CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Jenayah] {1} Pencuri tertidor kekenyangan di sofa mangsa: cerita penuh !_post 21#

[Copy link]
 Author| Post time 3-11-2012 11:32 AM | Show all posts

Faisal Zainal menunjukkan tempat pencuri yang menceroboh rumah keluarganya nyenyak tidur dalam kejadian pecah rumah di Jalan Dato’, Chukai, Selasa lalu

3 November 2012

CHUKAI – Perbuatan seorang pencuri yang menjamu selera dengan nasi berlauk daging di rumah banglo tiga tingkat yang dicerobohinya membawa padah apabila ditangkap selepas tertidur kekenyangan di atas sofa di depan televisyen.

Dalam kejadian di Jalan Dato’, dekat sini pada Selasa lalu itu, kehadiran lelaki itu disedari pemilik rumah, Kamsiah Wan Othman, 59, kira-kira jam 8.15 pagi ketika mahu mengemas bilik tidurnya sejurus menunaikan solat Subuh dan menyediakan sarapan.

Lebih mengejutkan, daripada sisa nasi yang dimakan dipercayai pencuri berumur 35 tahun itu membawa bekalnya sendiri kerana nasi berlaukkan daging dan pinggan yang digunakan bukan milik tuan rumah.

Terkejut lihat seorang lelaki tidur di sofa

ANAK Kamsiah, Faisal Zainal Nordin, 30, berkata, sebelum keluar dari bilik tidur untuk mengambil wuduk kira-kira jam 6 pagi, ibunya menyedari terdapat tiga beg dan satu bungkusan di laluan keluar dari bilik tidur tetapi menyangka ia milik adik-beradiknya yang lain.

“Apabila selesai menyediakan sarapan dan mahu masuk ke bilik tidur semula, mak terkejut melihat seorang lelaki nyenyak tidur di atas sofa di tingkat dua rumah, sebelum mak bertanya kepada saya sama ada membawa kawan tidur di rumah atau tidak ketika saya sampai di rumah mak kira-kira jam 8 pagi.

“Terkejut dengan pertanyaan mak saya segera pergi melihat lelaki itu lantas mengejutkannya daripada tidur dan ketika itu berlaku pergelutan kerana dia cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap. Pada masa sama, adik saya, Saifullah, 21, menghubungi polis,” katanya sambil mengakui banglo itu dihuni ibu bapanya, dua adiknya dan seorang anak saudara.

Katanya, bapanya, seorang merupakan pengusaha kilang papan yang terlebih dahulu bangun daripada tidur untuk ke masjid juga tidak menyedari kehadiran lelaki berkenaan di rumah mereka.

Curi pelbagai barangan termasuk berus gigi

FAISAL Zainal berkata, apabila diperiksa tiga beg dan bungkusan yang terletak di laluan berdekatan bilik tidur ibunya tidak jauh dari lelaki itu tidur, ia mengandungi sebanyak 10 utas jam tangan pelbagai jenama, seunit telefon bimbit, dua bentuk cincin suasa dan seunit ‘walkman’ yang merupakan barangan dicuri dari rumah mereka.

“Selain itu banyak lagi barang lain yang dicuri termasuk berus gigi. Dalam satu bungkusan pula ditemui banyak pakaian milik keluarga saya. Setelah itu kami memeriksa keadaan rumah dan mendapati empat bilik tidur yang tidak dikunci berselerak kerana bilik tidur yang berpenghuni dikunci ketika tidur.

“Di belakang sofa tempat suspek tidur pula, kami temui sisa nasi berlaukkan daging goreng dan petai dalam pinggan dan di sebelahnya terdapat biskut raya yang pada asalnya kami letakkan di dapur. Mungkin dia makan biskut selepas makan nasi lalu tertidur,” katanya yang percaya suspek memecah masuk rumahnya melalui tingkap sekitar jam 3 pagi.

Sejurus polis tiba dan suspek diperiksa, turut ditemui pada badan suspek sebilah pisau serta pemutar skru selain hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rasa tidak sedap hati

SEMENTARA itu, Kamsiah berkata, dia tidak menyangka rasa tidak sedap hatinya ketika mahu tidur menjadi petanda rumahnya dimasuki pencuri lagi.

“Pada malam sebelum kejadian saya tidur agak lewat iaitu kira-kira jam 12 tengah malam. Sebelum tidur saya sudah pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Tak sangka pula rumah dimasuki pencuri lagi dan kes ini adalah kes pecah rumah kedua yang kami sekeluarga alami tahun ini.

