CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rosewhite

Margaret Thatcher

[Copy link]
Post time 20-3-2012 03:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 03:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:02 PM | Show all posts
CREDIT : Yayasan Margaret Thatcher / Wikipedia

Margaret Thatcher (lahir 13 Oktober 1925 dengan nama Margaret Hilda Roberts) ialah Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga tahun 1990. Dengan tempoh melebihi 11 tahun, beliau merupakan Perdana Menteri British yang paling lama perkhidmatannya dalam abad ke-20 serta wanita yang tunggal, baik untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri British mahupun sebagai ketua kepada salah satu parti politik yang utama di United Kingdom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 04:03 PM | Show all posts
Kehidupan awal

Dilahirkan di Lincolnshire, England kepada Alfred Roberts, seorang pemilik kedai runcit serta ahli majlis perbandaran (sehingga 1952), Margaret menyertai sekolah menengah di Kesteven dan kemudian mengambil kursus kimia di Kolej Somerville, Universiti Oxford pada tahun 1944. Beliau memperoleh ijazah kelas kedua, dan bertugas sebagai penyelidik kimia di sektor swasta.
Dalam pilihan raya umum pada tahun 1950 dan 1951, Margaret bertanding di Dartford, kawasan kubu Parti Buruh, dan merupakan calon wanita Parti Konservatif yang paling muda ketika itu. Semasa aktif dalam Parti Konservatif di Kent, beliau bertemu dengan Sir Denis Thatcher, seorang usahawan yang kaya, dan mereka berkahwin pada tahun 1951. Margaret kemudian menyertai kursus undang-undang dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1953 ketika berumur 28 tahun, iaitu tahun yang beliau melahirkan Carol dan Mark, anak-anak kembarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 04:03 PM | Show all posts
Kerjaya politik

Selepas dua kali ditewaskan di Dartford, Margaret mencuba mencari kerusi Konservatif yang selamat untuk pilihan raya umum pada tahun 1959, tetapi ditolak banyak kali sebelum akhirnya dipilih untuk kawasan Finchley. Dalam pilihan raya tersebut, beliau menang dengan mudah, dan menjadi ahli Dewan Rakyat ketika berumur 34 tahun.
Parti Konservatif kalah dalam pilihan raya umum pada tahun 1964 dan apabila Sir Alec Douglas-Home meletakkan jawatannya, Margaret menyokong Edward Heath dalam pemilihan pucuk pimpinan. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1970, Parti Konservatif menang semula, dan Edward Heath mengganjar Margaret dengan jawatan Menteri Pelajaran.
Selepas kekalahan Konservatif dalam pilihan raya umum pada Februari 1974, Margaret bersetuju dengan Sir Keith Joseph serta Pusat Kajian Dasar (CPS) bahawa Kerajaan Heath telah hilang kawalan dasar kewangan selepas membuat perubahan yang berlawanan pada tahun 1972. Selepas parti Konservatif kalah sekali lagi dalam pilihan raya umum semula pada Oktober 1974, Joseph memutuskan untuk mencabar kepimpinan tetapi kemudian menarik diri. Margaret kemudian memutuskan untuk menyertai pertandingan itu bagi pihak puak Joseph/CPS.
Tanpa disangka, Margaret menewaskan Health dalam pengundian yang pertama, dan William Whitelaw, pewaris pilihan Heath, dalam pengundian yang kedua dan dengan itu, menjadi ketua Parti Konservatif pada 11 Februari 1975 ketika berumur 50 tahun. Margaret melantik Whitelaw sebagai timbalannya. Heath yang terpaksa melepaskan kepimpinannya berasa marah dan kecewa terhadap Margaret kerana memperlihatkan perlawanan ini sebagai suatu ketidaksetiaan terhadapnya.
Pada 19 Januari 1976, Margaret membidas Kesatuan Soviet dengan pedas ketika membuat ucapan di Dewan Perbandaran Kensington:
"Rusia berkeras ingin mencapai penguasaan dunia dan dengan cepatnya, mereka telah memperoleh cara untuk menjadi negara empayar yang paling berkuasa di dunia. Orang-orang di Politburo Soviet tidak perlu bimbang tentang pasang surut pendapat umum. Mereka mengutamakan senjata api berbanding mentega, sedangkan kami mengutamakan hampir semua benda kecuali senjata api."
Sebagai tindak balas, Krasnaya Zvezda ("Bintang Merah"), akhbar Kementerian Pertahanan Soviet memberikan nama samaran, "Wanita Besi" kepada Margaret. Margaret suka akan nama ini yang kemudian dikaitkan kepada peribadinya yang tabah serta tidak goyah.
Pada tahun 1979, Kerajaan Buruh menghadapi masalah-masalah pertikaian perindustrian, mogok, pengangguran dan perkhidmatan awam. Dalam Pilihan Raya Umum pada tahun ini, Parti Konservatif memenangi satu majoriti sebanyak 43 kerusi dalam Dewan Rakyat, dan Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di United Kingdom.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 06:37 PM | Show all posts


Nice!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 06:48 PM | Show all posts
dia mmg tokoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:10 PM | Show all posts
maggie and buy british lasts  hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 01:25 AM | Show all posts
Iron lady
Baru tahu dia jadi PM utk 11 yrs
Good info tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 03:53 AM | Show all posts
tp kesian dngan dia, anak kembar dia dah mcam tak ambil peduli dngan dia, dan smpai skrg ni, dah bnyak kali dia sambut krismas tanpa anak2 dia, just pembantu dia je yg teman dia sambut krismas.., saat paling sedih dlam hidup dia, bila husband dia meninggal....ada dakwaan mengatakan thatcher ni ada alzheimer, tp tak pasti betul atau tak....

thatcher dpat gelaran baroness,(seakan2 tuan tanah) dan melayakkan dia joint house of lord britain, (dewan negara)
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:00 PM | Show all posts
rasanya kalau tak silap, MT ni di gelar dgn Kupu kupu besi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2012 05:02 PM | Show all posts
Reply 35# oni313


Kenapa anak-anak kembar beliau dah tak pedulikan dia? Perselisihan faham ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 05:58 PM | Show all posts
Reply  oni313


Kenapa anak-anak kembar beliau dah tak pedulikan dia? Perselisihan faham ke?
arrowtotheknee Post at 24-3-2012 17:02



    nanti i cari sal kisah dia, anak laki dia skrg ni duduk south africa......tp pndangan i, it's a common thing to see a parents celebrate christmas alone without their children and grandchild.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 09:29 AM | Show all posts
ptt le mcm penah dgr namenye.. tapi kurang kenal sape..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.194673 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list