CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bakat

masih ada di sini

[Copy link]
Post time 3-6-2008 11:58 AM | Show all posts

Reply #359 sikomeng's post

fyi pacit.. sheila bedol tuh wekod dlm studio khas.. kite neh dlm studio bilik tido jek... warrrrrr

dan lagi satu pacit.. harus lew wekod dlm keadaan duduk.. sbb kabel  mic cap ayam neh pendek woo.. ta voley nak berdiri jauh dr laptop kekdahnyee...

karaoke? uiii... ta penah p karaokeee yuhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #359 sikomeng's post

faham komeng


Kat pun setuju rasanya bila ulang dengar tu lah kelebihan nyanyian oja yang sebenarnya.dan sebab tulah bila Kat cuba nak masuk verse Kat sendiri bunyik cam jauh berbeza kawalan voice berbanding Oja jadi keseluruhan lagu nampak cacat bila ada voice Kat sayang tak berani Kat nak publish nak hormat empunya pemilik thread cabaran duet tu ibarat kail yang tak panjangnya ssejengkal.respect oja.tapi Kat akan cuba lagi.

Brother Komeng
camne ngan pandangan Kat sebelum ni Kat berpendapat nyanyian rock Kat tak suka nak berpresentation yang banyak lebih straight forward melainkan kalu ada sentuhan blues dalam lagu tu coz rock ngan blues tu dekat.Kat terbawak2 dengan kepercayaan Kat tu hampir setiap kali Kat nyanyi apa pendapat saudara.

Tak pa hamba izin kan Komeng allways welcome kat umah nih drop in je anytime u wish,im superglad bro Komeng datang disini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #361 seroja's post

oya kah oja

nasib baik abg beli mic yang cap ayam belanda so may b ok skit kot

tinggal abg nyanyi je cam cap yang tak seberarpa nak ok nama je bakat......
arghhhh nak tukar nick sayang pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 12:21 PM | Show all posts

Reply #362 bakat's post



namanya da duet juz for FUN

tapikan.. sejarah sebeno duet tuh utk IZ. tapi bile oja wekod.. ta semengah jek munyiknyer.. oja tot nak buang jek lagu tuh. sekali cam sayang plak.. oja neh bukan jenis owang amik mic.. wekod. ta ta semudah tuh... oja kene ada FEEL.. bawu voley wekod. so.. dr buang.. bek oja wat CABARAN DUET. hoccay gak. meriah sket bod neh.. and oja sgt sgt la suka ati sbb wamai gak yg wespon kate nak try duet walopown cuma sakap2 sajork.. huhuhu... oja tau lagu tuh susah ya amat.. oja pown tercekik byk kali.. huhuhu...tpi lagu tuh mmg oja wekod sekali harung. try 3 kali. tuh jek. huhuhu... sbb tuh mcm pacit Komeng tuh.. dia nyer komen tuh ta direct. tp pedas jugak la kalo difahami tol2. huhuhuu..pjgn plak ayat oja kali neh. teda perenggan2 kekdahnye. icon letak ujung jek lar. huhuhu... moyan kew neh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #364 seroja's post

dun wory oja  you doin good

anyway oja Kat akan cuba lagi fasal duet masih dalam percubaan walu dah banyak kali suba harap X da date lin.projek secret yang tak seberap[a nak secret masih on.tengah practise k.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 12:42 PM | Show all posts

Reply #365 bakat's post

pelan2 abg kat. oja pown byk sgt pojek  juin venture neh.. huhuhu.... serprais katenye...

viler da ok sket kelak.. oja nak wat duet yg besh la. lagu yg oja waser sumre owang voley bawak nyer. feeling2 sket.. huhuhuu...

errr... kalo oja letak duet ADA CINTA... nak tak? oja masih simpan vokal tuh...

lagu tuh senang jek.. wasernye mesti wamai sker nak duet kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2008 01:14 PM | Show all posts

oja

okidoki oja no problemo

dun wory,benar mun ktak bukak lagu ya sure rame rang maok
coz lagu cam ya mudah diterima coz rame yang suka

gud lak adik
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 01:16 PM | Show all posts

Balas #366 seroja\ catat

ada cinta kan dah duet dengan shuff...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #368 Urban_Iz's post

owang sajes jek.... lagu tuh voley duet ngan saperww  pown... len lew.. kalo abg shuff tanak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 01:31 PM | Show all posts

Reply #369 seroja's post

ha ha ha tak tahu

Kat tak tahu ni musti ada something fishy nih

heheheh rasanya nak tahu............
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 01:50 PM | Show all posts

