CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 15-7-2019 11:38 AM | Show all posts
john, smbung la cite kwn2 ko yg pelik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai..waiting..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
VirusDetected replied at 15-7-2019 11:38 AM
john, smbung la cite kwn2 ko yg pelik tu

kalau pasal kawan2 tu macam dah abis lah
nanti lah ye...aku bagi 1 special episod lagi, tapi ambil masa sikit la...nak bagi sampai habis baru letak sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 15-7-2019 09:00 PM
Hai..waiting..

waiting ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 10:01 AM | Show all posts
we are waiting
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 15-7-2019 11:48 PM
waiting ape tu?

Dah update Cite baru, gitau eh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2019 02:01 PM | Show all posts
gtau jgk if ada update...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hokeh...aku terlambat polo ini tred.
Tapi bagus jugak, tidaklah ku ternanti2 sambungan cerita.
Suku hari abes ku baca 15 pages.

Naklah tanya jugak, kot2 tuan tanah nak jawab.
Tuan tanah beroleh ilmu dari warisan pak tahir & pak mud ke?
Memang tak terhijab dari kecik ke caner?

Apapun, alfatihah buat pak tahir & pak mud.
Aku pun penah terbaca, org yg ada ilmu sperti mereka berdua, mmg luaran nya macam org biasa2. Tapi tu yg payah nak jumpanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2019 11:09 AM | Show all posts
Cerita ni asalnya aku scrapkan juga, sebab tak berapa ingat detailsnya. Aku mimpikan pasal ni dah lama, waktu aku tinggal di Australia. Waktu itu aku hanya anggap mainan tidur je lah…1 lagi ada beberapa isi dalam cerita ni yang aku tak berapa suka. Disebabkan korang punya request, jadi terimalah 1 lagi special episode.




Haryati – The Origins


Zaman waktu benda ni berlaku tu, aku tak pasti…tapi macam sangat2 lama. Macam kurun ke berapa belas, sebelum waktu datangnya penjajah. Sebermula kisah ini di sebuah kampung yang diberi nama Alor Nanas (nama ni aku main letak je...kalau kebetulan ada sama, harap mahap lah ye), tangisan bayi perempuan memecah kesunyian di dalam sebuah rumah Pak Andak. Seorang lelaki berkopiah menghembuskan nafas lega bila mendengar suara tangisan bayi dari kamar rumahnya, tetapi hatinya masih berdebar2 dan tidak keruan. Perlahan2 pintu bilik dibuka, seorang wanita tua melangkah keluar dari kamar tersebut sambil mendukung bayi yang masih lagi menangis.


Lalu wanita tua itu berkata, “Andak, anak kau ni sihat…tak ada cacat celanya”.
“Alhamdulillah…macam mana isteri hamba Mak Bidan?”, tanya Pak Andak sambil tersenyum lega mendengarkan berita gembira itu.
Wajah Mak Bidan berubah menjadi suram lalu berkata, “isteri kau kehilangan banyak darah, Andak…aku…”. Mak Bidan tidak mampu untuk menghabiskan perkataannya. Mata Pak Andak mula berair2, lantas menyerbu masuk ke kamar tidurnya. Kelihatan isterinya bernafas tercungap2 kepenatan, darah memenuhi cadar dan kain isterinya.


Pak Andak terduduk di tepi katil dan memegang erat tangan isterinya, mulutnya terketar2 menyebut nama isterinya, “Mi…Milah…”.
Dengan nafas yang sukar, Milah berpesan kepada suaminya, “kanda…jaga…anak kita baik…baik”.
“Kanda berjanji, Milah…tapi dinda janganlah tinggalkan kanda…”, kata Pak Andak kepada isterinya sambil mencium tangan isterinya, air matanya berlinangan di pipi.
“Apa…apa nama anak kita..?”, Milah sedaya upaya cuba untuk mengeluarkan kata2.
“Haryati…”, Pak Andak membalas pertanyaan isterinya itu.
Milah tersenyum mendengar nama itu, lalu berkata, “sedap namanya…Milah…minta maaf……”. Nafas Milah terhenti di situ, bergemalah satu rumah akan tangisan Pak Andak sambil menyebut nama isterinya.


Setelah jenazah Milah selamat dikebumikan, Pak Andak kelihatannya termenung sahaja di anjung rumah mengenangkan isterinya. Setelah sekian lama mereka berkahwin, baharulah mereka mendapat berita gembira akan kehadiran orang baharu dalam hidup mereka. Tetapi isterinya pula pergi meninggalkan mereka 2 beranak. Pak Long mendekati adiknya itu, lalu berkata, “sabarlah Andak…setiap yang bernyawa pasti merasai mati, begitu jugalah dengan kita nanti. Tapi yang hidup perlu meneruskan kehidupannya”. Pak Andak masih berdiamkan diri sambil bermenung melihat ke luar jendela.


Pak Long menghembuskan nafas panjangnya dan berkata, “beginilah…kau ambil lah berapa banyak masa yang kau perlukan…soal Haryati tu, biarlah aku dan isteriku yang menjaganya buat sementara waktu”. Pak Long memegang bahu adiknya itu dan bangun meninggalkan rumah Pak Andak sambil isterinya mendukung Haryati yang masih lagi tidur. Mereka berjalan kaki meninggalkan perkarangan rumah Pak Andak. Dari kejauhan, Pak Andak hanya mampu melihat anaknya yang didukung oleh isteri abangnya berlalu pergi…sehinggalah hilang dari pandangan matanya. Timbul kesal di dalam hatinya, “ya Allah…apa yang telah ku janjikan kepada arwah isteriku…dan apa pula yang telah ku lakukan?”.


