CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LLM

Cetusan hati Polis Angkasa Gaban

 Close [Copy link]
Post time 19-1-2007 12:21 PM | Show all posts
LLM Bila nak sambung nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2007 09:36 PM | Show all posts
Nak sambung lah ni.. nak sambung lah niff:

Aku dengan perasaan bengang, menghunus pedang Gaban yang memang trademark aku dan terus mencantas helaian suratkhabar itu!! Cicakman?? memang tak patut...

Orang ramai menjadi cemas melihat gelagatku itu. Aku terus memanggil nagaku dan mengarahkannya pulang ke angkasa lepas. memandai pulak dia pergi memburu kucing-kucing terbiar di lorong-lorong Jalan Masjid India itu...

Aku memandang keadaan sekelilingku dan perasan bahawa orang-ramai sedang memperhatikan diriku. Maklumlah aku sekarang ini 24 jam memakai pakaian dan helmet besi ku. Pasal aku dah tua. Bukan macam tahun 80-an dulu.

Aku dengan marah melibas-libaskan pedang teknologi tinggiku dan menjerkah, " Hoi! Apa tengok-tengok??!!"

Orang ramai menjadi semakin panik dan lari bertempiaran. Keesokan harinya aku di arahkan pergi ke kedutaan Jepun. Rupa-rupanya balai polis Dang Wangi dan Wisma Putra telah menghantar bantahan rasmi kepada duta Jepun pasal kejadian aku naik temper di牋sekitar kawasan lrt Masjid Jamek.

Cip komputer di kepalaku hampir meletup mendengar duta Jepun membebel selama 2-3 jam kerana aku hampir menimbulkan insiden diplomatik Malaysia-Jepun. Aduh, memang aku sudah terbikin onar hari itu...

Aku pun kembali sekejap ke stesen angkasa lepasku itu. Aku duduk di terminal superkomputer stesen dan mula menulis pasal sejarah hidupku di laman internet
Reply

Use magic Report

BeruangKutub This user has been deleted
Post time 20-1-2007 12:46 AM | Show all posts
nak sambung gak!!!

hampir sejam menulis, sejam jugalah aku menatap skrin laptop tercanggih di abad ini. tiba-tiba mataku berpinar2, sambil badanku terketar-ketar. perutku berkeroncong. Barulah aku teringat yg aku belum makan apa-apa pun selama 2 hari.

aku lantas bangun. mungkin ini masa terbaik untuk aku makan apa-apa. lagikan pulak tengah lapar & ada mood nak makan.

kulihat nagaku sedang nyenyak tido. ahh...pedulikan, biarlah die tido, x sampai hati pulak nak kejutkan die. terus aku aku menuju keluar...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"gaban! gaban! gaban..." ku dengar sayup suara2 itu memanggilku. kulihat sekeliling, cuba mencari suara itu. tapi aku x mampu, pandanganku sangat kabur ketika itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 06:01 PM | Show all posts
Terhibur aku...

Lagik lagik... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 06:41 PM | Show all posts
Originally posted by BeruangKutub at 20-1-2007 12:46 AM
nak sambung gak!!!

hampir sejam menulis, sejam jugalah aku menatap skrin laptop tercanggih di abad ini. tiba-tiba mataku berpinar2, sambil badanku terketar-ketar. perutku berkeroncong. Barulah ...


Sedaya-upaya aku cuba untuk :hmm:menjejaki suara itu namun tuntutan perutku melebihi segalanya.  Lantas aku pun menuju ke dapur. lantaklah suara tu...:ketuk:Heh heh heh:ketuk:... Sebenarnya aku memang malas masak a.k.a memang tak reti pun.

Aha, tiba-tiba kepala otak bergeligaku:ting: mencetuskan idea bernas jitu lagi murni.  Apa kata kalau mintak despatch hantar pizza ke, Mek D ke, Kentaki ke.  Wah, menarik bunyinya.  Teringin aku nak rasa Prosperity Burger Limited Edition (Tahun lepas aku miss tau)...

Sedang aku menekan punat hp,

...dan menekan...


...dan menekan...

Tiba-tiba aku terkesima...Lantas terduduk kaku.


kerana...

Paparan di skrin hp "No Service"

Hek Eleh, macam mana la aku buleh terlupa sekarang aku berada kat stesen angkasalepas . Mana ada signal kat sini ...Bodo betul le aku ni, kalau ada pun macam mana diorang nak hantar? Aku merasa sungguh dengan kebodohan tahap gaban yang telah aku lakukan.

