selak kitab lama balik kalo silap tlg betulkan....

Hukum Yang Tidak Boleh Ijtihad

antara hukum yang tidak boleh diijtihadkan

1. Hukum kejadian yang terdapat dlm nas yg sabit secara pasti dan dilalahnya juga adalah qat'i.

2. Tdk boleh ijtihad terhadap hukum yg telah ditafsikan oleh Rasulullah dan tidak mungkin belaku takwil padanya.

3. Seterusnya jgk tidak boleh ijtihad terhadap hadis Mutawatir yang mentafsirkan lafaz yg mujmal. krn ia adalah sabit dgn Qat'i dan maksudnya adalah jelas dan tdk mukin menunjukkan berbagai makna..

4. Tdk bole ijtihad jgk dlm bab hukum dan kifarah yang ditetapkan kadarnya oleh syarak seperti kifarah zihar dan sumpah.

5. Tdk bole ijtihad jgk terhadap hukum agama yg mesti di ketahui oleh mukallaf, contoh dlm bab berimam.

6. Hukum dan kejadian yg tidak ada nas menunjukkan hukumnya, samaada nas Qat'i atau Zanni, jelas atau tdk jelas, namun telah belaku ijmak atau pernah berlaku ijmak ulamak mengenai hukum tersebut. Maka hukum seperti ini tdk bole diijtihad lagi.

7. Tdk bole ijtihad tentang hukum2 syarak yang telah dimaklumi...seumpama Wajib solat, Puasa, Zakat dll....

Terbatalnya Ijtihad

Batalnya sesuatu ijtihad apabila mujtahid yg melakukan ijtihad terhadap hukum masalah berlaku untuk beramal dgnnya, kemudian ternyata salah ijtihad tersebut, maka wajib mujtahid itu membatalkan hukum ijtihadnya itu dan melakukan ijtihad yang lain dan mestilah berpegang dan beramal dgn ijtihad baru dan kedua itu pula sebagai contoh:
Pendapat Imam Ahmad :
Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya ‘Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur. Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mati


terpulang pada Syeikh menilai diatas keterangan (dr ulama ASWJ) diatas....salam.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 04:51 PM | Show all posts
Masalah pahala diakhirat jelas ada dalil2nya. Bagaimana dengan 'transfer pahala' di dunia  ...
Hang Post at 4-5-2010 13:10

kalo transfer hujung tahun ada rebate tak? mcm mana plak dgn waive?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 06:05 PM | Show all posts
boleh la set up company utk hire qari2 amik upah baca Quran atas kubur.  satu juz boleh caj RM50 minimum. or guna tenaga pelajar2 maahad lagi murah kot, upah RM20 satu juz pun depa tak kisah. at least lepas habuan buku sekolah & pencil.  

p/s: sedih terkenang penjual2 kismis jampi yg guna tenaga pelajar2 maahad utk menjampi kismis2 jualan mrk. Utk melariskan jualan depa pi letak iklan kat kotak "kismis ini sudah dibacakan dgn surah Quran sekian2 oleh pelajar maahad xyz yg diketuai oleh ustaz abc, insyaallah mujarab!".   penjual kismis mcm ni pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 08:56 PM | Show all posts
boleh la set up company utk hire qari2 amik upah baca Quran atas kubur.  satu juz boleh caj RM50 minimum. or guna tenaga pelajar2 maahad lagi murah kot, upah RM20 satu juz pun depa tak kisah. at least lepas habuan buku sekolah & pencil.  
tobby Post at 10-5-2010 18:05


Mungkin bagi sedara ini semua satu gurauan tapi cuba sedara berlapang dada dan berfikir sejenak mdh2 kita mendapat rahmatNya..

Berkata Imam Ibn katsir rahimahullah dalam tafsirnya : "Walaupun ada perbezaan pendapat tentang makna ucapan Rasul saw pada mayat2 orang kafir pada peristiwa Badr, namun yg paling shahih diantara pendapat para ulama adalah riwayat Abdullah bin Umar ra dari riwayat riwayat shahih yg masyhur dengan berbagai riwayat, diantaranya riwayat yg paling masyhur adalah riwayat Ibn Abdilbarr yg menshahihkan riwayat ini dari Ibn Abbas ra dg riwayat Marfu' bahwa : "tiadalah seseorang berziarah ke makam saudara muslimnya di dunia, terkecuali Allah datangkan ruhnya hingga menjawab salamnya", dan hal ini dikuatkan dengan dalil shahih bahwa Rasul saw memerintahkan mengucapkan salam pada ahlil kubur, dan salam hanyalah diucapkan pada yg hidup, dan salam hanya diucapkan pada yg hidup dan berakal dan mendengar, maka kalau bukan karena riwayat ini maka mereka (ahlil kubur) adalah sama dengan batu dan benda mati lainnya. Dan para salaf bersatu dalam satu pendapat tanpa ikhtilaf akan hal ini, dan telah muncul riwayat yg mutawatir (riwayat yg sangat banyak) dari mereka, bahwa Mayat bergembira dengan kedatangan orang yg hidup ke kuburnya". Selesai ucapan Imam Ibn Katsir (Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 3 hal 439).

