CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

PASCA PRK DUN KERDAU & MERLIMAU - NIK AZIZ TAK HALAL KEMENANGAN BN #1097

   Close [Copy link]
Post time 4-3-2011 12:48 PM | Show all posts
kak rosmah, kak rosmah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 12:58 PM | Show all posts
hidup Projek2 Kenceng
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:42 PM | Show all posts
kalau hujan...BN boleh menang kuttt....nnti datanglah perahu pilih kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:56 PM | Show all posts
Magika Post at 3-3-2011 14:43



    kenapa gambar karpal tu x da yang versi dia pakai sarban???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 03:32 PM | Show all posts
msuklah board politik,. kan lebih afdhol
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:01 PM | Show all posts
Anwar bertembung Umi Hafilda - cabaran masih tak dijawab

Oleh: ROSLAN BIAN

Jika siri kempen pilihanraya kecil DUN Kerdau sejak 26 Februari lalu sejuk dan slow sahaja tetapi Khamis malam, suasana tiba-tiba berubah apabila dua nama besar – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda Ali berceramah di pentas yang hanya dipisahkan jalan raya di Rumpun Makmur.

Sebaik sahaja tersebar berita mereka akan berceramah di tempat dan masa sama, ada yang jangka Anwar tidak akan datang kerana sebelum ini pun Ketua Pembangkang itu tidak minat respons apa didedahkan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Sejak Umi Hafilda mendedahkan macam-macam perlakuan Anwar termasuk mendakwa isteri abangnya Shamsidar Taharin ada hubungan seks dengan Ketua Umum PKR itu, Anwar tidak berani menyaman Umi Hafilda walaupun dicabar wanita itu.

Namun, Anwar muncul juga pada ceramah malam tadi walaupun lewat 40 minit daripada jadual asal ceramahnya jam 9.30 malam.

Sebelum ini, Umi Hafilda sudah memanaskan telinga penyokong-penyokong BN dan pembangkang dengan pendedahan beliau tentang prilaku Anwar dalam kes liwat terdahulu, hubungan Anwar dengan kakak iparnya malah berulang kali memanggil Anwar Al buburi.

Ketika itu beberapa pemimpin AMK turut berceramah sementara menunggu Anwar tiba.

Dianggarkan lebih 1,200 orang hadir untuk mendengar ceramah kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada ceramah Umi Hafilda yang bermula jam 9.30 malam.

Suasana semakin panas apabila Anwar tiba jam 10.05 minit dan terus ke pentas menyampaikan ucapannya.

Anwar yang menyedari Umi Hafilda sedang ‘menyerangnya’ terpaksa tebal muka dan cuba menutup malunya dengan menuduh adik Azmin itu dibayar untuk ‘melalak’ pada malam ini.

Seperti dijangka, bentuk ceramah Anwar berbeza daripada biasa.

Malam tadi Ketua Pembangkang itu hilang bisa bahkan ibarat harimau patah taring.

Beliau memulakan ceramah dengan menyentuh soal akhlak yang baik dalam politik.

Anwar cuba menyindir Umi Hafilda kononnya tidak berakhlak kerana berterusan mendedahkan perlakuannya dan mendakwa wanita itu dibayar untuk menyerangnya.

Malah beliau tidak sentuh kes liwatnya seperti dalam ceramah di Merlimau, tidak banyak menyerang kerajaan dan UMNO.

Anwar cerita pasal hubungan baiknya dengan DAP dan PAS kononnya hendak bela nasib rakyat.

Krisis di Mesir dan Libya turut jadi bahan ceramah Anwar bagi gambarkan bahawa rakyat akan bangkit menentang pemerintah yang zalim.

Anwar juga memuji Yusuf al Qaradawi, memuji Mursyidul Am PAs Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya pemimpin PAS yang bersih.

Skrip sama pernah diucap Anwar pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.

Seperti biasa Anwar kena cakap banyak soal Islam dan puji pemimpin PAS khususnya Nik Aziz jika calon yang bertanding mewakili PAS.

Dengan cara itu penyokong-penyokong PAS akan mendengar ceramahnya dan menyokong beliau.

Bagi memancing undi, Anwar menjanjikan akan menurunkan harga minyak serta merta dari Perlis hingga ke Sarawak jika pembangkang mengambil alih negara.

