CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dCrook

Kerajaan Kedah Pasai Ma. Percaya atau Tidak

[Copy link]
Post time 28-9-2007 12:54 PM | Show all posts
Namun yang lebih membuktikan bahawa sejarah Kerajaan Pasaima ini adalah tulisan memeningkan kepala dan mungkin rekaan semata-mata ialah kisah Panglima Nayan dalam blog ini.Panglima Nayan disifatkan penulis blog ini sebagai penentang tentera Thai dan di chop sebagai lanun oleh Inggeris bukannya seorang penyamun.Untuk pengehtahuan para pembaca Panglima Nayan ini memang seorang penyamun dan pernah merompak dikampung saya.Kumpulannya telah membunuh seorang saudara kepada moyang saya yang telah melawan kerana barang dagangannya dari terengganu cuba dirampas oleh kumpulan tersebut.Moyang saya telah berjaya menyelamatkan diri dari turut dibunuh.Persoalannya kenapa Panglima Nayan merompak orang kampung yang tidak bersalah dan tidak ada hubungkait dengan Inggeris mahupun Thai.????.Kenapa pula guru silat diwaktu itu mahu bersatu untuk menangkap dan menumpaskannya jika beliau seorang yang menentang Thai.???? Sejarah Panglima Nayan sedikit sebanyak diceritakan kepada saya oleh moyang yang meninggal pada tahun 1990 dalam usia seratus tahun lebih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2007 01:14 PM | Show all posts
Benar,aformosa itu dbina dari batu batan masjid dan nesan di melaka selepas jatuhnya kerajaan melaka. Alfonso dengan penuh emosional berkata kejatuhan melaka adalah permulaan untuk menakluk Mekah dan Madinah. Cita-cita beliau ialah utk mengorek semula Makam Rasulullah dan menjadikan tubuh baginda tebusan bagi pembebasan Jerusalem dari tangan Muslim.

Kalau betul orang portugis tu islam, mengapa semasa menakluk Goa, mereka memaksa penduduk islam goa memeluk kristian?

[ Last edited by  dCrook at 28-9-2007 01:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 02:56 PM | Show all posts
Kepada penulis blog Kedah Pasaima juga saya sarankan supaya mengemukakan salinan teks tulisan asal undang-undang Kedah Pasaima.Adakah bertulisan jawi atau tulisan siam.Bahasa apa yang digunakan?.Bahasa melayu Kedah atau bahasa Siam ataupun bahasa China.Takkan bertulisan rumi macam yang dipaparkan di blog tersebut pula .Mungkin itu terjemahannya.Apakata terjemah dengan dengan gaya bahasa yang asal.Selalunya surat zaman dahulu agak indah-indah gaya bahasanya.Yang dilampirkan kat blog tu gaya bahasanya biasa aje.Kalau bertulisan jawi kita nak tahu juga tulisan jawi gaya lama atau bergaya era paper "utusan Melayu" Pak Kajai

[ Last edited by  sayapghaib at 28-9-2007 03:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 03:22 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 28-9-2007 01:14 PM
Benar,aformosa itu dbina dari batu batan masjid dan nesan di melaka selepas jatuhnya kerajaan melaka. Alfonso dengan penuh emosional berkata kejatuhan melaka adalah permulaan untuk menakluk Mekah ...



Alfonso bercita-cita untuk membuat cubaan kali kedua untuk mengeluarkan dan menawan Jasad  mulia Baginda Rasulullah SAW selepas cubaan kali pertama oleh Sepanyol yang dibantu oleh 2 org ilmuan yahudi pada tahun 1164 m bersamaan dgn 557h digagalkan oleh Sultan Nuruddin Mahmud Zinkiy.Kedua-dua lelaki yahudi yang menyamar sebagai ulama Islam itu dihukum bunuh.Sultan Nuruddin juga telah membina dinding logam di sekeliling makam Rasulullah SAW bagi melindunginya dari diceroboh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:40 PM | Show all posts
Penyelidikan Awal Istana Pulau Tiga, Kedah Darul Aman


