CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
 Author| Post time 20-2-2010 11:07 AM | Show all posts
SERANGAN BERMULA


Mata Hadi melingas ke sana-sini. Hatinya terasa rusuh sekali. Sesuatu sedang berlaku di luar sana. Engku Damit, Engku Tumiran dan Engku Anggun juga seperti dapat merasakan keresahan itu. Peluh merenek di wajah mereka lalu mengalir laju membasahi pakaian masing-masing. Mereka kini berdiri tegap dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Suasana sunyi teramat melipat gandakan keresahan yang melanda. Hadi cuba mengesan apa yang sedang berlaku dengan separa semadinya.
"Mereka telah berada di sekeliling kita. Puaka tiga serangkai itu sudah berada di sini. Berhati-hati ayahnda dan kekanda sekelian." bisik Hadi.
Tiba-tiba muncul ratusan bebola api kecil sebesar penumbuk menerjah dari semua arah. Syukurlah 'pagar kalimah' masih teguh memantulkan serangan.  Serangan seketika itu sekadar untuk menduga sahaja dan Hadi pasti serangan yang bakal menyusul sudah pasti lebih hebat lagi.
Hadi mengerling ke arah Engku Damit dan anak-anaknya.
"Aneh, kenapa mereka nampak lebih besar dari biasa?" tanya hatinya. Memang ENgku Damit dan anak-anaknya tidak lagi berkeadaan biasa. Tinggi mereka sudah mencapai 2 meter ! Namun Hadi sedar mereka adalah dari kaum jin da itu adalah kelebihan mereka. Senjata mereka juga turut menjadi besar.
"Anaknda Hadi, tumpukan perhatian!" tegur Engku Damit yang menyedari renungan Hadi itu.
Sebenarnya, dengan izin Allah, kita sebagai manusia boleh menandingi apa yang dibuat kaum jin kerana kita diiktiraf sebagai khalifah di muka bumi ini. Cuma dalam keadaan kritikal beserta penyerahan diri yang total kepadaNYA sahaja memungkinkan itu terjadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2010 12:22 PM | Show all posts
lagikkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2010 07:44 PM | Show all posts
"Bagaimana kita bisa bertarung jika berada di dalam pagaran hikmah ini?" tanya Engku Anggun sambil merapati Hadi.
"Benar kata Engku Anggun itu. Ayahnda, bagaimana kalau kita bertawakal dan bertempur seperti biasa di luar sana?" tanya Hadi.  Hatinya masih berbelah bahagi tetapi memandangkan keadaan tidak akan menyebelahi mereka jika terus begitu memandangkan mereka  atau Hadi perlu makan, minum dan sebagainya manakala syaitan-syaitan itu boleh bertahan selama mungkin.
"Silakan anaknda, kita bersama bertarung ke titisan darah terakhir, InsyaAllah." tegas sekali jawapan Engku Damit.
Serentak mereka melompat keluar dari pagaran hikmah dan mengambil posisi masing-masing membentuk satu bulatan.
Ketika itu juga terdengar begitu gegak gempita sekali bunyi-bunyi yang mengerikan seperti satu peperangan yang hebat sedang berlangsung. Namun masih belum ternampak sebarang gerakan di dalam kekaburan kabus hijau pekat itu.
"Bertawakal kepada Allah. Ini adalah jihad mempertahankan agama dan bangsa!" lantang Engku Damit memberi semangat.
"Hiappp!" Engku Tumiran melompat ke samping mengelakkan tusukan sebatang tongkat berkepala tengkorak yang muncul tiba-tiba entah dari mana. Tongkat itu kembali menyerang Engku Tumiran tetapi kelincahan anak muda itu mengelak berjaya mengelirukan serangan balas itu.
"Allah hua Akbar!" Engku Anggun melompat seperti terbang lagaknya lalu menikam pangkal tongkat yang sednag mengambil posisi itu.
"Sialan!" terdengar satu suara garau yang kuat bertempik dan kemudian bunyinya seperti menahan sakit. Tongkat itu berpusing-pusing tidak berhaluan lagi.