Bagaimanapun, pada satu ketika terdengar suara Umi Hafilda, “ sudah-sudahlah Anwar al-buburi” dari seberang khemah tempat Anwar berucap.

Untuk menutup malu barangkali, Anwar secara spontan menjawab “Jangan layan orang bodoh yang kena bayar itu.”

Yang jelas Anwar nampak tertekan ketika berceramah pada malam tadi.

Beliau tidak berani menyentuh kes liwatnya, isu APCO dan isu lain yang kerap digunakan untuk menghentam pemimpin kerajaan dan UMNO.

Ketua Pembangkang itu hanya sentuh tiga nama orang Melayu yang didakwa terkaya di negara ini iaitu Mokhzani Tun Mahathir, Nazir Tun Razak dan Syed Mokhtar Al Bukhari.

Anwar langsung tidak menjawab segala dakwaan Umi Hafilda mengenai kes liwatnya serta skandal dengan Shamsidar.

Selepas 40 minit Anwar terpaksa angkat kaki kerana kena berceramah di Jengka 22.

Umi Hafilda hanya menamatkan ceramahnya 15 minit kemudian.

Lepas itu, beliau berkejar pula ke Jengka 22 – tempat sama Anwar berceramah.

Nampaknya, Anwar tidak dapat lari daripada Umi Hafilda di Kerdau.

Pasti pertembungan malam tadi menggembirakan Umi Hafilda dan mimpi ngeri buat Anwar kerana ketika beliau berceramah, mungkin ada penonton membayangkan apa yang diceritakan Umi Hafilda sebelum itu terutama bagaimana Anwar menjalinkan hubungan dengan Shamsidar selepas menghantar Azmin ke luar negara.-3/2/2011
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2011 05:04 PM | Show all posts
Anwar guna pentas ceramah kempen ‘cuci mangkok’ kes liwat…



Kita ada istilah contempt of court atau dalam bahasa melayunya hina mahkamah. Antaranya, kita tidak boleh ulas atau cakap hal yang sedang dibicarakan dalam mahkamah di luar. Apa lagi selaku tertuduh.

Kerja ini kalau penceramah BN buat, pembangkang akan melompat tinggi langit tuduh hina mahkamah… tetapi sebab yang buat itu ketua mereka semua tutup mata. Anggaplah ini sebagai kes PEMBANGKANG SERBA BOLEH saja.

Kalau di mahkamah bukan main …ada nampak sikit peluang untuk pertikai….peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berhempas pulas pusing segala cara untuk pertikai dan minta tangguh kes liwatnya….tetapi di luar mahkamah beliau main rembat cakap fasal kesnya ikut suka hati tak peduli contempt of court.

Sepatutnya Skuad Kamera PAS yang ditugaskan intip dan rakam salah laku jentera BN semasa kempen kena simpan bukti salah laku ini yang dibuat oleh Ketua Umum PKR sendiri.

Bertempat di Bilik Gerakan PR Permatang Serai Merlimau, Selasa malam Anwar menggunakan kesempatan berkempen semasa PRK ini mengulas kes mahkamah yang dihadapinya.

Orang kampung apa tau segala detail kes mahkamah. Kira-kira 300 orang yang hadir melopong mendengarnya.

Mula-mula ceramah terus cerita fasal kes liwat tersebut. Kata Anwar, “Di mahkamah hari ini, satu pagi cerita pasal bulu, saya baca buku, malas dengar cerita fasal bulu, bukan ada DNA pun, tapi sengaja nak malukan saya,”

Beliau kemudian ulas soal percubaan liwat, soal DNA lima orang, soal bila DNA ambil dari tubuh mangsa.

Tapi kata seorang pemerhati yang ikut perkembangan kes liwat Anwar, “Beliau sengaja mislead orang ramai, sebab yang dia dok cerita itu soalan peguam bela beliau sendiri, jawapan saksi beliau lenyapkan pula,” kata kawan itu.

Sesuatu yang pasti, walau Anwar berusaha keras tarik simpati, orang ramai yang hadir hanya dengar sahaja, ya pun tidak, tidak pun tidak.