Reply #370 bakat's post

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 10:47 PM | Show all posts
aku tak komen sapa2 sebenarnye maaf kalau aku tersentuh mana2 peribadi yee

apa yang aku cakap tu, atas lagu yang aku dengar dinyanyi oleh penyanyi asal tu je. moga jangan ada yang berkecil hati atau rasa macam aku nak tuju kat sapa2 pulak, tak ada niat macam tu

kengkawan semua kira sudah terlalu canggih sebenarnya dapat membuat serba sikit rakaman dengan laptop, kabeling pun ada, ada mikrofon lagi dan suara seroja, bakat, Urban_Iz, memang bagus dan saya sendiri suka dengar tak ada apa yang cacat nye memang kita bermula dengan suka2. tapi , ramai yang akhirnya cari makan dengan menyanyi bukan saya lah, orang lain. Saya cuma peminat saja.

sengaja ingin mengimbau masa lalu,... dulu semua ini tidak wujud...untuk menyanyi tidak mudah, apa lagi lah nak main musik...mikrofon ni suatu yang amat alien bagi ramai orang, apa lagi lah alat musik  macam gitar contohnya. Merakam suara ni he he he...tok sah sebutlah. jauh panggang dari api.

untuk menyanyi, ramai yang buat demo tape aje. itu pun dah canggih ya amat dah.! guna radio transsistor je, so segala bunyi ayam, burung, kapal terbang lalu, jiran menjerit, motor, kereta pun masuk sama! mikrofon pun tak ada...guna "build-in mic" yang ada kat radio je...nak "cut-and-paste" memang impossible, nak edit, lupakan...so setiap kali nak nyanyi, kena latih giler2 supaya tape tak rugi. Nak beli, bukan ada duit dan jauh lah pulak nak pegi kebandar...so kualiti suara dll. ni, lupakan saja...software rakaman...? mungkin dalam mimpi pun belum ada keluar! hi hhii hi!

musical notation, segala istilah musik memang tak ada...yang ada, cuma kemahuan, gitar buruk dan radio transistor yang dah nak sampai hujung usia...

waktu itu kita rasa itu lah yang terbaik kita boleh hasilkan...bila masa berlalu, makin banyak yang kita belajar dan temui. Dari sebuah radio transistor buruk, kita sedar bahawa rupanya ada lagi peralatan yang lebih baik untuk tujuan nyanyian..bila kita tengok, kita sendiri jadi kagum dan kadang boleh terperanjat melihat canggihnya perkembangan dunia audio sekarang. Microfon rupanya bukan sejenis tetapi tak terkira jenis dan kegunaannya...rakaman pulak tidak lagi menggunakan "blank tape" tetapi tiada CD, tiada apa. yang ada cuma hard-disk yang beribu2 lemon giga byte menyimpan berjuta sound track, riff, loop, effect dll. lagi lah yang dulu, tidak pernah wujud...semuanya dikawal oleh seorang audio engineer yang mungkin tidak tahu bagaimana nak menyanyi pun!!! music notation tak perlu lagi pergi belajar...semua sudah di"komputerised" kan...tekan butang, keluar semua..mudah betul sekarang ni

so mikrofon yang kita guna hari ini, simpan baik2 supaya nanti, bila kita pegang satu mikrofon yang canggih misalnya, kita boleh tersenyum...terkenang betapa sudah jauh kita berjalan dan meredah segala susah dan payah...untuk sampai ke puncak kejayaan........

satu pepatah orang yang pernah saya dengar... "Hear to know...listen to understand...Accept to remember..."

ceria selalu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 11:02 PM | Show all posts

"Hear to know...listen to understand...Accept to remember..."

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 06:36 PM | Show all posts

Reply #372 sikomeng's post

bro Komeng Thanks alot coz singgah drop komen kat umah ni

Dah baca reply saudara ternyata komen saudara bernas dan dapat diterima dengan terbuka.pokok pangkalnya dun wory coz rasanya yang lain2 pun suka dgn komen saudara yang konkrit dengan bahasa yang bersahaja.

Harap Saudara akan selalu berada disini dan terus memberi pandangan dan komen saudara.Umah ni sentiasa terbuka untuk saudara menempatkan komen saudara.
Sowi coz semalam tak sempat nak reply komen ni cozz fenat sangat pas kuar petang tu ada masyuk tu pun nengok skejapa aje

Nak tanya pendapat saudara pulak berkenaan penciptaan lagu ada apa2 tips yang boleh dikongsi bersama?Lirik atau lagu/melodi yang patut dibuat dulu atau kedua2nya?

