CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: erusi

Permasalahan catatan umur Ahazia dalam bible

[Copy link]
Post time 10-11-2010 02:14 PM | Show all posts
Jika keimanan itu penting bagi kamu , maka kenapa kamu beriman secara buta tuli? Kenapa kamu beriman pada sesuatu yang kamu

tidak dapat nafikan bahawa kesalahan telah wujud di dalamnya? Kenapa kamu mengambil ayat-ayat yang kamu sendiri tidak dapat pastikan dan buktikan bahawa ianya adalah ayat-ayat yang benar? Bible kamu suruh kamu uji segala sesuatu dan pegang pada yang baik. Justeru kenapa kamu tidak uji, sebaliknya kamu terus pegang tanpa terlebih dahulu kamu pastikan statusnya?

Kisah awal ajaran kristian yang kamu ketahui adalah versi kamu, dan yang saya ketahui adalah versi saya. Kamu ingin mengatakan ajaran terawal kristian adalah seperti ajaran sekarang ini? Pada hal status Jesus itu sebagai Tuhan dikuatkuasakan pada MajlisNicea pada 325 Masihi. Kenapa? Kerana ajaran kristian pada masa itu terbahagi kepada dua iaitu ajaran unitari dan ajaran yang ada sekarang.

Justeru apa yang kamu ingin buktikan dengan mengaitkan ajaran kristian terawal?

Dan seterusnya , ini bukan masalah sunat, tetapi masalah keimanan iaitu kepercayaan kepada Tuhan sama Tuhan yang sebenar-benarnya atau pun Tuhan yang deselewengkan.

Keimanan ini yang membawa kepada perkara sunat. Namun jika keimanan itu sudah tidak betul, maka perkara-perkara selepasnya juga tidak betul. Jika keimanan itu betul maka perkara-perkara selepasnya akan jadi betul.


Dah mak ayah saya beragama Christian, mesti lar saya Christian jugak. Saya dibesarkan dalam persekitaran Christian. Awak tu mak dan ayah awak beragama Islam kan? Jadi awak dibesarkan dalam persekitaran Islam. Awak nak cakap hal kebenaran kitab awak ke kitab saya ke, itu semua bergantung kepada apa yang awak diajarkan semasa kecil sampai la ke besar ni. Begitu la jugak kami. Jadi saya pun boleh kata awak pegang sesuatu tu dengan membuta tuli. Awak nak suruh orang buktikan apa? lebih baik awak buktikan pada diri awak sendiri awak tu bukan mengikut membuta tuli. Lain lar kalau awak katanya orang Christian yang diberi "hidayah" oleh Tuhan menganut Islam ker? Ni awak pun menganut Islam hasil dari ikutan nenek moyang.

Sky pelik betul dengan sikap perasan suci umat Islam ni. Walaupun awak semua nanti akan keluarkan hujah tasawuf lar sebagainya tapi awak semua tetap takkan boleh mengelakkan sikap perasan suci awak semua.

Memang lar nak uji apa lagi dah Fathers of the Church tetapkan berdasarkan ilmu agama mereka. Awak semua tak ada fatwa ke? So, kalau awak ikut fatwa ulamak awak tu maksudnya awak ikut membuta tuli?

Awak nak cakap kami ni orang Christian memang penganut agama yang keji sebab tu kamu kata kami pegang benda dengan tak uji? Tadi kamu kata Bible menyuruh melakukan kebaikan. Apa perkara tak baik yang kami dah lakukan? Kami dalam board ni tak pernah paksa pun awak nak beriman dengan Christ ke tidak. Awak semua yang masuk cuba nak goncang iman kami. Tapi maaflah, kami tak tergugat. Sebagaimana St. Peter dipancung, kami tetap akan tahan penderitaan psikologi dan fitnah yang kamu buat terhadap kami. Moga Tuhan memaafkan dosa kami sebagaimana kami memaafkan dosa kamu semua.

Ni apahal pulak keimanan salah tak salah ni? Dah kami Christian memang lar kami beriman kat Jesus. Takkan nak beriman kat orang lain? Kalau dah beriman kat orang lain dah bukan Christian lar

Versi awak punya sejarah tentang Christianity? Awak ni berumur ribuan tahun kah sampai boleh tahu sejarah lampau dan buat versi awak sendiri? Umur orang Islam bukan nabi awak cakap setakat berusia 60-an ke? Kalau lebih sikit-sikit kan subsidi tu pun takkan lar sampai ribuan tahun? Awak ni orang Christian zaman awal kah? Atau pernah menganuti mana-mana aliran Christian yang tak ada Komunikasi dengan Gereja Barat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 02:47 PM | Show all posts

Laporan daripada siapa? Apakah laporan daripada pihak yang sama yang mengatakan perlakuan golongan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin tidak dianggap penganas, tetapi perlakuan golongan yang mengambil sebarang tindakan disebabkan masalah akar umbi iaitu Palestine maka golongan itu adalah penganas? Berdasarkan laporan itu maka kamu mengecop Al-Qaeda penganas? Nyatalah kamu mengambil kepercayaan kepada laporan tersebut secara buta tuli seperti mana kamu mengambil kepercayaan terhadap bible kamu.