Hari berganti hari, purnama berganti purnama, tahun berganti tahun…umur Haryati telah pun mencecah 6 tahun, mulutnya petah berkata2. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua Pak Long dan Mak Longnya sehinggakan dia memanggil mereka bonda dan ayahanda. Kehadiran Haryati di dalam hidup mereka membawa satu sinaran baru setelah Mak Long beberapa kali keguguran dan tidak mampu lagi untuk mengandung. Sedang Mak Long menyisir2 rambut Haryati di anjung rumah, tiba2 Haryati bertanyakan kepadanya, “bonda…benarkah Yati ni anak sial?”.


“Astaghfirullah hal azim…dari mana kamu mendengarkan hal yang seumpama itu?”, tanya Mak Long dengan nada yang terkejut. Tidak sangka baginya pertanyaan seumpama itu keluar dari mulut Haryati yang masih kecil itu. Haryati tertunduk, lalu berkata, “budak2 kampung ni selalu ejek2kan Yati…mereka bilang Yatilah penyebab ibu kandung meninggal sehingga ayah kandung sendiri tak mau menjaga Yati”. Air mata Haryati mengalir di pipinya, nafasnya tersedu sedan.


Mak Long memusingkan badan Haryati…dikesatkan air mata dengan kedua2 ibu jarinya. “Haryati…kamu anak yang baik, tidak ada yang sial pada kamu. Kehadiran kamu membawa rahmat dan rezeki kepada kami. Usah lah kamu hiraukan apa yang dikatakan mereka, itu semua karut belaka”, pujuk Mak Long. Haryati hanya menganggukkan kepalanya dan kemudiannya memeluk erat Mak Long. “Anak bonda ni sudah semakin besar, nanti boleh lah Haryati pergi mengaji di rumah Mak Jah seperti budak2 yang lain”, sambung Mak Long lagi.


“Tapi bonda…Yati lagi senang kalau ayahanda saja yang mengajarkan mengaji”, kata Haryati sambil memandang mata Mak Long. Mak Long tersenyum, lalu berkata, “nanti bonda pujuk ayahanda kamu untuk ajarkan mengaji ya…”. Mereka berdua saling berpelukan sambil Mak Long mengusap2 kepala Haryati dan mendendangkan lagu untuk memujuknya. Keesokan harinya bermulalah kelas mengaji Haryati bersama Pak Long…sebaik saja Pak Long pulang dari kebunnya, dia pun mengajarkan Haryati akan apa yang dibelajarnya dulu.


“Alif di atas aa, alif di bawah ii, alif di depan uu…aa, ii, uu…”, Haryati membacakannya di hadapan Pak Long, lalu Pak Long pun berkata, “Alif di atas tu ialah Dia, tempatnya sentiasa di atas…Alif di bawah pula ialah kita hamba2Nya…tidak mungkin Dia sama tempatnya dengan kita......”. Pak Long menjelaskan dan mengajarkan kesemua yang diketahuinya kepada Haryati. Bila selesai makan malam pula, Pak Long mengajarkannya pula sifat 20, “Allah itu wujud…wujud maksudnya ada…wajib wujudnya Allah……”.


Sebelum tidur pula, Mak Long menceritakan kepada Haryati kisah2 tauladan. Begitu lah hari2 berikutnya sehinggalah umur Haryati mencecah 15 tahun. Dia membesar menjadi wanita yang cantik di dalam kampung, kulitnya putih mulus, matanya bersinar dan alis matanya lentik, suaranya pula lunak dan merdu. Bila saja Haryati mengalunkan ayat suci al-Quran, pasti ramai yang terpesona dan merasa asyik bila mendengarnya tatkala melalui kawasan rumah Pak Long. Apalagi bila mendengarkan Haryati bergurindam dan bersyair sewaktu menolong Mak Long mengayam tikar mengkuang atau mencuci pakaian. Dia menjadi kegilaan pemuda2 di kampung.


“Aduh…semakin hari semakin cantik si Haryati itu ya. Sehari kalau aku tidak mengintipnya mencuci pakaian di sungai…hari ku jadi serba tak kena”, kata Hassan, yang merupakan anak tunggal ketua kampung Alor Nanas.
“Ahh…sudah lah...bukankah dulu tuan hamba juga yang selalu mengatakan Haryati itu pembawa sial?”, balas Jalak.
“Itu dulu…orang2 tua kampung ni yang kata begitu. Kita budak2 muda ni selalu diborak2kan mereka”, Hassan meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
“Jadi…bagaimana sekarang? Tuan hamba mahu mengacau Haryati pulang dari mencuci pakaiankah?”, tanya Kundur.
“Heii…hilang akalkah tuan hamba? Tidakkah tuan hamba kenal akan Pak Muluk itu? Habis lanun di darat, lanun di laut pun dikerjakannya dahulu. Orang bilang, kehandalannya itu itu setanding Adiputra”, Jalak membantah cadangan dari Kundur itu.
“Adiputra guru Hang Tuah itu kah? Aduhh…matilah kau Hassan…hahahaha”, Kundur gelak terbahak2 dan Jalak pun turut sama menggelakkan kawannya itu.
Hati Hassan menjadi panas dek olokan kawan2nya, “Ahh...!! Sudah lah kalian…hamba ini anak ketua kampung Alor Nanas ini. Apa saja kemahuanku pasti saja dituruti…jika hamba mahu Haryati, pasti akan ku dapat jua”, kata Hassan dengan suara yang lantang sambil menepuk2 dadanya.




