CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: tasha19

Cerpen - Kau Pergi Kerana Suka (U)

[Copy link]
 Author| Post time 27-9-2011 06:29 PM | Show all posts
Keesokan harinya, Hakimi pergi ke laman rumah untuk mencari Shahila. Dilihatnya Shahila sedang sibuk menyapu daun-daun kering yang gugur. Papa dan mama mungkin sudah keluar berjumpa teman mereka pada hujung minggu ini. Dengan kekuatan yang ada, dia melangkah dan duduk di bangku di taman itu.

“ sayang.. kan abang dah pesan jangan buat kerja berat” tegur Hakimi. Dia risau perbuatan Shahila akan membahayakan kandungannya walaupun isterinya hanya menyapu sampah di halaman rumah.

“ abang ni.. Ila menyapu je.. risau sangat” balas Shahila sambil tersenyum apabila terdengar bebelan suaminya. Dia berhenti menyapu dan melabuhkan punggung di bangku itu.

“ mestilah risau.. baby kita sihat hari ni?” soal Hakimi sambil mengelus perut isterinya.

“ sihat..abang jangan risau ye..” Shahila bersuara. Beberapa minit kemudian, dia kembali menyambung tugasnya yang tergendala.

“ sayang.. abang rasa penatlah..abang nak rehat kat dalam” bicara Hakimi selepas diam sebentar. Dia mengatur langkahnya ke ruang tamu. Shahila hanya memandang Hakimi melangkah ke ruang tamu. Belum sempat Hakimi duduk di sofa, matanya berpinar dan dia rebah di tepi sofa.

“ abang!!!!!!!!” jerit Shahila apabila melihat Hakimi rebah. Dia berlari mendapatkan Hakimi. Shahila memangku suaminya dan menggerakkan badan Hakimi.

“ sayang.. jaga diri dan anak kita.. ingat abang hanya mencintai sayang” ujar Hakimi tersekat-sekat sebelum matanya tertutup rapat. Beberapa minit kemudian, ambulans sampai dan membawa Hakimi ke hospital.

**********************************************************

Shahila termenung di jendela rumah ibu bapanya. Air mata Shahila tidak berhenti mengalir apabila mengingati kejadian seminggu lepas. Sudah seminggu jenazah Hakimi dikebumikan. Hakimi menghembuskan nafasnya yang terakhir apabila sampai di hospital. Shahila masih teringat lagi kenangan mereka bersama. Air matanya gugur lagi. Dia tidak sangka secepat ini Hakimi meninggalkannya. Ya Allah, beratnya dugaanmu ini, rintih Shahila dalam hati.

“ adik, janganlah macam ni.. makan sikit nak” Pn Hanim duduk di sebelahnya. Dia memujuk Shahila untuk makan. Selama seminggu itulah Shahila hanya makan satu dua suap sahaj dan selebihnya dia hanya termenung di bilik.

“ adik takde selera mak.. adik rindu abang Kimi” luah Shahila. Air matanya merembes lagi. Dia memeluk tubuh Pn Hanim. Kesedihan yang ditanggung terasa berat sekali. Seringkali dia terbayangkan wajah kacak Hakimi.

“ sabar sayang.. mak faham perasaan adik.. tapi adik kena redha dengan pemergian ni” nasihat Pn Hanim. Air matanya ditahan supaya tidak dilihat anaknya. Dia turut berasa sedih apabila mengenagkan kejadian yang menimpa anaknya. Usia perkahwinan belum setahun tapi anaknya sudah bergelar seorang janda.

“ adik tak kuat mak.. adik tak boleh.. adik sayang abang Kimi sangat-sangat..kenapa abang cepat sangat tinggalkan adik..” rintihan Shahila semakin kuat. Pn Hanim menggosok belakang tubuh Shahila dengan tujuan untuk memujuknya. Dia tidak berhenti mendoakan supaya anaknya itu merelakan pemergian suaminya.

“ adik mengucap.. ingat Allah nak.. adik kena kuat.. ini semua dah kehendak Allah.. Allah lebih sayangkan Hakimi..adik baring ye..rehat dan tenangkan diri” Pn Hanim membiarkan Shahila meletakkan kepala di ribanya. Akhirnya Shahila terlena dalam tangisan. Pn Hanim mengesat air matanya yang mahu mengalir. Tidak sanggup melihat kesedihan anaknya itu.