Mungkin mereka sendiri pelik, ini ceramah bantu kempen pilihanraya ke atau ceramah kes liwat…

Ini kemunculan pertama Anwar sepanjang tempoh kempen sejak 26 Febuari lalu dan sama seperti di Tenang, ceramah Anwar tak dapat sambutan orang tempatan.

Dalam ucapannya, Anwar memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi sesiapa termasuk dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Bukan saya yang serang peribadi dengan Najib dan Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi,” katanya.

Tidak berapa lama kemudian, Anwar mula cerita fasal sanggol isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan ajuk dengan menyanyi lagu Saloma “Tiru macam saya”.

Beliau menyanyi tetapi sebab 300 orang yang dengar ceramah itu kebanyakannya jentera pilihanraya PAS, maka tak ada respons kecuali ketawa, Anwar pun jadi tawar.

“Sikit-sikit cukuplah, nanti kena tukar kerja pula..” kata Anwar selepas menyanyi dua tiga baris tapi tak ada sambutan.

Sepanjang 40 minit ceramah beliau itu, hanya dua minit terakhir sahaja sebut suruh undi calon PAS, lain-lain cerita fasal kes liwat beliau dan kitar semula isu Apco-Israel, dan isu kalau beliau jadi PM.

‘Gaya’ Anwar masih tidak berubah, dengan tunjuk fail, Anwar kata, “Saya bukan sembang kosong, ini ada fail saya bawa, perjanjian antara Apco dengan kerajaan Malaysia” katanya sambil tunjuk sekeping kertas.

Perjanjian itu cerita lama, yang memang Anwar dah didapati bersalah kerana menipu dalam Dewan Rakyat ketika beliau bangkitkan dalam sesi Parlimen tahun lepas.

Namun, mengenali Anwar, apa dia peduli, mana ada modal lain, jadi modal lama ‘kitar semula’ dan 'gempak' macam benda baru.

Pada satu peringkat, Anwar ulang balik apa yang dikatakan beliau dua tahun lalu, “Hari ini kita ambil alih (Putrajaya), esok saya buat pengumuman turun harga minyak.”

“Pukul 12 tengahari, saya umum depan TV, “Dengan ini harga minyak dari Perlis hingga ke Sabah turun serta merta,” ada gaya tak?” soal Anwar pada orang ramai yang hadir.

Berkenaan dengan elektrik pula, Anwar kata kalau dia jadi PM, dia akan panggil semua pemilik IPP agar ‘runding semula’.

“UMNO takut dengan ‘tauke-tauke’ ini, saya tak takut, saya kata ‘runding semula’ kalau tidak rampas syarikat’,” katanya.

Tapi mungkin sebab tak ada sambutan, maka Anwar tidak mengulas lanjut, beliau hanya ‘hit and run’ sahaja isu-isu tersebut.- 1/3/2011


Hari ni perintah besok turun minyak...hahahahahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:10 PM | Show all posts
BOB Lokman, hahaha, dat tobat masuk PAS ker, esok semua ARTIS nak tobat masuk PAS, kempen mcam BOB LOKMAN.....buat lawak bangang kat KERDAU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 05:11 PM | Show all posts
BOB Lokman, hahaha, dat tobat masuk PAS ker, esok semua ARTIS nak tobat masuk PAS, kempen mcam BOB L ...
crossfire Post at 4-3-2011 17:10


Bukan ke Bob Lokman berceramah dia kata Allah pilih dia utk bersama PAS memperjuangkan islam ka?..

Bob dah setaraf Anwar la kalau macam tu..anugerah Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:14 PM | Show all posts
setakat ckp semua boleh ckp, pilih siapa pun.......asalnya duduk dlm REBAN AYAM (Artis) bila keluar nak tak nak kena jugak bau ayam atau taik ayam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:23 PM | Show all posts
BUAT KALI PERTAMA ANWAR DIMALUKAN BERHADAP-HADAPAN



Bila Kak Midah, ADUN Gunung Rapat yang turut datang membantu kempen pilihanraya kecil Kerdau menyatakan, 'Anwar dah kecut... dah kecut atas bawah....' dan pada masa yang sama, di kem sebelah terletak lebih kurang 15 meter dari Bilik Gerakan Barisan Nasional Rumpun Makmur 'merungut' yang Anwar bukanlah calon yang bertanding, sekaligus memberi isyarat agar Anwar Ibrahim tidak diserang dan tembelangnya didedahkan di hadapannya sendiri, ia sebenarnya sudah cukup untuk memberi gambaran yang sebenar tentang situasi Anwar Ibrahim.

