CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: M5

Perbincangan Bateesta & M5 : Takdir dan Ketentuan

[Copy link]
Post time 28-8-2006 01:40 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 02:25 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 02:30 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:26 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:41 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:58 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2006 02:06 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 02:10 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2006 02:13 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 11:24 PM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2006 03:09 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 27-8-2006 02:01 AM
Ok salam bro , kita sambung lagi discussion kita..



Bro , bkn maksud aku krg iman tp org yg lbh byk harta , lbh senang utk membuat n menumpukan ibadat compare to org miskin yg trpaksa membant ...



Salam Sejahtera Bateesta,

Terima kasih kerana menjelaskan lagi dgn lebih panjang dan terperinci tentang fahaman anda mengenai Takdir dan Ketentuan.  Sedikit sebanyak saya mula dapat memahami dengan lebih mendalam pengertian isu yg kita bincangkan dari sudut fahaman saudara.

Seperti kebiasaan, saya akan membentangkan satu per satu hujah saya sebagai respon kpd sandaran saudara yg boleh kita sama2 teliti dan kupas untuk ulasan selanjutnya.

Sebelum itu saya ingin menjelaskan beberapa isu kritikal yg perlu kita pertimbangkan untuk kita berhujah dengan dgn lebih bermakna.  Seperti yg saudara sedia maklum, sandaran2 yg saya kemukakan bila saya mengemukakan sesuatu pandangan berkaitan hukum2 Tuhan, adalah dibuat berlandaskan penerangan2 dari ayat2 al Qur'an semata2.  Bagi mengelakkan salah tafsiran dlm saya membuat rumusan kpd sesuatu isu, selagi mungkin saya akan membuat beberapa semakan terhadap beberapa tafsiran disamping melihat tafsiran secara literal.

Walaupun saya ada juga merujuk kpd Tafsiran Bahasa Melayu seperti yg bro gunakan, seperti juga tafsiran didlm bahasa2 lain, perbandingan dan penelitian tafsiran2 yg sedia ada dapat membantu kita memahami context pesanan yg terkandung didlm Kitab al Qur'an dgn lebih tepat.  Bagi saya, even kitab al Qur'an versi Bahasa Arab yg ada sekarang ini adalah tergolong didlm kategori Kitab Tafsir.  Secara ringkasnya, Kitab al Qur'an versi Arab masakini adalah kitab tafsir kpd kitab asal bahasa al Qur'an diturunkan.  Saya rasa saudara sedar yg bahasa Arab masakini walaupun banyak persamaannya BUKANLAH bahasa asli yg digunakan semasa penurunan al Qur'an (Classical Arabic) 1400 tahun yg dahulu.  In essence, Bahasa adalah communication tool yg terhasil dari evolusi masyarakat setempat.

Bahasa Arab masakini adalah evolusi bahasa dari Classical Arabic, dan secara logiknya boleh menjadikan the arabic version sebagai benchmark kpd kebenaran terhadap isi kandungan Kitab al Qur'an. Dalam pada itu, dgn berpandukan tafsiran literal arabic, dijelaskan dilm al Qur'an yg penerangan2 didlmnya adalah lengkap dan jitu.  Tetapi hakikatnya kebanyakan amalan2 dan kepercayaan yg lazim kita ikuti adalah semata2 kerana terdapatnya penerangan2 dari Kitab2 sandaran pihak ketiga (Hadith, Ijmak, Kias etc) dan tidak didapati dari dlm al Qur'an.  Kerana ini juga kia dapati antara lain justifkasi keperluan kepada Hadis2, keperluan institusi Ulamak didlm agama, Ijmak, etc.  Secara logik ianya adalah satu andaian atau rumusan yg rasional.  Tetapi jika diperhatikan, asas fahaman sedemikian sudah cukup membuktikan bahawa ayat2 al Qur'an itu bercanggah sesama sendiri. Dalam kata lain, al Qur'an ini benar2 lengkap sebagai panduan hidup atau tidak?  Bila al Qur'an kata kandungannya lengkap, kenapa banyak benda yg berkaitan dgn amalan2 yg disuruh dikerjakan didlm al Qur'an itu tidak diperincikan?  Tetapi adakah ini Kebenaran seperti mana yg diterangkan didlm al Qur'an?  Samada al Qur'an itu betul atau tafsiran kita yg betul.  Tidak boleh kedua2nya betul.  Kerana yg betul hanya satu, tidak boleh kedua2nya sekali.