Saudara secara peribadi memilih/dengar muzik yang camner,agaknya dan cam ne pandangan saudara dengan lagu2 masakini tak kesahlah lagu tempatan,indon atau dari barat/Jpop/Korea.

Setakat ini dulu.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 10:42 PM | Show all posts
buat lagu nih sdr. bakat ada orang cerita pada saya, terpulang pada orang yang buat. kerana tu ada orang suka buat lirik aje, ada orang suka buat lagu/melody aje. kadang tu, melodi aje yang dia ubah2, tapi rythm lagu sama aje...so dengan menguasai atau tau sikit sebanyak tentang rythm, scale, mode, interval nih, maka orang buat beratus malah beribu2 lagu...tapi sebonar eh, rythm dia sama aje...ada jugak beberapa chord progression yang "standard", dan orang dok olah pusing2 tang tu lah jugak...cuba sdr. tengok lagu2 dari seberang, tentu sdr. perasan maksud saya.

antara chord progression yang "standard" contohnya "the 12 bar blues progression". Cuba dengar hampir kesemua lagu blues, sama aje progressionnye, cuma dipusing2 aje. Contoh lain pulak yang antara paling baik saya rasa, Cuba juga sdr. dengar lagu trademark Sting, Everybreath you take, lagu U2 with or without you, The reason Hoobastank. Dengar baik2 chords progression tiga lagu ni...sdr. akan jumpa apa yang saya maksudkan. Progression ni ada nama dan kaedah pusing2 dia...yang itu, saya simpan dulu ye...

untuk buat lagu, tiada kaedah tetap sebenarnya nak kata, mana yang kena buat dulu. Lirik ke, melody ke, apa ke. Yang paling penting, kita kena tentukan dulu lagu jenis apa kita nak buat. Kerana itu akan tentukan mood lagu tersebut dan jenis scale, mode, dll. yang kita akan guna. Contohnya, kalau kita nak buat lagu yang ria ria, tak kanlah kita nak pillih chord2 minor untuk lagu tu kan. Begitu juga kalau nak buat lagu sedih, tak kan nak guna chord major atau dominant. Lepas tu, baru lah kita tentukan yang lain2 macam tempo, beat, dsbnyalah...

Kadang tu ada orang buat lagu ikut penyanyi. kalau suara penyanyi tinggi, maka dia akan guna melodi tinggi. kalau tak, dia guna yang biasa2 aje. Cuba tengok beza lagu contohnya antara Sdr. Jamal Abdillah, Amy Search, Broery, P Ramlee, Hattan, Rahim Maarof, S Effendy, Sudirman, Penyanyi kumpulan Radja. LAgu2 mereka tidak sama vocal range, arrangement, sdb. nya kerana lagu itu harus telah dicipta sesuai dengan gaya sang penyanyi...Saya secara peribadi amat menyukai dan kagum juga dengan Sdr. Jamal Abdillah. Vocalnya memang istimewa. Suara beliau tidak kuat, meletup tidak tentu pasal. Dia tidak menjerit ketika menyanyi kerana tidak perlu buat begitu. Kalau perempuan, itu kena tanya Seroja

lagu yang saya dengar...aduuuu...lagu apa ye...   saya dengar tak banyak lagu pun...agaknye saya akan dengar lagu yang tak buat kepala jadi pening kot perkembangan muzik sekarang berbeza dengan dahulu. Kini, teknologi punya peranan yang amat besar dan penting. Cuma mungkin sekrang di Malaysia kita sudah agak kekurangan orang yang boleh membuat lagu yang baik. tak tau lah sebab apa, mungkin sebab orang suka buat lagu tapi takk suka nak belajar buat lagu...harus jugaklah.

Ramai orang sekarang (yang saya perhati lah, tak semua ya,) suka "short-kat". Capai gitar, tahu sikit beberapa chord dah nak main band/essemble. kegirangan untuk menghasilkan musik yang baik sudah tiada atau sudah amat kurang...mereka tidak peduli sama ada mereka bermain dengan baik atau tidak. Drummer pun tak tahu apa nak buat, main hentam saja ikut apa yang dia "latih" dengan pendengaran dari lagu2 popular...gitar "utama", gitar "kedua" dan bass masing2 sebenarnya tidak jelas peranan masing2. Yang penting, jamming... tak taulah, mungkin itu trend musik tanahair. Kalau saya kata begini secara terbuka, ramai lah yang akan marah pada saya nanti...aduuuu....

