CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata III

  [Copy link]
 Author| Post time 17-5-2015 02:26 PM | Show all posts
Ramai Melihat

Bidalan dahsyat
perumpamaan kelat.

Segenap sudut kaurembat
tak mengira sudut tirus atau tepat
janji kaufikir boleh sumbat.

Ramai melihat rakam kelibat
ada penjaga gawang menyukat
ada penjaga garisan tercegat
ada pengadil mengekor rapat.

Curi ayam mengelat
tangan-tanganmu gian terlibat
engkau yakin jadi penjaring hebat
jangan lupa kiri kanan mencatat
kamera atas bawah ulang tayang ralat.

Bertaubat.

CNM, 17/5/15.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2015 10:19 AM | Show all posts
Kijang lawan Singa

Kijang
akalnya panjang
kudrat mungkin kurang
perlu bijak atas padang
bikin sesak elak lapang
Singa lelah semak menghalang.

Singa
muda belia
kuat penuh tenaga
semangat juang membara
mengasak demi sebuah piala
meratah Kijang matlamat juara.

Kijang perlu berakal
Singa menerkam harus gagal
kudrat muda atau geliga si tua
caturan peneraju penentu kuasa
sama-sama saksi
mereka beraksi.

CNM, 23/5/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2015 03:07 PM | Show all posts
Menang Sorak

Gegak
penuh sesak
merah berasak-asak
menang sorak
kalah diamuk todak.

Merah parah
saksi Kijang diratah
Singa mengaum meluas jajah.

Semangat yang menggelegak
jadi sejuk dek tiga biji peledak.

CNM, 24/5/15

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2015 05:12 PM | Show all posts
Besar Kecil

Eh!
Ini negeri apa?
Hah! Negeri Kelantan!
Besarnya,
tapi bakpo ada namo mat saleh?

Eh!
Ini negara ke negeri?
Ya ke negara Singapura?
Kecil je,
pelik la tak ada pun nama mat saleh!

CNM, 24/5/15
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 02:15 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 1-6-2015 02:16 PM

Banyak

Banyak
dan memang terbanyak
tapak-tapak kaki menapak
memijak titian ke puncak
di seberang mereka berkahak.

Banyak
dan memang terbanyak
muka-muka hapak merenyak
menghentak titian ke geledak
di atas mereka menyalak
mereka bijak.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2015 02:02 PM | Show all posts
Polos-Lolos-Bolos.

Berbogel polos lolos
jual manusia bolos
senangnya menerobos
Malaysiaku keropos
dek ongkos
jadi sos kehidupan bos.

Semua boleh lulus
janji ada fulus
terjual telus
bengkok yang lurus
hilang mulus
tak tertebus
direbus hangus.

CNM
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2015 09:39 AM | Show all posts
Rakus-Jerlus-Menikus

Desas-desus
mereka membaham rakus
menongkah pasir jerlus
disergah terus menerus
kenapa menikus?

Pahlawan perlu menebus
andai berjiwa telus
usah mendengus
kepercayaan rakyat yang tulus
kembalikan dengan mulus.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 09:29 PM | Show all posts
RAHMAT

Senja tadi
langit kebiruan
disimbah rona senja
kemilau cahaya
rahmat bakal tiba.

Malam ini
langit gemerlapan
kerlipan bintang
bagai menanti
rahmat bulan suci.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2015 09:35 PM | Show all posts
Teringat

Zaman remaja
di bulan puasa
pabila tiba senja
berbaris membeli seketul ais
buat menghilang dahaga
tigapuluh sen harga
satu palung dikerat tiga.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2015 09:36 PM | Show all posts
Tergoda

Safia
kegebuan kulitmu
buat insan berahi.

Ajwa
kemanisanmu
buat insan ternanti-nanti.

Dua kurma
pembuka selera berbuka.

CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 06:08 PM | Show all posts
Terimaginasi Menu

Sejuk halus
menyusur kerokong
berhalwa pandan
ah! Cendol sirap
selera menyirap.

Kekacang
bergaul keropeh ayam
bau mengancam
sambal taucu
selera melutu.

Nenas limau bali
gaul sekali
sengkuang timun batang
keropok keping rojak buah
selera bertambah-tambah.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 09:32 AM | Show all posts
Netizen

Panjang
menelanjang
nota-nota dalam kain pejuang
serkap jarang
pun mungkin dari risikan
membentang.