Kenapa saya memilih untuk membawa perbincangan kita kembali kepada perbincangan asas sebegini?  Didlm thread2 yg saya buka dan juga dithread2 lain yg ada di forum ini, saya memilih untuk membincangkan kembali beberapa perkara asas yg telah sebati menjadi fahaman kita yg berlandaskan fahaman literal dari tafsiran al Qur'an itu sendiri.   Bagi yg berfikiran rasional, apa yg saya cuba bincangkan disini adalah supaya kita melihat sesuatu context kandungan ayat al Qur'an dgn lebih meluas, bukan setakat membaca tafsiran literal mana2 ayat2 al Qur'an semata2.  Bila kita melihat keseluruhan konteks pesanan ayat2 al Qur'an, banyak penerangan2 yg dapat dilihat sebagai bersanggah secara total dgn apa yg kita amalkan dan fahami secara lazim.

Saya rujuk kembali thread "Kenapa Babi Haram" sebagai contoh.  Apa yg saya cuba tekankan didlm isu tersebut bukanlah untuk saya mengajak forumer bersuka hati memakan daging babi, tetapi isu utama saya (selain dari kita tidak boleh mengharamkan sesuatu yg tidak diharamklan oleh Tuhan, unless kita fikir kita ni Tuhan) adalah untuk menunjukkan bagaimana tafsiran yg kita fahami jika tidak dilihat dari context keseluruhan ayat2 didlm al Qur'an itu boleh membentuk satu fahaman pada diri kita yg tidak semestinya bersifat BENAR.

Sememangnya ada berkata yg saya sendiri yg mengandaikan tafsiran saya sebagai betul, lantas mereka2 ini menolak hujah2 yg saya bentangkan.  Tetapi bagi yg berfikir secara rasional,  harap dapat dilihat yg al Qur'an itu jika diteliti penerangan2 didlmnya dgn lebih sistematik tanpa berlandaskan dogma yg telah sekian lama meresapi dijiwa kita, sebenarnya mampu untuk menjawab persoalan2 yg jauh lebih kompleks dan rumit yg sering melanda mana2 masyarakat didunia ini. Tidak kira bagi mereka yg menggelarkan diri mereka sebagai Muslim atau sebaliknya.

Premis ini mungkin agak terlalu awal untuk saya perjelaskan tanpa kita memperbincangkan soal2 asas terutamanya yg melibatkan amalan rituals yg berkaitan dgn konsep keislaman.  Topik ini sendiri adalah satu skop yg besar untuk kita membuat sebarang rumusan didlm masa terdekat ini.  Jadi saya akan bawa satu persatu isu ini didlm perbincangan2 yg akan datang, jika diizinkan Tuhan.

Setakat ini, jika dilihat didlm masyarakat Islam, kita boleh lihat bagaimana dari satu ayat al Qur'an yg sama bila dibaca boleh terhasil perlbagai2 tafsiran.  Saya bawa satu contoh yg ringkas untuk kita lihat apa rasionalnya pendekatan dan kaitan dgn tafsiran yg saudara bawa  didlm isu Takdir dan Ketentuan.

Nabi Muhammad itu umi, diertikan:
1. Nabi itu buta huruf, atau
2. Nabi itu dari golongan yg tidak pernah diberi Kitab?

No 1 akan jadi jawapannya jika anda melihat sandaran yg datangnya dari Koleksi Hadith.
No 2 masih tidak akan jadi jawapannya jika anda setakat melihat al Qur'an secara literal tanpa dilihat context keseluruhan ayat2 al Qur'an tersebut.  Hanya jika dilihat secara keseluruhan, barulah umi dapat diertikan sebagai golongan yg belum diberikan/memahami Kitab.