oleh: Kamaruddin b. Zakaria


Kedah yang nama purbanya dikenali sebagai Kataha, Katahanagara, Chieh-cha, Qalha, Kalah, Kalagam dan Kadaram merupakan di antara negeri di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan tapak tanah bersejarah daripada zaman pra-sejarah hinggalah ke zaman sejarah. Di antara daerah yang paling terkenal ialah daerah Kuala Muda, sama ada di peringkat nasional atau pun antarabangsa, dengan tapak tanah bersejarah proto Lembah Bujang. Penyelidikan arkeologi yang dilaksanakan sejak tahun 1845 telah merumuskan bahawa sisa-sisa runtuhan bangunan yang terdiri daripada candi dan bandar pelabuhan merupakan bukti arkeologi terhadap kewujudan kerajaan Melayu pra-Islam di antara abad ke 5 - 14 Masihi.




Ahli Arkeologi sedang memeriksa, mengukur dan merekodkan data runtuhan Tembok Istana Pulau Tiga di sebelah utara.


Di samping itu, daerah ini terutama di tanah daratan di antara Sungai Merbok dan Sungai Muda merupakan kawasan yang tersohor dengan monumen-monumen yang dikaitkan dengan pusat-pusat pemerintahan raja Melayu Kedah purba. Beberapa buah mukim utama seperti Mukim Bukit Meriam, Haji Kudong, Kuala, Kota, Simpor, Rantau Panjang, Pekala, Sungai Pasir dan Sungai Petani telah menjadi pilihan utama dalam konteks sistem pemerintahan, pentadbiran, perdagangan, perebutan kuasa, peperangan sehingga tahun 1915 apabila pusat pentadbiran dipindahkan dari Kota Kuala Muda ke Sungai Petani, Kedah. Pusat-pusat pemerintahan ini telah dibicarakan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan beberapa tulisan lain atau sejarah lisan termasuklah beberapa filem dokumentari yang memerlukan penelitian intensif. Di antaranya ialah Penjara Raja Bersiong di Bukit Penjara, Istana Bukit Meriam, Istana Kota Sungai Emas, Kota Kuala Muda, Kota Arong-Arongan, Kota Aur, Istana Lubuk Pusing dan Istana Pulau Tiga. Walaubagaimanapun, sisa-sisa runtuhan Istana Pulau Tiga telah menarik perhatian beberapa pihak, terutama oleh ahli arkeologi dan pengkaji sejarah Kesultanan Melayu Kedah.

Istana Pulau Tiga terletak di Kampong Baru, Pulau Tiga, Mukim Sungai Petani, Daerah Kuala Muda, Kedah. Kedudukannya 5 kilometer di utara Bandar Sungai Petani dan 18 kilometer dari Selat Melaka melalui Sungai Merbok. Istana ini dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 0.61201 hektar dan terletak di tebing kiri Sungai Merbok dan Sungai Tukang. Ia dikenali sebagai Istana Pulau Tiga kerana di hadapannya terdapat tiga buah pulau yang dinamakan Pulau Tok Kuning, Pulau Tengah dan sebuah lagi tidak bernama.




Ahli Arkeologi Sungai Mas, Kedah sedang bersiap untuk mengeksplorasi Pulau Tiga dan menghilirkan Sungai Merbok, Sungai Terus, Sungai Muda dan Selat Melaka.


Istana ini telah dibina oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-21 (1804 - 1845). Baginda ialah Tunku Pengeran, anak kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah dan Wan Mas. Baginda telah menaiki takhta dalam tahun 1804 dengan gelaran Siam, Chou Pia Ratismeram Ramapuck Dae Sri Sultan Mohamed Ratna Rajah Budin Tersurin Terwerei Wangsa Chou Pia Cherei Burei dan gelaran Marhum Melaka sesudah mangkatnya. Baginda telah memindahkan pemerintahannya dari Kota Kuala Kedah ke Kota Kuala Muda dalam tahun 1804 - 1820. Dalam awal tahun 1820, baginda membina Istana Pulau Tiga untuk menghadapi ancaman Siam. Dalam bulan April 1821, tujuh bulan sebelum tentera Siam menjajah Kedah, seorang mubaligh Kristian iaitu Thomas Beighton dan rakannya John yang bertugas di Pulau Pinang telah mengadap baginda dan mencatatkan:

"Pulau Tiga kemungkinan akan muncul sebagai sebuah pusat bandar pentadbiran yang indah jika segala hutan di situ dibersihkan. Sungai Merbok amat lebar dan di tengahnya muncul tiga buah pulau yang berdekatan. Di atas pulau yang lebih besar itulah Sultan mendirikan istana terapung yang dibina daripada kayu dan atap.