Apatah lagi kalo yg hadir anak2 serta ahli keluarga mayat sambil membacakan ayat2 quran lalu di'hadiah'kan padanya?

Rasul saw bertanya2 tentang seorang wanita yg biasa berkhidmat di masjid, berkata para sahabat bahwa ia telah wafat, maka Rasul saw bertanya : "mengapa kalian tak khabarkan padaku?, tunjukkan padaku kuburnya" seraya datang ke kuburnya dan menyolatkannya, lalu Beliau saw bersabda : "Pemakaman ini penuh dengan kegelapan (siksaan), lalu Allah menerangi pekuburan ini dengan shalatku pada mereka" (shahih Muslim hadits no.956)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:36 PM | Show all posts
Rasul saw bertanya2 tentang seorang wanita yg biasa berkhidmat di masjid, berkata para sahabat bahwa ia telah wafat, maka Rasul saw bertanya : "mengapa kalian tak khabarkan padaku?, tunjukkan padaku kuburnya" seraya datang ke kuburnya dan menyolatkannya, lalu Beliau saw bersabda : "Pemakaman ini penuh dengan kegelapan (siksaan), lalu Allah menerangi pekuburan ini dengan shalatku pada mereka" (shahih Muslim hadits no.956)
salikin Post at 10-5-2010 20:56


solat kubur? adakah ini solat jenazah atau solat kubur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2010 11:02 PM | Show all posts
solat kubur? adakah ini solat jenazah atau solat kubur?
tobby Post at 10-5-2010 21:36


Berkata Imam Attabari rahimahullah dalam tafsirnya bahwa makna ayat itu : bahwa engkau wahai Muhammad tak akan bisa memberikan kefahaman kepada orang yang telah dikunci Allah untuk tak memahami (Tafsir Imam Attabari Juz 20 hal 12, Juz 21 hal 55, )
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 11:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 10-5-2010 23:59
td kelas pengajian al sunnah. Ust bc kan satu hadis dr Muslim, brg siapa yg membawa  sesuatu kebaika ...
sunsuria3 Post at 9-5-2010 14:02


bismillah, sy reply utk saudara sunsuria dan mlsnklyn sekali....

sy cuba menyampaikan apa yg sy belajar tentang hadis yg saudari bawa....yup hadis tersebut merupakan peluang utk ahli2 bidaah membenarkan amalan mereka-reka perkara baru dlm agama. sy jugak pernah bertanya tentang hadis nie kerana seandainya ia benar bermaksud demikian(matannya), maka buat bidaah tu baguslah.

syukur Alhamdulillah, bidaah mmg tidak boleh kita buat. dan sampai bila2 kita takleh buat.

utk pengetahuan saudari sunsuria, dan mlsnklyn,
hadis tersebut bukanlah hujah utk kita boleh mereka-reka dlm urusan agama. bukan dan tidak sama sekali.

hadis tersebut ada asbabul wurud (sebab2nya )

kalau ayat2 Quran diturunkan dgn bersebab sesuatu peristiwa dipanggil asbabul nuzul(sebab2 penurunan).....

adapun asbabul wurud bg hadis itu ialah kerana ada orang kusut masai(kekurangan fakta di sini iaitu tak dapat tauw lg samada seorangatauramai)

jadi nabi menyuruh sahabat memulai sunnah yg baru yg dimaksudkan baru itu bukan  bidaah tetapi  sunnah biasa saja.

sama seperti mana bidaah yg dimaksudkan oleh umar al-khattab utk sembahyang terawih, bukannnya ia bidaah yg menyalahi nabi,tetapi ia adalah bidaah pada hari itu, waktu itu ketika ia dilafazkan, kerana ketika itu, yg lazim ialah solat terawih berjemaah asing2, dan bidaah pada hari itu ialah umar mengumpulkan menjadi satu jemaah....yg mana selari dgn ajaran nabi.

jadi bidaah itu hanya bermaksud dari segi bahasa bukan istilah.

berbalik kepada asbabul wurud hadis yg dibincang,

sahabat pada hari itu mendermakan kurma, atau pendek kata bersedekah, dimulai dgn seorang sehingga banyak kurma dikumpul....

