|
Reply #17 Dunhill.'s post
Agak aneh ya membaca sejarah Malaysia ....
Anda memasukkan Sriwijaya yang berada di luar semenanjung sebagai bagian sejarah anda, tapi tidak memasukkan Majapahit atau kerajaan lama lainnya dari Indonesia yang pernah menguasai semenanjung malaya ....
Mengapa ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 19-8-2007 04:58 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Agak aneh ya membaca sejarah Malaysia ....
Anda memasukkan Sriwijaya yang berada di luar semenanjung sebagai bagian sejarah anda, tapi tidak memasukkan Majapahit atau kerajaan lama lainnya da ...
2000 tahun dulu di gugusan kepulauan melayu ini tak ada Indonesia... tak ada Malaysia... Filipina... Brunei... Thailand... Timur Timor... Australia... New Zealand... malah Amerika juga belum wujud lagi ketika itu...
Srivijaya adalah Srivijaya dan tak ada kena mengena dengan negara-negara yang disebutkan di atas... begitu juga dengan Majapahit dan kerajaan Langkasuka atau kerajaan-kerajaan lama yang lain...
Melaka juga pernah menguasai sebahagian besar tanah Sumatera... begitu juga ketika Majapahit berada pada tempoh kemerosotannya kerajaan Melaka menjadi pelindung kerajaan itu dari ancaman kerajaan Islam Demak...
Agak aneh juga di sebuah daerah di Sumatera ada diabadikan nama pahlawan melayu zaman empayar Melaka iaitu Hang Tuah... apa pula kena-mengena pahlawan melayu itu dengan sejarah Indonesia? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 19-8-2007 04:58 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Agak aneh ya membaca sejarah Malaysia ....
Anda memasukkan Sriwijaya yang berada di luar semenanjung sebagai bagian sejarah anda, tapi tidak memasukkan Majapahit atau kerajaan lama lainnya da ...
mungkin juga kerajaan lain tidak ada kena mengena dengan sejarah kerajaan Langkasuka di sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 HangPC2's post
cam best jer citer ni..bajet beso ni...![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 jf_pratama's post
Apabila membicarakan sejarah negara Malaysia,maka sudah tentu kami memfokuskan pembicaraan kepada kerajaan2 yg pusat pemerintahannya pernah wujud di wilayah2 yang termasuk di dalam Malaysia sekarang ini.Ini termasuklah kerajaan Melaka,Langkasuka,Gangga Negara dll.
Manakala kerajaan2 yg pernah wujud ,yang pusat pemerintahannya di luar dari wilayah Malaysia sekarang ini seperti Aceh,Mataram,Majapahit dll kami kategorikan sebagai kerajaan yang berada di alam Melayu atau Nusantara.Namun tetap berkaitan dan mempunyai peranannya masing2 dalam sejarah Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya.Saya harap anda jelas.
Sebelum penjajah2 Barat memecahbelahkan sempadan2 politik di Nusantara,kita adalah satu(dlm konteks Nusantara).Umum sedia maklum kerajaan2 di Tanah Jawa mahupun Sumatera pernah menguasai sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu;begitu juga kerajaan di Tanah Melayu pernah menguasai sebahagian dari Indonesia sekarang ini.Tidak ada yang perlu disembunyikan atau dimalukan.Umum juga sudah mengetahui bahawa kerajaan2 dulu tidak semestinya Islam,malah kewujudan kerajaan Buddha dan Hindu adalah diakui.Itu adalah hakikat sejarah nusantara.
Kita jangan terlalu bersikap kenegerian atau kenegaraan apabila berbicara tentang sejarah.Sikap begini akan menjadikan kita bias atau bersentimen yg akan memencil dan mengecil seterusnya melemahkan kita(tidak khusus utk anda shj).Sekiranya anda mempunyai maklumat atau info tentang peranan kerajaan2 Aceh,Mataram,Majapahit dll terhadap Semenanjung Tanah Melayu(yg kebanyakan kami pun sudah maklum ttgnya)ya silakan berkongsi dgn kami di thread yang berkenaan dong.Sumbangan anda amat kami alu2kan.Thread ini kita cuba fokuskan ttg Langkasuka.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila membicarakan sejarah negara Malaysia,maka sudah tentu kami memfokuskan pembicaraan kepada kerajaan2 yg pusat pemerintahannya pernah wujud牋di wilayah2 yang termasuk di dalam Malaysia sekarang ini.Ini termasuklah kerajaan Melaka,Langkasuka,Gangga Negara dll.
Apakah pusat pemerintahan Srwijaya di Malaysia sekarang ???