"Allah hu Haq!" tempik Hadi lantas melepaskan jurus halilintar ke arah tongkat itu dan dengan tiba-tiba tongkat jatuh ke tanah dan menjelma menjadi seorang lelaki berwajah garang. Dia sedang menahan sakit sambil menampar-nampar tanah.
"Sialan kamu semua! Kamu pasti mati! Aduuhhhh!"
Hadi teringat pernah melihat kilasan makhluk itu satu ketika dahulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 11:01 AM | Show all posts
Dalam sekelip mata sahaja tubuh lelaki garang itu lesap begitu sahaja. Belum sempat mereka berkata apa-apapun, muncul lembaga-lembaga berbentuk seperti kalajengking berkepala beruk bertaring. Makhluk-makhluk itu bergerak laju sambil mengacukan penyepit-penyepit mereka yang besar ke arah Hadi dan kumpulannya.
Engku Tumiran dan Engku Hadi bergerak pantas hingga Hadi tidak sempat melihat kelibat mereka. Hanya kilasan keris dan bunyi raungan makhluk-makhluk itu menguasai keadaan. Seketika kemudian, kedua-dua pendekar itu kembali bersama Hadi dan ayahnda mereka. Kini Hadi dapat melihat jelas kepala-kepala beruk jadian yang bertaburan di atas tanah dan masih mampu menyeringai ganas di samping tubuh kalajengking yang hampir hancur.
"Ini tak boleh jadi. Mereka cuba melemahkan kita. Kita harus menghancurkan puaka bertiga itu!" kata Hadi sambil menggenggam tangannya ....geram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 11:21 AM | Show all posts
"Ya anaknda, kita perlu segera mencari puaka Marawa itu." kata Engku Damit sambil matanya ligat mengawasi keadaan.
Hadi segera duduk bersila dan berpeluk tubuh. Matanya dipejamkan dan dengan segera mencari titik fokus. Seketika kemudian. Hadi sudah berada di dalam dimensi ke dua di mana segala-galanya kelihatan kekuningan. Seketika kemudian, bayangan puaka yang tinggi dan besar muncul di hadapannya. Mereka tidak menyedari kehadiran Hadi. Masing-masing seperti sedang tidur walaupun matanya yang banyak itu terbuka luas. Rupa puaka-puaka Marawa amat pelik sekali. Setiap kepala mempunyai tiga wajah dan di atas setiap wajah terdapat tiga biji mata dan satu mulut. Tangannya yang banyak seperti Kali menambah kegerunannya.
Hadi tahu, inilah peluangnya untuk menggempur puaka-puaka itu. Walau apapun, dia perlu meminta bantuan Engku Damit dan anak-anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 03:53 PM | Show all posts
:pompom::pompom:go go go:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2010 04:35 PM | Show all posts
membayangkan wajah2 yang seperti dalam penceritaan tu... tambah ngerii tuu tetiba plak ada rasa hembusan angin kat tenguk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2010 07:38 PM | Show all posts
Dalam bercerita ni pun ada gak yang cuba nak ganggu pokcik nih...., ish...ish...ish kena call Dr. Salam le plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2010 10:34 PM | Show all posts
Wah, kesian pakcik kene kaco....:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 01:56 PM | Show all posts
Wah, kesian pakcik kene kaco....:cry:
jaketbiru Post at 22-2-2010 22:34


Ada orang marah kononnya pakcik tulis cerite ni cam perli dia. Hadoooiiii, nampaknya pakcik kena habiskan cepat cerita ni, takut ada orang lain lak yang terkilan. Pak cik nak kasitahu bahawa cerita ini hanyalah untuk menunjukkan bahawa banyak benda yang pelik tapi tak mustahil di muka bumi ini dan hanya Allah sahajalah yang mengatur baik buruknya. Pakcik dah tua, sekadar nak kongsi pengalaman hidup dengan generasi baru. Apapun, pakcik akan cuba habiskan segera dan mengundur diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 06:17 PM | Show all posts
apa undur diri???? pakcik jangan ler mengalah!!! Along mmg respek dengan pakcik nih. cerita pakcik macan Along ada sama dalam citer tu...

