CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Lagenda Kampung Lenyap Dibawah Perut Bumi kelantan

[Copy link]
Post time 1-2-2007 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 12-7-2005 01:00 PM
Gunung Reng - Misteri di sebalik kemunculannya

Gunung Reng yang tersergam indah di pinggir jalan Lebuh Raya Timur Barat di Kampung Batu Melintang, Jeli, mempunyai banyak catatan sejarah selain ...



wah...wah..wah...
melagakan anjin' & kucin'....

Dulu ribut Greg kat Sabah pun ada lagakan anjin' & kucin'...

jahat sungguh...


sapa buleh tempek gambor pokok & bukit yg dah jadi macam burger Mc Donald tuh?

:cak:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 07:10 AM | Show all posts
kalau tak silap aku tak lama dulu ....dokumentari tentang gunung reng pernah dikeluarkan kat RTM,



Jeli: Gunung Reng, lokasi peninggalan sejarah yang terbiar

Thu, 14 Sep 2006 17:48:53 -0700

Gunung Reng semakin sepi

Oleh Mohamed Sahidi Yusof

Keunikan lima gua semula jadi dengan kesan hakisan batu menyerupai patung wanita bersalin, patung bidan, kolam mandi, taman bunga dan tempat pertapaan terbiar

JELI: Gunung Reng kira-kira 15 kilometer dari pekan Jeli adalah lokasi peninggalan sejarah dan sebelum ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk beristirahat serta menjalankan kajian ekologi.

Kawasan itu turut menempatkan lima gua semula jadi dengan kesan hakisan batu menyerupai patung wanita bersalin, patung bidan, kolam mandi, taman bunga dan tempat pertapaan serta pemujaan.

Namun, di sebalik segala keunikan dan keindahan terbabit, Gunung Reng kini semakin terbiar sebarang usaha pemuliharaan dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tinjauan Berita Harian mendapati tempat yang sebelum ini pernah tersenarai dalam peta pelancongan Kelantan, kini kian sepi tanpa kunjungan orang ramai sama ada pada hari minggu dan cuti umum.

Beberapa kemudahan asas yang disediakan di kawasan terbabit tidak dijaga, malah sebahagian daripadanya rosak teruk, kawasan persekitaran kaki gunung itu dipenuhi semak samun.

Seorang pengunjung, Ahmadi Shaari, 43, berkata Gunung Reng adalah antara destinasi pelancongan terkenal di Kelantan dan tidak wajar dibiarkan dalam keadaan menyedihkan.

"Tempat ini ada tarikan sejarah dan terletak pula di tepi laluan Jalan Raya Timur Barat, sekali gus boleh menjadi lokasi penggunanya berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Amat rugi bagi industri pelancongan tempatan jika Gunung Reng terus dibiarkan begini kerana ia tidak dapat lagi menarik perhatian orang ramai berkunjung ke sini.

?Saya harap kemudahan asas yang rosak segera dibaik pulih dan persekitarannya dibersihkan supaya lebih terurus," katanya yang datang dari Tumpat bersama keluarga untuk beristirehat.

Penduduk kampung, Zulkiflee Hashim, 42, menyarankan Kerajaan Kelantan dan Majlis Tindakan Pelancongan lebih proaktif memajukan industri pelancongan dengan mengindahkan semula Gunung Reng.

Katanya, jika dipulihara, Gunung Reng boleh kembali menjadi produk pelancongan negeri ini, manakala penduduk boleh menikmati limpahan ekonomi daripadanya.

"Sebagai penduduk Jeli, saya rasa malu apabila melihat Gunung Reng yang tercatat antara destinasi pelancongan Kelantan, kini indah khabar dari rupa," katanya.

Pengunjung, Omar Ismail, 35, berkata, kawasan pergunungan, air terjun, gua dan hutan kini semakin menjadi pilihan pelancong berbanding kawasan pantai kerana keindahan alam semula jadi masih terpelihara.

"Udara bersih, persekitaran yang damai sambil kedengaran kicauan burung dan unggas memberi kepuasan dan ketenangan kepada pengunjung bersama keluarga untuk beristirahat," katanya.