Bersambung…


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:25 AM | Show all posts
perghhhh.. dah macam baca hikayat hang tuah... terbaik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 11:45 AM | Show all posts
Bahagian 2 - Haryati the Origins


Selesai saja Haryati mencuci pakaian di sungai, dia pun berkemas2 untuk berangkat pulang. Akan tetapi langkahnya dihalang oleh 3 pemuda kampung, iaitu Hassan, Jalak dan Kundur. “Mau apa kalian menghalang langkahku?”, tanya Haryati kepada mereka.
“Janganlah garang sangat sayang…alangkan harimau yang buas di hutan pun ku jinak2kan, ini kan pula adinda yang manis menawan…hahahahaha”, kata Hassan sambil ketawa besar, diikuti oleh kedua orang rakannya.
“Heh…Kapal layar hendak ke hulu, jangan terlupa menjaga angin,  apakah tuan tak tahu malu?, tuan menjual kami tak hingin”, balas Haryati.
Hassan mula menjadi berang, “cis…pergi ke pasar mencari ketupat, terbeli pula daging rusa, seandainya kau aku tak dapat, biar semua tak merasa”, kata Hassan sambil mengeluarkan golok dari sarungnya.


“Hoi…apa yang kalian semua mahu buat dengan gadis ini?”, tegur seorang pemuda yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Tuan hamba hanya berdagang di sini, jangan mencampuri urusan kami”, Jalak memberi amaran kepada pemuda itu.
“Masakan pula hamba mampu berlalu pergi membiarkan kemungkaran ini berlaku?”, jawap pemuda itu kepada Jalak.
“Cis…nampaknya tuan hamba tak sayang pada nyawa”, kata Kundur sambil mengeluarkan goloknya.
“Bukan nyawa yang hamba tak sayang, hanya mahu menegakkan kebenaran”, kata pemuda itu sambil membuka langkahnya. Haryati hanya mampu berlindung di sebalik pokok, dia cuba melihat kiri dan kanan jikalau ada sesiapa yang boleh dipanggilnya untuk menolong.


Kundur coba untuk menikam pemuda itu tetapi pergelangannya ditangkap kemas tangan pemuda itu dan ditarik ke depan manakala kakinya disepak, menyebabkan Kundur jatuh tergolek ke depan. Jalak pula menghayunkan goloknya ke kiri dan ke kanan, manakala Hassan melangkah perlahan2 coba mengambil tempat untuk menyerang pemuda itu dari belakang. Pemuda itu kemudian membuka kain semutar di kepalanya dan meregangkan kain tersebut dengan menarik di kedua2 hujungnya. Pemuda itu melibas kain semutarnya ke muka Jalak dan kemudiannya ke muka Hassan yang coba untuk menikam belakangnya.


Seterusnya pemuda itu memberikan tendangan padu tepat mengenai buah pinggang jalak dan sempat menumbuk muka Jalak sebelum rebah ke bumi. Jalak mengaduh kesakitan sambil memegang tepi perutnya yang disepak itu. “Hiyaarggghhh…”, jerit Hassan sambil menghayunkan goloknya dari atas untuk menetak kepala pemuda itu tetapi golok Hassan dihalang oleh kain semutar pemuda itu. Kehairanan Hassan kerana kain itu tidak putus sedangkan goloknya cukup tajam. Satu tendangan tepat mengenai hulu hati Hassan dan kemudian beberapa libasan kain semutar mengenai muka Hassan sehingga membuatkan mukanya bengkak2.


Kundur yang baru sahaja bangun coba untuk menolong kedua2 rakannya, tetapi pemuda itu telah siap sedia untuk menerima serangannya. Peluh mula membasahi wajah Kundur, tahulah dia pada ketika itu pemuda tersebut bukan calang2 orangnya. “Aku bawa kawan2ku pergi dari sini…jangan pula tuan hamba menyerang aku”, Kundur coba untuk berunding dengan pemuda itu. Pemuda itu hanya menganggukkan kepalanya dan melihat sahaja Kundur memapah kedua2 rakannya pergi dari situ. Haryati keluar dari persembunyiannya dan berkata, “terima kasih kerana tuan hamba sudi menolong”.


Pemuda itu hanya tersenyum sambil mengangkat bundut kain yang diletakkannya sebelum berlawan dengan pemuda bertiga itu. “Bolehkah hamba tahu siapakah gerangannya tuan hamba?”, tanya Haryati sambil memegang kain batik yang dipakai untuk menutup rambutnya. “Namaku Megat, saudagar merantau dari negeri Ayer Putih”, balas pemuda itu sambil tersenyum dan kemudiannya meninggalkan Haryati yang tersipu2 malu itu. Hati Haryati ketika itu berbunga2 dek ketampanan pemuda yang telah menyelamatkannya itu. Sama macam hati korang yang berbunga2 tengah baca cerita ni, tak tahu aku dah berguling2 atas katil sebab menaip cerita ni…nasib tak kena marah dengan orang rumah.