Siapa yang sangka, malam tadi menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya, Anwar Ibrahim berhadapan dengan musuh utamanya, Ummi Hafilda di suatu tempat, dan pada masa yang sama. Siapa sangka, kedatangan Kak Midah dan Ummi Hafilda di Rumpun Makmur, membawa satu pembaharuan terhadap kempen-kempen Anwar Ibrahim semenjak dia dipecat dari Kerajaan dan UMNO.

Bahang sememangnya sudah terasa semenjak dari awal lagi. Lebih kurang 3 ribu orang berkumpul di kedua-dua belah kem untuk mendengar hujah Ummi Hafilda dan Anwar Ibrahim yang berlaku serentak. Agak malang bagi Anwar Ibrahim, kebanyakan yang mendengar cerita Anwar Ibrahim adalah orang luar, bukannya orang Rumpun Makmur. Sedangkan yang mendengar hujah Ummi Hafilda pula kebanyakannya adalah orang tempatan.

Pelbagai hujah yang diperdengarkan oleh Ummi Hafilda. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, walaupun berjanji akan menjawab setiap hujah Ummi Hafilda yang dikatakannya sebagai fitnah, tidak melakukannya sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan, Anwar langsung tidak menyentuh walau satu isu pun yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda. Bak kata Blogger GAP, buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun, dia mendengar ceramah Anwar Ibrahim yang terus melaju dengan gear 5, tidak lagi bermukadimah seperti biasa.



Bagi mereka yang berada di tempat ceramah, anda pastinya akan dapat mendengar suara menggeletar Anwar Ibrahim. Pastinya juga Anwar seperti budak yang baru belajar nak berceramah, tidak sebagaimana kebiasaan. Hujah-hujah Anwar tidak lagi mantap. Dia bagaikan terganggu dengan ucapan Ummi Hafilda yang memperincikan kronologi peristiwa 1997.

Dan berbeza daripada janjinya sebelum itu, Anwar langsung tidak menjawab mahupun menyentuh apa yang dikatakannya sebagai fitnah. Sebaliknya Anwar lebih sibuk bercerita tentang gejolak di Mesir, di Libya dan Asia Tengah. Langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Kerdau!

Anwar cuba berceramah tentang rasuah dan penyalahgunaan. Cerita tentang pembaziran kerajaan yang membayar subsidi kepada syarikat pembekal tenaga IPP, namun apabila Ummi Hafilda menyatakan secara lantang bahawa Anwar Ibrahim adalah pembohong dan bapa rasuah malah sebagai pelakon yang kalau P.Ramlee masih hidup pun akan angkat kaki dan tangan, surrender kepada Anwar Ibrahim yang memiliki kebolehan dan bakat berlakon yang lebih besar.

Namun yang paling SADIS apabila Ummi Hafilda memberitahu para pendengar ceramah di kedua-dua belah kem bahawa Anwar Ibrahim berasal dari keluarga papa-kedana yang kemudian menjadi super kaya-raya apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Dan seperti sebelumnya, Anwar tetap tidak menjawab persoalan tersebut.

Begitu juga apabila Ummi Hafilda menceritakan tentang hubungan asmara dana Anwar dengan Shamsidar Taharin serta rasuah RM100k oleh abangnya, Azmin Ali agar menutup mulut, Anwar juga langsung tidak menjawab.

Sememangnya malam tadi, segala-galanya tidak menjadi buat Anwar Ibrahim. Segala-galanya majal dan mendajalkannya.

Dan seperti yang dikatakan oleh Blogger GAP yang bersama-sama penulis di tempat ceramah, buat kali pertama, Anwar Ibrahim hilang suara. Anwar Ibrahim yang datang, bukanlah Anwar Ibrahim yang biasa.

Provokasi yang dilakukan oleh Ummi Hafilda, benar-benar merimaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memendekkan ceramahnya dan berlalu menuju ke Jengka 22 ketika Ummi Hafilda masih lagi seronok menceritakan tembelang Anwar Ibrahim dalam sejarah hidupnya.