Apa yg saya cuba ringkaskan disini, adalah the approach yg kita boleh gunakan bila kita membuat sebarang rujukan didlm al Qur'an.  Ini adalah supaya kita dapat mengambil penerangan yg sebenarnya as intended by the Creator. Refer post saya yg saya katakan the truth is always there in the Scripture.  Cuma mata kita yg tidak nampak.   Pembacaan tanpa dipertimbangkan konteks keseluruhan ayat akan menghasilkan fahaman yg bercanggah sesama sendiri dan menjadikannya tidak rasional.  Kaedah ini, bagi mereka2 yg boleh menolak sikap prejudice dan percaya kpd anugerah akal yg Tuhan "hadiah"kan kpd manusia adalah kaedah yg very straight forward sehinggakan mana2 manusia yg ingin mencari kebenaran dijanjikan Tuhan dapat melihat kebenaran/the real truth seperti yg terkandung didlm KitabNya.

Agak premature juga untuk saya terus katakan mengenai tafsiran2 ayat2 al Qur'an yg saudara bawa didlm isu Takdir dan Ketentuan sebagai tidak tepat.  But if one care to examine the verses properly tanpa merujuk kepada tafsiran literal yg diolah kedlm Bahsa Melayu semata2, saya yakin kita akan nampak sendiri apa yg sebenarnya pesanan yg dibawa dari ayat2 tersebut.  And one thingfor sure, ayat2 al Qur'an ini jika difahami pengertian sebenarnya dgn melihat konteks yg lebih luas, TIDAK akan bercanggah sesama sendiri, termasuklah didalam isu Takdir dan Ketentuan.  In any case kita akan bentangkan ayat2 tersebut satu persatu untuk ditelitikan.

bersambung..

Salam Sejahtera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 06:28 AM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 30-8-2006 05:05 PM | Show all posts
Salam bateesta,M5
  Saya ada terbaca juga perbincangan isu taqdir ni, antara peringatan yang saya terima ialah dalam ayat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Dia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata.

yang mana orang kafir menggunakan alasan taqdir bagi menentang perintah Allah. Harap kita semua tidak mengikuti jejak mereka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 08:54 PM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2006 03:19 AM | Show all posts
Salam Sejahtera Bateesta.

Untuk menyambung perbincagan kita, saya rujuk post #28 onwards.

Originally posted by Bateesta at 27-8-2006 02:01 AM
Bro , bkn maksud aku krg iman tp org yg lbh byk harta , lbh senang utk membuat n menumpukan ibadat compare to org miskin yg trpaksa membanting tulang utk sesuap nasi

Mesti org akan brtnya , SIAPA SURUH ORANG MISKIN ITU MALAS ? Am I rite ?
Walhal sbnarnya akal n level of understanding manusia ni pun anugerah allah , I mean it抯 a gift whether u r a genius , advance , intermediate , slow or what so ever yg lain pnya brain


Seperti yg saya nyatakan sebelum ini, dgn mengaitkan kelebihan harta dgn keupayaan untuk menumpukan ibadat adalah isu yg agak awal untuk kita bincangkan tanpa melihat dgn lebih teliti apa yg dimaksudkan dengan takrifan "ibadat" itu sendiri. So, maybe it's best for us to skip this one first untuk kita melancarkan perjalanan thread ini.


[quote]Originally posted by Bateesta
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

[ Ali-imran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2006 03:22 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta
So kalau kau cakap hidup ni brtindakbalasa n manusia boleh berusaha , 4 me its unfair for many people UNLESS mmg god fixkan bnda ni sbb ada something yg god nak buat pd manusia in hereafter. Aku ada teori ni tp takut kau trkejut lak bila aku bentangkan kat kau nanti. Just tell me n I will let u know, one day , not now.


..disambung.

Berkenaan teori bro, jangan risau, saya ada berjumpa bermacam2 teori yg dikaitkan dgn Tuhan yg ada dibincangkan diforum2 yg lain.  Pasal saya nanti terkejut atau tergamam, saya rasa selagi saya boleh berfikir secara rasional, I'm open to any new suggestion.  So, shoot.