penyanyi pulak...sekarang lebih kepada "marketing" sebenarnya...skil sebenar menyanyi sudah mulai cair dan tidak dipeduli sangat...keghairahan untuk menjadi penyanyi tak salah...tapi kita tak boleh nafikan betapa menyanyi itu ada kaedah dan ilmu nya. Kalau saya lah secara peribadi, kalau saya boleh menyanyi (kalauuuu ... ) saya akan rasa segan jika suara kita sumbang dan tidak baik. Ye lah, alang2 kita menyanyi atau bermain alat musik, biar berbaloi betol dak
anyway, yang pentinggg, enjjoyyyy it yoour way kan!!!

tahap seni suara Tempatan, Indon, Jepun, Korea ni satu hal yang subjektif. Kita tak boleh nak banding secara lateral kerana benda ni halus dan sangat "seni". Tapi kan, cuba sdr. dengar suara penyanyi2 korea. Suara mereka bagi saya, yelah pendapat peribadi, tak ada apa lah sangat nak bangga. Biasa saja bagi saya. Yang menyanyi pun rata2 remaja, orang muda yang kotak suaranya masih dalam "pembinaan". TApi yang gempaknye, marketing, sales dan revenue yang mereka dapat dari industri musik...yang lain , sdr. lebih maklum


Emmm...habis idea dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 11:27 PM | Show all posts

Reply #375 sikomeng's post

saudara Komeng

Bernas sungguh pendapat danpandangan saudara.Saya yakin Saudara punya pengalaman yang cukup luas tentang dunia muzik.ingin juga tahu mungkinkah saudara pernah mencipta lagu?bolehkah mendengar nya kira ada.

Saya secara peribadi sememangnya gemar dan suka serta sayang dengan dunia muzik tempatan cuma memandangkan keadaan sekarang agak suram membuatkan diri saya sendiri terpengaruh untuk mendengar karya dari seberang.Cuma terkini muzik seberang(Indonesia ) dah mula kurang serta terbukanya peluang untuk local scene.Apa pendapat saudara tentang ini terutamanya underground scene yang dah mula menampakkan diri dan pergi kearah mainstreem untuk mempertahankan dominasi local muzik kita seperti di era search/wings/lefthanded dll suatu ketika dahulu yang mana jadi platform saya untuk mengenali muzik diperingkat awalnya.Lihat/dengar Meet Uncle Hussain ngan Hujan,apa pandangan saudara dgn Band ini dan Muzik dierang

Saya juga setuju dan turut respect dgn Jamal Abdillah yang benar juga saya berpendapat sama bahawa suara beliau amat bagus dan rasanya ttak terlalu jika saya berpendapat yang beliau memiliki gaya nyanyian sertasuara yang cukup hebat.

harap saudara Komeng Sudi reply coz pandangan dan pendapat saudara amat berguna intuk dijadikan inspirasi terutama orang yang baru serta masih tercari2 hala tuju muzik dan arah dalam menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu

Hdup Karya Seni Malaysia................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 11:50 PM | Show all posts


puteri berjalan bersendirian
terbang dari pokok kepokok, sambil melihat gunung
dgn selindang putih, memetik bebunga,
sambil mengenal alam dan kicauan burung..



I imagine, kita berada dlm cerita Heroes Condor Lover. I'm seorang Puteri yg agak2nya mcm Cik Long Nu, dan sedang berjalan di tebing sungai... I melompat dr satu pohon ke satu pohon yg lain, sambil terbang dari satu sungai ke satu sungai yg lain. Dah lama rupanya, I tak keluar dari Kubu Kubur.

Di dalam perjalanan , i jumpa mcm2 org. Ade yg cuba buat durjana kat I, dan ada jua yg bersikap baik. Ada yg reti berkungfu dan ade jua yg tidak reti berkungfu. Ada yg berlagak dgn kungfunya, sedangkan kungfunya sungguh tahap rendah, tetapi ade jua kungfunya yg begitu tinggi, dan boleh kita lihat dgn sekali imbas kerana perawakkannya. Maka dgn itu kita dapat kenal pasti oh dia ni, Ketua Kungsu dr Kumpulan Wugang, atau Kumpulan Pengemis dan seumpamanya.

