CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: produkherba

Raya nanti kita kahwin -[U]

  [Copy link]
Post time 18-5-2012 11:16 AM | Show all posts
Hahaha... That's a good one..... Oolong tea elok utk buang angin selepas kembung perut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2012 11:31 AM | Show all posts
Ungku Hadi menunggu Yasmin mengunci pintu rumah sambil menikmati suasana pagi di kampung.

"Jom bang" lengan Ungku Hadi dirangkul dan mereka mula melangkah ke arah belakang rumah Yasmin.  

Sebaik melepasi belukar kecil, mereka disambut dengan deretan pokok buluh cina yang lebat merimbun di kiri kanan.  Nyaman sungguh rasanya dan tenang yang amat.  Di saat itu rasa cinta, kasih dan sayang cukup padat di dalam jiwa Ungku Hadi buat isteri yang amat disayanginya.   Lantas tangan si isteri digenggam erat bagi menyalurkan rasa kasih sayang yang menggebu-gebu.  Yasmin dapat merasakan aliran kasih sayang yang cuba disampaikan si suami lantas mengeratkan lagi genggaman tangannya.  

Sebaik melepasi rimbunan pokok buluh cina Ungku Hadi dapat melihat sebuah rumah kayu kecil yang cukup cantik seni ukirannya.  rumah kecil itu dikelilingi pokok bunga ros pelbagai warna yang sedang kembang.  tidak ketinggalan pokok-pokok bucida yang biasa dilihat di kawasan perumahan elit ditanam untuk meneduhkan sekitar rumah kecil Yasmin.   Ungku Hadi juga dapat melihat pokok-pokok renek yang tidak diketahui namanya turut ditanam di beberapa penjuru taman kecil.  

"Abang" panggil Yasmin.

"Ya sayang" jawab Ungku Hadi sambil meraih si isteri dalam pelukannya.

"Cantik tak bang?" soal Yasmin sambil melentukkan kepala di bahu Ungku Hadi.

"Ini surprise min.  Abang suka?" tanya Yasmin sambil mencari jawapan dari mata Ungku Hadi.

"Abang sayaaanngggg sangat dengan isteri abang ni.  thanks" lantas dahi si isteri dikucup penuh kasih.

"abang pakai macam ni macam red indian warrior... seksi" usik Yasmin sambil berlari anak ke tangga rumah.

"sayang ni kan... abang baru aja nak masuk mood romantik" rungut Ungku Hadi sebelum melangkah ke arah Yasmin yang berdiri menunggu Ungku Hadi di tangga yang diapit rumpun keladi yang subur menghijau.

Sebaik Ungku Hadi sampai, Yasmin menceduk air dari tepi tempayan kecil di kaki tangga sebelum kaki si suami di jirus perlahan.  Selesai menjirus air ke kaki, Yasmin menolak pintu rumah kecil sambil tangannya menarik Ungku Hadi masuk ke dalam.

Dalam rumah kecil itu hanya ada tilam yang terhampar di sudut kanan yang cuma dilindungi tirai nipis dari kain berenda warna putih.  Kusyen-kusyen pelbagai saiz turut di susun di salah satu sudut rumah.  Ungku Hadi berasa kagum dengan ketelitian dan kreativiti Yasmin menyusun atur rumah kecilnya.

"Abang, jom mandi.  Tentu melekit lepas berurut tadi kan" Yasmin merangkul lengan Ungku Hadi sambil melangkah turun ke bahagian belakang rumah kecilnya.  

"Perigi pun ada?  Abang tak pernah merasa mandi air perigi.  Rasa macam orang dulu-dulu pulak"  teruja benar rasanya bila Ungku Hadi dapat merasa mandi air perigi.  

"abang duduk kat bangku tu... min mandikan abang ya" Yasmin lantas menimba air perigi sebelum si suami dimandikan dengan perlahan.  Ungku Hadi hanya memejamkam mata menikmati kesegaran air perigi yang dicurahkan ke badannya.  Bunyi burung yang berkicau menambahkan suasana yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini.

"Abang nak mandi lagi atau dah cukup?" soal Yasmin sambil memandang ke arah si suami yang kelihatan segar dan nampak cukup puas dengan layanan yang diberi.  

"Cukup untuk pagi ni" balas Ungku Hadi.  Lantas Yasmin mengesat tubuh si suami dengan tuala yang dipegangnya. Tuala di tangan kemudiannya dililit dipinggang si suami. Sebaik kain cukin dilepaskan, Ungku Hadi mengendung si isteri naik dan kali ini Ungku Hadi take the lead.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 11:34 AM | Show all posts
Ungku Hadi tanya semua dah puas hati ke?  Dia dah take the lead.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 12:38 PM | Show all posts
Ungku Hadi tanya semua dah puas hati ke?  Dia dah take the lead.
produkherba Post at 18-5-2012 11:34


Ok.... puas jer.... tapi.... blurrrr..... So seperais Yasmin ialah rumah peninggalan ker? So sorry coz tak makan kismis dan kurma nabi, maka minda lambat dpt pemahaman....