[quote]Originally posted by Bateesta
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

[ Hud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2006 03:57 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 27-8-2006 02:17 AM




#1. Sori bro, aku rasa ayat 22 di atas mnceritakan kpd manusia yg segala bencana kpd alam ni atau kpd manusia itu TELAH DIRANCANGKAN OLEH ALLAH SEJAK DULU LAGi sblm manusia dan alam ini dic ...


Salam Sejahtera Bateesta.

Saya sambung sikit lagi.

Jika bro ambik ayat Q57:22 dan mengatakan bencana yg jadi kepada manusia adalah sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan, maka ini akan menjadikan manusia tidak perlu berusaha, kerana everything telah ditetapkan.  Esok bila kita keluar rumah kalau yg duduk apartment/condo, boleh terjun terus ke tingkat bawah, kerana bencana yg bakal menimpa telah ditulis oleh Tuhan.  Kalau yg naik bas pergi kerja, boleh bergayut kat pintu kerana kalau jatuh dan ditimpa bencana, ianya telah ditulis oleh Tuhan.  Kalau yg naik motor, boleh tunggang moto sambil buat akrobatik pakai sebelah tangan sambil berdiri semasa tunggang moto, kerana kalau jatuh dan ditimpa bencana kerana ianya telah ditulis oleh Tuhan.  Secara logiknya bro sendiri boleh nampak dimana rasional tafsiran yg bro sandarkan.

Sekarang mari kita lihat konteks ayat tersebut dgn lebih meluas sedikit.

Q57:22
Transliteration
Ma asaba min museebatin fee al-ardi wala fee anfusikum illa fee kitabin min qabli an nabraaha inna thalika AAala Allahi yaseerun


Literal
(That there is) none from a disaster (that) struck/hit in the earth/Planet Earth, and nor in yourselves except (that it is) in a Book from before that We create it of nothing, that truly that (is) on God easy/little/small.


Dari terjemahan that We create it of nothing, ini menunjukkan/menceritakan perihal konsep kejadian/Law of Creation di dunia ini.  Kita boleh mengkaji dgn melihat bagaimana yg Bumi ini sentiasa melalui proses perubahan yg terjadi sejak awal kejadian dunia "teori Big Bang?" sehingga masa kini dan sehinggalah kejadian2 didunia ini ditamatkan tempohnya.  Perubahan2 yg bumi alami (baik dari segi cuaca, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, etc) adalah proses perubahan yg bumi dan juga seperti planet2/alam2 yg lain alami as part of the Creation Process.  Dunia yg dicipta oleh Tuhan tidak CONSTANT.  Yg constantnya adalah changes.

So bila perubahan2 bumi ini berlaku, ini membawa kepada disaster.  "Disaster" kepada manusia didlm konteks ayat tersebut bila dirujuk juga Q27:23 ianya melibatkan kematian.  Hidup dan mati adalah Hukum Kejadian yg telah ditulis as part of "Law of Creation".

The whole context of verse Q27:22-23 adalah membicarakan tentang Hukum Kejadian/Takdir Tuhan.  Dan Takdir ini Bukanlah seperti yg bro fahami sebagai kejadian/malapetaka day-to-day yg jadi pada manusia.  Sebagai contoh kalau esok kita kena langgar dgn kereta pasal tak tengok kiri kanan semasa melintas, kita kata malapetaka ini adalah takdir Tuhan.  Ini tidak ada logiknya.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 06:04 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 27-8-2006 02:57 AM


An interesting comment , but aku nak tanya skit bro ,  adakah sama konsep , tugas n kuasa ADMIN FORUM ini dgn ALLAH ? Let me simplify 4 u

1. Adakah admin forum ni mengawal nyawa forumer semu ...


Salam Sejahtera Bateesta.

Maaf lambat sedikit untuk meneruskan perbincangan ini.  Badan pun tak berapa sihat 2-3 hari yg lepas. (read excuse, excuse and excuse)

Anyway, this is to reply yr post #30 onwards.

Pasal forum admin dgn peranan Tuhan, etc, rasanya dah tersasar jauh tujuan asal saya memberi analogi tersebut.  Saya cuma ingin menunjukkan peranan free will bila kita berinteraksi didlm forum ini.  Tidak lebih dari itu.  So apa yg Admin Forum boleh buat, fakta yg kita boleh hack system, etc adalah tidak ada kaitan dgn tujuan analogi saya.