Seterusnya mana buktinya laporan tersebut benar. Terdapatnya laporan yang mengatakan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab melakukan itu dan ini. Mana buktinya laporan tersebut benar? Hey bro, jika sekadar mengemukakan laporan putarbelit macam tuh, berjuta orang lain mampu buat perkara yang sama.

Seterusnya ada laporan yang menunjukkan seorang ahli Al-Qaeda berucap mengaku buat itu dan ini. Mana buktinya bahawa orang itu adalah betul-betul anggota Al-Qaeda? Jika setakat papar muka kat depan televisyen dengan berjanggut dan sebagainya, pakar solek sekarang pun mampu menyolek seseorang menyerupai rupa orang lain dengan teknologi canggih sekarang nih.

Hey bro, berfikirlah sebelum percaya pada sesuatu.

Seterusnya kalau awak tanya saya sama ada saya pasti atau tak bahawa ajaran kamu itu salah, maka dengan senang hati saya jawab bahawa saya amat-amat pasti. Sebab saya merujuk kepada suatu sumber yang terbukti tidak wujud kesalahan di dalamnya.



Saya bukan bro awak lar. Saya seorang perempuan. Awak ni main hentam saja panggilan. Dah lar tak tanya dulu. Macam mana lar awak nak berdakwah kat khalayak Christian dalam board Christian ni Dah laporan tu memang ada pun. Awak nak saya post kan kepada awak kah? Kan dekat rujukan bawah wikipedia ada pautan ke laman web Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat. Kalau ada laporan yang contest laporan dari Jabatan Keselamatan US awak bagi lar dekat kitorang tengok. Awak ni tak belajar International Relation ke? Benda yang awak cakap mengenai pakar solek semua tu adalah berdasarkan assumption awak jugak. Awak nak tuduh saya membuta tuli, orang yang menuduh pun sama juga.

Apa kaitannya laporan keganasan al-Qaeda yang dah terang-terang nama pengganas pakai nama Islam tu dengan Bible? Ni awak dah merepek sampai ke Palestine pulak. Palestine pun ramai penganut Christian. Nativity Chruch di situ masih berfungsi lagi, begitu jugak dengan Church of Pater Noster. Tu kan gereja Katolik. Awak ingat masalah Palestine tu masalah orang Islam aje ke?

Awak pun pikir lah sebelum nak percaya sesuatu. Orang Islam (Melayu) lar yang banyak berkonspirasi. Saya lihat banyak di board lagend and history. Teori konspirasi pun non-Muslim yang reka kan tapi orang Islam (Melayu) pula yang melebih-lebihkan. Dalam dunia akademik tak ada konspirasi ni. Semuanya berdasarkan sesuatu teori yang boleh disahkan atau disangkal berdasarkan masa.

Kalau awak nak mengarut sampai ajaran agama, agama kami masih bertahan sampai sekarang.  Awak nak kata palsu ke tak. Kami ada ajaran dari Jesus yang mengatakan pastikan pokok yang baik itu melahirkan buah yang baik. Dah pengganas tu datang dari orang yang mengakui Islam. Macam mana kami nak percaya awak-awak ni semua buah yang baik dari pokok yang baik? Sedangkan bidadari dijanjikan dengan sungai arak kepada perbuatan yang jahat menghancurkan kehidupan manusia lain. Manusia lain dianggap sebagai tak bernilai nyawa mereka dan diberi ganjaran pula atas kejahatan. Awak semua sama sahaja macam orang Yahudi Zionist yang awak kutuk dan keji-keji tu.




Cuba fikir kenapa saya paparkan masalah umur Ahazia ni? Adakah untuk tunjukkan umur sebenar Ahazia? Bukan bro. Saya memaparkan permasalahan umur Ahazia itu bukannya untuk membuktikan umur Ahazia 20, 22 atau 42 tahun. Bukan itu tujuan saya. Tetapi untuk paparkan dalam bible itu sudah mengandungi kesalahan. Hal umur Ahazia itu adalah hanya item yang paparkan untuk tunjukkan pada kamu kesalahan di dalam bible itu.

Justeru kesalahan dalam bible itu adalah masalah besar. Kamu tanya kepada saya kalau catatan umur Ahazia itu salah apakah 100% Bible salah? Jika bukan 100%, maka berapa? 99%, 98% atau berapa? Kamu dapat pastikan berapa peratus kesalahannya? Jika 50% kesalahan di dalamnya, bermakna kamu kufur sebanyak 50% sebab percaya pada ayat yang salah. Jika 1% kesalahan di dalamnya, maka bermakna kamu kufur 1% kerana percaya pada ayat yang salah. Apa maknanya? Makna keimanan kamu tidak 100% betul. Jika keimanam kamu tidak betul maka kamu pasti kamu akan selamat di alam abadi kelak? Apa yang kamu rujuk untuk pastikannya? Bible kamu yang salah itu? Itu bukan kepastian namanya.