jadi amalan yg menjadi berkaitan dgn hadis itu ialah bersedekah, dan itu hanyalah amalan sunnah yg biasa, takda pun rekaan baru...

maka janganlah kita membincangkan hadis itu tanpa asbabul wurudnya.....kerana jika dibaca dgn asbabul wurudnya, maka jelas, ia bukan hujah utk org2 buat bidaaH DLM urursan agama.


cuba saudari sunsuria tanya pada ustaz tersebut tentang sebab2(asbabul wurud) dibacakan hadis tersebut...

wallahua'lam......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 12:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 11-5-2010 00:15
solat kubur? adakah ini solat jenazah atau solat kubur?
tobby Post at 10-5-2010 21:36


Dalam kitab “Musannaf Ibni Abi Syaibah”

عن بن عباس قال صلى النبي عليه الصلاة والسلام على قبر بعد ما دفن

Maksudnya;
“Daripada Ibni Abbas berkata; Nabi SAW menunaikan solat atas kubur selepas (mayat) di tanam”
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:21 AM | Show all posts
dan tentang sampai atau tidak pahala  bacaan Quran pada si mati, maka sesiapa yg klaim mazhab syafiee tu celik2 kan lah pemahaman bahawa imam syafiee menyatakan bahawa
pahala itu tidak sampai berdasarkan hadis :

"Apabila seseorang telah mati, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak saleh yang mendoakan kedua orang tuanya.

ada pendapat yg menyatakan bahawa sampai pahala bacaan Quran apabila menafsirkan hadis di atas tetapi itu bukanlah pendapat imam syafiee....

jadi pengikut2 imam syafiee, dengar cakap imam anda dlm bab ini.


wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:33 AM | Show all posts
dan tentang sampai atau tidak pahala  bacaan Quran pada si mati, maka sesiapa yg klaim mazhab syafie ...
ussopp Post at 11-5-2010 00:21


Salam Tuan,

Saja nak tanya Tuan Sunni ka Aliran Imam Shafe'i ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:41 AM | Show all posts
waalaikumussalam...

sy tidak terikat pada mazhab tetapi memakai pendapat2 yg baik dari mana2 mazhab sesuai dgn salafussoleh atau pendek cerita salafi atau nama ejekannya wahabiey.

mohon tuan salikin bersangka baik pada sy....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:46 AM | Show all posts
Dalam kitab “Musannaf Ibni Abi Syaibah”

عن بن عب&#1575 ...
salikin Post at 11-5-2010 00:12


benarkah solat kubur menjadi amalan Nabi & sahabat? tak pernah dengar ada mana2 negara islam yg mengamalkan solat kubur atau solat atas kubur.  solat jenazah ada la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:51 AM | Show all posts
waalaikumussalam...

sy tidak terikat pada mazhab tetapi memakai pendapat2 yg baik dari mana2 mazhab sesuai dgn salafussoleh
ussopp Post at 11-5-2010 00:41


Salam Tuan,

Jangan macam tuh....saya hormati pandangan Tuan...dan harap Tuan jg bersangka baik pada saya....

Cuma saya nak tanya lagi (jgn mare), apakah bila kita meyakini doa (pahala) kita kpd org yang sudah mati sampai itu pekara yang tak baik? dan pekara itu jg ada dalilnya bkn taklid buta bagaimana pendapat Tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:52 AM | Show all posts
yup tuan salikin, bila anda tulis dari ibnu abbas, tertanya2 jugak, dari mana sumbernya, ada dlm hadis bukhari or muslim ?
atau sumber lain....mungkin sy tak tauw, so tlg bagitauw.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:59 AM | Show all posts
dan tentang sampai atau tidak pahala  bacaan Quran pada si mati, maka sesiapa yg klaim mazhab syafie ...
ussopp Post at 11-5-2010 00:21


Ini pun pendapat ulama salaf

Pendapat pertama yang menyatakan bahawa sampai hadiah pahala bacaan kepada orang yang telah meninggal dunia terbahagi kepada dua pendapat pula:-

1)      Ibnu Hajar Al-Haitami berpendapat (menyamai dengan pendapat Syeikh Zakaria Al-Ansori di dalam Fathul Wahhab) bahawa tidak memadai dengan niat semata-mata bahkan mestilah disertai dengan berdoa menyampaikan pahala bacaan kepada orang yang mati. Beliau menjelaskan masalah niat tanpa berdoa, dengan katanya: “ Mendapat pahala manfaat (keberkatan dan rahmat yang hasil daripada bacaan), tidak pahala bacaan (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).

