CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eiyoei

Rompakan Bank Paling Berjaya

[Copy link]
Post time 27-12-2006 04:13 PM | Show all posts
hehe
aku pun nak risik2 gak lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 06:06 PM | Show all posts
Ni ala-ala Mc Gyver nih...
Ade juga kisah perompak yg menggali terowong TNB utk ke kwsn rompakan. Lepas juga kes ini. Di dakwa dilakukan sewaktu Hari Raya..tempat dn masa sy kurang pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 01:25 AM | Show all posts
cakap pasal hal kecurian dan rompakan, jika pencuri didapati siap makan minum dan kencing bagai di lokasi rompakan, itu tanda dia nak datang rompak lagi. penah jadi di umah cousin sherrina, siap minum2. mmg datang rompak lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 09:11 AM | Show all posts
tgk discovery channel tak tu hari?

yang pasal the biggest gold digger kat national bank, brazil?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:56 AM | Show all posts
kadang2 aku gelihati juga bila fikir2 pasal kes tebuk lubang mcm ini walaupun benda jenayah ni bukan benda lucu. Mana tak, bukan main lagi alarm & CCTV kat bank tu... diaorang tebuk lubang bawah tanah plak. so dlm macam2 kes rompak di M'sia ni dari pengamatan aku ada 2 jenis perompak;

1. Perompak (kira pro lah ni)
Dia ambik duit dari bank tanpa disedari. Plan dia teratur. Masuk ikut lubang atau mana2 lah. Curi sampai RM juta-juta. Tak tinggalkan kesan. Sempat minum dsbg. Tak disedari & tak perlu bunuh org (mcm dlm cerita hollywood)

2.Perompak (..yang jenis satu lagi)
Bawak senjata parang, pistol, senapng... paksa org atau bank atau kedai  bagi wang @ brg kemas. Sampai bunuh guard, juruwang & sebagainya. Yang mcm ni selalu dpt di tangakap.

mmg 2 jenis berbeza. Perompak jenis 1 tak akan gunakan cara no.2 diatas. Dan perompak jenis no.2 tak sebijak/expert perompak jenis no.1.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:05 AM | Show all posts
kekekke

buat lawak sket

yang paling tak tahan...

yang nak ATM mesin, tapi tercurik Cheque Deposit Machine

haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2006 12:07 PM | Show all posts
Syd,
yuppp...that's an insult to the Pencuri dan Perompak Association. Mesti kene gantung keahlian tu :lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 28-12-2006 11:05 AM
kekekke

buat lawak sket

yang paling tak tahan...

yang nak ATM mesin, tapi tercurik Cheque Deposit Machine

haha


hahahahahaah ifa setuju syd :setuju:....lawak sungguh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2006 02:13 PM | Show all posts
antara berita yg pernah keluar.....

Anggota Geng Mamak bolos lagi kepungan polis
Oleh: SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 2 Dis. ? Bekas anggota Geng Mamak, Khairul Afendi Mohamad Noor yang pernah ditahan kerana terlibat dalam 35 kes jenayah kekerasan membabitkan kerugian lebih RM10 juta, berjaya memboloskan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Pulau Pinang Selasa lalu.

Menurut sumber, ?enjenayah paling dikehendaki itu? dikatakan sangat mahir dan aktif dalam melakukan samun lori yang membawa muatan komputer, barangan elektrik, mikrocip, telefon bimbit, pecah gudang dan lain-lain.

Khairul Afendi sebelum ini pernah diburu hampir setahun kerana dikehendaki bagi membantu siasatan terhadap kes rompakan bersenjata api di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Sungkai, Perak pada tahun 2002.

Utusan Malaysia difahamkan, suspek selalunya menyamar sebagai anggota polis, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kastam atau imigresen ketika melakukan kegiatan jenayahnya.

Selain memakai pakaian seragam penguat kuasa, suspek dan anggota kumpulannya dulu turut menggunakan peralatan polis seperti ?opi baseball' yang digunakan oleh Polis Trafik, jaket lutsinar (hijau berlogo polis), gari, baton bercahaya, walkie-talkie dan papan berlogo polis.

Bagaimanapun pada 18 November 2002, Khairul Afendi ditangkap dalam serbuan di Kondominium Puncak Damansara, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya, sebelum ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor.

Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC II Abdul Samah Mat berkata, Khairul yang telah pun dibebaskan daripada penjara ditahan bersama seorang lagi rakannya dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Mertajam pada hari Selasa lalu.

Bagaimanapun, sebuah kereta pacuan empat roda secara tiba-tiba cuba merempuh polis berkenaan dan kedua-dua lelaki itu terus memasuki kenderaan itu dan melarikan diri.

?olis kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai pemandu terbabit tetapi ketiga-tiga lelaki itu terus melarikan diri dengan kenderaan itu,? katanya.

Ujarnya, kenderaan itu kemudiannya ditemui di Bukit Merah di Perak dan polis kemudiannya berjaya menahan pemandu kenderaan terbabit di sebuah hospital di Ipoh ketika dia cuba mendapatkan rawatan akibat terkena tembakan pada bahagian perut.

Abdul Samah berkata, lelaki itu kini ditahan di Hospital Seberang Jaya dekat sini bagi membantu siasatan dan dia dipercayai bukan anggota Geng Mamak.

Abdul Samah berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan pembabitan kumpulan Geng Mamak dalam rompakan mikrocip yang dipercayai berharga kira-kira RM100 juta di kargo udara MasKargo pada 20 November lalu.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan daripada segala sudut bagi menyelesaikan kes rompakan terancang itu.

?etakat ini kita masih menahan empat lelaki bagi membantu siasatan rompakan mikrocip di kargo itu tetapi mereka tidak mempunyai kaitan dengan Geng Mamak,? kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:14 PM | Show all posts
Taktik nie nampak ganaslah tapi tak menjadi.....

15 Ogos, 2006 20:21 PM     

Lagi Cubaan Rompak Mesin ATM Guna Taktik "Tarik Dan Angkat"


KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki yang cuba merompak wang dari dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Pejabat awal pagi ini menggunakan "taktik tarik dan angkat", terpaksa berputih mata apabila "lengan" jengkaut yang digunakan untuk menarik mesin tersebut tersangkut pada siling bank.

Mereka yang kelihatan meniru cara rompakan sebuah kumpulan yang melakukan perbuatan yang sama di Bukit Mertajam pada 9 Ogos lepas, dipercayai tidak mempunyai kemahiran mengendalikan jengkaut terbabit, menyebabkan mereka panik setelah jentera itu tersangkut dan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan jentera itu di tempat kejadian.

Ketua Polis Terengganu SACI Acryl Sani Abdullah Sani berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.45 pagi hingga 5.30 pagi melibatkan mesin ATM kaunter perkhidamatan 24 jam perbankan EON Bank dan kejadian itu hanya disedari anggota polis peronda kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum melaporkan kejadian itu setengah jam kemudian.

"Kedua-dua perompak terbabit menggunakan jengkaut yang dicuri 100 meter dari kawasan kejadian di mana mereka telah mengikat tali yang diikat pada `lengan' jengkaut untuk menarik dua mesin itu dan cuba merentap keluar kedua-dua mesin tersebut.

"Tetapi `lengan' jengkaut tersebut telah tersangkut pada siling bank tersebut menyebabkan mereka tidak dapat hendak menarik atau merentap keluar mesin berkenaan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan kerosakan pada siling bank serta pintu bank tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit cuba meniru cara rompakan yang digunakan oleh satu kumpulan lain di Pulau Pinang.

" Kalau dilihat cara mereka melaksanakan, ini mungkin cara meniru. Cara mereka mengendalikan jentolak menunjukkan mereka tiada kemahiran asas dan mereka tak tahu cara mengguna jentera itu. Nampak cara guna pun kasar.

" Sama ada mereka tergesa atau mungkin masa agak suntuk menyebabkan mereka buat kerja tergesa-gesa. Kita akan tengok setiap aspek dalam siasatan ini termasuk sama ada hanya melibatkan orang tempatan ataupun orang luar. Kita tidak menolak kemungkinan lebih daripada dua orang terlibat dalam cubaan rompakan itu," katanya.

Sebelum itu pada 9 Ogos lepas, tiga perompak cuba melarikan mesin ATM di Jalan Aston Bukit Mertajam Pulau Pinang menggunakan taktik yang sama, namun cubaan itu gagal kerana mereka tersilap melarikan mesin deposit cek dan bukannya mesin ATM.

Rompakan menggunakan kaedah yang sama turut dilaporkan berlaku sepanjang Januari hingga Februari lepas mengakibatkan tiga buah bank di Sibu dan Miri di Sarawak terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300,000 apabila mesin deposit tunai dilarikan perompak.