" Lantainya dihiasi dengan permaidani indah. Baginda kelihatan amat pemurah dan peramah. Pelbagai soalan yang diajukan termasuk hal-hal kejadian alam. Baginda diapit oleh seorang tua berusia 80 tahun, lengkap dengan para pembesar dan pegawai-pegawai perang... ".



bersambung....


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:44 PM | Show all posts
       

Pada 12 November 1821, sesudah menawan Kota Kuala Kedah dan Alor Star, tentera Siam seramai 5000 orang telah menyerang Pulau Tiga dan membakar hangus istana tersebut. Manakala baginda sultan melarikan diri ke Pulau Pinang dan kemudian ke Melaka, sebelum kembali semula menduduki takhta dalam tahun 1842. Walaubagaimanapun, sisa kemusnahan istana ini masih menjadi saksi terhadap kewujudannya.




Sebahagian dari tembok yang telah mengalami kerosakan fizikal, pelapukan dan berbagai penyakit yang memerlukan konservasi.


Dalam tahun 1980, penyelidik Amerika Syarikat dengan kerjasama dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Kedah, pelajar dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah menemui dan melaporkan tapak ini. Eksplorasi ini adalah bertujuan menjalankan kajian berkaitan "trade, transportation and tributaries:exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah". Dalam tahun 1991, penyelidik dari Perancis atau Pusat Penyelidikan Timur Jauh Perancis bersama Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia yang membuat eksplorasi La civilisation de ports-entreports du sud Kedah telah juga melaporkan berkaitan tapak ini. Dalam tahun 1999, sekumpulan pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor bersama Pasukan Arkeologi Sungai Mas, Kedah dalam usaha melaksanakan kajian analisis perancangan landskap bersejarah dan pelancongan Lembah Bujang telah melaporkan semula berkaitan tapak ini.

Berdasarkan laporan-laporan ini, Pasukan Arkeologi Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah dengan bantuan penyelidik-penyelidik sukarela terdiri daripada siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Universitas Gajah Mada, Yokyakarta, Indonesia, Universiti York, United Kingdom dan siswazah Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah merencana dan melaksanakan beberapa siri kajiselidik permukaan dan mengumpulkan maklumat bertulis atau sejarah lisan. Di samping itu, kerja-kerja mengukur kawasan penyelidikan ini sedang dilaksanakan dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan September, 2001.




Ahli Arkeologi sedang membersihkan sebuah perigi di kawasan Istana Pulau Tiga, Kedah.


Penyelidikan awal ini telah mengesahkan terhadap penemuan tembok yang berbentuk segi lapan berukuran panjang 26 meter x lebar 0.6 meter x tinggi 1.8 meter. Tembok ini dibina dengan menggunakan bata merah bersaiz piawai 22sm x 12sm x 5sm dan menggunakan bahan perekat yang belum dipastikan kandungannya. Walaubagaimanapun, ditinjau dari sudut seni bina dan kejuruteraan, tembok ini mempunyai persamaan dengan binaan tembok Kota Kuala Muda, Kedah. Akan tetapi yang pasti berdasarkan laporan tahun 1980, tembok ini panjangnya 50 meter dan bahagian utaranya telah runtuh. Manakala laporan tahunan 2000 / 2001, panjang tembok ini hanya 26 meter. Dalam hal ini,tembok di sebelah barat laut dan tenggara telah tertimbus atau dimusnahkan dan memerlukan kajian lanjutan. Di samping itu, turut ditemui ialah dua buah perigi, sama ada di kawasan berhampiran tembok atau di atas sebuah pulau, pelapik tiang, pecahan seramik Eropah dan beberapa gejala arkeologi yang lain telah mengundang beberapa pertanyaan yang belum dapat dijawab. Persoalan juga timbul berkaitan fungsi tembok ini, sama ada tembok istana, kubu pertahanan atau palisades.