hish! sapa la yang dengki tu??? Pi main jauh2!!!!! kang Along kasi satu jurus baru tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 08:27 PM | Show all posts
Hadi kembali ke tubuh asalnya dan ketika itu dia mendapati Engku Damit dan anak-anaknya sedang mengelilingi suatu makhluk yang agak besar. Badannya kelihatan  seperti seekor lembu tetapi kulitnya berkerutu dan berbenjolan di sana sini. Kepalanya lebih menyerupai seperti kepala kuda laut yang bertanduk dengan mulut yang kelihatan berapi.
Hadi ingin menyertai mereka tetapi Engku Damit memberi isyarat agar dia berundur. Engku Damit menghambur tinggi di udara dan di kala itu dia diserang dengan semburan api oleh makhluk dahsyat itu. ENgku Damit tidak mengendahkan serangan itu dan berjaya memegang kedua tanduknya yang besar dan panjang berkilat.
Kini berlaku perlagaan kekuatan antara Engku Damit dan makhluk ganjil itu. ENgku Tumiran dan Engku Anggun mengunakan peluang itu dengan meradak tubuh makhluk ganjil berulang kali. Bukan darah yang keluar dari liang-liang luka itu tetapi bahan yang kelihatannya seperti larva gunung berapi.
Makhluk itu kelihatan semakin lemah dan kesempatan itu diambil oleh Engku Damit dengan membenam mata kerisnya tepat di dahi yang berkerutu itu.
Engku Tumiran dan Engku Anggun dengan segera memangkas kaki makhluk itu menyebabkan ia rebah ke bumi.
"Undur!" jerit Engku Damit agar anak-anaknya menjauhi makhluk yang sedang menggelepar kesakitan itu dengan segera. Beberapa ketika kemudian, kelihatan makhluk itu pecah berkecai dengan percikan api dan lahar melayang ke sana sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2010 08:28 PM | Show all posts
Thanks Eyealong, apapun lebih baik kita mencegah dari kita merawat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 10:02 AM | Show all posts
:pompom::pompom: go pokcik go......saya sentiasa menyokong pokcik:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 05:31 PM | Show all posts
Adoi..jenuh gak nak merempit baca benang ni..tetap best cerita ni..
memang berbaloi2 baca citer azred..
kami sumer sokong azred..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 06:09 PM | Show all posts
sokong! :pompom: sokong! :pompom: sokong! :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2010 11:29 PM | Show all posts
Makacih eyealong, yenil95,adzyla.........apapun pakcik cubo abiskan yang ini dulu. Kalau ada hayat I.Allah adalah lagi yang menyusul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 11:40 PM | Show all posts
"Puaka Marawa sedang berehat ayahnda, inilah masanya untuk kita membuat serangan. Adakah kalian semua bersedia?" Hadi membuka kata sambil masih mengawasi keadaan sekitar. Kabus hijau masih pekat menyelubungi.
"Teruskan saja anaknda. Apa perlu kita lakukan?" tanya Engku Damit sambil kembali ke saiz asalnya.
"Kita pergi secara terawangan. Engku Tumiran dan Engku Anggun sebaiknya tunggu di sini mengawasi tubuh kami berdua. Kembali dalam 'pagaran kalimah'.'
Kedua-dua pendekar bunian muda itu mengangguk faham akan tugas yang diamanahkan walaupun terkilas sedikit riak kecewa di wajah mereka.
Hadi duduk berlaga lutut dengan Engku Damit dalam keadaan semadi penuh. Kedua tangannya memegang tangan bunian seperuh umur itu.
Seketika kemudian mereka telah berada di dimensi kuning tempat bersemayamnya puaka-puaka Marawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2010 11:54 PM | Show all posts
Entah mengapa secara tiba-tiba Engku Damit terduduk sambil memegang kepalanya seperti sedang menahan kesakita yang amat sangat. Dia memberi isyarat agar Hadi meninggalkannya dan meneruskan perjalanan menyerang puaka Marawa.
Hadi menjadi serba salah tetapi serangan segera adalah menjadi keutamaan. Sebenarnya puaka Marawa telah menggunakan frekuensi bunyi yang mengganggu kaum jin lainnya termasuk bunian sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka tidak menyangka akan adanya manusia yang akan sampai ke situ.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 12:46 PM | Show all posts
wah makin seronot, dua ronot, tiga ronot citer pakcik azred nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057021 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list