“Sebelum ini sudah banyak kali rumah kami dipecah masuk dan yang paling menakutkan dalam satu kes, saya melihat penyamun sedang mencangkung mencari barang berharga di hadapan katil ketika saya tersedar daripada tidur,” katanya

p/s la....tuanpunyer rumah diselamatkan kerna tidak terjumpa penyamun tu wlupun dah bangun awal ke masjid untuk solat subuh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 11:39 AM | Show all posts
Teringin sangat nak merasa makan dan tidur di banglo.. agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:36 PM | Show all posts
“Selain itu banyak lagi barang lain yang dicuri termasuk berus gigi."

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:44 PM | Show all posts
Suwey punyer pencuri.... Dan suwey punyer nasib pencuri... Sebab suwey punya dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:53 PM | Show all posts
jgn hukum pencuri itu..
bagi dia bantuan ke..kerja ke...nescaya dia tak kang curik lagik..
dok gitu Datuk Mashitah weiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 01:59 PM | Show all posts
tuan rumah yg g msjid xsedar myb sbb ingtkan anak sndri yg tido kt sofa. xpon mmg x perasan sbb umah banglo kekdahnye.
mn tau rope2nye penyamun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2012 02:06 PM | Show all posts
berus gigi tu pencurik tu bawak sendiri hat dialahh...tulah..dah kena tangkap..kalau tidak sempat gosot gigi dulu sebelum cabut. Tulah tak dengar pesanan mak...gosot gigi dulu sebelum tido!

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 04:07 PM | Show all posts
pelik betul pencuri ni...siap curi walkman la...berus gigi la...

benda2 yg berbentuk keperluan diri...dan bukan utk dikomersialkan...

atau adakah sebab pengaruh dadah, maka berus gigi disangka kunci peti besi...dan walkman disangka kad ATM bank kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 04:14 PM | Show all posts
jerukkedondong posted on 3-11-2012 01:53 PM
jgn hukum pencuri itu..
bagi dia bantuan ke..kerja ke...nescaya dia tak kang curik lagik..
dok git ...

Ustajah UmNO biasalah cakap macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 04:38 PM | Show all posts
hahhaha cam bureet siap petai pong bawak, busuk punya penyamung....... kepelekkang tangpa batasang sungguh, nak menyamung ka nak berpiknik?

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 05:37 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 3-11-2012 04:38 PM
hahhaha cam bureet siap petai pong bawak, busuk punya penyamung....... kepelekkang tangpa batasang s ...

tula..paling lawak dia siap makan petai...agaknya ada sambal sekali kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 05:43 PM | Show all posts
noor2 posted on 3-11-2012 05:37 PM
tula..paling lawak dia siap makan petai...agaknya ada sambal sekali kut

pangdai gak penyamung ni, makang petai pastung curi berus giging....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 05:44 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 3-11-2012 05:43 PM
pangdai gak penyamung ni, makang petai pastung curi berus giging....

pangdai ke hape...bodong..sebab curi beus giging org laing,...kumanggg..dapat sakit gigingeee yuckk

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 05:48 PM | Show all posts
Nak rasa tido atas sofa je kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 06:49 PM | Show all posts
tapirbiru posted on 3-11-2012 05:48 PM
Nak rasa tido atas sofa je kot

sofa pun buruk jehhh...xnampak cam kaya sgt pun brg2 yg dicuri lak xnampak pun cam duit ke emas ke laptop ke apa..walkman pn di curinya  zaman ni ada lg ke org pakai walkman..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 08:56 PM | Show all posts
sian...lepaskan je lah...

nampak caranya dia tu bukan nk mencuri betoi2x tapi lebih kpd nk merasa dok dlm banglo....

nk rasa makan tido rumah banglo.... tu yg siap bwk bekal bagai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2012 09:03 PM | Show all posts
hari tu kes pencuri terpinga2 dlm rumah, then owner balik pun terpinga2, siap call polis terus angkut tangkap...

pencuri pun bole blur...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 09:09 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 3-11-2012 11:32 AM
Faisal Zainal menunjukkan tempat pencuri yang menceroboh rumah keluarganya nyenyak tidur dalam kej ...
p/s la....tuanpunyer rumah diselamatkan kerna tidak terjumpa penyamun tu wlupun dah bangun awal ke masjid untuk solat subuh...

aku rasa ni kerja tuhan ni..tuan rumah jaga solat, pi masjid selalu jaga wktu subuh.
tuhan pun jaga keselamatan dia,rumah dia, smpai tidokn pencuri tu.



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 09:17 PM | Show all posts
bodoh nyer ... kalau x takan jadi pencuri kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 09:41 PM | Show all posts
para pelawak leh copy cerita ni..kompom lawakkkk.....


napa ek asal cerita dr ganu mesti pelik2...alahaiiiii dh mcm kat china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058380 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list