Lokasi pembinaan istana juga menjadi persoalan, sama ada dibina di tebing sungai atau di atas pulau. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajiselidik yang telah dilaksanakan, bahawa ketiga-tiga buah pulau berkenaan tidak sesuai untuk penempatan. Semua persoalan ini akan terjawab dengan jawapan yang bermartabat apabila Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kuala Lumpur berusaha menyediakan hasil penyelidikan kelayakan dan modus operandi Projek Ekskavasi, Konservasi dan Landskap Bersejarah Istana Pulau Tiga. Projek ini akan melibatkan beberapa agensi lain dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri yang memiliki kepakaran dalam usaha penyelidikan ini.


Sources : http://www.mykedah2.com/10heritage/101_3.html


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2007 11:56 PM | Show all posts
Kemasukan Islam Ke Kedah


oleh: Dr. Ahmad Jelani Halimi


Kedah sebagai salah sebuah negeri Melayu yang tertua di Semenanjung mempunyai perhubungan dagangan dengan negeri-negeri Arab sejak perdagangan laut di antara Tanah Arab dan China dimulakan dalam abad ke-5 Masihi. Negeri Kedah telah wujud tidak lewat daripada abad ke-4 Masihi, R. Braddell menyatakan:

    " Dari kalangan Negeri-negeri Melayu, hanya Kedah sahaja yang dapat mengemukakan pelbagai bukti membuktikan penempatan yang berterusan sejak dari abad ke-IV Masihi hingga ke masa orang Melayu Kedah memeluk agama Islam pada abad ke-XV "

Dalam catatan orang-orang India, Kedah dikenali sebagai Kataha dalam bahasa Sanskrit atau Kadaram dalam bahasa Tamil. Dalam catatan orang-orang China, Kedah dikenali sebagai Chieh-ch'a atau Kie-teh'a. Dalam catatan ahli-ahli geografi Arab dalam abad ke-8/9 Masihi pula, Kedah dikenali sebagai Kalah. Sungguhpun Fatimi tidak bersetuju mengatakan Kalah itu Kedah, tetapi sebahagian besar sejarawan memperakuinya. Menurut Braddell, orang-orang Yunani juga telah mengetahui mengenai Kedah dalam abad ke-2 Masihi. Braddell percaya pelabuhan Takola, yang disebut oleh Ptolemy dalam buku Geografinya itu adalah Kedah. Kegiatan perdagangan di antara orang-orang Arab dengan negeri Kedah kian meningkat selepas ini. Sebagai bukti kegiatan perdagangan mereka dengan Kedah di masa itu, dua keping matawang dirham (wang perak) zaman Khalifah al-Mutawakil yang bertarikh 234 Hijrah (848 Masihi ) telah dijumpai di Lembah Bujang. Namun demikian, tarikh sebenarnya Islam bertapak di Kedah tidaklah dapat dipastikan, tetapi secara umum dapat diandaikan bahawa Islam telahpun diperkenalkan di Kedah selewat-lewatnya dalam abad ke-9 Masihi. Syed Naquib menjelaskan:

    "Kita dapat mengandaikan, oleh kerana orang-orang Islam telahpun mempunyai pertempatan yang agak besar di Canton (yang bertarikh seawal abad 1/7), menikmati autonomi dalam bidang agama dan awam yang agak tinggi, mereka tentulah telah mengekalkan pola pertempatan dan organisasi sosial mereka di Kedah dan juga di Palembang, di mana mereka juga telah berhijrah. Peristiwa ini nampaknya telah menandakan permulaan kedatangan Islam ke Kepulauan ini."

Kenyataan di atas boleh dipertanggungjawabkan kerana Kedah pada masa itu merupakan tumpuan lalu lintas perdagangan laut dari Teluk Parsi ke China dan jalan laut dari India ke selatan melalui Selat Melaka. Mengikut Abu Dulaf, Kedah merupakan sebuah entreport pusat perdagangan kayu manis, kapur barus, cendana, gading, timah, rempah ratus, emas, rotan dan hasil-hasil hutan yang lain. Kedah sangat terkenal dengan kayu manis, kapur barus dan timahnya yang tulen. Selain daripada itu, Kedah juga terkenal dengan eksport utamanya iaitu pedang yang dikenali oleh orang-orang Arab sebagai al-sayf al-Hind itu.

