Edited by Nfir at 19-4-2024 01:32 PM
My nenek meninggal dunia 2016. A few years before my nenek meninggal dunia, my nenek ada cakap dekat I, “Anak orang sekarang jahat-jahat. Tak reti duduk diam. Pergi rumah orang ... usik itu, usik ini. Punahkan itu, punahkan ini. Mak-bapak biar je. Tengok je. Langsung tak ditegur anak tu.”
My nenek sambung lagi, “Waktu anak aku kecik-kecik dulu, tak de nye perangai macam tu. Pergi rumah orang semua duduk elok-elok. Tak berani nak buat tak tentu hala.”
“Anak orang zaman dulu ... dekat mana emaknya duduk, dekat situ anaknya duduk. Kalau anak buat perangai tak senonoh, cepat-cepat emak tegur. Sebelum pergi rumah orang, dari dekat rumah lagi emak dah ajar itu ini.”
Waktu tu I masih bodoh-bodoh alang. Jadi I tak ambil port sangat cakap my nenek tu. Tak de la I sambung apa-apa bila my nenek cakap macam tu.
Apabila usia I makin meningkat dan banyak information tentang kanak-kanak dan pelajar yang I terima, I selalu teringat bebelan my nenek. Selalu terfikir, “Bijaknya Wan tu... Macam mana Wan boleh perasan perkara ni lebih awal daripada aku? Aku sendiri tak perasan pada waktu tu...”
Apabila I berpeluang jumpa semula my nenek di Alam Barzakh atau Akhirat kelak, memang I nak sambung semula conversation dengan my nenek yang I tak ambil port tu.
“Wan, betul sangat apa Wan pernah cakap dekat Minah (bukan nama sebenar) dulu. Minah tengok sendiri, dengar sendiri, baca sendiri. Memang budak-budak zaman Minah tak sama dengan budak-budak zaman Wan. Budak-budak zaman Minah jahat macam setan, macam Iblis, macam Firaun. Serabut kepala otak tengok perangai budak-budak zaman Minah.”
“Wan hanya nampak perangai budak-budak tak duduk diam, usik itu, usik ini. Wantak tak tengok perangai budak-budak pukul orang, tendang orang, gigit orang. Kecik-kecik lagi dah berani buat jahat dekat orang. Cucu Wan pun kena gigit!”
My anak saudara kena tendang dan kena gigit oleh kawan sama tadika waktu bulan Ramadan hari tu. Dan itu bukanlah kes terpencil.
Menteri Pendidikan Fadhlina baru mewujudkan konsep ABC di sekolah – Anak BAIK dan Cerdik.
Tapi sejak 10 – 20 tahun yang dulu, orang tua zaman British, yang belajar takat Darjah 2 ... sudah nampak masalah perangai budak-budak Melayu yang tak senonoh, yang tak de adab.
Jadi, posting tuan rumah yang viral ni bukan sekadar bebelan mak-mak yang suka meroyan. Ini adalah reality yang kita kena hadap pada hari ini. Perangai budak-budak Melayu sekarang sudah berubah. Jadi lebih tak senonoh. Lebih jahat.
Siapa pihak No 1 yang patut dipersalahkan?
Rujuk semula root cause yang my nenek sudah nyatakan: MAK-BAPAK. Dan kalau I tambah:MAK-BAPAK BONGOK!
Untuk mak-bapak, kalau tak mahu dimaki “Mak-Bapak Bongok”, sila hadam betul-betul explanation parent zaman dulu tentang jaga anak. Macam mana nak bentuk perangai anak, adab anak. Supaya hasilkan anak yang baik, yang disukai oleh orang lain, yang tak susahkan orang lain. Ajar anak sejak kecil, sejak di rumah… tentang perangai yang baik, tentang adab.
Jangan bila kita dah belajar tinggi, kerja hebat, gaji banyak, duduk bandar ... kita dah perasan terpaling parenting, terpaling moden, terpaling sophisticated. Sedangkan hakikatnya, anak yang kita produce adalah hauk.
Tanya diri kita. Adakah kita suka orang lain memaki anak kita dengan panggilan: Budak jahat, Budak setan, Budak Firaun?
Kita mungkin sayang anak kita sepenuh hati. Tapi kita jangan perasan orang lain sayang anak kita macam kita sayang anak kita. Sayang orang lain pada anak kita adalah sayang bersyarat – kalau anak kita baik, baru orang sayang anak kita.
|