CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: casejulia

Maksudnya Tritunggal

[Copy link]
Post time 16-11-2006 04:47 PM | Show all posts
terangkan ayat ni:

"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD (Deut.6:4)... Hear, O Israel: the Lord our God is one Lord [the only Lord]. (AMP Bible).

dan

See now that I myself am He! There is no god besides me. I put to death and I bring to life, I have wounded and I will heal, and no-one can deliver out of my hand (Deut.32:39-43)

kenapa masih menafikan lagi... only one god... Jesus pun tak ngaku dia god.. camne korang bleh cakap Jesus god
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 05:44 PM | Show all posts
Tuhan sr. tidak berupaya sehingga memerlukan nabi?


Adakah Tuhan Allah sr. juga tidak berupaya hingga sr. menyembah Jesus, bukan Allah. Dalam islam, nabi adalah utusan Allah s.w.t. Nabi pun sembah tuhan. Utusan tuhan takkan jadi tuhan cam dlm kristian.

tuhan sr. tidak maha berkuasa sehingga memerlukan para malaikat untuk mencatatkan segala amalan manusia?


Bukan sekadar pencatat je, mcm2 keje malaikat ni buat, tapi tak sehebat Allah. Malah dlm bible pun ada sebut - Mereka lebih kuat dari manusia, tapi tidak Maha Kuasa (Psalm 103:20; 2 Peter 2:11) maknanya tuhan jesus tak kuatlah ye.. sbb malaikat lebih kuat dari Jesus (tuhan manusia).

dan tuhan jesus mesti tak mampu menjawab doa2 orang-orang pilihanNya kerana masih gunakan malaikat  (Daniel 9:20-24; 10:10-12; Acts 12:1-17)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 03:01 AM | Show all posts
Hujah untuk casejulia,

Sememangnya dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat Allah yang menggunakan perkataan 'Kami'. Contohnya seperti yg diberikan oleh saudari, "Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya 'Kami' telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali. (Surah Maryam:67)".

Penggunaan perkataan 'Kami' seperti contoh di atas BUKAN bermaksud Allah itu majmuk atau banyak. Ianya bermaksud menunjukkan kebesaran dan kekuatan kerajaan Allah yang terdiri daripada malaikat-malaikatnya yang sangat banyak. Dan para malaikat-malaikat itulah melaksanakan arahan dan kerja-kerja sebagai menurut perintah Allah.Jelas sekali, 'Kami' dalam konteks ini boleh merujuk kepada:

(i) Allah dan malaikat-malaikatnya, atau
(ii) Allah bersama kerajaanNya
(iii) Kekuatan dan kebesaran Allah

Maka itu 'Kami' digunakan kerana simboliknya ia membawa maksud lebih besar, lebih kuat daripada 'Aku'.

Bukan pula bermaksud Allah itu lemah sehingga tidak mampu melakukan kerja sendiri. Tetapi itulah sifat Allah yg MAHA BERKEHENDAK (iradat) terjadinya sesuatu seperti kehendakNya.

[ Last edited by  abangwaja at 17-11-2006 03:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:53 AM | Show all posts
terangkan ayat ni:


Perkara ini telah dibincangkan. Rujuk :

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=9



posting no.213
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 03:27 PM | Show all posts
[size=-1]Nilai Akidah Ini

Ada bahayanya akidah ini dianggap satu beban yang perlu ditanggung kerana ianya telah dinyatakan dalam Alkitab. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana akidah Triniti adalah satu hal yang penting dan perlu untuk fahaman kita tentang Allah serta implikasinya kepada Kekristianan keseluruhannya.

Pertama, ini ialah keadaan Allah yang paling masuk akal sejak kekekalan lampau. Jika Allah bukan satu triniti maka adalah sukar untuk melihat bagaimana Allah dengan tiba-tiba mencipta alam semesta dan manusia (satu subjek peribadi) tanpa satu objek peribadi yang wujud sejak kekekalan. Dengan penciptaan manusia dalam imej Allah yang tritunggal, maka masalah ini telah diselesaikan kerana ianya mengimbaskan bagaimana keadaan Allah sejak dari kekekalan dengan sifat-sifat peribadi seperti kasih, persekutuan dan tujuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2006 03:37 PM | Show all posts
[size=-1]Kedua, ini adalah satu-satunya cara untuk menjelaskan kerja penyelamatan manusia oleh Allah melalui Yesus dalam Yohanes 3:16.

Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Adalah sukar untuk dibayangkan bagaimana Allah boleh mengosongkan diriNya dan datang sebagai manusia di bumi serta mati tetapi pada masa yang sama merupakan Allah yang sentiasa ada dan memerintah di syurga. Akidah Triniti memberi satu penjelasan alternatif:

Allah (Bapa) sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan AnakNya (peribadi kedua dalam Triniti) yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya (melalui penginsafan dan bantuan Roh Kudus, peribadi ketiga Triniti, Yohanes 16:8, Efesus 2:8) kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2006 09:13 AM | Show all posts
itulah penyatuan pengajaran dari Allah, insyaalah kita akan menemui sealiran...bukan pluralime.