Acryl berkata sistem amaran di bank tersebut tidak berbunyi kerana mesin itu masih berada di tempat asal dan ketika ditanya sama ada terdapat pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu, beliau berkata "itu yang sedang kita dapatkan maklum balas yang lebih tepat daripada pihak bank kerana sepatutnya bank tersebut mempunyai pengawal keselamatan."

Katanya menerusi rakaman kamera litar tertutup didapati polis telah mengenalpasti dua perompak terbabit di mana salah seorang daripada mereka didapati menggunakan topi keledar dan seorang lagi menggunakan kain untuk menutup kepala bagi mengelakkan diri daripada dikenali.

Polis telah menahan seorang pekerja kontrak bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut tetapi Acryl berkata lelaki yang ditahan itu mungkin tidak terlibat dalam kejadian berkenaan dan penahanannya bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat mengenai jentera terbabit.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:17 PM | Show all posts
Sape tahu: Geng Mamak dengan Geng Deva sama ker???...Atau ade pecahan/serpihan kumpulan lain....

Edisi KL: Syabu bagai makanan Geng Deva  
11/07/2006
Oleh Efindi Baharuddin dan Zainal Zawawi Mohamed, Harian Metro


KUALA LUMPUR: Anggota Geng Deva dipercayai ?erjoli sakan? dan hidup ala orang kaya selain menghisap syabu setiap hari dengan membelanjakan wang hasil rompakan ketika mereka melarikan diri ke negara jiran untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan, anggota kumpulan penjenayah itu kerap mengunjungi pusat hiburan di negara jiran berkenaan dan dipercayai mencari peluang perniagaan di sana bagi membersihkan wang hasil rompakan mereka.

Menurut sumber, Geng Deva menggunakan dadah ?yabu? sebagai bahan menghilangkan perasaan takut ketika merompak atau selepas kejadian.

?yabu yang digunakan mereka seperti makanan dan setiap hari kami percaya penjenayah ini mengambil dadah itu,? katanya.

Difahamkan, ketika serbuan terhadap anggota penjenayah itu, polis turut menemui sejumlah syabu dan peralatan untuk menghisapnya dalam kereta yang digunakan perompak terbabit.

Sumber berkata, polis yakin anggota penjenayah terbabit berpecah di seluruh negara bagi mengelak ditahan.

?ita akan siasat perniagaan yang mereka ceburi kerana kumpulan ini menggunakan wang haram,? katanya.

Menurutnya, anggota penjenayah terbabit juga dikesan sering berkunjung ke pantai di Songkhla, Thailand bagi mengadakan pertemuan sesama mereka.

?ereka guna taktik bertemu di pantai seolah-olah pelancong yang bercuti sekali gus pergerakan penjenayah sukar dikesan,? katanya.

Sehingga ini polis percaya kegiatan Geng Deva berakhir sepenuhnya berikutan penahanan lebih 20 anggota kumpulan itu dan tumpuan kini diberi terhadap usaha mendapatkan semula baki hasil rompakan mereka yang bernilai lebih RM5 juta.

Pada 26 Jun lalu, ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Deva atau Devarajan, 42, ditangkap di Songkla, dalam operasi bersama polis Malaysia dan Thailand.

Berikutan kejayaan itu, polis menahan tiga lelaki yang dipercayai orang kanan Deva di Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur.

Antara kes rompakan yang dilakukan ialah samun seorang ahli perniagaan di Taman Mas Kiara, Segambut membabitkan kerugian RM300,000 tahun lalu, menyamun van keselamatan di Taman Midah, Cheras dan melarikan RM400,000 pada 21 November 2005, rompakan bank di Taman Kinrara Puchong membabitkan kerugian RM500,000 pada 30 November 2005, melarikan wang tunai lebih RM1 juta daripada pengawal keselamatan di hadapan bangunan Faber Taman Desa, Jalan Kuchai Lama, melarikan wang tunai RM2 juta daripada empat pengawal keselamatan di bangunan Perdanasiswa Universiti Malaya pada 28 Januari tahun ini dan yang terbaru pada 11 Jun lalu, kumpulan itu melarikan wang tunai RM3 juta daripada sebuah van keselamatan di Jalan Kristal L7/7B, Seksyen 7, Shah Alam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, berkata polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan dan mengambil kembali hasil rompakan bernilai RM13 juta, yang digunakan Geng Deva, sama ada di dalam atau luar negara.

