CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HaMiZiE

Murid mati makan juadah berbuka

  [Copy link]
Post time 28-9-2011 03:07 PM | Show all posts
berkongsi update dari website kementerian kesihatan....

LAPORAN INSIDEN KEMATIAN SELEPAS MAKAN JUADAH BERBUKA PUASA

Berikutan isu seorang budak berumur 11 tahun yang meninggal dunia setelah makan juadah berbuka puasa yang dibeli di bazaar ramadan Taman Seri Mewah, Meru, Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan beberapa siri siasatan dan pemeriksaan ke atas premis makanan yang disyaki bagi mengetahui punca sebenar insiden dan seterusnya bagi mencegah dan mengawal kejadian daripada berulang kembali.

Pada peringkat awal siasatan, otak-otak dan Ais Batu Campur (ABC) yang dijual di premis tersebut disyaki sebagai punca kejadian keracunan makanan. Oleh yang demikian, KKM telah menjalankan pemeriksaan premis ke atas kilang yang membekalkan otak-otak dan kilang ais (pembekal sumber ais bagi penyediaan otak-otak dan ABC). Hasil pemeriksaan tersebut, kilang otak-otak telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana kilang tersebut tidak mematuhi tahap kebersihan yang memuaskan. Manakala, hasil pemeriksaan ke atas dua (2) buah kilang ais mendapati pihak kilang tidak mematuhi keperluan-keperluan kebersihan premis serta amalan pengilangan makanan pada tahap yang memuaskan. Kilang-kilang tersebut telah diarahkan untuk mengambil tindakan pembetulan ke atas keperluan-keperluan tersebut. Di samping itu, sampel ais juga telah diambil di kilang ais dan didapati mematuhi.

KKM juga telah menjalankan pemeriksaan susulan bagi memastikan pihak kilang telah mengambil tindakan penambahbaikan ke atas keperluan-keperluan tersebut.

Berdasarkan hasil siasatan, KKM mendapati bahawa pengendali makanan semasa penjualan mungkin boleh dikaitkan dengan pencemaran ke atas makanan yang dijual.

Sehubungan itu, KKM adalah dalam proses membimbing pihak kilang ais dan juga pengendali makanan dalam memastikan amalan pengendalian makanan yang baik serta pematuhan ke atas Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. KKM sentiasa bekerjasama  dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti makanan demi menjaga kesihatan rakyat.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

23 September 2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054950 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list