Di antara pertengahan abad ke-9 Masihi dan awal abad ke-11 Masihi, kawasan pesisir Kedah merupakan kawasan mewah yang ramai penduduknya dan mempunyai perdagangan yang luas serta tamadun yang tinggi. Braddell telah memetik salah sebuah catatan orang Arab mengenai Kedah pada masa itu. Catatan itu menyatakan bahawa negeri Kedah (Kalah) itu sebuah negeri yang besar, mempunyai tembok yang tinggi, tanaman-tanaman dan sungai yang banyak. Ia juga mempunyai sebuah kubu di mana "pedang India tulen" ditempa. Catatan ini juga mengatakan terdapat ramai orang India, Islam dan Parsi dikalangan penduduk kota itu. Mengikut Mas'udi, Kalah (Kedah) merupakan pelabuhan tumpuan kapal-kapal Islam dari Siraf dan Oman dalam abad itu.

Catatan ini menunjukkan bahawa orang Islam telah berada di Kedah sejak abad ke-9 Masihi lagi. Mereka mungkin telah mewujudkan pertempatan mereka sendiri di sana kerana mereka perlu menetap di pelabuhan itu buat beberapa lama bagi menunggu angin, sama ada untuk balik ke Timur Tengah atau meneruskan perjalanan ke timur. Sebagai bukti wujudnya pertempatan ini, pada 1965 telah dijumpai di Tanjung Inggeris Kedah, sebuah kubur yang bertarikh 291 Hijrah (903 Masihi) kepunyaan seorang hamba Allah yang bernama Syaikh Abdul Kadir bin Husin Syah Alam

Mengikut sejarah Kedah, raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Maharaja Derbar Raja II. Beliau dikatakan telah diislamkan oleh seorang ulama dari Yaman bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Qaumiri dalam tahun 1136 Masihi (513 Hijrah). Sebagai sultan Islam, ia telah mengambil nama Sultan Muzaffar Syah. Setelah raja memeluk agama Islam, semua menterinya juga berbuat demikian. Selepas itu, mereka telah diikuti oleh rakyat jelata.

Sungguhpun wujud bukti, tarikh 1136 Masihi yang diberikan itu masih lagi disangsikan kerana tidak ada bukti lain yang dapat memperkuatkan dakwaan itu. Tidak ada catatan-catatan baik daripada orang Cina, India atau Arab yang menyebut mengenai sebuah kerajaan Kedah Islam hingga abad ke-15 Masihi. Apa yang pernah disebut ialah wujud orang Islam di Kedah dalam abad-abad ke-9 dan ke-11 Masihi. Ibn Battutta yang melewati kawasan ini dalam abad ke-14 Masihi juga tidak ada menyebut tentang sebuah kerajaan Islam di bahagian Semenanjung ini.

Ketiadaan bukti bukan bermakna agama Islam belum lagi diperkenalkan kepada penduduk Kedah pada masa itu. Kemungkinan besar agama Islam disebarkan pada masa itu memang ada. Orang-orang Islam telahpun membuat perkampungan mereka di Kedah. Di samping itu, kubur Syeikh Abdul Kadir di Tanjung Inggeris membuktikan bahawa Islam telahpun disebarkan di Kedah ketika itu, kerana pada abad ke-10 Masihi, ibu kota Kedah terletak di Kuala Sungai Merbuk, sedangkan kubur di Kuala Kedah. Seandainya pedagang-pedagang itu menumpukan perhatian kepada perdagangan sahaja, masakan Syaikh Abdul Kadir meninggal dunia dan dikebumikan di satu tempat yang agak jauh ke utara. Jadi, kemungkinan penyebaran itu tetap ada walaupun terhad.