Mungkin kita bersetuju dengan konsep tuhan yang satu dan kesatuan Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 09:24 AM | Show all posts
Eiyoei


Adakah Tuhan Allah sr. juga tidak berupaya hingga sr. menyembah Jesus, bukan Allah. Dalam islam, nabi adalah utusan Allah s.w.t. Nabi pun sembah tuhan. Utusan tuhan takkan jadi tuhan cam dlm kristian.


Sebenarnya orang Kristian tiada masalah dengan konsep tuhan menggunakan para malaikat dan lain-lain. Posting sy yang asal hanya untuk menjawap kritikan sr. Hammer terhadap 搃su pergantungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2006 10:10 AM | Show all posts
makin banyak ko ulas perkataan "Trinity" ini....masih aku tak boleh faham...aku tambah keliru...aku minta maaf...kerana diluar perkiraan matematik (logik akal) .   aku lebih yakin Roh Alkudus itu adalah Jibril A.S. yg diutus pada Nabi Isa A.S.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 11:21 AM | Show all posts
aku minta maaf...kerana diluar perkiraan matematik (logik akal)


Si comprehendis,non est Deus - St. Agustine
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by shalom at 20-11-2006 09:24 AM
Eiyoei
Sebenarnya orang Kristian tiada masalah dengan konsep tuhan menggunakan para malaikat dan lain-lain. Posting sy yang asal hanya untuk menjawap kritikan sr. Hammer terhadap 搃su per ...


aku mencelah lah ye shalom sori aaa... teruskan perbincangan...

ko bile nak minum2 ngan aku shalom ff:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 01:19 PM | Show all posts
[size=-1]Ketiga, Triniti memberi satu contoh praktikal bagaimana perintah mengasihi satu sama lain (1 Yohanes 3:1) dilaksanakan dalam satu persekutuan. Kasih antara Bapa, Anak dan Roh Kudus serta kesatuan mereka dalam tujuan menjadi satu peringatan yang tetap kepada panggilan Allah kepada kita untuk saling mengasihi. Triniti merupakan asas utama semua persekutuan dalam dunia ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 01:53 PM | Show all posts
[size=-1]
Originally posted by hammer at 20-11-2006 10:10
aku lebih yakin Roh Alkudus itu adalah Jibril A.S. yg diutus pada Nabi Isa A.S...

If you still think that Holy Spirit is the angel Gabriel, you will never understand the doctrine of theTrinity. Sorry to say. but it is true. It was the Holy Spirit that live in us and makes us understand these things

1 John 2:27.
I have written these things to you because you need to be aware of those who want to lead you astray. But you have received the Holy Spirit and he lives within you, so you don't need anyone to teach you what is true. For the Spirit teaches you all things, and what he teaches is true--it is not a lie. So continue in what he has taught you, and continue to live in Christ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2006 01:57 PM | Show all posts
[size=-1]Keempat, Allah yang tritunggal juga bermaksud Allah boleh berkomunikasi. Allah bukan Allah yang bisu. Sejak kekekalan telah ada komunikasi antara peribadi-peribadi Allah. Jika Allah ialah satu persekutuan dengan diriNya, maka Dia boleh membenarkan persekutuan itu keluar kepada ciptaan-ciptaanNya dan Dia sendiri boleh berkomunikasi dengan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 03:51 PM | Show all posts
[size=-1]Kelima, adanya Triniti bermaksud adanya kemajmukan dan variasi dalam alam semesta ini. Ada kepelbagaian dalam Allah dan ciptaanNya menampilkan kepelbagaian Penciptanya. Tidak ada dua pokok atau manusia yang sama ? Allah bekerja dalam ciptaanNya untuk memastikan tanda kepelbagaianNya dalam satu unit tetap nampak. Tidak ada kesamaan yang membosankan atau satu skala kesamaan pola yang besar dalam ciptaan Allah kerana alam semesta mencerminkan Pencipta mereka yang bersifat triniti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 03:53 PM | Show all posts
[size=-1]Keenam, Triniti menjelaskan bagaimana Allah boleh tinggal di dalam kita. Allah bukan hanya satu kuasa atau pengaruh tetapi satu Peribadi hidup yang diam dalam kita tetapi pada masa yang sama di sekeliling kita dan memerintah di syurga. Inilah hidup yang sejati ? mengetahui bahawa Allah diam di dalam kita.