Dan Orang Islam buat apa? Bagitahu saya orang Islam buat apa?

Dah tu awak ingat senang-senang je ke orang nak tukar keimanan dekat benda yang tak pasti?

  

Maksud kamu yang tidak pasti tu adalah Al-Quran? Al-Quran bukan macam bible kamu tu. Al-Quran tu bersih daripada sebarang kesalahan. Jika Al-Quran bersih daripada sebarang kesalahan, maka atas dasar apa untuk mengatakan Al-Quran tu tak pasti?



Yup, tak pasti sebab al-Quran tu pun awak bukan ada pada zaman ia ditulis mahupun ditransmit oleh nabi awak tu kepada kawan-kawannya. Lagipun takkan la orang Christian nak baca al-Quran. Memang pelik la awak semua ni. Macam mana awak dengan gahnya sibuk kata Bible orang salah betul. Awak soalan Bible ni pun pasti awak ambil dari blog-blog Indonesian Muslim Ustaz Surabaya. Atau lain-lain copy paste. Saya tahu sangat, sebab ramai kawan Melayu saya bukan pernah sentuh pun Bible. Nak sentuh pun tak berani. Katanya Quran sendiri pun tak belajar sampai habis, sembahyang pun onn dan off. Awak nak pastikan betul ke tak kena tunggu lepas mati lah. Dah tentu saya yakin saya selamat dengan cahaya Jesus. Awak ni tanya perkara yang metafizik, macam lar awak sendiri boleh nampak di sebalik tabir alam baka sana

Apa salah ke saya datang sini? kamu tak suka saya persoalkan bible kamu tu? Kenapa? Apa masalahnya untuk kamu berdepan dengan persoalan jika bible kamu tu benar? Kecualilah jika kamu sedar bahawa bible kamu tu memang tidak akan tahan uji. Maka kamu akan berusaha untuk mengelak daripada sebarang pertanyaan.

Kalau kamu kata masa akan buktikan, maka penganut Hindu, Buddha pun boleh mengatakan sedemikian. Justeru apa perbezaan taraf hujah kamu berbanding hujah mereka tu? Kenapa Nabi Muhammad tidak kembali semula? Sebab dia telah lengkap menjalankan tugasnya iaitu telah menyampaikan semua kebenaran pada seluruh manusia. Tetapi Nabi Isa telah ditetapkan tugasnya belum selesai oleh Allah yang mana tugasnya adalah untuk membunuh Dajjal yang akan datang di akhir zaman kelak.



Ni bukan masalah hujah. Saya tak minat nak berhujah sebagainya. Kamu datang ni lebih kepada nak beritahu siapa salah siapa benar. Siapa yang masuk neraka siapa yang bukan. Bagi kami, kamu yang akan masuk neraka. Tuduhan yang awak cakap kat kami tu jatuh juga kepada awak dari kami, sehabisnya tak akan ke mana-mana pun Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami Kamu tak beriman terhadap Christ sebagai Messiah, dan Holy Spirit jadi masuk neraka lah. Tapi ada juga kenyataan orang Islam yang memeningkan kepala bila mereka percaya pula nanti Messiah yang datang tu Jesus dengan seorang lagi bernama Mahadi. Kalau yang ikut kepada Christ cuma orang Christian, macam mana pula Muslim ikut Christ? Lagipun kan kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan nama Allah kepada orang Catholic. Jadi Tuhan awak dah tak sama Tuhan Seluruh Alam

Kalau ikut Christ jadi Messiah mana peranan nabi awak tu nanti jadi Salvator awak? Dah tu tugas Jesus tak selesai apa pulak.  Masalahnya Bible betul ke tak ni mesti lepas ni awak akan mengarut lagi sampai ke dogmatic problem iaitu trinity philosophical thingy. Sorry, saya takkan tergugat keimanan terhadap Jesus saya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 11:19 PM | Show all posts
hahah..gud info! hai baru aku taw...ostaz surabaya lah pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 12:43 PM | Show all posts
hi abang tuk, abang tuk orang mana?
sky orang selangor, hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 11:08 PM | Show all posts
Reply 19# 7anan


    Apa la nak jadi dengan sesetengah org kristian nih. Dah la bible mereka dipercayai secara buta tuli, malah berita-berita semasa yang dipaparkan kepada umum itu pun mereka percayai secara buta tuli lagi. Inilah yang dinamakan berakal tetapi bodoh. Maybe mereka ni dah sebati dengan sikap percaya apa yang disuapkan kepada mereka tanpa menyelidiki dan mempertimbangkan secara baik.