Ok, let me try from different approach.

Analogi ini bagi saya adalah untuk menunjukkan manusia didlm kehidupan didunia ini, berinteraksi sesama sendiri diatas free will yg dianugerahkan oleh Tuhan.  Atas interaksi tersebut akan terhasil satu bentuk akibat (cause n effect) yg hukumnya sudah tertulis as part of the grand design keatas alam ini.  

Since kita cerita pasal cause n effect, saya teruskan dgn merujuk post #31.  Untuk memudahkan saya tumpang jawapan saya   didlm yr quote.  My reply is in Blue color

Originally posted by Bateesta
Hehe , ni yg mmg aku tnggu2 krn konsep CAUSE AND EFFECT



Btl x pemahaman aku camni :


1. Bila kita rajin , kita akan kaya

Tidak ada rumusan ringkas kepada bagaimana nak kaya.  Faktor menjadi kaya bergantung kepada banyak element.  Antara lain kita kena kaji dgn mengambil kira faktor sekeliling.  Rajin akan menjadikan proses kaya lebih mudah.


2. Bila kita baik , kita akan kaya.

ditto- Baik akan menjadikan proses kaya lebih mudah.


3. Bila kita malas , kita akan gagal

ditto- Malas akan menjadikan proses gagal lebih mudah.


4. Orang yg miskin tu semua kerana malas

ditto- Malas akan menjadikan proses miskin lebih mudah.


5. Semua org yg kaya itu ialah org yg rajin

ditto- Rajin akan menjadikan proses kaya lebih mudah.


6. Semua orang boleh menjadi nabi.

Tidak, Nabi/Rasul adalah dipilih oleh Tuhan as part of the plan bagaimana Tuhan berkomunikasi dgn manusia.  Komunikasi ini terbentuk melalui mata pena (in writing) yg dijilidkan sebagai al Kitab.  So ini adalah logik adanya Nabi yg dipilih sebagai perantara komunikasi Tuhan dengan manusia.  Jika semua boleh/dan jadi Nabi, maka tidak perlu adanya Kitab.


7. Semua orang boleh menjadi GENIUS kalau dia mahu

That depends on how you define GENIUS.  Say, kita ambil pemahaman umum genius ni cerdik macam Einstein.  Maka soalannya saya olah sikit:  samada semua orang boleh menjadi macam Einstein kalau dia mahu.

Einstein jadi GENIUS antara lain disebabkan faktor baka yg diwarisi dari DNA beliau.  Dia menggunakan kelebihan ini dgn mengembelingkan usaha dlm membuat kajian2 beliau.  The key word here is usaha.  Einstein kena usaha.  Formula bukan datang secara out of no where.

Since bercakap pasal Einstein ni, yg kita maklum berbangsa Yahudi, lihat bagaimana peranan "survival of the fittest" yg diwarisi dari turun-temurun menjadikan bangsa Yahudi didlm abad ini banyak menghasilkan so-called GENIUS.  Dizaman Firaun dulu, mereka dikatakan banyak menjadi hamba abdi dan rata2 mereka tidak contribute secara signifikan kepada tamadun manusia berbanding dgn kecermelangan tamadun Mesir, Mesopotamia mahupun India.  Tetapi sekarang, samada kita suka atau hakikatnya mereka banyak memberi sumbangan kepada tamadun manusia.

In fact fenomena "GENIUS" ni banyak terdapat didlm setiap masyarakat.  Cuma sesetengah kes tu, tak dikembangkan potensi sebenar mereka.  Tetapi berbalik kpd soalan bro, apa yg saya cuba sampaikan, genius ni bukanlah sesuatu kejadian/fenomena yg berlaku tanpa sebab. Dalam pada yg sama ianya juga bukanlah sesuatu yg  kita boleh pilih.  Sama juga hakikat yg kita tidak boleh memilih dari perut ibu yg mana kita nak duduk selama 9 bulan+- sebelum muncul kat dunia ini.