Menurutnya, menerusi akta itu, polis mempunyai kuasa lebih luas untuk mengesan hasil kegiatan yang dilakukan kumpulan penjenayah itu.

?ereka mungkin melaburkan wang rompakan untuk membeli aset seperti hartanah atau kenderaan,? katanya.

Berikutan itu katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand (PDT) kerana wujud kemungkinan kumpulan itu melaburkan hasil rompakan mereka di negara jiran itu kerana lima anggota penjenayah terbabit pernah melarikan diri dan ditahan di Selatan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:18 PM | Show all posts


Jengkaut yang digunakan untuk melarikan mestin ATM di sebuah bank. (foto The Star)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:20 PM | Show all posts
Bernama.com
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Geng Mamak Dipercayai Rekrut Anggota Baru
Am
22 November, 2006 20:16 PM

Oleh B. Hariharasuthan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Geng Mamak yang diasaskan oleh Mohd Noor Abu Bakar dan empat lagi adik-beradiknya kini dipercayai merekrut ahli baru.

Malahan, kumpulan itu dikaitkan dengan rompakan mikrocip bernilai jutaan ringgit dari kawasan Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung, Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Berdasarkan modus operandi kumpulan itu yang melakukan rompakan dan samun dengan anggota kumpulan itu mengenakan pakaian seragam pihak berkuasa seperti polis, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan atau imigresen, ia hampir menyamai kejadian rompakan di Batu Maung apabila empat daripada 20 penjenayah yang terlibat mengenakan pakaian seragam anggota Rela.

Menurut sumber polis, saki baki anggota Geng Mamak yang pernah ditahan di bawah Perintah Tahanan Penjara atau Perintah Sekatan (Buang Daerah) mengikut Ordinan Darurat 1969 seramai 35 orang, dipercayai menjadi dalang mendapatkan anggota baru.

Tiga anggota geng itu telah dipenjarakan.

"Polis akan memburu anggota lama Geng Mamak di sekitar Lembah Klang dan Puchong bagi mendapatkan maklumat mengenai anggota baru mereka," kata sumber itu kepada Bernama.

Sumber itu berkata anggota Geng Mamak yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam, Johor, dipercayai telah merancang dengan saki baki anggota geng itu yang masih bebas, untuk melakukan rompakan di Batu Maung.

Berbeza dengan kumpulan lain, geng mamak merompak tidak menggunakan senjata api dan mereka akan mendapatkan maklumat orang dalam sebelum melakukan jenayah terancang mereka.

Geng Mamak yang ditubuhkan di Kuala Kangsar, Perak oleh Mohd Noor, Rozland, Mohd Yusof, Sharif dan Zainudin pada tahun 1980-an telah terlibat dalam 185 kes rompakan.

Berdasarkan rekod polis, kumpulan itu telah memperoleh lebih RM50 juta hasil daripada rompakan mereka.

Mereka menyasarkan individu yang mengeluarkan wang dari bank, gudang peralatan komputer, telefon bimbit dan barangan elektrik, lori yang membawa barangan berharga dan kereta mewah.

Berikutan kegiatan jenayah geng itu yang dikategorikan sebagai satu kumpulan yang "menjejaskan keselamatan dalam negeri", polis telah melancarkan gerakan besar-besaran memburu anggotanya.

Kewujudan kumpulan itu pertama kali terbongkar setelah tiga anggotanya ditangkap kerana terbabit dalam rompakan jongkong emas bernilai RM9.6 juta di Terminal B, Lapangan Terbang Subang pada 31 Ogos 1994.

Anggota kumpulan itu ditembak dan ditahan di Pandan Indah pada 24 Jun 2001 apabila melanggar anggota trafik.

Berikutan tangkapan itu empat lelaki termasuk ketua kumpulan geng itu telah ditahan di sekitar Bukit Antarabangsa, Cheras, dan Bandar Tun Razak pada 12 dan 13 Julai 2001.

Polis berjaya melumpuhkan Geng Mamak dengan tangkapan perancang utama anggota kumpulan, Khairul Affendie Mohd Noor, dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Kampung Sungai Kayu Ara di sini pada 18 Nov 2002.