Bila disuapkan berita al-qaeda tu ganas, mereka secara buta tuli percaya bahawa kelompok tersebut sebagai ganas. Bila disuapkan berita zionis yang terang-terangan berlaku kejam itu sebagai bukan golongan penganas, sekali lagi mereka percayai buta tuli. Bermasalah betul kalau ada akal tetapi tak mahu berfikir. Tak sangka ada lagi menusia jenis cam nih di zaman yang serba maju sekarang nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 01:46 AM | Show all posts
Reply 20# sky_ephemeris


macam mana awak boleh tahu orang tu munafik ke ikhlas? kalau nak bertekak agama awak kitab awak betul. kitorang pun akan cakap macam itu. pada akhirnya kita tunggulah di akhirat nanti. pada saat Jesus akan menyelamatkan kami. mengenai awak-awak semua saya tak kisah pun. awak semua ada hak awak. lor, dah orang nak masuk Islam awak tak bagi pula. macam mana tu?   

Saya ada kata saya tahu orang tu menafik atau ikhlas ker? Saya rasa saya tidak pernah mengatakan bahawa saya tahu sama ada seseorang tu munafik ke atau ikhlas. Kalau kamu pernah jumpa saya ada mengatakan bahawa saya tahu sifat seseorang tu sama ada munafik ke atau tidak, maka sila kemukakan di sini, saya nak tengok balik.

Memang semua orang boleh kata bahawa agama dan kitab mereka betul tetapi apakah mereka dapat membuktikan apa yang mereka katakan tu? Islam dapat mengatakan agama dan kitab mereka betul kerana sehingga kini tiada siapa yang dapat membuktikan secara kukuh bahawa Al-Quran itu mengandungi kesalahan. Apa yang kristian dakwa Al-Quran mengandungi kesalahan kerana mereka tidak mahu menerima penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Islam berkenaan dengan dakwaan mereka itu, namun mereka iaitu kristian tidak dapat membuktikan bahawa penjelasan pihak Islam itu adalah salah berdasarkan kepercayaan Islam itu sendiri.

Berbeza dengan kristian dan bible yang mana pihak Islam telah membuktikan bahawa di dalam bible itu telah wujud kesalahan contohnya dalan 3 thread yang telah saya paparkan iaitu ‘Kesalahan
dalam bible’, ‘Permasalahan catatan umur Ahazia dalam bible’ dan ‘Permasalahan catatan Wahyu 1:11 dalam bible’. Kamu tengok sendirilah bahawa tiada satu pun respon daripada kristian itu yang dapat mengrungkai permasalahan ini. Apa yang dilakukan oleh kristian adalah sekadar memberikan respon yang akhirnya menafikan apa yang tercatat di dalam bible itu sendiri. Sebagai contoh ada pihak kristian yang mengatakan Lukas tidak mencatatkan nama Admin dalam silsilah Jesus, namun itu menafikan satu catatan Lukas yang jelas memaparkan nama Admin dalam silsilah Jesus itu. Ini menyebabkan pihak kristian tidak pernah tahu apakah sebenarnya Lukas ada mencatatkan nama Admin dalam catatannya itu ataupun tiada. Begitu juga dengan permasalahan umur Ahazia, yang mana pihak kristian tidak pernah tahu berapakah umur Ahazia yang sebenarnya ketika menjadi raja, sama ada 20, 22 atau 42 tahun. Mereka hanya mampu beranggapan tetapi tidak mampu mengesahkan anggapan mereka itu adalah yang sebenar-benarnya. Begitu juga dengan 2 versi catatan Wahyu 1.11 yang telah saya paparkan, yang mana akhirnya pihak kristian tidak pernah mengetahui versi manakah yang sebenarnya yang dicatat oleh penulis asal yang menuliskan catatan Wahyu 1.11 itu. Apa-apa pun pilihan mereka, ianya sudah menjelaskan bahawa unsur-unsur kesalahan telah tertimpa ke atas bible. Justeru bagaimana pula dengan ayat-ayat yang lain dalam bible itu? Mana yang masih asli dan mana pula yang sudah mengalami kesalahan? Semua itu tidak mampu mereka pastikan. Mereka mengatakan ayat-ayat lain tu masih betul, tetapi mana buktinya? Jika kesalahan sudah dijumpai pada 3 catatan yang telah saya paparkan itu, maka atas dasar apa untuk mengatakan ayat-ayat lain itu tidak mengalami kesalahan seperti 3 ayat tersebut?

Itulah situasi yang tertimpa ke atas bible, semuanya penuh dengan ketidakpastian. Namun situasi tersebut tidak pernah tertimpa ke atas Al-Quran. Sebab itulah saya mengatakan pihak kristian hanya mampu mengatakan kitab agama mereka betul tetapi mereka tidak pernah mampu membuktikan apa yang mereka katakan itu. Tetapi pihak Islam tidak mengalami keadaan seperti mereka kerana tiada lagi persoalan atau dakwaan pihak kristian berkenaan dengan Al-Quran yang tidak mampu disanggah oleh pihak Islam.