Anwar terburu-buru ke Jengka 22. Ternyata, nasib majalnya masih berterusan. Di Jengka 22, Anwar bukan sahaja disambut oleh anak muda Jengka 22 dengan demonstrasi yang menghalaunya, bahkan Anwar Ibrahim turut dibaling dengan tongkeng ayam. Tidak cukup setakat itu, Anwar juga disambut dengan laungan "Anwar Peliwat! Anwar Peliwat!"

Ummi Hafilda bersumpah lagi, Anwar pula sekadar berceramah yang entah apa-apa. Ummi Hafilda begitu bersemangat, sedangkan Anwar pula cuba buat-buat bersemangat, meskipun nadanya kedengaran longlai dan hujahnya pula tidak langsung menggambarkan kualiti manusia yang memprojekkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin Anwar Ibrahim langsung tidak menyangka, nasibnya malam tadi, semalang itu. Sudahlah KALAH APABILA BERHADAPAN DENGAN UMMI HAFILDA, bahkan disambut dengan cara yang paling menghinakan di Jengka 22. Apa yang mampu dilakukan oleh Anwar Ibrahim hanyalah perkataan 'REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!' ungkapan yang suatu ketika dahulu sangat keramat, tetapi sekarang dianggap sebagai ungkapan paling malang bagi sesiapa yang mengucapkannya.

Barangkali kalau Wan Azizah dan Nurul Izzah ada semalam, mereka juga pasti akan merah muka dan merah biji mata seperti Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang sangat sensitif apabila diprovokasi dan menjadi gabra beruk, sepanjang masa kelihatan cuba menahan kemarahan dan nada suaranya tidak lantang, tidak berkeyakinan dan tidak bersemangat. Nadanya terkeleweh bagaikan punggung pompuan tua.

Kesian Anwar Ibrahim!

http://theflyingkick.blogspot.co ... nwar-dimalukan.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:29 PM | Show all posts
Seperti yang telah aku janjikan aku akan ceritakan apa yang telah aku saksikan semalam di Rumpun makmur dengan mata kepala aku sendiri. Apabila aku mula sampai ke tempat ceramah kelihatan orang ramai sudah mula berkumpul.

Ucapan bagi pihak BN dimulakan oleh YB Hamidah, pendek saja ucapan YB Hamidah tetapi sangat berbisa. Habis saja YB Hamidah berceramah, maka tiba giliran Ummi pulak untuk menyampaikan kebenaran. Masa Ummi mula berucap, Anwar masih tidak kelihatan bayang-bayangnya.

Selepas Ummi berucap selama setengah jam, maka yang dinanti telah pun tiba, bermulalah malam bersejarah apabila, Ummi dan Anwar berceramah secara berdepan. Yang bestnya, bila Ummi tahu Anwar dah mula start kelentong maka Ummi pun apa lagi, CILI KASI TARUK la sama itu al buburi.

Kalau korang nak tau detail apa yang Ummi cakap jangan risau, aku ada rakam Video, nanti bila dah siap aku kasi upload la kat sini ok. Tapi apa yang penting aku nak bagitau korang ialah semalam buat pertama kali aku melihat si peliwat terkulai dan tak bermaya untuk melawan dengan Ummi.

Ummi dengan begitu steady dan bergaya menghentam Anwar al buburi, bermacam-macam provokasi dilakukan Ummi sehinga membuatkan si Peliwat tegar ni menjadi kelam kabut dan hampir panik la ddibuatnya. Aku mendengar suara Anwar Peliwat menahan kemarahan setelah di'provoke' Ummi.

Walau ANwar nak cuba 'cotrol macho' tapi tetap kelihatan yang dia begitu panik, malah ceramah yang disampaikan oleh si buburi ni juga tak panjang, mungkin dia dah tak tahan dengan pembongkaran Ummi gamaknya,

First time semalam aku tengok Anwar panik dan tak terlawan dengan kehebatan Ummi, si peliwat yang menipu seluruh dunia ini kelihatan seperti 'anjing kurap' sahaja di hadapan Ummi! Sungguh aku tak sangka beb. Korang kena tengok video ucapan Ummi nanti.

