CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

PASCA PRK DUN KERDAU & MERLIMAU - NIK AZIZ TAK HALAL KEMENANGAN BN #1097

   Close [Copy link]
Post time 5-3-2011 11:56 PM | Show all posts
Reply 400# noor2
baru nk LO, ahnya masuk lak {:1_126:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 12:11 AM | Show all posts
kakak panda tak dapat PM lucah lagi ke?
satusembilan Post at 5-3-2011 22:31

dah tak dapat dah... dia dah insaf kut
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:13 AM | Show all posts
masa zaman bintang tiga dulu pun ada melayu masuk bintang tiga... rashid maidin ke apa nam ...
Magika Post at 5-3-2011 22:32

rashid MAIDIN tu moyang mamak2 kerala ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:16 AM | Show all posts
lagi... takkan tue je...
satusembilan Post at 5-3-2011 22:45

dia segan la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:21 AM | Show all posts
wahhhh..maknanya pakcik menukar ubah pm...kira memfitnah magika la...dalam pm tu magika aj ...
noor2 Post at 5-3-2011 23:50

mana ada ubah ... memang tu PM yg magika hantar
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:21 AM | Show all posts
mana ada ubah ... memang tu PM yg magika hantar
pakcik-the0ne Post at 6-3-2011 00:21



    owh..patutla magika senyap je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2011 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by pakcik-the0ne at 6-3-2011 00:53
Reply  noor2

pocik pervert saje je hantor pm rekacepta
benkiut Post at 5-3-2011 23:49
fitnah...

mana ada pakcik ubah...
apa yg pakcik fowardkan kat ko tu memang PM yg magika hantar kat pakcik
pakcik ada nasihatkan dia jgn hantar PM2 macam tu dekat pakcik
tapi dia tetap teruskan jugak sampai la pakcik publishkan perlakuannya itu dekat thread2 dlm forum
baru la dia insaf...  






Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:53 AM | Show all posts
so apa update ???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 01:03 AM | Show all posts
pakcik jangkakan esok petang kat merlimau panas tapi dekat kerdau hujan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 01:15 AM | Show all posts
so apa update ???
mbhcsf Post at 6-3-2011 12:53 AM
update terkini - 1.16 pagi (6/3/2011)
- semua orang dah masuk tidor
- persiapan bahan2 kampen untuk esok hari seperti topi, kipas, payung dan cokelat sudah selesai dimasukkan ke dlm kotak
- puteri2 umno juga telah sudah selesai mengerika baju yg akan dipakai pada esok hari


*sekadar gambar hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 01:23 AM | Show all posts
kenapa takde yang start tampal2 gambar tahi lalat rosmah lagi? hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 01:47 AM | Show all posts
kenapa takde yang start tampal2 gambar tahi lalat rosmah lagi?
anya8797 Post at 6-3-2011 01:23


Kita tunggu pagi esok...kempen saat akhir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 02:57 AM | Show all posts
mungkin kempen saat akhir gak lori isle sempat sampai ke lokasi pengundian

arituh tabung buluh berapa koleksi bley dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 03:33 AM | Show all posts
mungkin kempen saat akhir gak lori isle sempat sampai ke lokasi pengundian

arituh tabung ...
ryosakazaki Post at 6-3-2011 02:57


PAS dah mengaku kalah di Merlimau sebelum hari pengundian lagi..pemimpin dia kata...PAS jenis terima hakikat bahawa Merlimau adalah kubu kuat UMNO.

Kerdau agak sengit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 05:20 AM | Show all posts
semoga BN terus menang, bila PRU nanti terus jatuh tergolek
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 07:53 AM | Show all posts
fitnah...

mana ada pakcik ubah...
apa yg pakcik fowardkan kat ko tu memang PM yg magika hantar ...
pakcik-the0ne Post at 6-3-2011 00:32

pd ahben yg buta IT nie.... teda kepastian dlm hal powed-mempowed PM nie pocik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2011 10:11 AM | Show all posts
semoga BN terus menang, bila PRU nanti terus jatuh tergolek
DTECCONAN Post at 6-3-2011 05:20



    engkau still in denial.... terimalah hakikat 8-10% pengundi melayu yang dulu sokong PR kerana tak suka Pak lah dah kembali ke BN... dan 75% pengundi india dah kembali sokong BN ....