Seterusnya masa bila pula saya tidak bagi orang lain masuk Islam? Saya rasa saya tidak pernah menghalang mana-mana individu yang ingin masuk Islam. Jika kamu jumpa saya mengatakan jangan masuk Islam, maka sila kemukakan di sini, saya nak tengok balik.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2010 01:49 AM | Show all posts
Reply 21# sky_ephemeris


   

Dah mak ayah saya beragama Christian, mesti lar saya Christian jugak. Saya dibesarkan dalam persekitaran Christian.   

Sebab itulah saya mengatakan kamu menganut kristian secara buta tuli. Kamu menganut kristian bukan kerana kamu telah menyelidiki agama tersebut sama ada agama benar atau tidak, tetapi kamu menganut kristian kerana kamu dilahirkan oleh keluarga kristian dan dibesarkan dalam persekitaran kristian.

Awak tu mak dan ayah awak beragama Islam kan? Jadi awak dibesarkan dalam persekitaran Islam.
  

Mak ayah saya beragama Islam, tetapi saya menjadi seorang muslim bukan disebabkan oleh faktor tersebut. Saya terus menjadi muslim kerana dengan usia yang semakin dewasa menyebabkan saya menyelidiki Islam itu sendiri sehinggakan saya tidak menemui sebarang keraguan di dalamnya. Jika saya menyelidiki dan menemui keraguan di dalam Islam, maka sudah pasti saya tidak akan terus dalam agama ini. Justeru saya menjadi muslim bukan sebab mak ayah saya beragama Islam dan bukan juga disebabkan saya dibesarkan dalam persekitaran Islam. Tetapi ianya disebabkan saya menemui kebenaran dalam Islam itu.

Memang lar nak uji apa lagi dah Fathers of the Church tetapkan berdasarkan ilmu agama mereka.

Yes, ilmu agama mereka itu bersumberkan apa? Apakah bersumberkan bible kamu yang telah terbukti mengalami kesalahan itu? Jika demikian atas dasar apa untuk kamu mengatakan ilmu agama fathers tu mustahil salah? Mana buktinya ilmu agama mereka itu mustahil salah? Atau apakah kamu secara buta tuli percaya bahawa ilmu agama mereka itu mustahil salah? Apakah kamu sudah uji ilmu agama mereka dengan persoalan-persoalan yang telah saya kemukakan itu? Jika sudah, maka apakah penjelasan mereka itu tidak bersifat menafikan mana-mana catatan bible? Jika hanya bersifat menafikan mana-mana catatan bible, maka apa buktinya bahawa pilihan mereka itu adalah yang sebenar-benarnya seperti yang dituliskan oleh penulis asal bible itu?

Jika persoalan tersebut belum kamu tanyakan kepada mereka, maka atas dasar apa untuk kamu beranggapan bahawa ilmu agama mereka itu mustahil salah, jika sumber rujukan mereka itu sendiri diakui telah wujud kesalahan?

Saya cabar kamu untuk kamu tanyakan kepada mereka mana satukah sebenarnya catatan Lukas berkenaan dengan silsilah Jesus itu. Apakah catatan yang tanpa nama Admin atau dengan nama Admin? Mana buktikan pilihan mereka itu adalah yang sebenar-benarnya? Cuba juga tanyakan berapakan umur Ahazia ketika menaiki takhta? Adakah 20, 22 atau 42 tahun? Juga sila tanyakan kepada mereka, yang mana satukan versi asal ayat Wahyu 1.11 itu? Mana buktinya pilihan mereka itu betul? Atau apakah mereka hanya beranggapan semata-mata?

Awak semua tak ada fatwa ke? So, kalau awak ikut fatwa ulamak awak tu maksudnya awak ikut membuta tuli?

Situasi orang muslim amat berbeza dengan kamu. Ulamak-ulamak Islam sentiasa mengkaji, menyelidiki dan mendalami Al-Quran. Dalam penyelidikan mereka, mereka tidak menemui kesalahan dalam Al-Quran. Dengan kata lain, Al-Quran itu dipenuhi dengan kebenaran. Seterusnya ulamak Islam berfatwa dengan bersumberkan Al-Quran. Jika Al-Quran itu tidak dapat dibuktikan wujud kesalahan di dalamnya, maka atas dasar apa untuk mengatakan fatwa yang bersumberkan Al-Quran itu sebagai salah? Jika tidak dapat dibuktikan bahawa fatwa tersebut salah, maka atas dasar apa untuk mengatakan percaya kepada fatwa tersebut dikatakan sebagai percaya secara buta tuli? Atas dasar apa untuk mengatakan fatwa tersebut adalah dikeluarkan secara buta tuli jika ianya dikeluarkan berdasarkan pengkajian dan penyelidikan terhadap Al-Quran?