Selama I berjalan ini, i selalu jua jumpa org yg berkungfu rendah, tp amat sombong dah durjana. Tp nasib baik kungfu I dapat menangkisnya. Maka I terus berjalan. Ada jua penjahat durjana yg tahu berkungfu, maka I cedera kerana mereka jua amat setanding dgn I, maka I pun haruslah pergi menyelamatkan diri. Ada jua Ketua2 Kumpulan yg suka berdebat yaitu Ketua Kumpulan  Bing Bling, tp selalu menjadi seteru i. I tahu ketua Kumpulan itu baik, dan berhemah, tp apakan daya, disebabkan perbezaan ideologi maka kami tidak boleh bersama.  Maka, bila masing2 jadi seteru, haruslah masing2 menggali hikmat masing2 untuk mempertahankan apa yg dikehendaki, ataupun, demi menjaga muka pengikut2nya. Tp i tiada pengikut, I tidak bertarap guru, I cuma puteri yg berjalan keluar dr Kubu Kubur, untuk mencari ilmu. Itupun tanpa ijin. Maka haruslah i berjuang sendirian, melemparkan hikmat selendang bagai, meliang lentuk umpama menari, untuk bertahan dr kungfu Ketua Kumpulan Bling Bling. Tetapi awas, dlm melaing lintuk i, terkandung hikmat seribu tahun dr Kumpulan Kubu Kubur kami. Kini ketua kumpulan bling bling sudah tiada, namun I tetap jua meneruskan perjalanan untuk mencari ilmu. Sedangkan Tok Guru sudah menghantar lebah2, memesan agar I kembali ke Kubu Kubur.


Sedang I berjalan2, tiba2 I ternampak seorg tua yg pelik. Pakaiannya agak biasa2 tak up to date. Tp bersih. Gaya bahasanya, lontaran idea, susunan ayatnya sungguh luarbiasa. Org tua ini agak pelik, kerana seolah2 berjalan mundar mandir, tp takde sapa pun peduli. Yg hairannya, i boleh nampak aura org tua ini bukan sembarangan. Tatkala dia bermain violin, ini bukan permainan biasa, malah I boleh rasa getaran hikmat yg tinggi menongkah langit umpama Wira Tanpa Nama. Sambil dia menyanyi, dan menulis di dedaunan, setiap tulisan itu dan nyanyian nya meninggalkan pesan secara hikmah. Bagi mereka yg mempunyai hikmat, akan dapat membacanya. Tapi bagi org2 biasa, akan melihat sambil lalu. Pesanannya, bukan untuk org tertentu, tetapi mungkin untuk org lain yg tertentu jua yg pernah org Tua ini nampak atau dengar disepanjang perjalanan ini. Namun ia demi kebaikan.

Lantas disebabkan tertarik, Puteri ini pun mencuba menguji serba sedikit, adakah jurus org tua ini, sama dgn Ketua Kumpulan Bling Bling? Adakah org tua ini berpihak kepada Ketua Kumpulan Bling Bling?.Tp org tua ini masih menyembunyikan hikmatnya sambil menyanyi memuji pohon2 dan burung2.Sungguh diharapkan agar org tua itu menjawab, kemusykilan i itu.

Sesungguhnya, apa yg I nampak, adalah seperti seorgg Tua yg pernah menjadi pahlawan lagenda suatu ketika dulu. Siapakah org Tua ini................................ Sesungguhnya Puteri ini amat hormat dgn org tua ini....

Adakah dia adalahhh... u know who, yg pernah muncul suatu masa dulu .... ???


Lepas tgk utube ini anda akan lebih memahami



[ Last edited by  alyana at 4-6-2008 11:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:51 PM | Show all posts
My posting tersebut, memang byk unsur tersirat dan tersurat, dan kepada siapa ditujukan dan kepada siapa i maksudkan

hanya jauhari mengenal manikam..   
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 12:23 AM | Show all posts
Secara falsafahnya, amat difahami, sebagai seorg pahlawan aka penyanyi, hatta seorg pelajar sekalipun  haruslah kita menunjukkan keaslian hikmat kita, dan bukan sekadar menunjukkan hikmah2 sumbang , dan sebagainya.

Tp, apabila melihat anak2 muda ini, kita harus jua memahami, kadang2 mereka sudah malas,atau busy atau mungkin mereka perlukan guided, tetapi jauh dilubuk hati kita, kita dah tahu siapa yg berbakat besar, siapa yg ada instrument2 tertentu, siapa yg ade 'that thing' . Inilah zaman cyber. Jadi terpaksalah kita fahami.