Allah sebagai Triniti memberi kepada kita contoh terbaik kesatuan dan persekutuan yang perlu ada dalam gereja dan keluarga. Ianya juga menjelaskan usaha keselamatan manusia oleh Allah khasnya inkarnasi Yesus dan pendiaman Roh Kudus dalam orang percaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2006 03:59 PM | Show all posts
[size=-1]KESIMPULAN

Anda mungkin berkata, "Jawapan anda tidak masuk akal, tidak logik, tidak waras." Inilah satu daripada luahan hati ramai orang yang berusaha memahami akidah Triniti. Ini sudah dijangkakan dan sememangnya benar! Banyak yang tertera dalam Alkitab tentang Allah dan tindak-tandukNya tidak masuk akal. Alkitab memberi sebabnya:

TUHAN berfirman, "Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu. Setinggi langit dari bumi setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu" (Yesaya 55:8-9)

Akidah Triniti dan akidah-akidah Kristian yang lain banyak kali tidak dapat difahami sepenuhnya oleh akal budi manusia. Sesungguhnya minda manusia (selogik dan sebijaknya) sangat kecil, rendah dan terhad ? usahanya untuk memahami minda Allah serta memproses maklumat-maklumat mengenai Allah yang maha kuasa akan sentiasa mencapai kebuntuan.

Mana-mana wahyu yang mengaku sumbernya adalah Allah tetapi isi maklumatnya sangat logik dan senang diterima akal minda manusia tidak sememangnya dari Allah tetapi kemungkinan besar dari satu minda yang setaraf dengan manusia, tidak lebih tinggi, setinggi langit dari bumi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2006 04:05 PM | Show all posts
[size=-1]Fikiran Allah dan penyataannya kepada manusia akan selalu menghadapi risiko sukar difahami, seperti mana seorang profesor matematik cuba menerangkan teori matematik kepada seorang pelajar darjah satu. Minda kanak-kanak itu tidak dapat menangkap segalanya dan kanak-kanak itu adalah bodoh untuk menolak kenyataan profesor matematik itu atas sebab mindanya tidak dapat memahami penyataan profesor itu; atas alasan tidak logik, tidak masuk akalnya yang dangkal. Tindakan yang lebih bijak ialah mengakui kedangkalan minda yang terhad, mengakui hikmat profesor itu dan dengan sabar cuba mempelajari dan memahami kenyataan-kenyataannya.

Begitu jugalah tindakan yang sewajarnya bagi setiap insan yang berusaha menyelidiki konsep Triniti yang terkandung dalam Alkitab. Usaha ini sememangnya memerlukan kesabaran dan kerendahan hati untuk diterima. Marilah kita berusaha mengenal Allah dan penyataanNya, yang tidak seperti fikiran dan jalan kita.

Kita boleh pelajari banyak hal dari akidah ini ? ia adalah model untuk manusia sejagat, gereja sedunia dan rumahtangga tempatan. Akidah ini membuat kita kagum dengan kebesaran, misteri dan kehebatan Allah. Banyak akidah-akidah Kristian yang lain sama ada bergantung kepada akidah ini atau dilahirkan darinya.

Tugas kita bukan untuk menciptakan kebenaran atau mengubah kebenaran supaya ianya senang diterima. Tugas kita adalah untuk bergantung kepada kebenaran-kebenaran Allah yang telah dinyatakan. Akidah Triniti ini akan mengganggu susunan logik yang teratur dalam minda kita, tetapi kenyataannya ialah bahawa ianya diajar dalam Alkitab. Janganlah kita mengubahsuai Alkitab tetapi dengan iman menerima kebenaran-kebenarannya termasuk kenyataan bahawa Allah yang esa ialah Allah Triniti.

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:17 PM | Show all posts
Soyyi mencelah, lagipun aku bukan graduate agama but science :p

Originally posted by casejulia at 13-11-2006 08:42 PM
3. Contoh-contoh dari alam semulajadi

Air dalam tiga keadaan: gas, cecair dan pepejal.


Sebenarnya ada 4 fasa pada jirim. Kalau kita blaja sains SPM dan PMR dulu mmg kita diajar ada 3 fasa jirim iaitu pepejal, air, dan gas. Tapi gas tu cuma lah molekul. Pada haba dan tekanan tertentu, molekul tu akan berpecah kepada ion2 +ve dan -ve. Fasa itu dipanggil plasma... gambar berikut adalah penerangannya



Bleh ditemui di tv plasma, lampu neon, api, exhaust rocket. aurora borealis/sorealis, kilat, matahari/bintang, angin solar, nebula  

nampaknya casejulia kena buang satu contoh tu :bgrin:

[ Last edited by  tyrande_81 at 24-11-2006 11:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 11:01 AM | Show all posts
Soyyi mencelah, lagipun aku bukan graduate agama but science :p


Apa yang dikemukakan oleh cik mod kita hanyalah contoh sahaja pada peringkat paling asas sahaja. Lagipun kalau tengok kat exam PMR, SPM, memang hanya dikemukakan 3 sahaja iaitu cecair, gas dan pepejal.

Maksud utama daripada penggunaan analogi tersebut hanyalah untuk penjelasan konsep "unity in diversity and diversity in unity" yang menjadi penjelasan terhadap konsep Trinity yang tidak bercanggah dengan Tuhan yang satu....


Malahan kalau kita hendak masuk ke bab yang lebih tinggi, contohnya konsep 4D, jumlah sudut dalam segi tiga tidak semestinya = 180 darjah seperti yang kita ketahui dalam ruangan 3D.

[ Last edited by  shalom at 25-11-2006 11:06 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.091490 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list