CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
 Author| Post time 10-11-2011 12:21 PM | Show all posts
Selesai solat isyrak, Ungku Hadi ke dapur mencari Yasmin.  Dia begitu pasti si isteri ada di dapur sebab semalam Yasmin telah diminta untuk menyediakan nasi lemak sebagai sarapan pagi.

Bau nasi lemak semerbak menusuk deria Ungku Hadi yang sedang menuruni tangga untuk ke dapur. Bagaimanapun, kelibat si isteri tidak pula kelihatan.  Langkah Ungku Hadi dihala ke pintu dapur yang terbuka luas.  Yasmin masih tidak kelihatan lantas Ungku Hadi membawa dirinya berehat di bawah pokok mangga epal.  Dihirupnya udara yang segar dalam-dalam sambil matanya memerhatikan laman yang terjaga rapi dan dihiasi pokok-pokok renek beraneka jenis dan warna.  Dari jauh kelihatan Yasmin berjalan sambil membawa pinggan.

"Sayang dari mana?" tanya Ungku Hadi sebaik Yasmin duduk di sebelahnya.

"Min hantar nasi lemak kat Mak Long Eton.  Ni dia beri kita nasi ambeng" Yasmin membuka daun pisang yang menutupi nasi ambeng yang dibawanya.

"Sayang, boleh tak kita breakfast kat sini aja?  Abang teringin la nak breakfast bawah pokok ni" manja aja bunyinya permintaan Ungku Hadi.

"Ok.  Abang tolong angkat, cepat sikit nanti" balas Yasmin pendek.  Ungku Hadi jalan beriringan dengan Yasmin ke dalam untuk membawa keluar makanan.

"Sayang, cukup ke sebutir pinggan ni.  Sayang tak breakfast sekali ke?" tanya Ungku Hadi bila dilihatnya Yasmin menyenduk nasi lemak ke dalam satu-satunya pinggan yang ada.

"Breakfast.  Min lapar la" jawab Yasmin sambil jarinya mematah-matahkan keropok menjadi kepingan kecil.

"Abang cepat la baca doa" pinta Yasmin sambil tangannya menggaulkan nasi dengan sambal ikan bilis.

"Nah" terus aja mulut Ungku Hadi disuap sebaik doa selesai dibaca.  Yasmin menyuap pula mulutnya sendiri selepas Ungku Hadi disuap.  

"Sedap?  Kena dengan tekak abang tak?" tanya Yasmin.  sambil tangannya mematahkan hirisan timun untuk disuapkan ke mulut Ungku Hadi.  

"Sedap sangat.  Tapi pelik la makan bersuap-suap ni.  Macam orang sakit aja rasanya" jawab Ungku Hadi jujur sambil memandang ke wajah Yasmin.

"Mula-mula aja, lepas tu mesti nak Min suap tiap kali makan" balas Yasmin selamba tanpa memandang ke wajah si suami.

"Abang, lepas ni abang ada appointment tau" Beritahu Yasmin sambil tangannya menyuap si suami.  Terhenti kunyahan Ungku Hadi bila memikirkan apa pula rancangan si isteri.  Ni ke surprise sayang untuk abang fikirnya.

"Cuti kahwin pun ada appointment ke sayang?" tanya Ungku Hadi sambil tanganya mencapai keropok dalam dulang ayan.

"Ada, abang takleh makan banyak sangat nanti tak berkesan surprise yang Min nak beri abang tu" jawab Yasmin sambil menahan ketawa dalam hati.

"Apa la kaitannya makan banyak dengan surprise sayang ni?" musykil aja rasanya dengan surprise sayang ni.

"Ehem... kalau surprise yang tu memang abang takleh makan banyak-banyak... nanti sayang gak yang komplin" tebak Ungku Hadi sambil menghadiahkan senyum penuh makna buat Yasmin.