Bukankah pusat pemerintahaan Langkasuka sekarang terletak di Thailand ???
[ Last edited by jf_pratama at 20-8-2007 11:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ya pak,nama Sriwijaya anda sendiri yang menimbulkannya.Ya memang pusat pemerintahannya di Palembang,Sumatera,Indonesia.Kami tidak mempelajari sejarah Sriwijaya secara terperinci,sama juga dgn kerajaan2 lama yg lain seperti Mataram,Majapahit dll(berpusat di Indonesia) bahkan Gangga Negara,Langkasuka dan lain2 kerajaan yg berpusat di Semenanjung Tanah Melayu.
Pokoknya bukan masalah pilih kasih atau apa ya,cuma sumber2 penulisan yg sangat terhad berkenaan kerajaan2 ini,mungkin kerana usia yg terlalu lama dan bukti fizikal yang hampir tiada juga.Makanya kurang diberi perhatian secara khusus.
Manakala Langkasuka pula seluruh wilayahnya termasuk di dalam Semenanjung Tanah Melayu sendiri.Malah wilayah2 yg sudah dijajah Thailand sekarang juga adalah wilayah2 atau negeri2 Melayu seperti Patani,Narathiwat,Yala(ketiga2 wilayah ini masih bergolak kerana menuntut kemerdekaan).Malah beberapa wilayah2 Melayu lain yang telah hilang identiti Melayunya akibat proses asimilasi Siam yg berterusan,malah Pulau Phuket juga yg masih ramai penduduk keturunan Melayunya(tp sudah tak tahu cakap Melayu).Ini semua wilayah2 Langkasuka yg berada di dalam Thailand sekarang.
Wilayah2 di dalam Malaysia termasuklah Perlis,Kedah,Kelantan;mungkin juga Terengganu dan Perak.Jadi ianya masih dikira amat dekat dengan Malaysia atau Tanah Melayu.
Malah fyi Langkasuka juga kurang diberi penekanan atau dipelajari sejarahnya,cuma kerajaan Kesultanan Melaka dan ke bawah yg dipelajari secara terperinci,sebabnya telahpun saya sebutkan di awal tadi.
Disebabkan itu juga kami seluruhnya merasa perlunya pengkajian yg lebih mendalam tentang kerajaan2 yg lain selain cuma Melaka utk mengetahui susur galur negara kami dan seluruh nusantara dgn lebih sempurna.Makanya andaian anda tidaklah tepat.![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jadi jf_pratama sudah faham atas kekeliruan perkara diatas... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 rempo's post
Oh begitu ya !!!
Kami di Indonesia mempelajari sejarah Indonesia kuno lebih komprehensif jika dibandingkan dengan negara anda ....
Kerajaan Langkasuka dan Malaka juga kami pelajari secara utuh dan apa adanya ... Hasilnya kami juga tahu sejarah kuno anda dan tentu saja sejarah kuno Indonesia secara lebih "akurat dan konstektual"牋.....牋
Jadi jelas bahwa kami mempelajari sejarah kuno Indonesia tidak dalam "domain" apakah wilayah tersebut sekarang di Malaysia atau di Indonesia ...
Coba anda pelajari sejarah kuno Indonsia melalui link ini sebagai perbandingan:
http://www.gimonca.com/sejarah/sejarah01.shtml
[ Last edited by jf_pratama at 20-8-2007 09:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 20-8-2007 12:11 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apakah pusat pemerintahan Srwijaya di Malaysia sekarang ???
Bukankah pusat pemerintahaan Langkasuka sekarang terletak di Thailand ???
banyak versi, ada yg kata di Siam ada yg kata di Malaysia, kena kaji betul betul |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 20-8-2007 12:11 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Apakah pusat pemerintahan Srwijaya di Malaysia sekarang ???
Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu di mana lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya. Walaupun sejarawan berpendapat ianya mungkin terletak di Palembang, namun di Palembang sendiri langsung tidak ditemui sebarang kesan runtuhan kota tinggalan Srivijaya. Jika bukan di Sumatera, pusat pemerintahan Srivijaya mungkin terletak di selatan Thailand atau Semenanjung Malaysia.
Menurut satu sumber yang saya baca, wilayah Nakorn Sri Thammarat di selatan Thailand itu cuma lokasi kota negeri atau city-state dalam Srivijaya saja, bukan pusat pemerintahan Srivijaya yang sebenar. Di Semenanjung Malaysia pula, masih ada banyak kesan tinggalan sejarah silam yang masih tersembunyi dan hanya menunggu masa untuk ditemui. Mungkin ada diantaranya adalah pusat pemerintahan Srivijaya.. Kita tunggu dan lihat saja. Biar masa yang menentukan..