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 10:16 AM | Show all posts
update terkini - 10.20 pagi (6/3/2011)

- pakcik baru bangun, tak makan lagi tapi dah habis membaca koran utusan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 10:18 AM | Show all posts
engkau still in denial.... terimalah hakikat 8-10% pengundi melayu yang dulu sokong PR ker ...
Magika Post at 6-3-2011 10:11 AM
melayu yg sokong pak lah dan benci najib & tun tua pulak macam mana
ko tak buat kajian ka mekgika...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 10:34 AM | Show all posts
BN buru besar tinggi di Merlimau, Kerdau menjelang PRU13

KUALA LUMPUR, 6 Mac — Barisan Nasional (BN) dijangka dengan mudah akan mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Merlimau dan Kerdau pada hari ini — bagi membayangkan ia sudah pulih daripada prestasi terburuk tiga tahun lalu dengan kehilangan empat negeri tambahan dan kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Lusa genap tiga tahun pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Kerusi Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang adalah kubu kuat BN tetapi PAS juga mengharapkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus undi orang Melayu bagi merampas daripada perikatan itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendakwa pihaknya sudah pun ada 41 peratus undi Melayu di Merlimau.

Sementara itu calon yang bertanding di Merlimau berharap pengundi di kawasan itu keluar untuk mengundi hari ini dan membuat pilihan bijak.

Calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS Yuhaizat Abdullah berharap 10,679 pengundi di kawasan itu keluar awal untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun berbeza parti dan dasar pejuangan namun kedua-dua calon itu mempunyai persamaan sama iatu mahu membantu rakyat di kawasan Merlimau.

Roslan yang juga ahli jawatankuasa Umno Jasin berkata, beliau berharap pengundi di Merlimau memberi peluang kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.

“Saya harap pengundi dapat memberikan peluang kepada saya agar saya boleh buktikan dan membantu penduduk di sini.

“Saya sedar ramai di kalangan penduduk di sini mahukan lebih banyak perubahan...lebih banyak pembangunan dan ini akan menjadi fokus saya jika menjadi wakil rakyat di samping membantu penduduk,” katanya.

Jelas beliau, walaupun baru kali pertama bertanding dalam pilihan raya namun sepanjang lapan hari berkempen respon yang diberikan pengundi amat baik.

“Respons pengundi terhadap saya amat baik, saya juga mendengar masalah dan keluhan mereka di kawasan masing-masing.

“Jadi saya harap selepas tempoh berkempen ini pengundi akan membuat keputusan bijak dengan memilih saya dan memastikan kemenangan BN,” katanya.

Sementara itu, Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka berkata beliau meletakkan harapan tinggi kepada pengundi agar membuat perubahan dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Beliau berharap agar pengundi boleh membuat kejutan di kubu kuat BN itu.

“Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi-pengundi DUN Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.

“Saya begitu yakin pengundi-pengundi DUN Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung hari ini,” katanya.

Jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin itu, beliau berjanji akan memberikan khidmat terbaik sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu.

“Saya harap supaya pengundi mengundi kepercayaan kepada saya untuk saya memberikan khidmat terbaik kepada mereka.

“Saya harap pengundi dapat keluar dengan lebih awal dan tak terlalu tergopoh gapah dan kita yakin keselamatan semua terjamin dengan pasukan polis yang mencukupi dan saya harap pengundi-pengundi dapat membuat pilihan yang bijak,” katanya.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pusat mengundi akan mula dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala keputusan dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.



Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan melakukan kesilapan dengan tidak mengeksploitasi sentimen-sentimen tempatan, sebaliknya membawa bahan kempen nasional ke Merlimau.

Daripada memfokus mengenai Merlimau, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai perkembangan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan - negeri-negeri ditadbir mereka.

“Pemimpin-pemimpin cuba untuk mengetengahkan isu-isu bukan Melaka di Melaka dan cuba untuk mengaitkannya dengan penduduk tempatan,” kata pegawai parti tempatan.

Pakatan Rakyat cuba untuk menjual inisiatif 100 Hari Pertama Buku Jingga, tetapi tidak pula dijelaskan kandungannya.

Malah, pemimpin-pemimpin PAS juga kelihatan lebih cenderung untuk memberi tumpuan ke atas Kerdau. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya datang ke Merlimau sekali sahaja sebelum berlepas ke Sudan.