"Abang ni kan, melelong aja kerjanya.  Makan cepat.  Jap lagi surprise abang sampai" bebel Yasmin sambil tangannya menyaupakan nasi ke mulut Ungku Hadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 01:29 PM | Show all posts
jeng jeng jeng......hahaha,.......product herba nie bikin panas jek...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:20 PM | Show all posts
ingatkan JASMIN dah bg suprise...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 02:35 PM | Show all posts
yeay.... ada sambungan
tenkiu

apa surprise nya?

sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 04:24 PM | Show all posts
saspen lagik... huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 12:29 AM | Show all posts
sambunggggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2012 11:02 AM | Show all posts
bestnyer... cepat lah sambung
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 02:59 PM | Show all posts
beshhh...cpt la sambg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2012 09:24 AM | Show all posts
nice story...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 09:25 AM | Show all posts
nice story...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 01:38 PM | Show all posts
Bunyi orang memberi salam menyedarkan Ungku Hadi yang ralit melihatkan burung yang berkicau di pokok rambutan gula batu yang berbuah lebat.  Yasmin telahpun masuk ke dalam membawa bekas makanan pagi mereka.  Seorang lelaki berusia 60-an yang tidak dikenalinya sedang menghadiahkan senyum kepada Ungku Hadi.  Ungku Hadi lantas menjawab salam sambil menghulurkan tangan bersalam dengan lelaki tersebut.

"Anak ni suami Yasmin ya?" tegur lelaki itu ramah.

"Ya pakcik.  Pakcik nak jumpa Yasmin ke?" soal Ungku Hadi.

"Yasmin yang minta Wak datang.  Dari minggu sudah dia minta Wak datang bila dia balik sini.  Dianya mana?" soal lelaki itu.

Belumpun sempat Ungku Hadi memanggil isteri yang amat disayangi, Yasmin telahpun ada di sisi.

"Datang dengan siapa Wak?  Min baru ingat nak minta abang jemput Wak" sapa Yasmin.

"Si Mail ada balik, tu yang Wak minta dia hantarkan" jawab lelaki itu.

"Abang, ni Wak Bajuri.  Wak, ni suami saya Hadi.  Min yang aturkan appoinment abang dengan Wak ni" jelas Yasmin sambil tersenyum ibarat ada udang balik batu.

Ungku Hadi mula terasa cuak tapi ditahannya rasa nak bertanya lebih lanjut lalu hanya anggukan sahaja diberi.

"Jom abang, Wak, kita masuk ke dalam" pelawa Yasmin sambil lengan si suami dirangkulnya.

Sampai dalam rumah, Ungku Hadi lihat lembet warna hijau elok terbentang di tengah rumah.  Apa pulak ni?  Fikirnya dalam hati.  Wak Bajuri pula dilihatnya mula duduk di tepi lembet.  Ni ke suprise sayang?  fikirnya lagi.  

"Ha... Hadi, kamu buka baju tu... pakai pelikat aja lepas tu baring sini" arah Wak Bajuri sambil tangannya mengarah ke lembet yang tersedia dengan sebiji bantal kekabu.

Ungku Hadi meminta izin ke bilik dengan alasan nak mencabut handphone yang sedang dicaj walhal dalam hati dia tak rela membuka baju depan Wak Bajuri... rasa seperti pelakon porno pula.  Spender g-string yang dipakai untuk menggoda si isteri ditukar ke boxer takut Wak Bajuri terfikir yang bukan-bukan pula.  Hilang kisah nak menggoda isteri dikatakan nak menggoda si tukang urut pula.  Ish... tak sanggup aku... fikir Ungku Hadi sambil ketawa kecil.

"Ai bang, seronok nampak.  Mesti abang tak sabar2 nak terima hadiah min kan?" tegur Yasmin yang hairan melihatkan Ungku Hadi yang sedang ketawa.  Yasmin nampak g-string si suami yang terletak elok atas katil.  timbul idea nakal nak mengenakan si suami.