[ Last edited by ijad_adiputera at 21-8-2007 01:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hOriginally posted by ijad_adiputera at 21-8-2007 01:03 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu di mana lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya. Walaupun sejarawan berpendapat ianya mungkin terletak di Palembang, namun di Palembang sendiri langsu ...
berkemungkinan besar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 21-8-2007 01:03 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu di mana lokasi sebenar pusat pemerintahan Srivijaya. Walaupun sejarawan berpendapat ianya mungkin terletak di Palembang, namun di Palembang sendiri langsu ...
Kota Gelanggi pun hampir2 nak kesan Sejarah Srivijaya... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah sekali ke tempat yang dikatakan salah satu pusat pemerintahan Langkasuka iaitu Nakhon Si Thammarat, Thailand tetapi tiada apa kecuali orang orang sana yang amat kuat pegangan agama Buddha...
![](http://img528.imageshack.us/img528/2593/bkk2om4.jpg)
tiket aku semasa ke sana
[ Last edited by Dunhill. at 6-10-2007 04:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 21-8-2007 10:52 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku pernah sekali ke tempat yang dikatakan salah satu pusat pemerintahan Langkasuka iaitu Nakhon Si Thammarat, Thailand tetapi tiada apa kecuali orang orang sana yang amat kuat pegangan agama Bud ...
Mungkin Mazhab Lain Kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 21-8-2007 11:20 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Mungkin Mazhab Lain Kot...
rasanya ........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jf_pratama at 19-8-2007 09:48 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Loh kalau kita memang hendak belajar sejarah maka sebaiknya kita belajar sejarah secara utuh dan tidak direkayasa sedemikian rupa oleh pihak kerajaan .... (jadi ingat tulisan Pak Raja Petra dan P ...
loh... kok jika benar majapahit sama srivijaya enggak pernah diceritakan di sekolah-sekolah di malaysia... masakan pula anak-anak sekolahan di malaysia bisa tau siapa itu patih gajah mada... apa itu candi borobudor dan bagimana parameswara iaitu anak raja kerajaan palembang boleh berada di temasik sebelum mengasaskan empayer melaka... tapi cuma itu saja... hanya sekadar itu saja yang berkait dengan sejarah Malaysia... selepas kedatangan barat hubungan itu tidak pernah ada lagi kecuali mengenai beberapa peristiwa seperti perang tiga penjuru antara portugis, johor-riau dan aceh (hanya aceh) dan juga mengenai konfrantasi indonesia-malaysia...
jika benar kita mahu belajar tentang sejarah... pasti kita faham bahawa sejarah rantau kita pada sebelom kedatangan barat adalah mengenai MELAYU dan kepulauan MELAYU dan bukan mengenai INDONESIA atau MALAYSIA atau BRUNEI atau FILIPINA atau THAILAND... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 21-8-2007 10:52 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku pernah sekali ke tempat yang dikatakan salah satu pusat pemerintahan Langkasuka iaitu Nakhon Si Thammarat, Thailand tetapi tiada apa kecuali orang orang sana yang amat kuat pegangan agama Bud ...
macam mana beza dia Dunhill?............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 21-8-2007 10:52 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku pernah sekali ke tempat yang dikatakan salahsatu pusat pemerintahan Langkasuka iaitu Nakhon Si Thammarat, Thailandtetapi tiada apa kecuali orang orang sana yang amat kuat pegangan agamaBuddha...
tp yg aku tgk Buddha di sana berlainan sgt dgn tempat lain diThailand.. aku tak tahu lebih lanjut sbb aku bukan Buddha tp memangnampak lah sangat perbezaannya
Majoriti masyarakat Thai-Buddha di bahagian selatan adalah dari keturunan Cina. Mazhab Buddha bg masyarakat Cina ialah mazhab Mahayana sedangkan agama rasmi Thailand pula adalah mazhab Buddha Theravada. Masyarakat Cina mengamalkan Buddha Mahayana bercampur dgn amalan penyembahan nenek-moyang dan agama Cina yg dibawa dari China. Sebab itu cara mereka mengamalkan agama Buddha tu berlainan spt cara org Siam...
Walaupun perkahwinan campur antara Siam dan Cina adalah perkara biasa bagi penduduk Thai, tapi majoriti masyarakat Cina di sana masih mengekalkan tradisi mazhab mereka... Perbezaan mazhab juga adalah satu sebab mengapa masyarakat Cina di Thailand masih berjaya mengekalkan ciri2 keCinaan mereka... |
|
|
|
|
|
|
| |
|