Dari luar bilik, Sharina dan Zul hanya memerhatikan kedua beranak itu. Air mata Sharina juga turut mengalir. Dia juga dapat merasakan kesedihan yang ditanggung adik kesayangannya itu. Ya Allah, kuatkanlah hati adikku Ya Allah, semoga dia menjadi seorang yang tabah, doa Sharina dalam hati.

“ assalamualaikum” papa Hakimi memberi salam dari luar rumah. Dia bersama Pn Ara datang untuk melawat menantunya setelah seminggu kematian Hakimi.

“ waalaikumsalam.. uncle, auntie..masuklah” pelawa Zul. Dia beriringan berjalan ke ruang tamu bersama ibu bapa Hakimi.

“ macam mana keadaan Ila?” soal Pn Ara kepada Sharina. Kelihatan Pn Hanim keluar dari bilik Shahila dan terus bersalam dengan besannya.

“ macam tulah kak.. asyik menangis je.. dia masih teringatkan Kimi” jelas Pn Hanim lemah. Pn Ara mengangguk lemah. Dia faham perasaan Shahila. Dia juga kehilangan satu-satunya anak yang paling dikasihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 10:31 AM | Show all posts
sedihnye...sambung la bagi hapi plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 06:35 PM | Show all posts
not bad..
cuma posting yg awal2 tu kena edit sikit...
banyak perkataan yg bersambung sampai putus minat nak baca...
teruskan usaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 01:51 AM | Show all posts
sori da lame x update..cite ni akan diupdate dr mase ke smase..sabarrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 01:51 AM | Show all posts
not bad..
cuma posting yg awal2 tu kena edit sikit...
banyak perkataan yg bersambung sampai putus  ...
mijot Post at 11-10-2011 18:35


ok..tenkiu 4 the advice..sy akn try wt yg tbaek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2011 03:19 AM | Show all posts
Airmata yang mengalir diseka lagi. Kesedihan yang dihadapi amat sukar dipadam. Bayangan wajah Hakimi masih segar dalam ingatan Shahila. Tiba-tiba perutnya terasa kejang dan pedih. Kesakitan di perutnya mengejutkan dia dari lamunan yang panjang. Tanpa berlengah, dia memanggil maknya yang sedang sibuk menyediakan makanan untuk makan malam.

“ Adik.. kenapa ni?” soal Pn Hanim ketika melihat keadaan muka Shahila yang pucat dan tidak bermaya. Kerisauan mula menjengah kalbu Pn Hanim.

“ Perut adik sakit mak.. tak tahan rasanya” Shahila mengadu kesakitan. Tangannya mula memegang perutnya agar reda sakitnya itu. Shahila seakan terlupa dia sedang mengandungkan zuriat Hakimi kerana  terlalu bersedih dengan pemergian suaminya itu.

“ Ya Allah.. kejap ye mak beritahu ayah.. kita pergi klinik” tanpa membuang masa, Pn Hanim segera memberitahu keadaan Shahila dan sejurus kemudian mereka membawa Shahila ke klinik.

********************************************************************

Di klinik,

“Sebenarnya keadaan kandungan Pn Shahila sedikit lemah buat masa sekarang..” ujar Dr Linda. Kata-kata Dr Linda membuatkan Shahila tersentak. Dia baru tersedar yang dia sedang berbadan dua. Airmatanya laju mengalir apabila tidak menjaga kandungannya sebaik mungkin.

“Lemah? Apa yang saya boleh buat Dr supaya anak saya selamat?” soal Shahila. Dia tahu dia sudah mengabaikan kandungannya.

“ buat masa sekarang, puan kena jaga pemakanan dan jangan stress. Selain tu, puan kena teruskan makan vitamin dan minum susu..banyakkan berehat ye puan” jelas Dr Linda. Shahila hanya mengangguk dan beberapa minit kemudian melangkah keluar dari bilik itu.

“ Macamana keadaan baby?” soal Pn Hanim apabila Shahila selesai mengambil ubat di kaunter.

“ Ok tapi lemah mak.. adik dah banyak abaikan kandungan adik.. nasib baik tak jadi apa-apa” ujar Shahila. Dia agak kesal kerana mengendahkan keadaan dirinya.

“ Lepas ni adik kena jaga diri.. ingat pesanan Kimi.. adik kena jaga anak kamu berdua baik-baik” pesan Pn Hanim. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada anaknya.