Semenjak hari itu, hidup Haryati menjadi serba tak kena…makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena kerana teringat2 akan pemuda yang bernama Megat itu. “Oh…kanda Megat, bilakah agaknya kita dapat berjumpa lagi?”, Haryati bertanya sendirian sambil termenung di jendela. “Bonda lihat anak bonda ni sudah lain sekali sejak kebelakangan ini”, tegur Mak Long kepada Haryati.
“Ada2 saja lah bonda ni…lain bagaimana pula?”, Haryati membalas balik dengan pertanyaan sambil jarinya memintal2 kain langsir.
“Seperti orang dilamun asmara”, kata Mak Long sambil tersenyum. Lantas Haryati berlari masuk ke dalam bilik sambil menutup mukanya, tetapi dapat didengari tawa kecilnya.


Dalam masa yang sama, Pak Long baring terlentang di anjung rumah sambil mulutnya berbuih2 akibat melihat kegedikan yang baru sahaja berlaku tadi. “Sudah lah tu Paknya…nampaknya tak lama lagi kita akan bermenantu”, ujar Mak Long kepada Pak Long. Pak Long perlahan2 bangun dari baringnya dan kemudiannya berkata, “kalau sudah mereka itu suka sama suka, aku tidak punya apa2 halangan…tapi biarlah si laki2nya itu yang datang berjumpa denganku terlebih dahulu. Nanti pandai2lah aku pujukkan Andak untuk mewalikan Haryati tu nanti”.


Bagai telah ditakdirkan, pada suatu hari sedang pemuda bernama Megat berehat di bawah pokok yang rendang. Dia terdengarkan suara merdu perempuan mengalunkan ayat suci al-Quran. “Subhanallah…luar biasa sekali sedap alunan suaranya ini…siapakah gerangan yang empunya suara ini?”, tanya Megat sendirian. Timbul di dalam hatinya perasaan ingin mengenali dan mendekati yang empunya suara itu, lalu dia berjalan ke arah suara tersebut. Maka sampailah dia di hadapan rumah Pak Long, langkahnya terhenti di situ. “Bagaimana hendak ku teruskan…tidak molek sekiranya aku meredah begini”, kata Megat di dalam hati.


“Koff2…”, tiba2 Megat terdengar suara orang batuk di belakangnya, dia pun memusingkan badannya dan kelihatan seorang lelaki tua tersenyum memerhatikannya. “Assalamualaikum orang muda, apakah hajatnya ke rumah Pakcik yang tak seberapa ini?”, tanya Pak Long bersahaja. “Wa’alaikummusalam…maafkan hamba…hamba terpesona mendengar alunan ayat al-Quran yang datangnya dari rumah ini”, jawap Megat sambil menundukkan kepalanya, di hatinya bimbang kalau2 niatnya di salah ertikan.


“Oh…begitu...jemputlah naik, kita bersua kenal”, jemput Pak Long sambil memegang belakang bahu Megat.
“Eh…tidak mengapalah, malu pula hamba ini hanya anak dagang merantau ke negeri orang”, Megat coba menolak pelawaan Pak Long itu dengan cara yang baik.
“Tidak mengapa…sudah menjadi adat kita melayan tetamu…bukankah tetamu itu membawa rezeki Tuhan?”, pujuk Pak Long sambil menolak sedikit bahu Megat ke arah pintu rumahnya.
“Jika benar begitu kata Pakcik, baiklah hamba menerimanya”, Megat akur dengan pelawaan dan pujukan Pak Long itu. Mereka berdua mencuci kaki di tangga dan kemudian melangkah menaiki anak tangga untuk memasuki rumah. Pak Long kemudiannya menjemput Megat duduk di lantai ruang tamu rumahnya.
“Maknya ooo…maknya, bawakan sedikit hidangan petang. Kita ada tetamu ni”, Pak Long melaungkan saja kepada Mak Long yang sedang sibuk di dapur.
“Eh, tak perlulah susah2 Pakcik, segan pula hamba”, kata Megat kepada Pak Long.
“Tidak perlulah segan2, masakan pula orang datang bertandang…kita tak berhidang?”, kata Pak Long sambil menyalakan rokok daunnya. Megat hanya tertunduk malu dengan budi bahasa Pak Long yang melayannya sebagai tetamu.


Tidak lama kemudian muncul seorang wanita muda membawa dulang dan menurunkan dulang itu di hadapan mereka. Diletakkan di hadapan mereka sepiring kuih lepat pisang, 2 cawan beserta piring dan satu teko berisi air kopi panas. Megat bagai terpesona melihat keayuan Haryati, manakala Haryati pula meredupkan pandangan matanya sambil tersenyum.


“Perkenalkan, inilah anak Pakcik…Haryati namanya. Suara dialah yang anak dengarkan mengalunkan ayat al-Quran itu tadi”, terang Pak Long sambil menghembus asap rokoknya. Megat masih lagi terpesona melihat Haryati, matanya tidak berkedip. Haryati pula setelah selesai menuangkan kopi ke cawan, dirapatkan talam ke dadanya sebelum meminta dirinya kembali ke dapur.