What if Yasmin create "memories" in the lovely hut with Ungku...? Baru lah ooolaala....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 12:52 PM | Show all posts
beberapa jam kemudian....

"sayang, kalau abang tanya jangan marah ya." perlahan aja Ungku Hadi bertanya sebab Yasmin memang suka melepuknya jika tidak puas hati.

Yasmin menaikkan kening tanda minta Ungku Hadi meneruskan soalan.

"Sebenarnya apa surprise sayang ya?" soal Ungku Hadi dengan pernuh hati-hati.

---------------

bukan auntie aja yg blur, Ungku pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 01:38 PM | Show all posts
kesian kat Min... ungku ni lembab.....hahahahhah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2012 01:39 PM | Show all posts
bukan auntie aja yg blur, Ungku pun sama


Hahahaha.... Great minds think alike.....

Ungku, give me five.....virtually....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 01:55 PM | Show all posts
ish.. surprise aku ni tak best agaknya tu yang abang tak rasa apa2.  macam mana nak buat ni.  adoi yasmin, malunya.  tu la yang gatal sangat kata surprise buat apa.  cik abang sayang kan orang kaya, setakat rumah kayu ni dah mcam chalet tepi laut yang dia biasa pergi aja.  kalau kau kahwin dengan orang tak berduit lain la.  adeh, macam mana nak buat ni?  fikir yasmin, fikir.

"Abang, hmm... sebenarnya surprise Min memang nak ajak abang ke sini.  Abang orang pertama yang min bawa ke sini.  maaf kalau tak best" jujur yasmin meluah rasa sebab memang itu pun yang dirancangnya apabila ada yang sudi mengahwininya.  kiranya honeymoon dalam rumah kecil yang dibinanya beberapa tahun yang lalu.  Malu Yasmin nak mengaku yang dia bina rumah kecil itu untuk tujuan honeymoon aja, ingatkan suami suka tapi rupanya ia takbawa apa-apa makna.  Malu dan kecil hati rasanya.

"abang tentu laparkan.  Jap, Min siapkan lunch" Yasmin terus berlalu tanpa memandang Ungku Hadi.

Sebaik Yasmin hilang dari pandangan, Ungku Hadi melepuk dahinya sendiri.  Ish, mulut ni langsung tak reti nak jaga hati sayang.  beria2 dia siapkan semua ni boleh lak aku tanya apa surprisenya.  Mesti sayang aku ni kecil hati.  Adeh, macam mana la nak pujuk.  Ungku Hadi sedar khilafnya, patutnya dia ucapkan terima kasih atas layanan kelas satu dari Yasmin tapi sibuk pula bertanya apa surprisenya.  Ungku Hadi mengenakan kain cukin semula sebelum mencapai tuala yang bersepah di tepi tilam.

Ungku Hadi ke dapur mencari Yasmin apabila dirasakan lama sangat Yasmin menyiapkan lunch mereka.  Tapi sampai di dapur Yasmin tidak kelihatan tetapi pintu dapur terbuka luas.  Ungku Hadi terus melangkah keluar mencari si isteri yang terasa hati.  Puas Ungku Hadi mencari akhirnya Yasmin kelihatan duduk termenung di tepi tali air.  Ada tali air rupanya di sini fikir Ungku Hadi.
Ungku Hadi melabuhkan duduk di sisi Yasmin.  Yasmin melemparkan senyum segarit tanda membenarkan Ungku Hadi duduk bersamanya.

"Min minta maaf buat abang tertunggu2 surprise abang.  Rumah kecil tu yang min maksudkan sebagai surprise untuk honeymoon kita.  Perancangan min silap sebab abang dah biasa duduk tempat macam tu kan?" soal Yasmin tanpa memandang ke wajah Ungku Hadi.

"Min tarik balik pasal surprise tu.  nampaknya takde apa yang menarik untuk min jadikan surprise" sambung Yasmin lagi sambil matanya masih memandang tali air.

"Pinjam tangan kejap boleh?" Ungku Hadi bertanya dan Yasmin menoleh kerana pelik dengan soalannya.

Ungku Hadi melepuk mulutnya dengan tangan Yasmin yang dipinjamnya.  Lega sikit rasanya sebaik mulutnya dilepuk.

"Abang ni apa kena pulak?" soal Yasmin pelik dengan tindakan Ungku Hadi.

"Ni, mulut ni takde sivik.  Suka2 dia aja bercakap.  Abang nak cakap lain dia asyik nak cakap lain.  Nasib baik la bila abang nak cium sayang dia cooperated.  Kalau tidak naya aja" balas Ungku Hadi selamba.