"wak bajuri tak kisah kalau abang nak pakai spender tu.  lagi senang nak ngurut" Yasmin gelak sebelum berlalu keluar.  

"min!" geram betul Ungku Hadi dengan Yasmin tapi tak sempat nak membalas sebab si isteri dah mencicit keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 02:25 PM | Show all posts
dh lama x update citer ni..sambung lagii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 04:56 PM | Show all posts
Ungku Hadi hanya mampu mengetap gigi menahan sakit apabila Wak Bajuri menggunakan siku mengurut pinggangnya.  

"Kita orang lelaki ni kena jaga diri jugak.  Kalau tak isteri kurang sayang" Wak Bajuri menasihatkan Ungku Hadi.

"Jaga macam mana tu Wak?" soal Ungku Hadi kehairanan sambil sesekali menahan sakit apabila Wak Bajuri menekan belikatnya pula.  Setahu Ungku Hadi dia memang menjaga dirinya... segala supplemen ditelannya dan setiap minggu ke gim.  Kenapa pula Wak Bajuri cakap begitu fikir Ungku Hadi.

"Orang lelaki ni bukan aja badan kena sihat, atas katil pun kena sihat juga.  Kalau tak isteri cari lain" sambung Wak Bajuri lag

Ish... sayang cari lain?  Oh, tidak.  sayang pun pasal abang sanggup sayang jadualkan appointment dengan Wak ni. Barulah Ungku Hadi faham maksud Wak Bajuri.

Setelah 2 jam mengurut, selesailah appointment Ungku Hadi pagi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 05:11 PM | Show all posts
Badan yang terasa ringan menyegarkan Ungku Hadi.  Lantas ditujunya ke dapur mencari si isteri bagi melahirkan penghargaan di atas surprise yang dijanjikan.  Dalam hati Ungku Hadi terasa bahagia kerana Yasmin amat prihatin dengan dirinya.

Sampai di dapur, Yasmin sedang menyediakan teh hijau buat suami untuk menyegarkan diri selepas appointment selesai.  Rasa nak tergelak pun ada bila terlihat si suami yang menahan sakit sewaktu diurut.  Tiba-tiba, satu ciuman lembut di leher menyedarkan Yasmin dari fikirannya.

"Thanks sayang for your surprise" ucap Ungku Hadi lembut sambil memeluk Yasmin dengan penuh rasa kasih.

"Hmm, tu bukan surprise.  Tu baaaruuu pra surprise" balas Yasmin.

"Baru pra surprise?  Adoi, tadipun dah rasa nak putus pinggang.  Ni surprise apa lak?" tanya Ungku Hadi.

"Abang minum teh ni dulu.  Jap lagi Min bawakan surprise abang  tu.  Jap ya" beritahu Yasmin sambil menaiki tangga ke atas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 05:41 PM | Show all posts
Produkherba,

Lamanya nak reveal the "seperais".... Nak berjanggut auntie tunggu ni....

Mungkin Ungku Hadi & Yasmin kena makan "produk herba" utk mempercepatkannya prosesnya....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 05:46 PM | Show all posts
Reply 355# auntieagony


    maaf la auntie... dah lama tak ngarang... idea ada tapi payah lak rasanya nak tulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 05:50 PM | Show all posts
Reply  auntieagony


    maaf la auntie... dah lama tak ngarang... idea ada tapi payah lak rasan ...
produkherba Post at 15-5-2012 17:46


Auntie acah-acah jer... Bagi pembakar semangat jer....

Sori kalau terguris... Maklumlah auntie ni brutal jer dan penulis2 kebanyakkannya berjiwa seni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 05:58 PM | Show all posts
Reply 357# auntieagony


    tak, terguris apanya pulak.  drpd cerpen jd cerpan cite yasmin dgn ungku ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 08:30 PM | Show all posts
baru jumpa treadni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 02:40 PM | Show all posts
dh bersmbung ya...

..kebas muka bc ...kelakar pn iye jga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.096391 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list