Ali Syabramalisi menyatakan pendapat ini adalah pendapat yang        lemah sebagaimana difahami daripada perkataan Syeikh Ahmad Bin Qasim (lihat Hasyiah Ali Syabramalisi bagi Nihayah, kitab Wasiat, jilid 6, m/s 93, Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim bagi Tuhfah jilid 7, m/s 87).

2)      Pendapat Syeikh Ramli yang menyatakan bahawa memadai hanya dengan niat disampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang telah meninggal dunia. Pendapat ini bertepatan dengan pendapat mazhab Maliki, Hanafi dan Hambali (lihat kitab Burgyatul Mustarsyidin bab الموصى به, m/s 320).

Kesimpulan yang dijelaskan oleh Syeikh Ramli tentang sampai pahala bacaan Al-Quran kepada simati itu jika terdapat salah satu keadaan berikut:-

1)     Niat menyampaikan pahala bacaan Al-Quran kepada orang yang telah mati (di hadapan jenazah ataupun tidak).

2)     Berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepada orang yang telah mati.

3)     Membaca Al-Quran di kubur.

(Lihat Hasyiah Ibnu Qasim bagi Nihayah, kitab wasiat, jilid 7, m/s 87)

*Adapun disisi Ibnu Hajar Al-Haitami, tiada memadai hanya dengan niat untuk disampaikan pahala bacaan kepada jenazah yang ada di hadapan, bahkan mesti berdoa supaya disampaikan pahala bacaan itu kepadanya. Beliau bersandarkan dengan pendapat yang dipilih oleh Imam Nawawi di dalam kitab Azkarnya. Tambahan lagi, beliau bersandarkan dengan perkataan Imam Syafie, dengan katanya: “ Sesungguhnya nas Imam Syafie dan  sekalian pengikutnya mengenai sunat membaca Al-Quran yang mudah (ayat atau surah yang pendek) di sisi simati serta berdoa selepas bacaan itu, bermaksud bahawasa ketika itu terlebih diharap ianya diperkenankan dan simati mendapat berkat bacaan itu sepertimana orang hidup yang hadir….” (Rujuk Tuhfah serta Hasyiah Syarwani dan Ibnu Qasim, kitab wasiat, jilid 7, m/s 88).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 01:00 AM | Show all posts
Reply 254# salikin

menurut pandangan imam syafiee, doa mmg sampai kepada si mati, tetapi bukanlah bacaan Quran itu termasuk dlm hal doa tersebut.
dan sy tidak mahu berselisih tentang tidak sampainya doa kerana sy turut bersetuju doa dari anaknya yg soleh sampai kepada si mati.

cuma doa yg ditafsir secara meluas sehingga membawa kepada ibadat membaca Quran, sekurang2nya bukanlah hujah utk org2 yg berpegang pada mazhab syafie di malaysia. yg masih belum keluar dari kongkongan mazhab.

kerana imam syafiee pun tak kata baca Quran itu termasuk dlm hadis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:03 AM | Show all posts
Reply 256# baghal

masalah jugak ek, kalo pembelajaran yg sy dapat mengatakan pendapat imam  syafiee bukanlah begitu.
dan anda membawa hujah2 yg mengatakan imam syafiee bersetuju pulak.

takpa sy akan siasat sumber2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:03 AM | Show all posts
yup tuan salikin, bila anda tulis dari ibnu abbas, tertanya2 jugak, dari mana sumbernya, ada dlm had ...
ussopp Post at 11-5-2010 00:52


owh yg ini ka?

Rasul saw bertanya2 tentang seorang wanita yg biasa berkhidmat di masjid, berkata para sahabat bahwa ia telah wafat, maka Rasul saw bertanya : "mengapa kalian tak khabarkan padaku?, tunjukkan padaku kuburnya" seraya datang ke kuburnya dan menyolatkannya, lalu Beliau saw bersabda : "Pemakaman ini penuh dengan kegelapan (siksaan), lalu Allah menerangi pekuburan ini dengan shalatku pada mereka" (shahih Muslim hadits no.956)

dari kitab “Musannaf Ibni Abi Syaibah”
Maksudnya;
“Daripada Ibni Abbas berkata; Nabi SAW menunaikan solat atas kubur selepas (mayat) di tanam”


kalo ada silap tlglah tegur....manusia mesti byk salah silap....silakan insya allah kita sama2 ambk iktibar....salam...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 01:11 AM | Show all posts
Reply 259# salikin

ok, sama2 lah....

apa lagi yg buleh kita wat kalo berselisih, selain dari pakat2 check.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.102966 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list