Kempen-kempen PAS juga menyaksikan kehadiran yang rendah sedangkan lazimnya perhimpunan malam menjadi strategi Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan para pengundi.

Selain ceramah-ceramah malam juga gagal untuk membawa pengundi muda yang sebelum ini dianggap sebagai sokongan tetap bagi Pakatan Rakyat. Sebaliknya ceramah-ceramah itu hanya menarik penyokong dan ahli parti.

Malah usaha PAS mengadakan konsert mini di bilik operasinya juga gagal membawa hadirin yang diharapkan.

Kemenangan di kedua-dua Kerdau dan Merlimau juga petanda bahawa Datuk Seri Najib Razak akan meletakkan calon-calon muda pada pilihan raya umum akan datang.

“Dua pilihan raya kecil ini akan digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang.

“Jika Umno berupaya untuk menang besar, maka ia akan digunakan sebagai satu untuk memberitahu pemimpin-pemimpin Umno bahawa orang ramai sudah mula ke arah perubahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Di Kerdau, walaupun kempen hari-hari terakhir memfokus kemunculan Ummi Hafilda Ali dan Rahimi Osman yang mengaitkan ceramah mereka dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi isu tempatan masih mendapat perhatian besar.

Di kerusi itu yang 89 peratus merupakan orang Melayu, daripada 8,999 pengundi, kedua-dua BN dan PAs berusaha mendapatkan sokongan mereka.

Ahli Parlimen yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said dipetik Bernama berkata beliau positif calon BN akan menang dan jentera parti perlu bekerja sekeras mungkin untuk memastikan pengundi BN turun mengundi.

Jika dicongak dalam sifir mudah, sekiranya 80 peratus pengundi keluar mengundi, BN mampu meningkatkan majoriti sehingga 2,000 undi berbanding 1,615 undi pada pilihan raya 2008 dengan jumlah peratusan mengundi yang sama.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata majoriti kemenangan juga dijangka bertambah dengan jangkaan 57 peratus dari tiga kawasan pengundi Felda akan memberikan undi kepada BN.

“Mereka masih kubu kuat kita. Isu-isu seperti bayaran CESS sebanyak RM13,000 sudah dapat diselesaikan. Kita akan bayar pada hari Isnin di sini dan untuk Felda tempat-tempat lain kita akan tentukan masanya,” katanya.

Sementara itu sumber dalaman PAS menganggarkan jika mereka mendapat undi sebanyak 40 peratus dari ketiga-tiga kawasan Felda, menaikkan sokongan kepada 60 peratus pengundi di kampung tradisional, undian dari kaum Cina sebanyak 70 peratus, ia adalah cukup bagi mereka untuk menang.

“Bagi undi dari kaum Orang Asli dan lain susah sikit kita nak dapat. Tetapi kalau kita tak capai kemenangan sekalipun, mengurangkan majoriti adalah cukup baik. Menang adalah bonus,” katanya.

Sementata itu, pengarah jentera pilihan raya PAS DUN Kerdau Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sokongan masyarakat Felda penting bagi mereka kerana pada 2008 mereka tewas sebanyak 1,100 undi termasuk kawasan Felcra di Rumpun Makmur.

“Tapi sekali lagi saya tak nafikan peluang kami sukar. Tinjauan kami dapati Felda bukan kubu Umno. Felda juga ada pengundi dari luar. Kami juga payah nak jangka sokongan terhadap kami,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata sokongan di kampung tradisional pula agak statik dan menyokong parti pemerintah manakala pengundi Cina memberikan respon sangat baik kepada PAS.

Apapun, pemilihan esok bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah demi kesinambungan kemajuan, keselesaan, keamanan bagi penduduk Kerdau yang majoritinya bekerja dalam sektor pertanian.

Bagi pecahan mengikut umur, sebanyak 21.72 peratus pengundi berumur 40 hingga 49 tahun diikuti 19.72 peratus yang berumur dari 60 hingga 69 tahun dan  16.71 peratus berumur antara 21 hingga 29 tahun.

Dari segi komposisi kaum, sebanyak 88.7 peratus pengundi terdiri daripada Melayu, lima peratus Cina, 3.3 peratus India, 2.6 peratus Orang Asli, 2.4 peratus lain-lain dan 0.01 peratus bumiputera Sarawak.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi dan 22 saluran mengundi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan calon PAS Hasanudin Salim, 44.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072025 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list