Fakta: Sejarah Gunung Reng

# Gunung Reng terletak di Kampong Tala.

# Dikatakan dibuka pahlawan Jawa dikenali Tok Tadeh.

# Didakwa menjadi kediaman sementara Puteri Saadong.

# Menempatkan Gua Badak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 10:40 AM | Show all posts
kalau tak silap aku,Gunung Reng terletak di kawasan Batu Melintang..
Mak aku cakap,batu ni diangkat oleh sultan  Perak
Korang perhati,negeri Perak mmg banyak batu macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 02:33 PM | Show all posts
gunung reng sebenarnya terletak di kg. Gunong....semperna sebuah gunung yang terletak dalam kampung diorang ....dan batu melintang tu pulak adalah kg bersebelahan.....gunung reng tu duk dalam kampung sebenarnya.......sebuah masjid dibina kat sebelah gunung......kalau korang yang biasa datang ke kelantan melalui perak atau grik korang mesti lalu dekat kawasan gunung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 03:30 PM | Show all posts
eeii....bestla cite ni....aku pun fes time dgr...rasa cam cite2 zaman nabi plak...tak sangka terjadi benda2 camni kat sini.....

cite diaorg laga anjing n kucen tu...teringat plak aku masa tanah runtuh kat hulu kelang tahun lepas...indon2 kat situ suka laga2 ayam.....nauzubillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 05:32 PM | Show all posts
aku juga pelik masa pertama kali aku pergi kat sana.....sebuah gunung dalam perkampung..... setelah mendengar cerita orang tua2 baru aku tahu cerita disebaliknya....memang menginsafkan...., cerita yang mengatakan gunung tu terbang macam tak logik tapi...... lagi tak logik sebuah gunung batu kapur berada dikawasan tanah lapang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2007 08:00 PM | Show all posts
first time dgr psl ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 09:06 AM | Show all posts
lagenda ni kalau di filemkan bagus jugak tuk buat pengajaran.....

[ Last edited by  ska_n_dal at 3-2-2007 02:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 01:06 AM | Show all posts
pernah lalu kot highway jeli nih..mmg napok tersergam megah gunung reng nih dan maso aku sekolah dulu penah skali tu buat rombongan gi berkhemah kt sini..tp aku tarik diri tk jd nk gi koz sakit perut
lo nih rugi pulok koz tk jd gi kkhemah sini...kalu dok boleh round dale gua nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 01:08 AM | Show all posts
tp cikgu aku sempat borak ngan org tua situ..demo tu kater kalu msok dlm gua bilik putri saadong tu boleh cium bau bedak sejuk tuan puteri
Betoi kerr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:43 AM | Show all posts

Balas #29 mok_nik\ catat

puteri sa'adong tu wujud bila kwsan tu dh kena hempap ke?
aku x brapa nak paham bila bc artikel tu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:53 AM | Show all posts
takde ke gambo bukit ni?
nak tengok gak .....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 05:16 PM | Show all posts
sesaper yg ader gambar bukit tu....
tepek la kt sini.....nk tgk gak cam maner keadaan dier.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:02 PM | Show all posts
tp ader sstengah member aku tu tk cayo pun kwjudan puteri saadong blh bntu aku tk camna cara nk konfemkan kt diorang nih psl puteri saadong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 10:37 PM | Show all posts


Ni kot Gunung Reng tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 01:33 PM | Show all posts
menarik cite nih...
nk kongsi picture yg telah digoogle sat tadi...
1st time dgr pasal cite nih...



yg nie plak..
tmpt history gunung reng diceritakan...



yg nie plak bile search kat yahoo...

ade lg...
tp kecik sgt la picture die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2008 09:48 AM | Show all posts
baru aku tahu kisah ni... memang menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 09:51 AM | Show all posts
selalu dgr kisah nie sejak kecik lagi.. memang pelik kalau tgk batu nie.. tersergam sorang2 kat situ.. kat sebelahnya ada sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by yellowfish at 21-9-2008 09:51 AM
selalu dgr kisah nie sejak kecik lagi.. memang pelik kalau tgk batu nie.. tersergam sorang2 kat situ.. kat sebelahnya ada sungai..



Testing2.... macm Bukit Panau ke?:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 10:28 PM | Show all posts
erm..teringin nak p tgk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083207 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list