Lebih lewat daripada itu terdapat bukti bahawa Kedah pernah ditakluki oleh kerajaan Islam Pasai dalam abad ke-13 Masihi. Sebagai buktinya, di Minje Tujuh Matangkuli, Acheh Utara terdapat sebuah makam yang mencatatkan bahawa Pasai dan Kedah merupakan sebuah kesatuan di sekitar separuh kedua abad ke-14 Masihi. Pada batu nisan makam ini tertulis sebuah syair dalam bahasa Melayu Kuno bercampur Sanskerta dan Arab.Tulisannya bercorak tulisan Jawa Kuno. Sebahagian daripada syair itu berbunyi:

Hijrat nabi mungstapa yang parasida,
    tujuh ratus asta puluh sa warsa,
    haji catur dan dasa wara sukra,
    raja iman warda rahmatullah.
    Gutra baru basa mpu hak kadah pase ma,
    taruk tasik tanah samuha,
    ilahi ya robbi tuhan samuha,
    taruk dalam swarga tuhan tetuha.
    Yang mangkat pada Jumaat 14 Zulhijjah tahun hijrah nabi besar 781, raja yang beriman Warda Rahmatullah keturunan Barubasa (Barygaza) yang menguasai Kedah dan Pasai meluas ke segala laut dan darat.

bersambung...

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2007 11:57 PM | Show all posts
Berdasarkan syair di atas, Stutterheim berpendapat bahawa Kedah dan Pasai pada masa itu di bawah satu pemerintahan. Oleh kerana itu, seandainya kenyataan Stutterheim dapat diterima maka dapatlah diandaikan Islam telahpun diperkembangkan atau sekurang-kurangnya diperkenalkan di Kedah pada masa itu kerana Pasai sendiri telah Islam dan pembesar yang dikuburkan itu seorang Islam. Tahun 781 Hijrah itu bersamaan dengan tahun 1380 Masihi.

Namun demikian, bukti yang dikemukakan ini masih boleh dipersoalkan lagi. Walaupun nisan itu jelas menyatakan yang Warda Rahmatullah berkuasa ke atas Kedah dan Pasai, tetapi siapakah Warda ini? Dalam salasilah Raja-raja Pasai tidak ada seorang pun raja Pasai yang bernama atau bergelar Warda Rahmatullah. Tarikh kematiannya 1380 Masihi itu bersamaan dengan zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin bin Sultan al-Malik al-Zahir II (1350-1394). Oleh kerana itu, wujud persoalan apakah catatan yang terdapat pada nisan itu benar?

Tarikh-tarikh awal mengenai kemasukan Islam ke Kedah yang diberikan di atas tadi tidak dapat diterima oleh sarjana-sarjana Barat. Wales mengatakan bahawa Kedah hanya diislamkan kira-kira dalam tahun 1474 Masihi. Ia menolak sama sekali tarikh yang diberikan oleh Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Sejarah Kedah itu. Wales telah membuat andaian mengenai tarikh pemerintahan raja-raja Kedah yang diperolehinya daripada Hikayat Merong Mahawangsa. Ia mengandaikan Phra Ong Mahawangsa, iaitu raja Kedah yang mula-mula memeluk Islam itu memerintah di antara 1452-1476 Masihi dan telah menerima Islam dalam tahun 1474 Masihi, dua tahun sebelum beliau mangkat. Ia telah mengambil gelaran Mudzaffal Syah. Pandangan Wales ini disokong oleh Braddell.

Wan Yahya pula menyatakan Kedah mula-mula menerima Islam kira-kira 1400 Masihi apabila seorang ulama dari Yaman bernama Sheikh Abdullah datang ke Kedah untuk mengajar agama Islam. Sheikh Abdullah juga dikatakan telah menukar nama asal negeri itu iaitu Langkasuka kepada Kedah Darul Aman. Raja Kedah yang pertama memeluk Islam telah mengambil nama Sultan Mahmud Syah.

