Post time 13-8-2017 12:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by willow12 at 13-8-2017 12:43 PM
Let me share a review by siti amanda. I have the same opinion with her, the emotions driven by lisa surihani was so on point.
Sumber: facebook Siti Amanda
Miri, 2011. Ana, hari ini hari yang luar biasa. Hari ini kau akan berangkat ke Amsterdam. Satu rumah kau bawa dalam bentuk kontena. Kereta pula kau jual. Sekarang tiba masa untuk kau dan 2 bagasi keluar dari rumah.
Tiba sms masuk.
Sayang:
Ana, jgn dtg. I ceraikan you dengan talak tiga. Plotnya dimulakan dengan:
1. Denial / penafian.
Ana buka tutup pintu kabinet dapur berulang kali. Dia tau kosong tetapi dia tetap buka dan tutup. Umpama dia tak percayakan sms tu.
2. Amarah dan geram / Anger and Resentment.
Dia dapat bercakap dengan suaminya melalui telefon. Pergaduhan berlaku tanpa penyelesaian. Hasrat untuk jual kereta dibatalkan. Ana tolak kereta sekuat hati masuk dalam rumah.
3. Tawar-menawar / Bargaining
Perbualan sebelum ini tiada penyelesaian. Ana cuba baiki keadaan dan mengalah. Ana sms suaminya.
Ana:
Lets calm down. I dont wanna fight. Give a call tomorrow.
Ana baiki kereta. Tukar battery. Tukar plug. Ana anggap jika kereta ini boleh dibaiki, hubungan dengan suaminya turut sama pulih.
4. Kemurungan / Depression
Tiada panggilan diterima. Tiba ada ular tedung besar. Ana selamatkan diri dengan masuk ke dalam kereta. Pada mulanya Ana berhempas-pulas untuk menakutkan ular tersebut agar ia lari. Tidak berjaya.
5. Redha / Acceptance
Agak lama Ana berada di dalam kereta. Ular tersebut tidak menyerangnya. Ular itu hanya duduk diam di suatu sudut. Ana dengan tenang berserah, Ana buka pintu kereta dan buka pintu rumah. Kemudia Ana baring terlentang di tengah rumah. Kelihatan ular mengesot keluar dengan sendiri. Ana bangun kehairanan berdiri di muka pintu. Hujan.
Kontena Ana umpama sebuah harapan yang dibawa ke Amsterdam untuknya mulakan hidup baru bersama suami. Namun ia tidak tiba bersama Ana. Kontena itu hanyut ditengah laut. Rumah di Miri adalah fasa sebelum Ana diceraikan yang menyebabkan Ana sukar untuk keluar dari rumah kerana Ana masih percaya bahawa hubungan mereka masih boleh diselamatkan. Kereta pula ada lah simbolik kepada memori indah mereka sepanjang bersama. Pada mulanya kereta tersebut hendak dijual namun dibatalkan kerana Ana anggap memori baru akan tercipta di luar negara bersama suaminya. Ternyata angannya silap menyebabkan Ana kekal 'simpan' dan 'baiki' 'memori' tersebut. Nokia 3310 adalah satunya penghubung antara Ana dan orang luar. Anggaplah telefon ini sebagai suaminya. Tiada apa yang diharapkan Ana selain suaminya menghubungi Ana semula. Telefon tersebut pernah jatuh dan baterinya tercabut namun Ana pura meluahkan rayuannya pada Farhan dengan segunung harapan. Walaupun begitu, sms terakhir dari Ana kepada bekas suaminya adalah B*bi.
1 lokasi dan 1 peran. Kita selalu lihat indah dan mudahnya jatuh cinta dengan angan. Kita jarang lihat fasa awal perpisahan sebaik sahaja diceraikan. Kita cuba sambungkan berus gigi yang patah dan berharap ia masih boleh digunakan. Kita cuba tambah serunding atas pizza untuk lagi sedap. Kita cuba dengar lagu untuk hiburkan diri sendiri. Tapi kita lupa bila hujan turun, ia turun ke bumi. (Tinggalkan pendapat anda di ruang komen).
Post time 13-8-2017 01:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Basically ada 2 reactions on this supertele by the audience. Either they hate it, or they love it.
Yg tak suka maybe sbb the pacing was slow. One woman show. Ending tergantung.
Yg suka...most of them i believe yg pernah melalui fasa broken heart. Fasa nak understand and reconcile the complication. Mereka yg been there, done that juga akan terkesan dgn drama ini. For me, lisa nailed it. Wpun slow pacing, tapi the emotions n energy thrown by lisa mcm roller coaster.
Tahniah bernard sbb bjaya explore n visualise kan story n isu berat yg biasa blaku dlm masyarakat urban, especially the middle class di negara kita.
This tele is surely not gonna be everyone favourite, but to some people it is brilliant.
Post time 13-8-2017 02:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
willow12 replied at 13-8-2017 12:39 PM
Let me share a review by siti amanda. I have the same opinion with her, the emotions driven by lisa ...
Oh and i rasa bab ular tu mungkin simbolik kepada masalah yang dia hadapi. Dia lari masuk kereta sebab taknak face ular tu. Tapi slowly dia berani keluar sebab nak ambik fon and battery. And lastly dia keluar lagi, bukak pintu and baring kat tengah rumah lalu ular pun keluar.
Sebab in the end, dia buat keputusan untuk redha dengan apa yang jadi and tinggalkan rumah tu untuk start a new life.
Ahh... yes... Segitiga lakonan Sari Yanti arahan Yusry KRY. This telemovie was shown on Astro Ria last year sebelum slot Citra Exclusive was introduced. Very good telemovie, nice plot twist in the end. Should have been a CE feature, quality wise.
Post time 15-8-2017 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak patut sungguh dia diceraikan melalui sms..lelaki2 kat luar sana pun boleh ambil pengajaran melalui cerita ni..somehow itulah wanita..selain memberi inspirasi dan kekuatan dalaman dalam hidup yang semakin mencabar kini
Anyway good story..