Megat tunduk ke bawah apabila Haryati masuk semula ke dapur, tiba2 Pak Long bertanya, “kenapa nak?”.
“Berat hati ini untuk hamba luahkan, takut pula jika tidak berkenan…hamba ni hanya dagang merantau sahaja, harta pun tak punya”, jawap Megat kepada Pak Long.
“Sebenarnya begini nak…Pakcik ada waktu anak menolong Haryati tempoh hari, sengaja Pakcik tidak masuk campur kerana mahu melihat kemampuan anak. Setelah melihat segalanya, tahulah Pakcik yang kamu mampu menjaga Haryati. Soal harta tu tak usah lah anak risau…insyaAllah, ada rezeki dari Allah”, terang Pak Long dengan panjang lebar.


Hati Megat menjadi berbunga2 apabila mendengarkan penerangan Pak Long itu…kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia bernikah petang itu…namun, agak tidak molek pula nanti. Jadi dia berbincang dengan Pak Long untuk membawa rombongan meminang setelah pulang ke negerinya nanti. Sepulangnya dia dari rumah Pak Long, Megat terus mencari kapal di pelabuhan yang menuju ke negeri berdekatan dengan Ayer Puteh dan sepurnama kemudian dia kembali bersama rombongan meminangnya seperti yang telah dijanjikan pada Pak Long.


Dipendekkan sahaja cerita, 3 purnama kemudian berlangsung lah pernikahan di antara Megat dan Haryati. Pak Andak setuju untuk mewalikan Haryati setelah dipujuk oleh Pak Long, namun dia terus pulang ke rumahnya setelah selesai akad nikah. Hal itu mengguris hati Haryati kerana ayah kandungnya masih lagi dingin terhadapnya. Setelah sekian lama tidak berjumpa, bertegur sapa pun tidak. Apatah lagi bila Haryati menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ayah kandungnya, Pak Andak hanya berlalu begitu sahaja. Dalam pada itu, Pak Long sangat gembira pada hari pernikahan Haryati, dia menyerahkan sebidang tanah miliknya yang telah siap dibina rumah kepada Megat dan Haryati untuk menjadi tempat tinggal mereka nanti.


5 purnama kemudian…
“Diam tak diam sudah 5 purnama Haryati sudah berkahwin…dengan pemuda yang selamatkannya itu hari pula tu”, kata Jalak kepada Hassan dan Kundur.
“Tuan hamba jangan buat hati hamba panas, Jalak…sudah lah kita dibedalnya, Haryati pula dapat pada dia. Bapaku pula tidak mahu mencampuri urusan kita”, Hassan memberi amaran kepada Jalak.
“Sudah lah tuan hamba berdua…asyik nak bertekak saja. Apa...tuan hamba masih mahukan Haryati tu lagikah Hassan?”, tanya Kundur kepada Hassan.
“Ahhh…apa lagi yang aku mahukan? Dia sudah jadi milik orang! Tapi dendam darah harus ku balas”, kata Hassan sambil menggenggamkan tangannya membentuk penumbuk.
“Hamba ada satu buah fikiran”, kata Kundur ringkas sambil memakan buah langsat.
“Apakah maksud tuan hamba?”, tanya Hassan yang berminat untuk mengetahui cadangan dari Kundur itu.
“Begini…jika kita mahu beradu kekuatan, memanglah kita bukan lawan si Megat itu. Tapi sekiranya kita menggunakan cara halus, pasti kita dapat membalas dendam”, terang Kundur dalam mulutnya penuh dengan buah langsat.
“Hmmm…tuan hamba memang bijak. Bukan hanya badan tuan hamba saja yang besar, tapi akal juga bergeliga. Tapi dengan siapa kita mahu berjumpa?”, Hassan berkata sambil mengusap2 jambangnya.
“Apa susah…esok malam kita masuk ke kampung di atas bukit sana, hamba dengar Tok Batin di sana handal”, Jalak memberikan cadangannya kepada Hassan.


Berangkatlah mereka mendaki bukit memasuki kawasan yang penduduknya berkulit gelap dan memakai cawat sahaja dan rumah2 di kampung itu pula diperbuat daripada buloh. Mereka bertiga memasuki rumah Tok Batin dan memberitahu kepadanya akan hajat mereka. Kundur pula menyerahkan pakaian dan rambut Megat yang diambilnya di rumah Haryati secara senyap2. Jalak pula membawakan pengeras yang biasa di bawa bila berjumpa dengan Tok Batin itu, seperti golok yang baru, 2 ekor ayam yang masih hidup dan beras.


Setelah mengambil barang2 mereka itu, Tok Batin memberikan jaminan kepada mereka, “esok setelah tegaknya bulan di langit…maka berakhir lah ia”. Hassan hanya mengangguk sahaja mendengar kata2 Tok Batin itu. Mereka pun pulang ke rumah masing2, tetapi hati Hassan berdebar2 mengenangkan dendamnya yang hampir terlaksana itu. Keesokan malamnya, mereka bertiga menunggu di hadapan rumah Haryati dan jeritan Haryati pada ketika itu ibarat berita gembira buat mereka.


