CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 13-2-2010 01:48 PM | Show all posts
Satu malam Salleh pergi menyiasat......" Ruby terdiam seketika sambil mengesat airmatanya.



alamakkkkkk....pu3 pun nak kesat airmata ni...sebb cerita bersambunggg waaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2010 05:02 PM | Show all posts
"Saya ada terdengar suara Salleh bertempik seperti sedang memarahi lagaknya walaupun butirannya tidak jelas. Seketika kemudian terdengar seperti suara mengilai panjang. Saya terlampau takut dan bersembunyi dalam bilik dengan anak-anak. Setelah agak lama  Salleh belum pulang juga, saya terus menelefon polis. Salleh dijumpai tidak sedarkan di lereng bukit lebihkurang seratus meter dari rumah kecil itu. Wak Joyo tidak ditemui sehingga kini. Sejak itu, berlaku banyak perubahan pada dirinya"
"Dia masih ada di sekitar rumah ini." kata Dr. Salam lantas bangun dari sofa. "Boleh saya jumpa Salleh?"
Ruby mengangguk-angguk sambil bangun menuju tangga untuk naik ke atas. Dr. Salam dan Hadi mengekori sambil pancaindera ke enam difokuskan sekitar kediaman itu. Hadi dapat mengesan beberapa kehadiran di sekitar. Bagaimanapun , 'perisai kalimah sudah cukup sebagai pendinding ketika itu.
Ruby membuka pintu sebuah bilik dihujung tingkat atas itu. Bilik itu agak gelap dan mereka mengambil masa beberapa saat untuk mata mereka dibiasakan dengan keadaan tersebut.
"Assalamualaikum." kata Dr. Salam.
"Alaikumsalam.," terdengar satu suara yang agak lemah dipenjuru bilik itu. Bayang susuk seorang lelaki kelihatan samar-samar di atas sebuah kerusi.
"Salam ke tu?"
"Ya, saya Salam ni. Kamu apa khabar Salleh?" kata Dr. Salam sambil mendekati Salleh. Hadi juga bergerak mengekori bapanya.
"Kamu jangan terkejut tengok aku Salam...," tutur Salleh dengan lemah sekali.
"Allah Hu Akbar!" terdengar kalimat takbir keluar dari mulut Dr. Salam. "Sampai begini jadinye kamu Salleh?"
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 07:15 PM | Show all posts
bookmarked kat sini dulu, fuhhh pelbagai emosi nak habiskan dari pg1 sampai sini.. pengembaraan fizikal dan minda dalam kepelbagaian..

keep up saudara..{:3_83:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2010 09:37 AM | Show all posts
Hadi menjenguk dari belakang bapanya dan pemandangan yang menyapa matanya sangat mengejutkan . Di hadapan mereka sekarang adalah sesusuk lembaga bertubuh seperti manusia tetapi begitu ganjil dan hodoh sekali. Manusia bernama Salleh ini bentuk kepalanya kelihatan seperti burung dengan berparuh kecil dan berbalung seperti ayam jantan. Namun didalam paruh itu masih kelihatan gigi manusia yang lengkap. Matanya sepet dan memanjang ke tepi kepalanya yang pipih. Kulitnya tidak berbulu tetapi bersisik bulat kecil seperti syiling dua puluh sen berwarna coklat keperangan. Tangannya seperti kaki biawak dengan kuku hitam yang agak memanjang. Dia hanya berpelekat dan tidak berbaju, menampakkan badannya yang bersisik juga seperti biawak.
"Salam, aku tak tahan lagi macam ni, aku tahu kamu boleh tolong aku selesaikan masalah ini. Kalau perlu mati pun aku redha..." rayu Salleh...., hiba.
"Dia tak berdaya untuk bergerak lagi seperti biasa tetai sekadar merangkak sahaja." kata Ruby.
"Mana anak-anak kamu?" tanya Dr. Salam. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan Salleh. Salleh yang dikenali sebagai seorang jutawan yang pemurah dan disegani kini sudah berubah menjadi sesuatu yang tidak dapat diterima akal secara tiba-tiba sahaja. Salleh yang dikenali sebagai seorang yang periang dan ramah kini sudah menjadi yang sebaliknya pula.
"Dah saya hantarkan ke kampung atas alasan bapanya berpenyakit berjangkit. Hanya tinggal kami berdua di sini. Amah pun dah kami berhentikan kerana takut rahsia ini diketahui ramai pula." tambah Ruby, seorang isteri yang setia dan sanggup bersusah payah demi suami tercinta.
" Beginilah Salleh, aku kena tinggal di sini sehari dua untuk rawat kamu. InsyaAllah segala-galanya akan kembali pulih." Kata Dr. Salam walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pasti. Hadi faham bahawa bapanya itu akan berusaha sehabis daya walaupun terpaksa berkorban nyawa demi kawan lamanya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 14-2-2010 12:44





