CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Sejarah: Dari jawi ke rumi.

[Copy link]
Post time 12-2-2006 10:03 PM | Show all posts

Kerajaan hidupkan jawi

Oleh: HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang merangka langkah-langkah untuk menyemarakkan semula tulisan jawi yang merupakan pusaka warisan bangsa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, selain kempen, usaha menghidupkan semula tulisan tersebut akan dibuat sama ada dalam bentuk akhbar atau majalah.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan bukan sekadar untuk mempertahankan seni warisan bangsa semata-mata.

``Pendirian kami adalah untuk menghidupkan kembali tulisan jawi sama ada melalui media massa atau cabang seni lain supaya kita boleh mempopularkannya semula.

``Salah satu usaha awal ialah dengan menghidupkan kembali akhbar Utusan Melayu Mingguan,'' katanya selepas merasmikan Laman Seni Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya dan Balai Seni Lukis Negara, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Lebih 30 buah gerai menjual dan mempamerkan pelbagai jenis barangan kraftangan dan lukisan di samping pertunjukkan kebudayaan diadakan.

Sehubungan itu, dalam usaha menghidupkan kembali tulisan jawi, Rais berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka serta pihak pengurusan Utusan Melayu atau Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan kempen menghidupkan tulisan jawi di peringkat negeri dan daerah.

``Kami berazam untuk meneruskan usaha supaya skrip jawi tidak mati di bumi Malaysia dan ia akan dijalankan sama ada secara sendirian atau melalui jalinan kerjasama dengan pihak lain termasuk Utusan Melayu sendiri,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_07.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2006 12:27 PM | Show all posts

Khir Johari

Bahasa Jawi di Melayukan sepenuhnya di zaman Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran di era awal 70-an kalau tak silap... di mana pelajaran Bahasa Jawi dihapuskan disekolah-sekolah kebangsaan. Ini lah petualang utama yang mematikan bahasa Jawi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2006 07:49 PM | Show all posts
tulisan jawi menunjukkan bukti betapa kuatnya Islam dlm seorng Melayu sehingga
penjajah British dan Belanda pun menulis surat dlm jawi pada kurun ke 17,18
dan 19..Islam telah bertapak sejak kurun ke 8 lagi dan pemerintah Melayu
masok Islam pada kurun ke-12 paling awal di Kedah dan Patani.

Tulisan jawi masih kuat pada 50 an dan 60 dan pada tahun 1970-an baru
rumi digunakan itupun berterabur seperti ada e e' dan ketuk dieja
ketok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2006 12:16 AM | Show all posts
aku masih suka tulis nota dalam tulisan jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 27-5-2006 12:27 PM
Bahasa Jawi di Melayukan sepenuhnya di zaman Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran di era awal 70-an kalau tak silap... di mana pelajaran Bahasa Jawi dihapuskan disekolah-sekolah kebangsaan. Ini la ...


Yg kena hentak, kena sepak, kena maki, diherdik 'buta jawi' generasi muda sekarang. Sedangkan generasi menteri dahulu yg bunuh jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 12:46 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2010 12:49 AM | Show all posts
Wanita India belajar sendiri tulisan jawi




16-06-2007

Oleh CHE SAAD NORDIN  



BALING :  Pada masa tulisan jawi semakin dipinggirkan masyarakat Melayu, seorang wanita berketurunan India di sini berusaha belajar sendiri sehingga mahir membaca dan menulis jawi.

V. Kamala Devi, 58, ibu tunggal lima anak yang tinggal di Kampung Bawah Gunung, Jalan Weng, berkata beliau mula mempelajari jawi semasa belajar di Sekolah Pusat Baling (sekarang Sekolah Kebangsaan Baling). Akibat dihimpit kemiskinan, beliau hanya sempat belajar setakat darjah tiga apabila terpaksa berhenti sekolah.

" Walaupun belajar setakat darjah tiga, saya terus belajar secara sendiri tulisan berkenaan sehinggalah sekarang saya masih membaca tulisan jawi termasuk membaca akhbar jawi, " katanya kepada Bernama semasa ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya waktu di sekolah dahulu, hanya ada 10 murid India yang belajar di sekolah berkenan dan mereka belajar dengan tekun untuk memahami bacaan dan tulisan jawi.

Menurut Kamala, beliau berbangga kerana mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi sehingga membolehkannya membaca pelbagai buku hikayat lama Melayu yang ditulis dalam jawi.