Awak nak cakap kami ni orang Christian memang penganut agama yang keji sebab tu kamu kata kami pegang benda dengan tak uji? Tadi kamu kata Bible menyuruh melakukan kebaikan. Apa perkara tak baik yang kami dah lakukan? Kami dalam board ni tak pernah paksa pun awak nak beriman dengan Christ ke tidak. Awak semua yang masuk cuba nak goncang iman kami. Tapi maaflah, kami tak tergugat. Sebagaimana St. Peter dipancung, kami tetap akan tahan penderitaan psikologi dan fitnah yang kamu buat terhadap kami. Moga Tuhan memaafkan dosa kami sebagaimana kami memaafkan dosa kamu semua.

Ini adalah perkara keimanan bukannya perkara amalan. Berbuat baik itu adalah amalan, tetapi percaya pada Tuhan itu adalah keimanan. Dan kita semua menyakini bahawa keimanan itu yang akan menentukan sama ada kita akan memperolehi keselamatan di alam abadi kelak ataupun sebaliknya.

Amalan tanpa keimanan, sudah pasti ianya tidak menjanjikan sebarang keselamatan di alam abadi kelak. Lihat prinsip ini daripada sudut pandangan agama kristian kamu itu sendiri. Jika seorang yang beragama Buddha atau Hindu iaitu seorang yang tidak mempercayai Jesus adalah Tuhan, namun dia melakukan kebaikan sepanjang hayatnya. Apakah bagi kamu dia iaitu seorang Buddha atau Hindu itu akan memperolehi keselamatan di alam abadi kelak? Sudah tentu tidak, kerana dia tidak mempunyai keimanan iaitu dia tidak mempercayai bahawa Jesus itu adalah Tuhan.

Justeru jika kamu berbuat baik tetapi keimanan kamu salah, makanya kamu tidak akan memperolehi keselamatan di alam abadi kelak.

Saya nak mengoncangkan keimanan kamu? Hahahaha…. Niat saya adalah mengkhabarkan kebenaran berkenaan dengan situasi bible itu yang dipenuhi dengan ketidakpastian, bukannya nak mengoncangkan keimanan mana-mana individu.

Ni apahal pulak keimanan salah tak salah ni? Dah kami Christian memang lar kami beriman kat Jesus. Takkan nak beriman kat orang lain? Kalau dah beriman kat orang lain dah bukan Christian lar

Kamu mengatakan kamu beriman kat Jesus. Bagaimana kamu pasti? Apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengatakan bahawa kamu beriman kat Jesus? Apakah kamu merujuk bible kamu yang terbukti wujud kesalahan tu? Jika demikian sebenarnya kamu masih berada dalam keadaan belum pasti apakah kamu benar-benar beriman kat Jesus atau sebaliknya. Ini kerana bible yang kamu rujuk itu dipenuhi dengan ketidakpastian.

Versi awak punya sejarah tentang Christianity? Awak ni berumur ribuan tahun kah sampai boleh tahu sejarah lampau dan buat versi awak sendiri? Umur orang Islam bukan nabi awak cakap setakat berusia 60-an ke? Kalau lebih sikit-sikit kan subsidi tu pun takkan lar sampai ribuan tahun? Awak ni orang Christian zaman awal kah? Atau pernah menganuti mana-mana aliran Christian yang tak ada Komunikasi dengan Gereja Barat?

Aik, awak pula berumur ribuan tahunkah sampai awak juga boleh tahu sejarah tentang Christianity versi kamu? Jika awak pun bukannya Christian zaman awal, namun awak boleh
tahu cerita golongan Christian terawal, maka kenapa saya pula tak boleh?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 01:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 18-11-2010 01:54

Reply 22# sky_ephemeris


   

Macam mana lar awak nak berdakwah kat khalayak Christian dalam board Christian ni

Eh, bila pulak saya nak berdakwah kat khalayak kristian? Saya cuma nak paparkan bahawa bible itu dipenuhi dengan isi kandungan yang bersifat kabur dan tiada kepastian. Bukannya nak berdakwah kat kelompok kristian. Awak ni main hentam saja.

Dah laporan tu memang ada pun. Awak nak saya post kan kepada awak kah? Kan dekat rujukan bawah wikipedia ada pautan ke laman web Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat. Kalau ada laporan yang contest laporan dari Jabatan Keselamatan US awak bagi lar dekat kitorang tengok. Awak ni tak belajar International Relation ke? Benda yang awak cakap mengenai pakar solek semua tu adalah berdasarkan assumption awak jugak. Awak nak tuduh saya membuta tuli, orang yang menuduh pun sama juga.