Sungguhpun beberapa tarikh telah diberikan tentang kemasukan Islam ke Kedah, tetapi tidak satupun dapat dipegang sepenuhnya kerana kekurangan bukti. Walaupun demikian, Kedah telahpun memeluk agama Islam dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah Melaka (1488-1511/28 Masihi). Sejarah Melayu ada menceritakan bahawa Raja Kedah telah datang ke Melaka untuk memohon nobat. Nobat hanya dianugerahkan kepada raja-raja yang beragama Islam seperti yang dianugerahkan oleh Sultan Mahmud kepada Cau Seri Bangsa, pemerintah Patani yang telah memeluk Islam. Ia kemudian digelar Sultan Ahmad Syah. Di samping itu, seandainya Raja Kedah tidak memeluk Islam sudah pasti beliau diminta berbuat demikian oleh pemerintah Melaka seperti yang dilakukan oleh Sultan Mansor Syah terhadap Syah Indera Berma, anak raja dari Cempa (Campa). Selain daripada itu, seandainya Raja Kedah itu bukan Islam adalah lebih baik ia tunduk kepada kerajaan Siam daripada kerajaan Melaka. Sejarah Melayu tidak menyatakan mengenai Melaka menakluki Kedah untuk memaksa Raja Kedah tunduk kepadanya. Kedatangan Raja Kedah itu seolah-olah secara sukarela atau kerana memberi penghormatan, iaitu daripada sebuah kerajaan yang kecil kepada sebuah kerajaan yang besar yang sama sebangsa dan seagama.

Sebagai kesimpulannya, dapat kita katakan Islam telahpun dikenalkan di Kedah sejak abad ke-9 Masihi lagi, tetapi ia hanya menjadi agama negeri pada abad ke-15 Masihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2007 10:18 AM | Show all posts

Anti-Hijack

Terjumpa web page nih masa google tadi :-

http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/

Web page nih sangkal blog Kedai Pasai ma

[ Last edited by  dCrook at 23-10-2007 10:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:33 PM | Show all posts
hmm..

kat kedah tu byk benda yg tersimpan g..

org je xtaw..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:21 AM | Show all posts
aku tak pernah dengar citer pasal adi golok nih.aku tak tau pun yang ada ninja jepun menghambakan diri kepada hang tuah.citer sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 30-10-2007 12:21 AM
aku tak pernah dengar citer pasal adi golok nih.aku tak tau pun yang ada ninja jepun menghambakan diri kepada hang tuah.citer sikit.


Hang dapat citer nih kat sini ker ??


Adi Golok @ Chinchu Yoshi


Forum Rawatan Alternatif

http://www.harmonisers.net/FORUM ... TID=6100&PN=0&TPN=2

[ Last edited by  HangPC2 at 30-10-2007 01:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by GRINDSAKHTANIC at 30-10-2007 12:21 AM
aku tak pernah dengar citer pasal adi golok nih.aku tak tau pun yang ada ninja jepun menghambakan diri kepada hang tuah.citer sikit.



Cuba rujuk Teks Hikayat Hang Tuah.Kalau Rujuk kat Pertubuhan Seni Silat Penjurit Kepetangan pun bagus juga. Sejarah Adi Golok Versi diorang lagi lengkap kerana menjadi sejarah Perguruan diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:50 AM | Show all posts

Reply #53 sayapghaib's post

Pertubuhan Seni Silat Penjurit Kepetangan

macam penah dengar..

di mana ya.

terangkan balik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 01:01 PM | Show all posts
Kat key el ade kot.cuba rujuk majalah Senibeladini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 09:39 AM | Show all posts

Reply #55 sayapghaib's post

majalah tu x suma info ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 31-10-2007 09:39 AM
majalah tu x suma info ada..



Maksud saya alamat Perguruan Penjurit kepetangan ada kat situ bukan cerita lengkap tentang Adi Golok tu.Bila jumpa dengan guru perguruan tersebut bolehlah tanya kisah Adi Golok yang didakwa sebagai pengasas asal ilmu ninja melayu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #57 sayapghaib's post

ada ke..

hikhik..

aku cari cimandi sebenarnya..

ada sesapa yg taw..???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 03:11 PM | Show all posts

Reply #57 sayapghaib's post

ada ke..

hikhik..

aku cari cimandi sebenarnya..

ada sesapa yg taw..???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by selendangmerah at 31-10-2007 03:11 PM
ada ke..

hikhik..

aku cari cimandi sebenarnya..

ada sesapa yg taw..???



Adi golok mengajo ilmu ninjo malayo bukan cimandi daaa.Adi tu bukan nama jepun yang convert Islam tu.Adi tu bermaksud tokoh.Adi golok bermaksud tokoh pedang.Adi Golok tu gelaran bagi jopun tu lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.104284 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list