CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: abu_syafiq

MALAM NISFU SYA'BAN ( Satu Pandangan Ilmiah )

[Copy link]
Post time 4-10-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 13-9-2006 09:34 AM
4. Takdir Allah Tidak Akan Berubah

Perlu diketahui bahawa aqidah Islam adalah ketentuan Allah menyeluruh bagi segala perbuatan dan kata-kata
hambaNya. Tidak akan berlaku sesuata apa pun di alam ini kecuali dengan ketentuan Allah, ilmuNya dan ciptaanNya. Apa yang dikehendaki oleh makhluk tertakluk kepada ketentuan Allah. Semua ini berdasarkan firman Allah yang bemaksud :

? Dan tiap-tiap apa yang kamu kehendaki tidak akan berlaku kecuali apa yang telah ditentukan Allah Tuhan sekelian
alam.?.
Ketentuan Allah juga tidak akan berubah dengan doa orang yang berdoa, sedekah orang yang bersedekah dan nazar orang yang bernazar kerana
? Apa yang ditentukan oleh Allah pasti berlaku dan apa yang tidak  ditenukan Allah pasti tidak akan berlaku?- maksud hadith riwayat Abu Daud.

Telah thabit bahawa kekasih Allah sendiri iaitu Rasulullah telah bersabda yang bemaksud :
? Aku telah berdoa kepada Tuhanku empat perkara, diberikan kepadaku tiga sahaja dan tidak diberikan kepadaku satu perkara lagi; aku memohon agar umatku tidak kufur secara beramai-ramai kesemuanya, maka Allah telah memakbulkannya; dan aku memohon agar tidak dibinasakan mereka semua sepertimana dibinasakan umat-umat sebelum mereka, maka Allah telah memakbulkannya; dan aku telah memohon kepada Allah agar tidak didatangkan kepada mereka musuh yang bukan dari kalangan mereka menghancurkan mereka semua, maka Allah telah memakbulkannya; dan yang keempat aku memohon kepada Allah agar tidak berlaku pertelingkahan dan keburukan di antara mereka, maka Allah telah menolak permohonanku itu.?
Hadith riwayat : Al-Hafiz Abdur Rahman bin Abi Hatim.
Di dalam riwayat yang lain Rasuullah telah bersabda
yang bermaksud :
? Allah ta?la telah  berfirman kepadaku : ?ahai Muhammad! Sesungguhnya Aku apabila telah menentukan sesuatu maka tidak akan berubah sama sekali.?
Maka kesemua ini adalah dalil juga bukti yang amat jelas bahawa Allah ta?la tidak akan berubah ketentuanNya.

5. Doa Bukan Penongkah Takdir  
      
Doa merupakan asas ibadah di dalam Islam, walaubagaimanapun ini tidak bermakna doa dapat menghalang jauh sekali mengubah takdir Allah sebagaimana tanggapan sesetengah masyarakat kita hari ini terutamanya yang mengamalkan doa-doa yang mengandungi unsur-unsur melawan atau mengubah ketentuan Allah. Dalam menjelaskan hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?
Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara lalu diperkenankan bagiku dua perkara dan tidak diperkenankan seperkara lagi. ? Hadith riwayat Muslim dalam Sahih Muslim.
Sekiranya doa dapat menongkah takdir Allah nescaya pastilah kesemua doa kekasihNya akan diperkenankan.

wallahu 'alam.semoga bermanafaat....



Aku bantah dan bangkang point no 4 dan 5. Lihat rujukan di bawah



Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu  kalau mereka sendiri tidak berusaha mengubah nasib mereka sendiri."
[ A Ra'd - Surah 13 - Ayat 11 ]


Bknkah kita tlah lama terdidik dgn ayat2 ini, jd kita mampu berusaha n cuba mengubah apa2 yg allah takdirkan pd kita . Yg pnting ialah usaha yg bersungguh2





Ini pula ialah mengenai doa. Kan doa tu senjata org islam . Rujukan dr al quran mengenai doa..



Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

[ Ghaafir - Surah 40- Ayat 60 ]






Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.

[ Ibrahim - Surah 14 - Ayat 39 ]





Jadi jelas bila kita brdoa , allah akan mengabulkan doa kita. Jadi kalau kita dalam bahaya , bila kita berdoa , nescaya allah akan selamatkan kita dr bahaya itu, wallahu alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 28-9-2006 09:08 AM
Jalan ASWJ melalui 4 mazhab sudah di iktiraf benar oleh jumhur ulama. Tak perlu lagi mazhab baru seperti wahabi membetulkannya. Jalan wahabi pun banyak dipertikaikan kesahihannya malah lebih sesat.


elok le tu... bila ada pandangan kurang popular skit je terus tampal kat dahi org tu... 'wahabi'
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 4-10-2006 01:01 AM
Aku bantah dan bangkang point no 4 dan 5. Lihat rujukan di bawah


maaf bateesta,

kalau kita usaha atau tak usaha... hasil usaha atau tak usaha itu tetap takdir Allah juga... semuanya within dia punya takdir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 5-10-2006 12:19 PM


maaf bateesta,

kalau kita usaha atau tak usaha... hasil usaha atau tak usaha itu tetap takdir Allah juga... semuanya within dia punya takdir.

Buktikan statement kau bro :hmm:

So buat apa dgn ayat2 yg aku bg rujukan kat bawah ni :



Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu  kalau mereka sendiri tidak berusaha mengubah nasib mereka sendiri."
[ A Ra'd - Surah 13 - Ayat 11 ]






Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

[ Ghaafir - Surah 40- Ayat 60 ]






Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan.

[ Ibrahim - Surah 14 - Ayat 39 ]

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 04:56 PM | Show all posts
ayat mengubah nasib tu kata allah takkan ubah kalau kita tak usaha... maknanya dgn usaha kita allah akan ubah nasib kita... jadi masih di tangan allah... so ia tetap masih dlm ketentuannya

hadith ni insyaallah boleh bantu kita:

Muslim, Book 026, Number 5504:

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam.

Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini. Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku.

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.


cukuplah... nanti lari tajuk lak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 02:42 AM | Show all posts
Originally posted by kyas at 6-10-2006 04:56 PM
ayat mengubah nasib tu kata allah takkan ubah kalau kita tak usaha... maknanya dgn usaha kita allah akan ubah nasib kita... jadi masih di tangan allah... so ia tetap masih dlm ketentuannya

hadit ...

Jawpan yg menarik , tp since aku pun x nak ff:
Why not kau bawak point2 kau di atas dan kita boleh brhujah dalam thread kat bawah ni :

http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=takdir

Aku tnggu kau disana:tq:

Salam n take care
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2006 08:54 AM | Show all posts
baiklah... topik ni berat... so saya takkan komen lebih2
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061799 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list