Seperti dijanjikan Tok Batin kepada mereka, malam itu Megat mula muntah2 darah dan darah mengalir keluar dari mata, hidung dan telinganya juga. Megat menggelupur di atas lantai kerana kesakitan yang ditanggungnya ketika itu dan tidak lama kemudian, Megat menghembuskan nafasnya dalam Haryati masih lagi menjerit2 meminta tolong namun apa yang tiba hanyalah 3 orang pemuda durjana yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya.


Haishhh…aku rasa macam berat nak tulis part ni…jadi aku skip ahead je lah ye? Nasib korang lah


Haryati terbaring di lantai dengan pakaiannya yang telah dikoyakkan oleh 3 pemuda durjana tadi, darah masih mengalir dari di antara kedua kakinya. Haryati perlahan2 menarik badannya ke dinding dan bersandar sambil menangis, sudah lah suaminya mati, dia pula dirogol oleh Hassan, Jalak dan Kundur. Terngiang2 di telinganya Hassan memanggilnya perempuan sial sebelum keluar pergi dari rumahnya. Sedang perasaan Haryati bergelora, tiba2 sahaja dia terdengar suara di jendela sebelahnya, “mengapa nian kau berduka wahai anakku?”. Perlahan2 Haryati menolehkan kepalanya sambil nafasnya masih tersedu sedan.


Dalam sinaran cahaya bulan, kelihatan seekor makhluk bertanduk sedang melihatnya sambil memegang kekisi jendela. Dia cukup kenal akan rupa makhluk itu, sama seperti yang pernah digambarkan oleh Pak Long melalui cerita2nya. “Kau…syaitan…”, kata Haryati kepadanya. Makhluk itu hanya ketawa besar mendengarkan kata Haryati itu. Haryati cuba mengundurkan dirinya jauh dari jendela itu tetapi tiba2 sahaja makhluk itu muncul di belakangnya. “Usah kau takut, anakku…aku lah penolongmu di waktu kamu susah”, kata makhluk itu kepada Haryati.


Muka Haryati menjadi pucat…baru sahaja satu bala menimpanya, tiba2 pula muncul pula makhluk yang boleh membawanya ke lembah kesesatan.
“Selama ini kau belajar macam2, sifat 20…asma2 Tuhanmu, mengalunkan ayat suci al-Quran hari2…tapi di manakah Tuhanmu ketika ini semua berlaku?”, tanya makhluk itu kepada Haryati. Haryati hanya tunduk dan air matanya terus2an mengalir, di dalam hatinya tertanya, “mengapa nasibku begitu sial?”.


Makhluk itu menyambung pujukkannya lagi, “nasib kita berdua ni sama sahaja, kita makhluk yang dikutuk Tuhan…tiada yang mampu membantumu kecuali aku”.
Haryati menjadi terkedu mendengar kata2 makhluk itu, dia pun bertanya, “bagaimanakah kau boleh membantu aku?”.
“Hahahahaha…aku boleh memberi kau kuasa. Dengan kuasa itu, kau boleh membalas dendam kepada 3 pemuda yang melakukan kepada engkau sebegini rupa, mereka jugalah yang membunuh suami kau dengan menggunakan khidmat Tok Batin dan secara tak langsung anak di dalam kandungan kau”, jelas makhluk itu kepada Haryati.


Haryati berteriak sekuat2 hatinya, tahulah dia sedang keguguran kerana perbuatan pemuda bertiga itu tadi. Dia sendiri pun masih tidak tahu akan dirinya itu sudah berbadan dua, apatah lagi suaminya yang mati sebelum sempat diberitahunya. Haryati menggenggam erat tangannya, rasa marah membuak2 di dalam hatinya. Makhluk itu tersenyum melihat Haryati seperti bertekad mahu membalas dendam, lalu dia pun bertanya kepadanya, “jadi…bagaimana? Adakah kau mahu mengubah nasibmu atau terus menjadi perempuan sial seperti yang dikatakan oleh penduduk kampung ini?”.


“Ya…aku mahu kuasa…aku mahu membalas dendam…”, kata Haryati sambil api kemarahannya membuak2 di dalam diri.


Bersambung…


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 01:08 PM | Show all posts
Bahagian 3 – Haryati the Origins


“Ini syarat pertamaku…”, kata makhluk itu sambil memasukkan tangannya di antara kedua kaki Haryati, membuatkan Haryati menjerit kesakitan. Peluh membasahi dahinya dek menahan kesakitan yang ditanggungnya itu. Kemudian makhluk itu menarik keluar tangannya yang berlumuran darah, apa yang di atas tapak tangannya ialah janin yang telah mati. Mata Haryati mengalir berlinangan melihat anak dari hasil cintanya bersama Megat gugur begitu sahaja. Tambah mengejutkan lagi apabila dia melihat makhluk itu dengan selamba memakan janin itu di hadapannya.


Kesedihan Haryati semakin bertambah, namun dia tidak dapat berbuat apa2 kerana dia telah bersetuju untuk menuruti syarat2 makhluk itu. Dengan mulutnya yang masih berlumuran darah, makhluk itu berkata, “pergilah kau mandi di sungai hujung kampung sana, tanpa ada seurat benang pun di badanmu dan selesaikanlah mandimu itu sebelum fajar menjelang”. Tanpa berkata apa2 Haryati berjalan ke sungai mengikut kehendak makhluk itu, air sungai yang sejuk itu ibarat jarum tajam menusuk tubuhnya yang luka di sana sini.