adakah seperti sedemikian....



soriii dah tuko huhuhu......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2010 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by azredclaw66 at 14-2-2010 21:30

alamak ko ni puteri...., gamba budak malang tu lak ko tepekkan.....siannn dieeee

Aaaaah.., second pix tu ok gal ler he he
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2010 09:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by azredclaw66 at 15-2-2010 15:47

Lewat malam itu selepas solat Isya , Dr. Salam mengajak Hadi duduk di wakaf yang berada di tepi rumah itu. Mereka perlu merancang strategi pemulihan Salleh.
"Apa pendapat kamu?" tanya Dr. Salam kepada Hadi yang leka merenung bulan purnama penuh di langit yang cerah.
"Entahlah bah, rasanya Wak tu lah punca segala musibah ni."
Dr. Salam menyedut paip tembakaunya dalam-dalam sambil matanya melilau memerhatikan sekitar kawasan rumah itu.
"Dia ada di sekitar ini. Kamu tahu siapa orang tua yang menegur kita tadi?"
"Tak tahu bah."
"Dia tu boleh dikatakan sebagai wali Allah kawasan ni. Wallahualam. Apa yang dikatakannya tu benar. Segala sesuatu adalah milik Allah dan jika kepayahan melanda, serahkan pada DIA juga untuk dileraikan. Berdoa untuk diberi petunjuk atau ilham dan kita harus berusaha berdasarkan petunjukNYA."
"Bah, rasanya ada sesuatu memerhati kita," bisik Hadi sambil menajamkan semadi fikirnya bagi mengesan lokasi pemerhati itu.
"Itu Jin Pamungkas belaan Wak Joyo. Sebelah Barat di luar pagar dekat garaj kereta." ringkas saja kata-kata Dr. Salam. Sedikitpun tidak terlihat cemas di wajahnya.
"Macamana bah, nak 'attack' ke?"
"Syyyhh, biarkan dulu. Dia sedang mencari titik lemah pagaran kita. Dari dia nanti kita akan korek rahsia sebenarnya. Mari masuk ke dalam rumah dan berehat. Esok banyak kerja nak dibuat." Kata Dr. Salam lalu bingkas bangun dan menapak masuk ke dalam mahligai agam itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-2-2010 14:17


"Itu Jin Pamungkas belaan Wak Joyo. Sebelah Barat di luar pagar dekat garaj kereta." ringkas saja kata-kata Dr. Salam. Sedikitpun tidak terlihat cemas di wajahnya.