Korang akan lihat bagaimana ANwar yang ,memulakan ceramah dengan begitu menyinga sekali, akhirnya lari tak ubah seperti seorang kucing parsi yang tak cukup vitamin ke rupanya. Hebat sungguh penangan Ummi semalam, aku cukup seronok tengok Anwar tewas di hadapam kebenaran semalam beb.

Suka tak suka akhirnya Anwar tewas di tangan Ummi dengan begitu hina sekali, bayangkan orang kampung melihat dan mendengar sendiri segala pendedahan Ummi dan mereka juga melihat bagaimana si peliwat ini menggelupor dengan megalihkan kepada cerita yang lain!

Kalau benar Anwar tak bersalah dan suci seperti kata lebai mangkok dari PAS tu, kenapa semalam dia tak dedahkan apa yang benar? Kenapa dia tidak menafikan segala pertuduhan Ummi tu? Lagi Ummi siap bersumpah lagi, tapi Anwar macam biasa dok buat cerita lain.

Oh Al buburi, semalam aku cukup puashati tengok kau dipanggil oleh Ummi sebagai Al buburi depan muka kau sendiri dan kau terus terusan tak tau nak buat apa kan? Biasalah Anwar harami oi, inilah jadinya bila kau dah banyak menipu, bila kebenaran depan mata kau tak terbuat apa-apa pun kan?

Akhirnya kau lari..kih kih kih

Tak cukup dengan itu, semasa Anwar lari dari Ummi untuk berceramah di Jengka 22, dia telah disambut dengan bontot ayam yang dilemparkan oleh anak-anak muda Felda tersebut, bukan takat baling bontot ayam saja tau, mereka siap melaungkan 'PELIWAT. PELIWAT, PELIWAT'

Orang sudah tau siapa kau sekarang Anwar! PAS pun tak mau backup kau semalam. mereka dengar seala apa yang Ummi cakap semalam, yang pasti aku tau kau akan semaki tertekan selepas ini. Kau kena ingat Anwar! WHAT GOES AROUND COMES AROUND!

Allah Maha Besar! Sampai bila lagi kau mahu tipu semua orang?

house of PK
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:33 PM | Show all posts
SEJARAH HITAM ANWAR DI KERDAU : BAHAGIAN AKHIR.


giliran umi berucap. tonasi suara umi agak luar biasa malam tadi. manakan tidak ? inilah buat pertama kalinya umi berhadapan dan berentap dengan anwar setelah 13 tahun menunggu.



aku cukup respek crowd malam tadi. ternyata bukan sekadar penyokong BN dan rakyat kerdau hadir, malah kami melihat berpuluh ahli pas juga tekun mendengar serangan umi terhadap anwar.



korang bayangkan, lepas habis umi berucap orang pas siap tepuk tangan lagi.. ini tandanya apa ? ini tandanya mereka akhirnya paham siapa sebenarnya anwar..

back to the story.

setengah jam selepas umi balun , crowd makin penuh. crowd pas melimpah kat ceramah UMNO. aku yakin penganjur ceramah pakatan ni konpem kena balun dengan anwar pasal ia telah merosakkan nama anwar dimata pas !





anwar mula tiba di tapak ceramah. aku yakin anwar tahu umi ada di situ.

ramai di kalangan hadirin agak kaget apabila anwar terus masuk gear 5 balun..entah apa yang dibalunnya agak menggelikan hati. mesir la,libya la...itu la inilah..



lepas 10 minit keadaan mula tidak memihak pada anwar.
setiap kali anwar cakap, umi berhenti.
berhenti pasal nak dengar anwar cakap apa.

lepas tu umi balun anwar.. umi berjaya saiko anwar sampai bloger yang ada kat are situ bagitau muka anwar merah padam.

suara makin serak.tonasi suara makin meracau.

keadaan provokasi ni berlaku hampir 5 kali. anwar cakap umi berhenti. umi rileks 30 saat lepas tu balun apa yang anwar cakap !



korang nak tahu kenapa aku kata ini malam jahanam paling malang untuk anwar ?

umi berucap jam 9.30 malam.
anwar berucap jam 10.20 malam.

umi habis jam 11 malam.
anwar cabut lari jam 10.45 malam !

anwar berucap tak sampai 30 minit.
anwar tak tahan kena provok dengan umi.
malam tadi mengesahkan...anwar lari lintang pukang !
anwar tak keruan. crowd makin penuh kat ceramah UMNO.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot ... -bahagian_5694.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:35 PM | Show all posts
Semalam, Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim telah dimalukan oleh Ummi Hafilda yang selama ini beliau sifatkan sebagai nyamuk. Ceramah PAS dan BN yang diadakan semalam berhampiran, hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya. Kira-kira tiga ribu orang hadir semalam, ingin menyaksikan pertembungan yang dinanti-nantikan selama ini.