Kesan dari ke"malu"an tu membuatkan kepalaku berpinar-pinarLantas terasa seakan isi perutku melonjak ke kerongkong.  Lantas dengan kepantasan 0.05 saat aku meluru ke tandas yang jaraknya kira-kira 500 meter dari tempatku berdiri tadi.  Di dalam tandas, aku telah dan dan dan dan dandan .....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 06:13 PM | Show all posts
Hari ini Rabu 24 Januari 2007 bersamaan 5 Muharram 1428.  Pergghhh...korang jangan pandang sebelah mata tau. Aku hafal bulan-bulan Islam hasil dari putaran cakera padat lagu Raihan yang sempat aku beli masa kat KL ari tu. Bukan macam kebanyakan umat Islam yang hanya tau bulan Ramadhan & Syawal je...Tak caya?...Meh aku nyanyi sikit "Muharram...Safar...Rabiulawal...Rabiulakhir......" Hehehehehe

Sebenarnya, hari ini aku teramatlah bosannya hari ni. Semua yang aku buat serba tak kena.  Mata ni dah naik berair melayan internet dari pagi sampailah ke malam.  Malam?...Cheh !:kant: Di stesen angkasa ni siang dan malam sama je...Gelap keliling.  Aku hanya tau peredaran hari berpandukan komputer merangkap nadi utama kawalan stesen angkasa ini.  Buatnya sistem down, memang tunggang langgang hidup dibuatnya.

Aku pergi kat tempat port naga.  Amboih..amboih...Sedapnya dia tengah terbungkang terus-menerus semenjak 2 hari lepas. Eh, entah-entah dah mampos ke?  Lena sungguh nampaknya, tiba-tiba terdetik rasa sayu dan hiba apabila merenung wajah encik naga itu.

Selama ini memang aku telah mengeksploitasikan tenaganya sehingga ke tahap maksimum.  Tiada alasan untuknya mengular...ops...menaga .  Seringkali juga dia merungut "Naga Gaban, Naga Gaban...Ingat aku ni kuli ko ke... "  Panas juga hati aku mendengarnya, dan rentetan dari kes itu maka seringkali jugalah aku menyekeh kepala nagaku itu sesedap rasa.  Selepas itu, jarang-jarang sekali aku dengar dia merungut.  Kalau dalam hati lantak ko le, bukannya aku dengar pun.

Aku terpaksa membatalkan rancangan untuk turun ke bumi jalan-jalan memandangkan nagaku terus-menerus tidur walaupun aku dah kasi flying kick sebanyak 80 kali.  Oleh kerana dah terlalu :@  amarah, maka aku telah menghunuskan pedang teknologi tinggi... bajet aku nak "Potong Dua" je nagaku itu (Geram punya pasal).  Tiba-tiba nagaku terkejut dari tidurnya lantas memandang dengan pandangan yang redup tepat padaku.  Eleh, nak mintak belas ehsan le tu...Tak kira, setan telah menguasai diriku dan surat menyurat tak akan dilayan !!!:@

Pandangan nagaku beralih dari mataku menuju ke badan lantas ke bawah.  Tiba-tiba beliau telah ketawa guling-guling.  Tahap kebisingan jeritan beliau melebihi 100dB, bisa memecahkan gegendang telinga aku.  Aku perati cermin tingkap yang sound proff tu pun dah mula menunjukkan tanda-tanda retak sedikit demi sedikit.  Tak boleh jadi, lantas aku menjerit "HOI BIAWAK, APAHAL KO NI, MABUK KE? TEBIAT NAK MAMPOS ???!!!"

Secara automatik nagaku berhenti gelak, dengan mata berair beliau telah berkata...
"Aku tau le boss ada pedang tapi takkan tergamak nak cincang aku kot..." ujarnya dengan nada sayu tersekat-sekat.  (Hek eleh, aku tau dia musti tengah tahan gelak le tu)...

...Sambungnya " Tapi kot ya pun check le dulu bebetul, ni tak...main sambar mana yang sempat je, tau le tengah marah.  Kalau le boss tengah berdepan dengan suku-sakat Don Horror di kala ini, memang LAUK le boss". "Aku berani confirm punya" Sambungnya

Aku mulai musykil dengan kenyataan berani mati beliau, lantas aku memerhati keadaan diriku.

Keadaan menjadi tepu seketika...

Aku terkesima...

Lantas...

Aku sepantas kilat telah berlari ke bilik sambil meraung sekuat hati.  Korang tau apa puncanya?...

Puncanya ialah...

Ialah...

Pedang yang kononnya aku hunuskan tadi itu sebenarnya ialah...

BATANG MOP !!!

Diulang...BATANG MOP !!!  Arghhhh....

**Cuba korang bayangkan aksi aku tengah angkat batang mop sambil memakai seluar katok sahaja**


  Oh, korang juga ketawakan aku? .. Dunia ini memang kijam...kijammm...kijam....

**Dikejauhan sayup-sayup kedengaran suara hilai tawa nagaku masih berkumandang, tak pe tak pe...Hari ni hari ko...

.................................    ....................................................................