Saya ringkaskan:  Genius ini adalah sebahagian dari proses evolusi manusia.  Dia terjadi diatas sebab2 yg boleh dirasionalkan.  Tetapi masalahnya tidak ada manusia yg boleh menentukan dari mana punca untuk mereka ujud didunia ini.  So bila kita akui yg kita tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai genius atau tidak, kita terus merumuskan oleh kerana sudah ada ketentuan/takdir dari Tuhan yg says so, maka ia bermaksud kita tidak perlu melakukan usaha didunia ini untuk kita berfungsi sebagai manusia yg boleh menjadi ejen perubahan didlm kehidupan ini, maka kita rumuskan juga segala tindak-tanduk kita telah ditakdir menjadi sebegini, maka kita terus lepak, maka kita kaputt, jadi spira mirabilis, arus pusar menjurus ke kemusnahan?

So, genuis caused by human evolution terjadi dari kesan tindak tanduk manusia sebelum2 mereka.  Key words,tindak tanduk..  Walaupun bro pun boleh diconsider genius,  bro kena struggle banyak2 sekarang, harap2 dari evolusi baka dari bro nanti, akan lahir "Se Batu" versi Melayu/Malaysia yg mampu mebawa tamadun baru kpd manusia maybe 100/200 tahun yg akan datang? who knows?



8. Semua orang yg mati itu kerana mereka dah malas hidup

Malas hidup boleh menyebabkan antara lain sebab untuk mati.


9. Semua orang boleh jd org islam kalau mereka mahu

Ya, tepat sekali, tetapi persoalan yg masih perlu dijawab, apa islam itu Islam? Atau dimudahkan, apa itu Islam?


10. Dlm perut ibu kita , ada vending machine , which kita boleh pilih agama kita

Tidak perlu dipilih.  Mengenal Tuhan telah dihardwired didlm otak kita.  tetapi persoalan yg masih perlu dijawab, apa itu agama?  Samada dilahirkan dari perut Hindu, Benggali, Yahudi, Athiest, Syiah, Sunni, Kristian, Shinto, Buddha, primal-indigenous, Afrika, etc, semua akan secara natural mengkaji ttg kebenaran, temasuklah ttg agama.  Sejauh mana difikir?  Masing2 kena jawab sendiri kat hari pembalasan nanti.  Sama2 kita tunggu.


11. Semua orang boleh jd hensem mcm nabi yusuf

Kenapa semua perlu jadi  hensem macam saya, opps sorry ye, hensem macam Yusuf Haslam, opps Nabi Yusuf.  Spesis manusia kan spesis evolusi.  Ada yg rupa macam beruk, ada rambut macam singa, ada yg telinga macam gajah, mata macam serigala, ada hidung yg macam babi.  Apa signifikannya sifat fizikal ini dalam konsep beragama, usaha, cause and effect dan hari pembalasan?  Kalau ada yg tak puas hati, usaha kan sesuatu, nip n tuck for a start.


12. Semua org dlm dunia ni boleh jd sabar mcm nabi ayub

Mana kita tahu Nabi Ayub tak pernah hilang sabar dalam hidupnya?


13. Semua orang boleh jd raja

Tidak.  Survival of the fittest tidak membenarkan ini terjadi.  Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh berusaha mencabar kedudukan mereka.  Cuma bila anda menjadi raja, scenario yg sama akan repeat by itself.  Raja sehari terkecuali dari constraint ini.


Bersambung lagi, Insyallah

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 01:11 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 27-8-2006 03:58 AM  post #33
1. 4  me bro , konsep takdir tu sndiri brmaksud fixkan , so mmg god dah assignkan sape jadi baik atau jahat

Buktinya :

Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[ Ibrahim -Surah 14 - Ayat 4 ]


Salam Sejahtera Bateesta.


Rumusan yg bro bawak dari ayat Q14:4 tidak dilihat dari konteks sebenar.  Ayat sebelum ini menerangkan Tuhan menurunkan penerangan (Kitab) kpd manusia.  Untuk apa Tuhan turunkan Kitab jika Tuhan dah decide siapa baik siapa jahat?  Sebagai manusia, kita diberi panduan, then kita exercise our free-will untuk membuat pilihan.