Selain itu, Kamala juga mampu menulis dan membaca tulisan Tamil walaupun tidak pernah bersekolah Tamil sepanjang hayatnya. " Saya hanya belajar menulis dan membaca Tamil sewaktu di rumah dari ayah, P. Veeraputran yang bekerja sebagai buruh di Jabatan Kerja Raya Baling, " katanya yang merupakan anak ketiga dari empat beradik.

Ditanya mengenai tulisan jawi yang semakin terpinggir, wanita itu berkata : " Saya sedih kerana generasi muda tidak berminat lagi untuk belajar jawi sedangkan ia sesuatu yang senang dipelajari."

Wanita itu turut membuktikan kemampuannya dengan menulis perkataan " Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50 Malaysia " dalam jawi dengan pantas dan tepat





- Bernama -



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 01:09 AM | Show all posts
TRACING THE ORIGINS OF THE JAWI SCRIPT



The Jawi letters have been in existence in the Malay archipelago for centuries. It shares a strong bond with the Arabic script, which made its way to the Malay archipelago together with Islam, disseminated by Muslim traders and missionaries of Arab, Indian and Chinese origins in the 7th century.

Prior to the Arabic script, the Malays were using the " rencong (sharp-pointed) script " written on bamboo stems and leaves. This was followed by the " kawi " and " palava " writings, both of Indian origin.

With the coming of Islam, the Malays tried to use the palava or kawi characters to write about Islam, but both were unsuitable as they could not properly pronounce the verses of the Quran and Hadis.

" The situation prompted the Malays to experiment with Arabic characters. Hence, the Jawi script is truly the creation of the Malays even though it is based on the Arabic script, " said Dr Hashim Musa, former lecturer with Universiti Malaya's Malay Studies Academy who has written a book, "The History of the Development of the Jawi Script ".

He said the Malays eventually included several letters to conform with the Malay syllables, which are ' che ', ' nge ', ' pa ', ' ge ' and ' nye '. The letter ' vi ' was later introduced in the 1990's by the Malay language custodian, Dewan Bahasa dan Pustaka.

The earliest evidence of the existence of the Jawi script was the discovery of inscriptions on a stone dated 702H (1303 AD) and according to Hashim, Sanskrit words could still be seen on the inscribed stone.

But the modern day Jawi script is due to the initiative taken to systematise the Jawi script by none other than Zainal Abidin Ahmad, the leading Malay literary figure or better known as Pendeta Za'ba, who produced the " Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi " (Jawi-Roman Spelling Register), which he worked on in 1938 and only printed in 1949.


- Bernama -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 01:16 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 12:40 PM | Show all posts
Reply 18# joe1983


    sebelum jawi kita sudah ada sistem tulisan kita.

rujuk tulisan pallava di kedukan bukit, indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 03:57 PM | Show all posts
Pallava tulisan dinasti Pallava, India Selatan....



Ini tulisan Pallava di Kemboja........



http://khmerphotoalbum.blogspot.com/2010/03/khmer-script.html
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:56 AM | Show all posts
Tulisan Bugis/Lontara

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 10:34 AM | Show all posts
Pernah tengok satu dokumentari kat NG atau Discovery mcmmana pertukaran tulisan jawi ke rumi ni dlm urusan seharian. Lupalah pulak tajuk rencana tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:41 PM | Show all posts
rumi = romawi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 12:11 AM | Show all posts
Bahasa malaisia sedang berkembang dan tulisan ruminya telah sehingga tulisan ini digunakan secara berleluasa sebagai alat kebudayaan barat.


nmpak sgt penulisnye org belah oriental
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 11:23 PM | Show all posts
kat china sana pong ada tulisan jawi, depa panggil Xiaojing. Guna wat tulih bhs China dlm kitab2 agama. tulisan jawi China dah guna dolu sblom Hanyu Pinyin wat transliterate bhs China.



kitab penuh tulisan Xiaojing (Jawi China)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2010 02:16 PM | Show all posts
tulisan Parsi, lebey kurang arab jugak, tp ada tambah 4 huruf (yg kaler merah)..32 kesemuanya

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2010 02:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 19-8-2010 14:22










papan iklan di kedah, model bertudung dan tulisan jawi;)
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:37 PM | Show all posts
Topik yg menarik...

Yg I tau..  kedatangan Islam tlh meningkatkan lagi taraf bahasa Melayu sebaga ...
fleurzsa Post at 16-2-2005 10:16


setuju denganfleurzsa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 09:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.078682 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list