Sejak tangkapan itu, 38 anggota Geng Mamak telah ditahan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 02:22 PM | Show all posts
Kalau tak silap di UKM ade diploma keselamatan...org2 dlm bidang nie mesti arif tentang hal2 mcm nie...contohnya nama2 geng perompak yg femes di malaysia..mcmana depa rekrut org baru..mcmana mereka berpecah n bergabung..apa latar belakang mereka....

kat tv3 dulu ade sorang mamat nie selalu bg talk tentang hal2 keselematan nie...sape dia yek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2006 02:31 PM | Show all posts

Rompakan paling BERJAYA di dunia

Berlaku di Banco Central, Fortaleza BRAZIL pada 6 dan 7 Ogos 2005. Bank tersebut kehilangan 5 container  berisi duit note 50 yang berjumlah keseluruhan USD70.1 juta!!! Dan duit2 tersebut adalah duit terpakai (nombor pada duit note tu bercampur2). Mustahil utk diorang trace balik. Bank tersebut adalah bank yang supply duit ke institusi bank2 lain ke seluruh Brazil. Kira mcm Bank Negara la.

Modus Operandi
3 bulan sebelum rompakan, team ni menyewa satu property kosong berhampiran dgn bank dan menggali lobang dari lot yang diorang sewa tu terus ke bawah bank sejauh 78meter. Dorang telah renovate rumah yg diorang sewa tu dan buat signage kononnya diorang ni bisnes landscape, yang menual, tanah, pokok dan rumput. Mengikut jiran2 sebelah mereka seramai 6 - 10 org. Setiap hari diorang akan mengeluarkan tanah sebanyak mungkin dgn menggunakan van. Jiran2 tak syak sbb diorang ni company landskape.. jadi mungkin ini urusan bisnes.

Diorang menggali terowong sedalam 4 meter dan keluasan terowong tu 2.3 kaki siap ada lampu dan air-corn. Lantai ditutup dengan kayu dan plastik.

Pada minggu terakhir sebelum rompakan, diorang telah memecahkan steel-reinforced concrete setebal 1.1m utk masuk ke dlm bank vault. Duit yang diorang ambik tu (USD70.1juta) seberat 3500 kg!!!

Siasatan telah dibuat dan polis pendapati para perompak ni terdiri drpd pakar math, engineering dan excavation. Diorang dah menggali semenjak bulan Mac 2005. Rumah yang diorg guna telah diselaputi tepung bagi mengelakkan cap jari dikesan.

[ Last edited by  eiyoei at 29-12-2006 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 12:53 AM | Show all posts
perghhh....geniusss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2006 01:00 AM | Show all posts
WoW..~~ besh gak bace mmg genius..
dak gak yg kono2 nak genius
tp xjadi huhuhu~
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 07:44 AM | Show all posts
IMO rompakan yang paling berjaya ialah yang dilakukan oleh individu-individu Bank Negara yang membuat speculation duit negara hingga belion ringgit lesap sekelip masa. Hari ini hidup bebas diluar negara. Punya apartment dan kuda lumba lagi. Hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2006 01:11 PM | Show all posts

rompakan bank di Perancis tahun 1976

Mastermind dlm kes ni Albert Spaggiari nama manje Bert

Spaggiari mendapati ada satu terowong longkang bawah tanah yang berdekatan dgn Bank Soci閠
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 06:30 AM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 29-12-2006 02:31 PM
Berlaku di Banco Central, Fortaleza BRAZIL pada 6 dan 7 Ogos 2005. Bank tersebut kehilangan 5 container  berisi duit note 50 yang berjumlah keseluruhan USD70.1 juta!!! Diorang dah menggali semenjak bulan Mac 2005. Rumah yang diorg guna telah diselaputi tepung bagi mengelakkan cap jari dikesan.
...


Hmmm... cerdik tak boleh berbuat bakti...

Originally posted by eiyoei at 29-12-2006 02:31 PM
Berlaku di Banco Central, Fortaleza BRAZIL pada 6 dan 7 Ogos 2005. Bank tersebut kehilangan 5 container  berisi duit note 50 yang berjumlah keseluruhan USD70.1 juta!!! Duit yang diorang ambik tu (USD70.1juta) seberat 3500 kg!!!

...


rompakan YG TERBERAT DALAM TIMBANGAN KILO....

pergh...3 tan lebih $$$ kertas tuh... kalau $$$ syiling 70 tan kot...:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list