Saya tahu laopran tu ada. Tapi laporan oleh siapa? Kalau setakat laporan laman web Jabatan Keselamatan Amarika Syarikat tu, dah lama saya tahu. Tetapi apa jaminannya bahawa laporan tu adalah benar? Mana buktinya? Yes, memangla benda yang mengenai pakar solek tu adalah berdasarkan assumption saya saja. Namun kamu juga berassumption untuk mengatakan benda-benda tu semua adalah original, asli dan tidak menggunakan pakar solek. Sebab kamu juga tidak benar-benar mengetahui berkenaannya. Kamu hanya bergantung kepada laporan sebelah pihak semata-mata. Tetapi mana buktinya bahawa laporan tersebut benar? Tiada. Kamu hanya berassumption bahawa ianya benar. Justeru apa bezanya kamu dengan saya berkenaan dengan tanggapan masing-masing berkenaan dengan al-Qaeda itu?

Apa kaitannya laporan keganasan al-Qaeda yang dah terang-terang nama pengganas pakai nama Islam tu dengan Bible? Ni awak dah merepek sampai ke Palestine pulak. Palestine pun ramai penganut Christian. Nativity Chruch di situ masih berfungsi lagi, begitu jugak dengan Church of Pater Noster. Tu kan gereja Katolik. Awak ingat masalah Palestine tu masalah orang Islam aje ke?

Memang tak ada kaitan dengan bible. Namun semua itu adalah susulan komentar yang bermula dengan daripada komentar kamu berkenaan pari-pari dikelilingi arak syurga untuk penganas yang meletupkan patung Buddha Bamuyan dan WTC yang ada kaitan dengan Al-Quran. Rujuk balik posting awak terdahulu. Lihat posting #12 di bawah.

  

awak mempersoalkan kah mengenai pari-pari dikelilingi arak syurga untuk pengganas yang meletupkan patung Buddha Bamiyan dan WTC?

Sememangnya saya mengemukakan permasalahan berkenaan bible, tetapi itu tidak kamu tanggani, malah sebaliknya kamu membawa masuk berkenaan Al-Quran dalam discussion ni. Justeru kamu yang mula-mula merepek sebenarnya.

Justeru supaya kamu tidak terus merepek lagi, maka saya tidak menanggani tulisan-tulisan kamu yang seterusnya yang tiada berkaitan dengan tajuk thread ini.

Justeru saya syorkan kita balik semula kepada permasalahan umur Ahazia dalam bible itu. Justeru sila kemukakan komentar kamu berkenaannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 08:32 AM | Show all posts
Reply  sky_ephemeris


    Eh, bila pulak saya nak berdakwah kat khalayak kristian? Saya cuma na ...
erusi Post at 18-11-2010 01:51


ALHAMDULILAH.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 08:38 AM | Show all posts
Reply 28# erusi

ALHAMDULILAH.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 07:56 PM | Show all posts
Lagi satu persoalan berkenaan dengan kesalahan catatan di dalam bible yang masih sehingga kini belum dapat dinafikan ole kelompok kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 07:33 PM | Show all posts
Saya reply untuk memperlihatkan semua persoalan saya yang tiada ditanggani oleh kelompok kristian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 08:32 AM | Show all posts
Persoalan yg saudara berikan tu dah dijawabkan...

Dan alkitab masih terbukti benar dan tiada kesilapan. Masalahnya ialah saudara masih tidak bangkit dari tidur saudara tu.

1 Kor 1:21-24
21  Oleh karena dunia, dalam hikmat Allah, tidak mengenal Allah oleh hikmatnya, maka Allah berkenan menyelamatkan mereka yang percaya oleh kebodohan pemberitaan Injil.
22  Orang-orang Yahudi menghendaki tanda dan orang-orang Yunani mencari hikmat,
23  tetapi kami memberitakan Kristus yang disalibkan: untuk orang-orang Yahudi suatu batu sandungan dan untuk orang-orang bukan Yahudi suatu kebodohan,
24  tetapi untuk mereka yang dipanggil, baik orang Yahudi, maupun orang bukan Yahudi, Kristus adalah kekuatan Allah dan hikmat Allah.

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 03:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 28-3-2011 15:34

Reply 33# kompia23


Persoalan yg saudara berikan tu dah dijawabkan...

Dan alkitab masih terbukti benar dan tiada kesilapan. Masalahnya ialah saudara masih tidak bangkit dari tidur saudara tu.


Sudah dijawab? Mana jawapannya? Saya tak jumpa pun. Sila kemukakan disini jawapan yang kamu katakan sudah dijawab itu. Jawapan yang pasti yer, bukannya jawapan berdasarkan sangkaan semata-mata.

