CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Lagenda Kampung Lenyap Dibawah Perut Bumi kelantan

[Copy link]
Post time 11-5-2005 03:09 PM | Show all posts
tempat tuh kat jeli ... kalo korang nak gie atau datang dari perak ikut gerik ... korang bleh nampak gunung tuh tepi jalan jer ... memang nampak kesan rekah tanah ... pokok cam kena himpit ... even org kampung cakap binatang cam burung burung pong menjauhi tempat tuh ... bentuk gunung tuh betul betul cam mangkuk terbalik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


zal_cool This user has been deleted
Post time 11-5-2005 06:35 PM | Show all posts
Hantarlah emel ke misteri nusantara...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2005 07:48 PM | Show all posts
Originally posted by topeng perak at 11-5-2005 04:09 PM:
tempat tuh kat jeli ... kalo korang nak gie atau datang dari perak ikut gerik ... korang bleh nampak gunung tuh tepi jalan jer ... memang nampak kesan rekah tanah ... pokok cam kena himpit ... even ...


ooo kat jeli ke ...aku ingat kat kelantan sebab dalam majalah tu cakap gunung reng tu kat kelantan :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2005 10:13 AM | Show all posts
jeli tu dlm kelantan jugak...kalu nak gi grik kena lalu jeli...kalu dr kota bharu...lepas p mas masuk tanah merah pastu jeli rasanya...tp tala tak biasa sgt gi grik...jauh dr kb
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2005 12:56 AM | Show all posts
wah! 1st time dengar citer ni.. bagus ni! kena ingat nanti bleh citer kat anak cucu! sbg pengajaran!
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 07:06 PM | Show all posts
aku dengar orang kata gunung reng nih (actuallu nama jer gunung tapi ruper macam batu besar) banyak gua.. org kata dalam tu banyak human-like figure.. tak tahu laa kesahihannyer sebab aku bukan pernah masuk gua tuh.. masa kecik2 dulu selalu makan parents bawak makan area situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2005 02:10 PM | Show all posts
nak buat special request leh tak sesape yg lalu kat situ leh tolong ambil kan gambar tak :tq::tq::tq: sbb aku tau aku entah bilalah nak lalu situ ... tq in advance.....dah ambil gambar tu hehheh paste lah kat sini :pray::pray:;);)
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 09:59 AM | Show all posts
tak sangka kat malaysia pun ada
ingat kat arab aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2005 01:00 PM | Show all posts
Gunung Reng - Misteri di sebalik kemunculannya

Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah selain daripada pusat pelancongan yang unik dan sebelum ini pernah dikunjungi beberapa pengkaji sejarah serta pelancung.

Gunung yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri Sa'adong serta khazanah yang ada di dalamnya masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini.
Legendanya juga masih belum terungkap secara jelas dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat hari ini tentang kewujudannya dengan keunikan struktur batu-batannya.

Sebagaimana gua-gua yang terdapat di gunung-gunung lain yang ditemui dan diterokai oleh penggemar dan pencinta alam, Gunung Reng juga mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menurut papan catatan sejarahnya yang terletak di pintu masuk ke kawasan gunung itu, tapak asal gunung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadeh dari keturunan Pulang Hari, Jawa.

Mengikut catatan itu, gunung itu wujud adalah ekoran kifarat Tuhan terhadap makhluknya yang telah melanggar tatasusila masyarakat waktu itu kerana mahu kelainan dalam pesta atau bahasa tempatan dipanggil 'bergalak'. Ketua Kampung Tala pada masa itu dikatakan ingin mengadakan temasya secara besar-besaran selama tujuh hari tujuh malam dengan pelbagai permainan hingga ke acara penutupnya.

Ekoran itu permainan yang tidak pernah diadakan sebelum itu ialah melagakan kucing dengan anjing di atas bumbung rumah sebagai menyambut kemuncak perayaan tersebut. Acara itu dikatakan telah diadakan di waktu Zuhur dan telah mendapat sambutan dari masyarakat yang tidak pernah melihat acara ganjil yang dipersembahkan itu.

Menurut ceritanya lagi, disaat orang ramai bersorak-sorai, dengan tiba-tiba berlaku ribut taufan yang dahsyat diikuti hujan lebat. Di waktu kelam-kabut itu dikatakan tiba-tiba seorang perempuan tua dan cucunya berlari balik ke kampung mereka dikenali dengan 'Kampung Gantang' berhampiran Kampung Tala untuk mengangkat padi jemuran.

Selesai memunggah padi yang dijemur dan keadaan hujan semakin reda, perempuan tua bersama cucunya itu telah pergi semula ke Kampung Tala, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat kampung itu telah dihempap batu besar atau gunung yang melenyapkan sama sekali kampung itu.