“Kau ikut bacaan ku ini…………”, kata makhluk itu sambil menyangkung di atas batu besar sungai itu. Haryati mengikut bacaan yang disebutkan makhluk itu satu persatu dan kemudian melangkah masuk ke arah paras air yang lebih dalam sehingga menenggelamkan seluruh tubuhnya. Apabila sudah tidak tahan lagi nafasnya, Haryati pun mengeluarkan kepalanya untuk mengambil nafas dan berenang ke tebing sungai. Kulitnya kembali cantik dan kemerah2an, luka2 di tubuhnya pun hilang begitu sahaja.


“Bagus…kembalilah kau ke rumahmu dan tutuplah semua pintu dan tingkap, esok malam aku akan bagi amalan kepada kau untuk memberi kuasa yang kau idam2kan”, kata makhluk itu di telinga Haryati. Di sebelah siangnya, Haryati menggali tanah di belakang rumahnya dan mengebumikan jenazah suami kesayangannya sambil diselangi dengan tangisannya. Kudratnya pun tidak mampu untuk mengangkat jenazah suaminya itu, dia hanya boleh mengheretnya menggunakan tikar mengkuang dan menggolekkan jenazah suaminya ke dalam lubang yang digali.


Dia teringat akan pesan makhluk itu untuk menyembunyikan semua yang berlaku dari pengetahuan orang lain jika dia mahu dendamnya itu terbalas dan membuat rumahnya itu seperti telah ditinggalkan orang. Bila malam menjelang makhluk itu memberikan mantera kepada Haryati untuk diamalkan selama 40 malam dan pembukanya ialah Haryati perlu memakan jantung perempuan yang sedang mengandung anak sulong. Segalanya diturutkan saja Haryati, hatinya semakin gelap hinggakan tak terasa olehnya ketika membunuh perempuan yang sarat mengandung itu dan memakan jantungnya.


“Bagus anakku…bagus…sekarang ini syarat yang paling berat untukmu, kau harus memakan jantung ayah kandungmu sebagai penutup amalan yang telah kuberikan kepada kau”, pesan makhluk itu kepada Haryati. Haryati terkejut mendengar akan syarat yang diberikan makhluk itu, tetapi dia hanya menganggukkan sahaja. Keesokannya sebelah siang, Pak Long datang ke rumah Haryati kerana sudah terlalu lama dia tidak mendengar khabar dari Haryati dan suaminya. Dilihat rumah Haryati seperti tidak ada orang, pintu dan tingkap pun semua tertutup.


Pak Long melangkah pergi dari perkarangan rumah Haryati, di dalam hatinya berkata, “barangkali mereka pulang ke kampung Megat, tapi masakan pula Haryati tidak memberitahuku?”. Hatinya serba tak kena, di dalam kampung telah heboh dek kematian perempuan mengandung dan jantungnya dirobek keluar dari dadanya. Pak Long merenung ke arah langit, semakin gusar hatinya…seperti ada sesuatu yang tidak baik akan melanda kampung itu.


Pak Andak menyalakan pelita di dalam rumahnya, malam telah mulai lewat namun berdiri di belakangnya seorang tetamu yang tak diundang. Pak Andak tidak menoleh ke arah Haryati, dia hanya menghembuskan nafas panjangnya dan berkata, “aku tahu apa yang mau dariku…jalan hitam yang kau lalui ini tidak ada kebahagiaan di dalamnya. Tetapi seandainya itulah yang kau mahukan, maka aku tidak menghalang kau…aku menganggap ini khilafku sebagai seorang ayah”.


Pak Andak duduk bersila di tengah ruang tamunya, matanya dipejamkan rapat menunggu nyawanya diambil oleh anak kandungnya sendiri. Haryati membacakan sesuatu dan tangannya menerobos masuk ke dalam tubuh Pak Andak, melanggar tulang2 yang melindungi jantung Pak Andak dan kemudiannya merentap keluar jantung tersebut. Tersembur darah dari mulut Pak Andak dan tubuhnya rebah ke lantai rumahnya. Haryati tidak mempedulikan jenazah ayah kandungnya, dia meratah jantung itu mentah2 sambil melangkah keluar dari rumah Pak Andak.


Di luar rumah Pak Andak, Haryati disambut dengan bunyi tepukan. Kelihatan makhluk itu sedang melihatnya dengan bangga. “Sekarang kau sudah sedia…mengganaslah kau di kampung orang asal, yang mana Tok Batinnya telah menggunakan ilmunya untuk membunuh suamimu”, kata makhluk itu kepada Haryati. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju, tiada belas kasihan yang ditunjukkan oleh Haryati...semua orang di sekitar rumah Tok Batin dibunuhnya dengan melibas tangannya yang panjang dan adakalanya tangannya menembusi tubuh mereka.