[ Last edited by  nbv4677 at 24-1-2007 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2007 11:29 PM | Show all posts
Muka aku menjadi merah padam. Mujurlah helmet besiku itu menyembunyikan reaksi ku itu..

Siap kau, naga Gaban..

Aku memanggil naga bertuah itu dan menyuruhnya ke bengkel stesen angkasa lepas. Aku dengan perasaan geram membuat system inspection. Patutlah, hard drive dan cip kawalannya terkena virus. Lepas itu, wayar pada sendi-sendi dan sistem senjatanya pulak berkarat..Tak hairanlah kalau naga bertuah itu malfungsi dan berkelakuan macam R2D2 dan C3P0 dalam filem Star Wars.

Aku menjadi semakin bengang. Dahlah semua petugas stesen angkasalepas cuti panjang time ini. Aku pulak terpaksa menjadi mekanik bidan terjun. Cip kawalan kena ganti. Reaktor propulsion fusion pada sayap kena ganti. Cip optik pun gena ganti. Kalau banyak kena ganti, mungkin aku terpaksa membersarakan naga berkarat itu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 01:02 PM | Show all posts
Tapi terdetik di benakku, kalau aku membersarakan naga berkarat itu... aku nak naik apa pulak?  Takkan nak ikut pepatah "Habis Madu Sepah Dibuang Ke Dalam Tong Sampah"...Sadis sangat tindakan tu mengikut akal logik aku.  Nak beli naga baru, bukannya murah.  Nak minta kerajaan Jepun?...Huh, rentikan le.  Hubungan aku dengan diorang memang teramat dingin 18 darjah celcius di kala ini ekoran dari kes di Stesen LRT Masjid Jamek tempohari. Ohhhh

[ Last edited by  nbv4677 at 25-1-2007 01:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2007 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 01:02 PM | Show all posts
Eh, tak de sapa-sapa nak sambung ke?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2007 05:27 PM | Show all posts
Fikir punya fikir, aku pun terpaksalah menggunakan cara yang termurah untuk maintain naga Gaban yang semakin berkarat dan ketinggalan zaman dari segi teknologi komputer cipnya, sistem propulsi roketnya, dan banyak lagi...

Dengan melaungkan kata hikmat "HANTAR KE PLANET!!!" aku dengan naga bertuah itu turun ke permukaan bumi. Betul betul di depan....Bengkel Kereta dan Motorsikal Potong Pak Din Mekanik..Apa nak buat, aku kesesakan poket...

Pak Din Mekanik terperanjat melihat aku dengan naga besiku muncul di depan matanya tengah malam buta ni. "Tolong!!! Jembalang, puaka, pocong, jelmaan jin datang menyakat!" Dia melolong ketakutan.

Dengan serta merta perasaan bengangku kembali lagi..Ada kah patut dia ingat aku ni hantu jembalang puaka dll? Tak taukah dia membezakan antara makhluk halus dan makhluk angkasalepas??? Ahhh...

Aku menyapa mekanik tua merangkap bekas juara rempit Jalan Tuanku Abdul Rahman tu.."Encik Din.. Saya bukan hantu setan puaka! Saya polis angkasa lepas lah! Saya muncul dengan sekelip mata depan mata encik adalah kerana teknologi penghantaran jisim!  Naga saya tu bukan jin belaan. Saya ambik masa 5-6 tahun nak design body dengan enjin anak bertuah itu!! Sekarang ni, Encik Din boleh tolong serviskan tak naga saya itu?? "

Pak Din Mekanik terpinga-pinga mendengar penjelasan ku itu. Aku melihat seluarnya sudah basah.. Memang sah dia terkencing apabila melihat aku dan nagaku itu muncul dengan tiba-tiba. Nasib baik topi besiku itu melindungi deria hidung..

"Baiklah Encik Gaban" Dengan perasaan malu Pak Din Mekanik memulakan kerjanya itu..

"Lusa saya turun ke planet lagi untuk mengambil naga berkarat ini" ujarku sebelum berlalu dari bengkel yang belum pasti lagi ada pengesahan dari kementerian perdagangan itu. Apa nak buat, poket sudah sakit. Kerajaan Jepun tak nak sponsor. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pulak masih bengang dengan kejadian aku naik temper kat kawasan LRT Masjid Jamek. Aku pulak diharamkan pergi ke pusat servis yang bertauliah ekoran dari kejadian itu...:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 04:46 PM | Show all posts
aduhhhhh pening kapla
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 04:04 PM | Show all posts
  AKu nak sambung tapi tak de idea...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 05:30 PM | Show all posts
boleh sambung2 ek. aku kalau nampak nama LLM terus nak pitam....tapi rindu gak kat dia...huhuhu
Reply

Use magic Report

BeruangKutub This user has been deleted
Post time 8-2-2007 10:57 PM | Show all posts
x pasti bagaimana utk menerangkan betapa bosannya aku di ketika ini. keseorangan sambil lepak2, sambil menonton TV. Menonton rancangan kegemaran mmg membuatkan mataku x berkelip memandang TV. Program realiti TV bertajuk "Dare to be a Gaban" mmg kegemaranku. apatah lagi ia di inspirasi dr diriku. Tapi entah kenapa, fikiranku langsung tiada di situ. menerawang entah ke mana. Betapa rindunye aku pada nagaku... moga die cepat sembuh seperti sediakala. bolehlah kami kembali seperti sediakala.