Menurut catatannya lagi, perempuan tua dan cucunya inilah yang menjadi pencerita kepada generasi-generasi sehingga sekarang mengenai sejarah kemunculan 'Gunung Reng' itu.

Gunung yang menghempap Kampung Tala itu dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng yang terletak di negeri Perak dan jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan di sempadan Kelantan dan Peka untuk sampai ke Kampung Tala.

Bukti yang paling jelas ialah tempat asal gunung ini telah menjadi kolam dan sehingga sekarang dikatakan tapak kolam yang terdapat di Hulu Sungai Reng seperti berbentuk Gunung Reng yang terdapat di Kelantan.


Gunung berkenaan juga dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marka di Pasir Puteh.

Kerana itulah juga Gunung Reng mempunyai gua-gua dalam pelbagai bentuk seperti tempat hulubalang, tempat bermain makyung, serta bilik-bilik seperti Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Bedak.

Melalui Gua Payung itulah dikatakan ia menjadi pintu masuk lereng gua-gua berkenaan.

Bagaimanapun, mengikut catatan sejarahnya Puteri Sa'adong tidak tinggal lama di Gua Reng disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk kampung yang meminjam barang-barangnya seperti pinggan mangkuk tetapi tidak menghantar pulang.

Ekoran daripada itulah dikatakan Puteri Sa'adong telah merajuk dan lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang dan barang-barang atau khazanah yang tersimpan di gua tersebut turut menjadi batu, termasuk seekor gajah.

sumber :http://www.kplb.gov.my/kesedar2/BMalaysia/tempat_bersejarah.htm

[ Last edited by mok_nik on 12-7-2005 at 12:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 04:46 PM | Show all posts
so peristiwa gunung reng nie berlaku zaman Islam dah sampai di tanah melayu la ye ? ...dalam abad ke-14 mungkin ?..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 01:19 AM | Show all posts
begitulah agaknya...diawal kedatangan Islam..dan mesti ingat diawal kedatangan Islam, kebanyakan rakyat memeluk Islam adalah kerana ikutan..iaitu mengikut raja dan pembesar kawasan mereka..jadi pegentahuan agama meraka terhadap Islam tidak mendalam.
Reply

Use magic Report

filebox This user has been deleted
Post time 14-7-2005 10:06 PM | Show all posts
ish.. tak pernah plak aku dengar... walhal parent aku asal sana..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2005 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 2005-7-12 13:00:
Gunung Reng - Misteri di sebalik kemunculannya

Gunung berkenaan juga dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika setelah berpindah dari Bukit Marka di Pasir Puteh.



Tak silap saya, Putri Sa'adong berpindah dari Bukit Marak yang terletak di sebuah kampung bernama yang sama di sempadan Jajahan Kota Bharu/ Bachok sekarang, bukan di Pasir Puteh.

Bukti peninggalan Putri Sa'adong masih lagi terdapat di Bukit Marak sampai sekarang.


[ Last edited by dark_wizard on 17-7-2005 at 01:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2005 03:09 PM | Show all posts
tengok kelantan sekarang byk lawan suara burung pulak...hati2 laaa...jangan KB kena hempap pulak sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 12:17 PM | Show all posts
memang dari dulu lagi kat kelantan ni macam2 permainan rakyat ada
kalau tak burung pun ada benda lain
pertandingan ayam serama, belalang dan lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 12:50 PM | Show all posts
ermmmm..rasanya Gunung Ayam kut..daerah jeli..atau lebih dekat ke Kuala Balah. nama Kuala Balah pun ada sejarahnya sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2006 11:45 PM | Show all posts
Oooo begitu deh..tak cakna saya...sungguh pelik ya..ajaib betul...: masyaallah...begitukah kisahnya...OOooo..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.:lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by boogeyman at 27-4-2005 08:30
kena bagi tahu kat mastika ke misteri nusantara ke.. supaya diaorg dpt buat penyelidikan lanjut( diaorg budget tinggi ) dan umumkan pada org awam dan pembaca supaya jadikan pengajaran

:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 03:39 PM | Show all posts
nama asal tempat kejadian tu adalah kmpg tok tala.......ye memang btul ada bemacam2 batu yang berbetuk pelik seperti gajah , katak , ade gua bedak dan banyak lagi.......aku pun dah lama tak masuk kat gua tu.......aku dengar skang ade bahgn gua tu dah runtuh,..... dan gunung hanya gunung batu kapur ajer......dan gunung tu jugak boleh dipanjat dari luar kat atas siap ada pokok lagi kat atas pucak gunung....

[ Last edited by  ska_n_dal at 1-2-2007 04:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 05:32 PM | Show all posts
Aku pun penah baca kisah nie dalam majalah Al-Arqam dulu cuma belum berkesempatan nak emlawat Gunung tuh...tengoklah kalau aku singgah Kelantan lagik bole la melawat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060877 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list