Ditetak parang pun tidak lut, dicucuhkan api pun tidak terasa, ilmu Tok Batin itu juga bukanlah lawan Haryati. Habis rumah2 di kawasan itu dibakar, mayat2 bergelimpangan dan Haryati berlalu pergi sambil tangannya memegang kepala Tok Batin seperti sebuah trofi. Keesokannya kecoh di pasar Alor Nenas akan berita kematian Pak Andak dan perihal kampung orang asal di atas bukit. Hal itu menjadikan kepala ketua kampung Alor Nanas semakin sakit. Sudahlah kematian perempuan mengandung itu tak terbela, lepas satu2 hal menimpa kampung itu dan sekelilingnya.


“Hassan, tuan hamba tahu tak apa yang melanda kampung kita ini?”, tanya Kundur yang wajahnya gelisah.
“Mana hamba tahu…yang penghulu itu bapa hamba, bukannya hamba ini”, bentak Hassan yang geram degan pertanyaan Kundur itu.
“Hamba ada mengikut Tok Ketua ke kampung orang asal itu, mayat mereka bergelimpangan seperti dibunuh. Tok Batin yang kita jumpa itu pun mati, tanpa kepala”, cerita Jalak kepada kedua2 kawannya.
“Hamba rasa hal ni berkaitan dengan……”, Kundur tak berani menghabiskan perkataannya.
“Apa? Haryati? Tuan hamba ada nampakkah dia sekarang? Dia barangkali sudah mati malam itu, rumahnya pun terbiar saja”, kata Hassan dengan suaranya yang lantang.
“Kalau mati, mana kuburnya? Lagipun kalaulah benar mati si Haryati tu, Pak Muluk akan cari sampai ke lubang cacing…”, kata Kundur dengan nada perlahan.
“Apa..? Tuan hamba takut? Badan saja besar, sudah buat kita beranilah tanggung. Tapi tuan hamba berdua mesti mau ingat, biar pecah diperut…tapi jangan sampai pecah dimulut. Tak siapa pun boleh tahu apa yang telah kita lakukan kepada mereka”, kata Hassan sambil memberi amaran kepada Jalak dan Kundur.


Dalam masa yang sama, Tok Ketua berada di rumah Pak Long untuk membincangkan hal yang telah melanda kampung itu. “Muluk, hamba tahu kita sering tidak sehaluan…hinggakan kita berdua saling tak bertegur sapa, tapi kali ni kau tolonglah aku. Di kampung kita ini tidak ada lagi orang2 yang handal untuk menyelesaikan hal seumpama ini”, terang Tok Ketua kepada Pak Long tetapi dia hanya mendiamkan dirinya. Kesedihan jelas terpampang pada wajahnya. Melihatkan keadaan itu, Tok Ketua pun menyambung katanya, “hamba minta maaf seandainya permintaan hamba ini berat, sedangkan tuan hamba baru saja kehilangan adik tapi pertimbangkanlah permintaan hamba ini”.


Tok Ketua pun berjalan pulang meninggalkan rumah Pak Long tanpa menerima apa2 kata putus dari Pak Long. Tidak lama kemudian Mak Long keluar dari dapur dan duduk di hadapan Pak Long, matanya bengkak kerana menangis terlalu lama. Dia memegang tangan suaminya sambil bertanya, “Kanda rasa tepatkah alamat yang kanda terima itu…anak kita…”.  Mak Long tidak mampu menghabiskan pertanyaannya kerana air matanya kembali mengalir. Pak Long melihat wajah isterinya sambil menyapukan air mata di pipi Mak Long dan berkata, “biarlah aku berdepan sendiri dengan Haryati…”. Mak Long tidak dapat menahan tangisannya lalu dia berlari masuk ke kamar tidur. Pak Long hanya mampu menyandarkan kepalanya di dinding sambil berkata, “Haryati…apa yang telah kau lakukan, nak…”.




Bersambung…


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
yen replied at 16-7-2019 10:01 AM
we are waiting

dah sambung dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 16-7-2019 11:20 AM
Dah update Cite baru, gitau eh

dah update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 17-7-2019 02:01 PM
gtau jgk if ada update...

dah update dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 17-7-2019 11:14 PM
Hokeh...aku terlambat polo ini tred.
Tapi bagus jugak, tidaklah ku ternanti2 sambungan cerita.
Suk ...

terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak seberapa ni...pasal hijab tu, entah la. Sebab pada kebiasaannya tak nampak pun.

Pasal ilmu Pak Tahir & Pak Mud tu ada la juga diorang bagi sikit2, tapi aku ni bukannya guru nak bagi2 kat orang. Bukan juga perawat...untuk diri sendiri tu boleh lah. Bukan maksud aku ni kedekut ilmu ke apa...tapi benda2 ni macam above my pay grade, susah aku nak terangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pemanis_mulut replied at 19-7-2019 11:25 AM
perghhhh.. dah macam baca hikayat hang tuah... terbaik.

eh? Awalnya baca? Tak sempat aku nak update semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 01:56 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 19-7-2019 01:16 PM
eh? Awalnya baca? Tak sempat aku nak update semua

hahaha... tak sabo...penat aku refresh 2-3 hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Exo, tuan adalah penulis terbaik dalam board MPS ni. Ada sikit2 feel macam bro zulkha tau. Entah-entah multinick tak ;)

Kim tumpang sedih untuk Haryati. Masa down tu dia dah membeli dengan syaitan. Haryati boleh je membeli dengan Allah..semoga dia aman disana
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2019 04:28 PM | Show all posts
memang terbaik penulisan tt. tak sabo tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.090561 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list