Jika bible itu terbukti masihbenar then tunjukkan lah autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu benar. Jika hanya mengatakan sedemikian, budak tak berilmu pun mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:32 AM | Show all posts
Sudah dijawab? Mana jawapannya? Saya tak jumpa pun. Sila kemukakan disini jawapan yang kamu katakan sudah dijawab itu. Jawapan yang pasti yer, bukannya jawapan berdasarkan sangkaan semata-mata.


bagi kami alkitab adalah yg pasti. Jadi sekrg masalahnya bukan dgn saya tetapi dgn saudara. Jawapan dah diberi. Maka, terima atau tidak itu hak saudara tetapi yg nyata soalan dah dijawab.

Jika bible itu terbukti masihbenar then tunjukkan lah autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu benar. Jika hanya mengatakan sedemikian, budak tak berilmu pun mampu.


Buktikan dulu alkitab tak sama dgn yg dulu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 12:12 PM | Show all posts
Reply 35# kompia23


   
bagi kami alkitab adalah yg pasti. Jadi sekrg masalahnya bukan dgn saya tetapi dgn saudara. Jawapan dah diberi. Maka, terima atau tidak itu hak saudara tetapi yg nyata soalan dah dijawab.


Yes, memang bagi kamu bible itu pasti, but bila mana kamu tiada kemampuan untuk menafikan dakwaan saya, then itu menjelaskan hakikat sebenarnya dibalik dakwaan kamu bahawa bible itu pasti.

Justeru ia juga bukan masalah saya bila setiap dakwaan saya berkenaan bible itu tidak mampu kamu nafikan.

Buktikan dulu alkitab tak sama dgn yg dulu.


Untuk membuktikan bible itu sudah sama dengan autographnya adalah sudah saya buktikan dulu. But tiada masalah untuk saya mengulang pembuktian saya itu. Buktinya adalah beberapa ayat yangsama yang saya telah paparkan terdapat 2 versi itu, yang mana salah satu mesti terbukti pasti tidak akan menyamai autographnya. Contohnya ayat Lukas 3:33 yang ada 2 versi itu. Salah satunya pasti tidak sama dengan catatan dalam autographnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 02:03 PM | Show all posts
[uote] Yes, memang bagi kamu bible itu pasti, but bila mana kamu tiada kemampuan untuk menafikan dakwaan saya, then itu menjelaskan hakikat sebenarnya dibalik dakwaan kamu bahawa bible itu pasti. [/quote]

Buktikan dulu dakwaan saudara tu yg alkitab kami tu tak sama dgn yg asal dulu.

Justeru ia juga bukan masalah saya bila setiap dakwaan saya berkenaan bible itu tidak mampu kamu nafikan.


Saya dah jawab ikut alkitab yg saudara tak nak terima.

Buktinya adalah beberapa ayat yangsama yang saya telah paparkan terdapat 2 versi itu, yang mana salah satu mesti terbukti pasti tidak akan menyamai autographnya.


Yg wujud tu dah tahu... tapi saudara tak dapat buktikan yg keduanya tidak menyamai yg asal. Buktikan tu dulu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 37# kompia23

Buktikan dulu dakwaan saudara tu yg alkitab kami tu tak sama dgn yg asal dulu.


Permintaan yang berulang. Tapi boleh saja saya ulang buktinya. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.

Saya dah jawab ikut alkitab yg saudara tak nak terima.


Bible kamu sendiri pun tak terima. Macam mana saya nak terima? Lain kali beri jawapan yang pasti, bukannya jawapan yang sangkaan.

Yg wujud tu dah tahu... tapi saudara tak dapat buktikan yg keduanya tidak menyamai yg asal. Buktikan tu dulu.


salah satu dah tak sama dengan autographnya, tu dah cukup bukti untuk menunjukkan terdapatnya catatan bible yg tak sama dgn autographnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 06:53 AM | Show all posts
Permintaan yang berulang. Tapi boleh saja saya ulang buktinya. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.


Buktikan dulu lagi satu versi tidak sama dgn yg asal. Saya tidak mengulangi, saya cuma jawab soalan saudara yg berulang-ulang.. pasal buku asal tu...

Bible kamu sendiri pun tak terima. Macam mana saya nak terima? Lain kali beri jawapan yang pasti, bukannya jawapan yang sangkaan.


Buktikan dulu yg versi translasi yg saudara rujuk tu sama dgn asal dulu. Dapat?

salah satu dah tak sama dengan autographnya, tu dah cukup bukti untuk menunjukkan terdapatnya catatan bible yg tak sama dgn autographnya.


Satu lagi sama.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 39# kompia23


   
Buktikan dulu lagi satu versi tidak sama dgn yg asal. Saya tidak mengulangi, saya cuma jawab soalan saudara yg berulang-ulang.. pasal buku asal tu...


Permintaan yang berulang. Tapi boleh saja saya ulang buktinya. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.

Buktikan dulu yg versi translasi yg saudara rujuk tu sama dgn asal dulu. Dapat?


saya tak mengatakan ia sama.

Satu lagi sama.

Jika kamu rasa yang lagi satu versi itu betul, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan yang satu lagi versi itu benar-benar tercatat dalam autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077638 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list