...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2010 02:15 PM | Show all posts
adakah wujud?.....@ rekaan semata-mata cerita ni pokcikk???....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 03:42 PM | Show all posts
Salam pu3, agak agak kamu camna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 04:40 PM | Show all posts
Aneh sekali bagi Hadi kerana pada malam itu dia bermimpi didatangi 'wali Allah' yang dijumpai di hadapan rumah itu . Wali itu  tersenyum dan mengusap-usap kepala Hadi sambil mulutnya tidak henti berzikir 'Ya Hayyu Ya Qayyum' dan seketika kemudian keluar seketul berlian yang sangat cantik dari mulutnya itu. Berlian ditapak tangannya itu dilekapkan ke dada Hadi lantas masuk ke dalam badan. Tiba-tiba dada Hadi memancarkan cahaya putih kebiruan yang indah sekali.
Dia ingin bertanya tetapi tiada suara yang keluar dan seketika kemudian dia terus terjaga dari tidurnya. Hari sudah pun menjelang subuh.
Selepas bersarapan, Dr. Salam masuk ke dalam biliknya lantas membuat semadi zikir bagi mencari petunjuk manakala Hadi diarahkan memantau 'pagaran kalimah'.
Sebelum tengahari, Dr. Salam memanggil Hadi masuk ke biliknya.
"Malam ini kita buat perhitungan. Abah akan panggil Jin Pamungkas masuk ke dalam tubuh Salleh." kata Dr. Salam.
"Tapi bah, kan ke Salleh tu tengah sakit?"
"Yelah, kita panggil punca penyakit sedut balik sakit tu, " seloroh Dr. Salam sambil tersenyum. Kemudian dia berpaling merenung dada Hadi.
"Ohhh, dapat 'Panca Berlian' ya?"
"Apa bah? Panca Berlian apa lak?" tanya Hadi kebingungan.
"Ish kamu ni, Panca Berlian adalah satu anugerah yang InsyaAllah dapat membantu kamu di saat genting. Cuma tumpukan perhatian , niat dan berdoa minta Allah pancarkan cahayanya. Tak apalah, nanti kamu akan faham.: kata Dr. Salam sambil memasukkan tembakau ke dalam paipnya.
"Lepas Isyak, pohon bocorkan pagaran kalimah dari Allah dan kita tengok apa akan terjadi." tambah Dr. Salam lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 09:11 PM | Show all posts
Dr. Salam banyak menghabiskan masa bersama Salleh dengan memberinya kata-kata semangat bagi menguatkan lagi tekadnya berjuang meneruskan hidup. Siang berlalu tanpa apa-apa kejadian pelik.
Selepas Isyak, mereka semua berhimpun di dalam bilik Salleh. Dr. Salam meminta Ruby menambahkan beberapa batang lilin lagi supaya bilik bertambah terang walaupun cahaya itu sedikit menyakiti Salleh.
"Hadi, bocorkan pagaran paling hampir dengan tingkap bilik ini," kata Dr. Salam setelah membuka tingkap kecil itu.
Hadi melakukan semadi Akbar bagi membuka ruang di pagaran kalimah. Seketika kemudian, rumah itu bergegar sedikit dan angin kencang menerpa masuk melalui bukaan tingkap. Anehnya, lilin-lilin tidak terpadam dan angin itu lebih merupakan gumpalan asap hitam yang bergulung-gulung. Asap itu bergerak laju mengelilingi tubuh Salleh yang terkeang di atas katil dan beberapa ketika kemudian masuk melalui lubang hidung Salleh sehingga tidak kelihatan lagi gumpalan hitam itu.
Dr. Salam dengan segera membuat isyarat mengunci setiap rongga tubuh Salleh.
"Huarrrgh! Kau ingat kau boleh kalahkan aku? Tunggu kemusnahan kau!" Salleh bersuara garau tetapi nyaring. Dia cuba untuk bangun tetapi gagal. Seperti ada yang mengikatnya ke katil itu.
"Huarrghhhhhh! Lepaskan aku! Pengecut! Lepaskan aku! Kita bertarung saja!Lepaskan!" tempik 'Salleh'  dengan garang sekali. Usahanya untuk melepaskan diri tidak membuahkan hasil. Dr. Salam telah mengunci segala sendi geraknya.
"Syaitan! Aku tak mahu berurusan dengan kamu. Aku tak mahu tahu siapa hantar kamu tapi aku akan hancurkan kamu sekarang juga kerana aku telah menganiaya seorang hamba Allah yang tak berdosa dengan kamu!" tegas sekali lontaran suara Dr. Salam yang kini telah tegak berdiri.
"Aku Joyorono murid Eyang Sepuh ! Dia ini harus mati kerana moyangnya pernah menghina Eyang! Eyang mahu dia mati! Semua keturunan sulung Kiyai Muslim mesti mati!"
"Aku bagi peluang untuk kamu Pamungkas! Kamu jin kafir! Bertaubatlah kamu dan percayalah Tiada Tuhan selain Allah untuk kamu sembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah!"  Tiga kali Dr. Salam bertempik sedemikian tetapi tidak diendahkan malah dicaci nista dengan kebiadapan melampau oleh Jin Pamungkas belaan Joyorono itu.
Dr. Salam kelihatan tenang dan tangannya dikiamkan.
"Allahu Akbar!" Serentak dengan tempikan asma Tuhan itu, Dr. Salam membuka langkah jurus dan meledakkan pukulan batin ke arah tubuh Salleh.  
"EyannnnnnnnnnGGGGG! " satu jeritan yang kuat terdengar membingitkan suasana bilik itu. Pusaran asap hitam keluar dari tubuh Salleh dan satu cahaya putih kelihatan muncul tiba-tiba melengkungi asap hitam dan tubuh Salleh. Hadi kelihatan seperti terdorong ke hadapan ketika itu. Beberapa saat kemudian segala-galanya kembali sunyi dan kesemua lilin terpadam.
"Pasang lampu!" pinta Dr. Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 02:16 PM | Show all posts
Beberapa saat kemudian segala-galanya kembali sunyi dan kesemua lilin terpadam.
"Pasang lampu!" pinta Dr. Salam.