Terus ku tutup TV lantas menghadap laptopku....

Eh! Ada email dr x-wife ku di bumi!!!
Reply

Use magic Report

Raja_Dewa This user has been deleted
Post time 9-2-2007 12:26 AM | Show all posts
Menemui Abang Gaban di sana. Kabare? Harapanku semuga Abang Gaban sentiasa dalam keadaan tenang walopun keadaan planetmu tidak tenang. Adapun Markonah di sini sihat sejahtera hendaknya walopun fikiran kadang teringat dirimu di sana. Adakah kau pun begitu wahai Abang Gaban?

Abang Gaban,
Konah nak tanya samamu, bilakah kau mahu membayar duit nafkah anakmu yang 4 itu? Lupakah engko akan anak-anakmu yang menguek-nguek mahu susulah, mahu makan pizzalah, mahu beli kasut sukanlah, mahu pakai baju besi macam kau lah.. macam-macam bang. Pusing kepala aku mikir mana nak kucampakkan zuriatmu ini tapi mengenangkan merekalah bakal penyelamat bumi, maka aku kuatkanlah semangat ku untuk mintak duit nafkah budak-budak ni. Dah 4 tahun tau kau tak bagi. Nak aku kira bunganya sekali ker...???

Sekian, harapan Konah, janganlah Abang Gaban terlalu leka untuk menjaga keamanan dunia tetapi rumahtanggamu terabai.

Yang benar,
Markonah Salimun.
Jawa Selatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2007 05:04 PM | Show all posts
Setelah habis membaca email si Markonah itu, aku terkedu seketika. Kepala aku berpinar-pinar..Aduh..aku hampir kepitaman. Sensor suhu pakaian besi aku menunjukkan penurunan suhu kepada 18 darjah celcius.

Memang sungguh brengsek hari ni ye? Sudahlah aku hampir kekeringan wang mengserviskan naga aku yang bertuah itu.

Dengan tiba-tiba nafsu amarah aku menggelojak. Sensor suhu pakaian besi menunjukkan kenaikan suhu kepada 60 darjah celcius. Aku terus menghunuskan pedang Gabanku itu dan mengujarkan kata hikmat "Gaban Z potong dua!!" dan mengorbankan kerusiku yang usang itu.

Ahh..ahh..Aku sudah mati akal..
Reply

Use magic Report

BeruangKutub This user has been deleted
Post time 17-2-2007 12:07 AM | Show all posts
x der yg nak sambung dah ker??!! nk sambung tp x der idea!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 02:51 PM | Show all posts
  uhuuuu best siot..mane sambung??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2007 05:55 PM | Show all posts
OK OK..aku sambung ni

Kematian akal..aduh..memang payah. Macam mana aku nak cari duit nak bagi nafkah kat bekas isteri aku tu? Dahlah aku kena ganti kerusi yang menjadi mangsa kemarahanku itu..

Kemudian..aku mengujarkan kata hikmat "Hantar ke planet!!!"

Aku terus berada di persimpangan Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail lengkap dengan pakaian dan topeng besiku itu. Tangan kiriku menggenggam beberapa keping kertas..

Dan aku terus melaung "MAPIAU angkasalepas! MAPIAU angkasalepas!" Aku harap daya tarikan uniform polis angkasaku akan memberiku ramai pelanggan.

Tiba-tiba seorang anggota polis mendatangiku dan berkata. "Encik Gaban. Apasal Encik jual mapiau? Mana boleh!!?? Sepatutnya encik sebagai seorang polis tahu bahawa kerja itu salah!!"

Aduh.. aku terpukul dengan kata-kata konstabel itu. Dia pun berkata kepadaku "Macam mana kalau Encik Gaban buat part-time dengan PDRM? Pondok polis kat depan Shangri-La hotel tu perlukan seorang lagi petugas. Pendapatan terjamin pulak tu.." Aku menganggukkan kepala ku yang bertopeng besi itu tanda setuju.

Beberapa jam kemudian, tercongoklah aku di dalam pondok polis depan hotel itu memerhatikan kesesakan lalu lintas.  Mat-mat rempit yang lalu kat situ kelihatan cuak melihatkan aku melibas-libaskan pedang Gabanku itu di hadapan mereka setiap kali mereka berhajat untuk berlaku onar di jalan raya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.631320 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list