"Abang ni, tah apa2 aja" Yasmin terus melepuk Ungku Hadi disebabkan jawapan Ungku Hadi yang dirasakan sungguh tidak relevan dengan apa yang dirasakannya kini.  Tapi sedikit sebanyak hilang juga rasa merajuknya tadi.

"Abang minta maaf, thanks untuk semua yang sayang sediakan termasuk la appoinment dengan Wak bajuri tadi" sengaja ditekankan perkataan appointment.  Yasmin tergelak bila appoinment disebut Ungku Hadi sebab memang diketahuinya 'kesedapan' berurut dengan tukang urut yang lumpuh sebelah tangan itu.

Melihatkan Yasmin ketawa Ungku Hadi berasa lega lantas isteri yang disayangi diraih dalam rangkulannya.  

Pelukan yang erat menimbulkan rasa yang satu itu, lantas tuala yang tersangkut di leher dihamparkan sebelum si isteri dibaringkan.  

"Abang!" tiba-tiba Yasmin menjerit.  Ungku Hadi hanya menaikkan kening tanda bertanya kenapa?

"Takkan kat sini?  Malu la." Protes Yasmin sambil berusaha menolak tubuh si suami.

"Why not?  A completion to your surprise and my fantasy, sayang" Ungku Hadi menyambung kembali apa yang dibuatnya sebelum ini.  Belaian demi belaian dari suami tersayang membuatkan Yasmin mengalah dan mengikut sahaja rentak si suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 02:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by auntieagony at 18-5-2012 14:07
Ungku Hadi melepuk mulutnya dengan tangan Yasmin yang dipinjamnya.  Lega sikit rasanya sebaik mulutnya dilepuk.
"Abang ni apa kena pulak?" soal Yasmin pelik dengan tindakan Ungku Hadi.
"Ni, mulut ni takde sivik.  Suka2 dia aja bercakap.


Hahaha.... auntie terasa you...

Takkan Yasmin nak "lepuk" tangan auntie yg takder sivik ni pulak.... sbb auntie "type" seperais dia tu tak berapa nak seperais...

Tapi yg seperais Ungku buat tu... auntie like....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:09 PM | Show all posts
Cehhh!!! Auntie dah mendahului. laju jekkk!

memasing dok bunuh setan je nampaknya ni?





I like it too!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:11 PM | Show all posts
Cehhh!!! Auntie dah mendahului. laju jekkk!

memasing dok bunuh setan je nampaknya ni?
...
ladyFinger12 Post at 18-5-2012 14:09



    hari jemahat kan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:11 PM | Show all posts
Hahaha.... auntie terasa you...

Takkan Yasmin nak "lepuk" tangan auntie yg takder sivik ni ...
auntieagony Post at 18-5-2012 14:06



    yalah, auntie kan satu kem dgn ungku
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:13 PM | Show all posts
Cehhh!!! Auntie dah mendahului. laju jekkk!

memasing dok bunuh setan je nampaknya ni?
...
ladyFinger12 Post at 18-5-2012 14:09


Byk pulak setan yg kena bunuh hari Jumaat ni....

Lady... gi balik rumah... mak suruh sambung cerita PLK tu... Ye-ye-oh jer...

Kalau rumah lama kena seal, buka rumah baru.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:16 PM | Show all posts
yalah, auntie kan satu kem dgn ungku
produkherba Post at 18-5-2012 14:11


Bernas betul si Ungku ni...

Nak suruh en suami beli kain cukin lah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:27 PM | Show all posts
Oit.....

Ni apahal kes membunuh setan dah berjangkit kat benang nih?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:28 PM | Show all posts
Bernas betul si Ungku ni...  

Nak suruh en suami beli kain cukin lah...
auntieagony Post at 18-5-2012 14:16



    Yasmin jahit sendiri kain cukin tu.  takde jual la auntie.  lgpun... kalau auntie jahit sendiri... blh adjust labuhnya... kalau labuh sgt nampak mcm orang tua aja... tak seksi la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2012 02:31 PM | Show all posts
Reply 391# produkherba

Salam herbs...

Quite interesting story....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2012 02:37 PM | Show all posts
Reply 397# Nicki_Meow


    salam jugak... tq nicki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:51 PM | Show all posts
Yasmin jahit sendiri kain cukin tu.  takde jual la auntie.  lgpun... kalau auntie jahit se ...
produkherba Post at 18-5-2012 14:28


Auntie rasa auntie ada jumpa website yg jual kain cukin ni semasa auntie surf definasi kain cukin tu....

Yasmin tu berseni orgnya... auntie ni brutal sikit...  menjahit straight line pun tak cantik, ngaku jer laa.... Mesin jahit dah lama disedekahkan...

Tetapi auntie excellent pasal "the art of spending money".... seni gak lah tu.... walaupun fulusnya nan ado....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.485381 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list