Umi memulakan ucapannya pada 9.30 malam. Anwar memulakan ucapannya pada 10.20 malam. Ummi mencabar Anwar menjawab segala tuduhannya. Ummi minta Anwar bersumpah dia tidak meliwat. Umi juga menuduh Anwar bapa perasuah dengan menyebut saudara mara Anwar yang menjadi kaya raya semasa Anwar Menteri Kewangan.

Anwar tidak menjawab semua tuduhan Umi. Sebaliknya Anwar, seperti biasa dengan retoriknya membawa pendengar ke Timur Tengah, ke Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya. Ceramah Anwar kali amat berlainan dengan biasa. Walaupun lewat memulakan ceramahnya, tapi Anwar mengakhiri ceramahnya awal. Sekitar 10.45 dia sudah beredar. Mungkin kalah badi dengan Umi.

Dimalukan oleh Umi, Anwar kelihatan sugul meninggalkan majlis.

Umi meneruskan ceramahnya hingga 11 malam. Pendengar bagaikan berpuashati melihat kejadian yang jarang berlaku ini. Anwar dan Umi dapat bertembung 'face to face.' Anwar meninggalkan majlis dengan wajah sugul. Kehadirannya tidak banyak membantu PAS, sebaliknya berjaya mengaibkan dirinya sendiri oleh seorang wanita bernama Umi.

DAP langsung tidak kelihatan. Adakah Kerdau bermulanya perpecahan Pakatan Rakyat? Anwar dimalukan, PAS bagaikan layu dan DAP tidak mahu terlibat.

Sama-sama kita saksikan keputusan Merlimau dan Kerdau pada 6hb Mac ini.

Stay tune.

http://sribuana.blogspot.com/201 ... -rumpun-makmur.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:36 PM | Show all posts
Part kedua ceramah Anwar VS Ummi Hafilda di Kerdau...


Dalam banyak-banyak ceramah Anwar yang gua pergi.., dari utara hinggalah ke selatan negara..., inilah kali pertama gua tengok Anwar Ibrahim berceramah tak sampai pun setengah jam.

Felcra Rumpun Makmur di Kerdau Pahang ni dah jadi saksi yang Anwar sebenarnya terbukti amat takut kat Ummi Hafilda.

Walaupun gua tak berapa dengar apa yang Ummi cakap di ceramah dia sebab gua berada didepan pentas ceramah Anwar, tapi gua dapat tengok muka Anwar yang memang tak senang duduk bila tau Ummi ada dikawasan tu.

Anwar macam kehilangan "magik" dia didepan ratusan penyokong dia semalam. Pidato dia berterabur dan juga caca marba tak macam selalu.

Nampak sangat manusia anugerah tuhan ni sedang menahan rasa nak terkincit dia bila dengar suara Ummi Hafilda yang berapi-api mencabar diseberang jalan.

Memang lawak bai... Dulu Anwar kata Ummi ni nyamuk.., tapi sekarang ni si nyamuk tu lah yang buat Anwar tak senang duduk di PRK Kerdau ni...

Ada tiga nyamuk kat Kerdau ni yang akan hisap semangat Anwar sampai kering.. Pertamanya Ummi Hafilda.., keduanya Rahimi dan ketiganya Rashid si tukang urut Anwar masa dulu..

Habislah lu Anwarrrrr... Hahahahahaha....

http://mediapermatangpauh.blogsp ... -anwar-vs-ummi.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 05:36 PM | Show all posts
Reply 251# Magika

kahkahkah...bodo nye lobai nih...kantoi edit gambar
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:11 AM | Show all posts
bomoh hantu pas dah dtg..dia dah dpt merasakan kedatangan pengundi hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:30 AM | Show all posts
video ada?hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:34 AM | Show all posts
nuar meratib citer pasal bini org nape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.074184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list