Garang
memarang
tindak-tanduk si dalang
pantang
kesilapan dihidang
diserang.

Malang
semangat pahlawan
hanya kerana berita sesawang
entah benar entah rekaan
tanpa usul-periksa
memarak bara kebencian.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 05:11 PM | Show all posts
Satu, satu pergi.

Satu, satu pergi
pergi tak kembali
yang tinggal menangisi.

Satu, satu pergi
pergi menghadap Ilahi
yang tinggal menginsafi.

Satu, satu pergi
pergi ke alam abadi
yang tinggal pasti menyusuli.

Satu, satu pergi
pergi untuk diadili
yang tinggal doakan moga diredai.

Satu, satu pergi
pergi mengikut takdir sendiri
yang tinggal ingatlah detik menghampiri.

CNM, 24 Jun 2015.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 07:50 PM | Show all posts
Gentarlah
Telah
diperdengar;
tatkala langit terbelah
tatkala mentari digulung
tatkala bintang-bintang berguguran
tatkala gunung ganang berterbangan
tatkala laut membuak-buak,
ke mana kita?
CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 09:59 PM | Show all posts
Gentarlah 2
Telah
diperlihat;
antara langit dan bumi
setiap satunya menjadi
dari langit dicurahkan air putih suci
dari kerak bumi ditumbuhkan pohon merimbuni,
lalu kuasa apa yang mengatur?
Beruntunglah bagi hati-hati yang akur.
CNM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 02:40 PM | Show all posts
"dalam kain"

Huh!
Lima tahun umur dibelasah
papa mama jahat.

Hais!
Mak pukul anak sendiri
sampai hilang nyawa diseligi.

Pedih
hangat menggelegak hati
apa nak jadi masyarakat kini?
Dah mati budaya ambil tahu hal dalam kain orang
engkau, engkau
aku, aku.

Makin ramai hantu tak berkain.

CNM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2015 05:17 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 5-7-2015 05:24 PM

Kupinta

Malaysia masih aman
biar gelora menghentam kiri kanan
selagi tuduhan tak dibuktikan
maka kekal ia sebagai hanya tuduhan
teruskan berdoa Malaysia kekal aman
kerana kita inginkan kesejahteraan.

Ya Allah, serlahkan kebenaran
andai ada ketidakjujuran kepimpinan
kuburkan kuasa kezaliman
andai mereka di landasan kebenaran
berikan mereka kekuatan menepis tomahan
sesungguhnya hidup ini penuh ujian
dan hanya kepada-Mu tempat meminta pertolongan.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 05:18 PM | Show all posts
Hei!

Hei!
Jika balik kampung itu dikata pemboros
biarlah aku digelar pemboros
aku nak kelik
mak aku ada lagi
engkau apa peduli
duit minyak aku yang bayar.

Hei!
Mak bapak aku tak ajar
nak jimat sampai kena kurang ajar
engkau kena belajar
yang mana patut diperdengar
yang mana tak patut diperdengar
ramai orang boleh hilang sabar
engkau mengajar yang kurang ajar.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2015 05:53 PM | Show all posts
Sirna

Malaysia yang sejahtera
kebelakangan ini satu-satu musibah menimpa
dan tiada satu pun perkara
terjadi tanpa makna
sesungguhnya pada setiap satu kejadian ada tanda-tanda
kepada yang ingin melihatnya
kurasa seakan keberkatan semakin sirna
kamu rasa bagaimana?

Ya Allah
limpahkan cahaya hidayah
moga pemimpin kami terus istiqamah
mencontohi Rasulullah
mentadbir urus dengan hemah.

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 11:25 PM | Show all posts
Kerja dia

Highway utara selatan
Pulau Pinang punya jambatan
Putrajaya Cyberjaya
Koridor Raya Multimedia
Menara Berkembar Petronas
Menara KL di Bukit Nenas
KLIA-Westport
Proton-Perodua dieksport
dan banyak lagi jika nak dibilang
semuanya di sebalik seorang negarawan terbilang
Selamat hari jadi Tun M.

Kaubuat apa untuk Malaysia?
Belajar hormati orang berjasa
kalau tak kaucuba buat benda lebih megah dari dia!
Jangan hanya tahu habiskan dana negara
kauapa ada?

CNM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.098137 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list