Shahila merebahkan dirinya di atas katil selepas meminum susu. Dia teringat kembali pesanan doktor ke atas dirinya. Seketika kemudian kenangan ketika dirinya disahkan mengandung berlegar di mindanya. Tangannya kemudian mengusap lembut perutnya dan dia berazam untuk kembali bangkit memulakan hidup baru walaupun ketiadaan suami tercinta disisinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2011 08:50 AM | Show all posts
semoga SHAHILA tabah sentiasa tabah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2011 03:13 AM | Show all posts
Sejak hari itu, Shahila memulakan kerjayanya di syarikat Hakimi dengan persetujuan kedua mertuanya. Mertuanya masih menganggap dia sebagai menantu dan masih menyayanginya walaupun Hakimi sudah tiada. Dia memujuk agar hatinya tabah demi meneruskan hidup yang masih panjang.  Dorongan keluarganya menjadikan dia lebih tabah dengan semua dugaan ini.

“ Ila sayang Kimi tak?” soal Hakimi secara tiba-tiba semasa mereka berdua berjalan di taman. Langkah Shahila terhenti. Wajah Hakimi dipandang dan dia tersenyum.

“ Kimi.. sayang tapi erm.. Ila masih muda lagi nak fikir semua ni” jelas Shahila perlahan. Sememangnya ketika itu dia memang sudah menaruh hati terhadap lelaki itu. Kalau boleh dia memang mahukan hubungan yang pasti dan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin, namun ketika itu dia masih mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“ Kimi faham.. Ila belum bersedia lagi kan..? Kimi sanggup tunggu Ila sampai Ila habis study” ucap Hakimi bersungguh. Dia tak mahu sesiapa melainkan Shahila seorang. Ketika itu, dia masih tidak tahu tentang penyakit yang dihidapinya.

“ Betul ke ni Kimi.. Ila harap hubungan kita ni berkekalan..” ujar Shahila ikhlas.
Hakimi tersenyum dan Shahila membalasnya. Mereka beriringan berjalan kembali.

Di pejabat,ketukan di pintu membuatkan Shahila tersedar dari lamunan. Air matanya bergenang apabila mengingatkan kembali pengakuan ikhlas Hakimi selepas 4 bulan mereka berkawan. Ketika itulah mereka berjanji setia.

“ Boleh saya masuk?” soal Akmal, pengurus dari syarikat baru yang akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat Shahila.

Shahila mengangguk dan cepat-cepat mengelap air mata yang masih bersisa. Dia segera bangun dan mempersilakan tetamunya duduk di sofa yang terletak di sebelah mejanya.

“ En Akmal? Saya Shahila” ujar Shahila memperkenalkan diri.
Akmal terpaku seketika melihat kecantikan Shahila namun dia dapat melihat ada kesedihan di sebalik wajah itu.

“ Err.. Shahila..sedap nama tu..” puji Akmal sambil melemparkan senyuman kepada Shahila. Dia langsung tidak mengenali pemilik syarikat ini kerana dia baru saja pulang dari luar negara setahun lepas dan mengambil alih tugas papanya.

Shahila hanya tersenyum mendengar pujian Akmal. Tanpa membuang masa, dia meneruskan perbincangan tentang projek mereka berdua. Sesekali Akmal membuat lawak agar dapat melihat senyuman Shahila. Dia tak tahu kenapa senyuman itu amat bermakna buatnya. Perbincangan mereka berjalan dengan lancar sekali.

“ So, next meeting kita nanti I bagitahu setiausaha U.. I mintak diri dulu” ujar Akmal.
Shahila mengiringi Akmal ke pintu bilik itu. Tiba-tiba tekaknya terasa mual dan loya. Dia cuba menahan dirinya dari termuntah. Malu jika dia termuntah di hadapan tetamunya.

“ Are u ok? I bawak U pergi klinik” ujar Akmal dengan nada panik. Gelabah juga apabila wanita di hadapannya itu hendak termuntah.

“ I’m ok.. tak payah.. sekejap je ni” Shahila mengurut-urut tekaknya supaya lega sedikit. Mungkin dia mengalami simptom morning sickness  kerana kandungannya sudah berusia 3 bulan.

" sure? kerja jangan kuat sangat.. rehatla sikit" Akmal mengalah dan sejurus kemudian dia keluar dari bilik itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 05:28 PM | Show all posts
nape tergantung meyh????
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 12:53 PM | Show all posts
sedih bca cite ni.. ada lg smbungan ke..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.857905 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list