Q14:4
Yusuf Ali
We sent not a messenger except (to teach) in the language of his (own) people, in order to make (things) clear to them. Now Allah leaves straying those whom He pleases and guides whom He pleases: and He is Exalted in power, full of Wisdom.


Bila kita menyimpang dari jalan Tuhan, ini adalah tindakan dari kita sendiri.  Tuhan biarkan (leaves straying)  tanpa panduan.  Ini tidak bermakna Tuhan menyimpangkan kita bila Tuhan suka.  Atau dimudahkan, dgn suka2 sahaja Tuhan menyimpangkan kita.  Ini bagi saya premis yg tidak ada rasionalnya.

Lihat juga Q14:5-7 untuk penjelasan selanjutnya ttg hidayah dgn mereka yg sesat.

Seterusnya, bro rujuk kpd Q4:78

Yusuf Ali
"Wherever ye are, death will find you out, even if ye are in towers built up strong and high!" If some good befalls them, they say, "This is from Allah"; but if evil, they say, "This is from thee" (O Prophet). Say: "All things are from Allah." But what hath come to these people, that they fail to understand a single fact?


Semua perkara datangnya dari Allah, simply kerana Tuhan yg menciptakan isi alam ini. Baik/jahat, hidup/mati, etc adalah part of norms didunia ini yg terhasil dari Law of Nature.  Ini tidak pula bermakna Tuhan dah fixkan siapa jahat dan siapa baik.  Ini akan menghasilkan percanggahan dgn konsep hari pembalasan yg kita sendiri akan dipertanggungjawabkan.

Seterusnya, bro rujuk kpd Q6:39

Melihat bagaimana cara bro mengambil panduan dari al Qur'an tanpa melihat konteks keseluruhan ayat sememangnya menghasilkan fahaman yg bercanggah sesama sendiri.  Fahaman ini tidak mungkin datangnya dari Tuhan yg menerangkan panduannya adalah "lurus" dan tidak bengkang-bengkok.  Atau dlm kata lain, sekejap Tuhan kata, kita kena buat baik, tetapi lepas tu Tuhan kata Dia dah tetap kan siapa yg baik siapa yg jahat.  So, suruhan manusia jadi baik adalah camouflage kerana kat hari pembalasan nanti semua dah fixed.  Atau kata lain bro kata tuhan tipu kita?  Mana rasionalnya fahaman sebegini?

Q6:39
Yusuf Ali
Those who reject our signs are deaf and dumb,- in the midst of darkness profound: whom Allah willeth, He leaveth to wander: whom He willeth, He placeth on the way that is straight.


Bila bro lihat keseluruhan ayat, bro akan nampak konteks sebenar ayat yg bro rujuk. Tuhan ada berikan panduan sebelum Tuhan gunakan ayat "He leaveth to wander: whom He willeth, He placeth on the way that is straight."

In fact, kesemua ayat2 al Qur'an yg bro rujuk, apa yg saya buat adalah melihat kepada konteks menyeluruh ayat2 tersebut yg mana bro tidak ambil kira dalam membentuk fahaman yg bro pegang.  Fahaman yg saudara pegang adaalh terhasil akibat dari kaedah membaca ayat2 al Qur'an secara sekerat-sekerat/piece by piece dan terus membuat rumusan tanpa melihat dan mempertimbangkan keseluruhan sesuatu ayat yg dirujuk.

Saya berhenti disini buat sementara waktu.  Saya rasa it's time untuk bro reflex kembali perbincangan2 kita selama ini, dan kita selaraskan kembali perbincangan kita yg nampaknya agak tidak terurus.  Saya cadangkan jika masih perlu saya ulas sandaran2 bro dari satu2 ayat al Qur'an, kita had kan kepada beberapa ayat terdahulu.  Sehingga kita selesai perbandingan hujah keatas ayat2 tersebut baru kita sambung dgn contoh@ayat yg baru.

Salam sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 05:08 PM | Show all posts
................................................................................................................................................................................................................................................................

[ Last edited by  Bateesta at 11-7-2007 05:43 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.066697 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list