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 02:17 PM | Show all posts
Salam pu3, agak agak kamu camna?
azredclaw66 Post at 2010-2-15 15:42



ooo ejekk yee..nanti sat pu3 nk kol Dr . Salam..hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 07:06 PM | Show all posts
Ruby memetik suis lampu dan dengan segera menerpa ke arah Salleh yang kini kelihatan sempurna seperti biasa. Segala kehodohannya telah hilang bersama hancurnya syaitan itu.
"Abang! Bangun! Ni Ruby ni!" jerit Ruby apabila Salleh tidak memberikan sebarang reaksi dan kelihatan seperti tidak bernyawa lagi.
"Ruby, Salleh tak apa-apa. Dia dah kembali pulih, cuma dia terlampau letih. Biarkan dia berehat dahulu." kata Dr. Salam. "Hadi, mari ikut abah."
Mereka berdua bergegas meninggalkan bilik itu menuju ke bawah.
Hadi hanya mengekori abahnya itu tanpa sebarang pertanyaan. Dr. Salam menuju ke luar rumah dan berhenti di halaman. Di hadapannya terbujur tubuh seorang lelaki separuh umur dalam keadaan bogel dan rentung keseluruhan tubuhnya.
"Inilah Joyorono. Sang Pamungkas belaannya juga telah terhapus" kata Dr. Salam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Hadi bergegas ke dalam bagi menelefon polis.
Setelah beberapa hari, Salleh kembali pulih dan kini telah menetap di Jeddah bersama keluarganya. Memang ramai ahli keluarga Salleh yang sulung mati dalam keadaan mengerikan sebelum itu. Tentang dendam kesumat berkurun Eyang Sepuh itu, dia sedikitpun tidak tahu mengenainya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 01:34 PM | Show all posts
wah azred...makin menarik novel anda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2010 02:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 17-2-2010 14:27
Tentang dendam kesumat berkurun Eyang Sepuh itu, dia sedikitpun tidak tahu mengenainya.




saur sepuh ni pernah le tengok hhuhuuh.....


(dikenali sebagai abah sepuh)huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 02:42 PM | Show all posts
menarik.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2010 08:28 PM | Show all posts
Salam. Buat peminat siri ini, minta mahap cos pokcik kena outstation dua hari. Jumpa lagi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:30 PM | Show all posts
huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.440533 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list