Justeru tugas kita, just beritahu secara sewajarnya, apa yg kita lihat, apa yg salah dan apa yg betul secara constructive. Tak kisahlah jika org tersebut tahu atau tidak. Tersilap sbb busy dan tak sempat betulkan atau tidak.... Sebab mungkin pada sesetngah org just suka2, tetapi itulaaa, keadaan sudah berubah....



Begitu jua dgn seni hikmat Jepun, dan juga seni Hikmat Cina, ada jua yg mengatakan takde maknanya, Hatta seni hikmat Korea. Masing2 ada sesuatu yg  patut kita gali jua. Dan masing2 ade keistimewaan masing. Kita memerlukan kekuatan yg besar untuk menarik peminat muda, maka sebab itulah wujudkan muzik K-Pop Korea yg terkini. Pengaruhnya bukanb kepalang, sehingga menebarkan sayap melangkaui dunai matahari terbit, taiwan Cina dan byk lagi. Malah tak payah memandang gajah diseberang lautan, ada jua forumer kita yg starting dgn lagu Korea jua.

Begitu jua dgn hikmat Jepun dan Cina, ada jua kelebihan masing2 dgn irama J-Popnya. Sesungguhnya hikmat mereka amat istimewa bagi mereka yg mengerti.

Begitu jua dgn lagu2 Hindustan, pernahtak nampak, ibu2 kita atau saudara mara kita, atau kakak kita, sehingga sanggup mengalirkan airmata tatkala Latta Mangeshkar menyanyi, Udit Naranyan menyanyi, Sonu menyanyi..... mengapa. Kerana hikmat yg tinggi didalam lagu hindustan sebenarnya amat istimewa hingga boleh menyentuh hati ramai org bukan kepalang hingga, melangkau kefahaman bahasa.

Pokoknya, wajarlah kita berjalan melihat dunia, dan melihat apa yg bagusnya mereka ada, kera kadang2 apa yg mereka ada, wajar kita asimilasikan dgn apa yg sesuai dgn kita. Maka dgn itu datang jualah kereta Honda, kereta Toyota, Kereta Hyundai, dan sebagainya. Jika kita hanya mengatakan kita shj yg elok, dan asyik mengatakan apa kurangnya kita, dr segi pride ye mmg bagus, tp bukankah kita diseru melihat, berjalan dan belajar. Maka dgn itulah sesuatu itu dapat berkembang, bermutasi, dan menjadi lebih maju.

Bayangkan instrumen Korea, dijalinkan dgn elemen Emosi hindustan digabungkan, dan disesuaikan dgn irama kita, rentak kita. Maka, tentu industri kita , muzik kita, akan menjadi lebih hebat dan menjadi siulan bukan shj oleh org Malaysia, tetapi jua, oleh org2 Korea, Org Jepun, org India, org Putih dan sebagainya!

Mmgh benar chord progression org2 Indo itu kebanyakan puter2 sama aje deh, ini berbalik kepada soalan ilmu mantik. Ilmu donut  bak kata org2 tua. Donut itu, kalau berjalan dari utara sampaila Selatan semenanjung, sama jua rupanya, bergula, tepung yg mcm tu, dan doughnya yg mcm tu. Cuma ade yg bulat dan ada yg panjang ala2 keropok lekor. Sama aje. Tetapi, disana, donutnya walupun pun donutnya adalah sama, telah di kreatifkan, sehinggal terbitlah Donut JCo, yg diletak Coklat yg Enak, Straberry, Vanilla, Butter dan sebagainya, dlm pelabagai bentuk, yg memenuhi selera Pendengar dan Pembeli.


Sesungguhnya, untuk menghasilkan sesuatu yg boleh menarik perhatian pembeli, menggerakkan pembeli untuk membeli, dan kuasa mass yg besar bukan mudah. Perlukan kebijaksanaan dan Analisa juga strategi. Haruskah kita menyalahkan pembeli jika album2 Malaysia tak laku, sebaliknya beralih kepada Muzik Indon, hatta K-Pop, J-Pop dan seumpamanya?

Mereka tidak salah!.

[ Last edited by  alyana at 5-6-2008 12:25 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by alyana at 5-6-2008 12:23 AM
Secara falsafahnya, amat difahami, sebagai seorg pahlawan aka penyanyi, hatta seorg pelajar sekalipun  haruslah kita menunjukkan keaslian hikmat kita, dan bukan sekadar menunjukkan hikmah2 sumban ...


erk..panjangnya yana komen...kat kureng mengerti la yana...kat ni budak baru belajar walaupun dah dapat title 'pacit' kt sini... oopps.. saya pacit baru belajar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070156 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list