CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

Gabungan Gereja Berang Dengan Ustazah Siti Nor Bahyah

  [Copy link]
Post time 2-3-2011 06:44 PM | Show all posts
Justeru bagaimana pula dengan kristian? Jangan nafikan bahawa penzinaan tidak dilakukan oleh remaja kristian. Ini kerana sudah diketahui umum, remaja kristian jauh lebih teruk keruntuhan akhlaknya jika berbanding dengan remaja Islam, sehinggakan penzinaan dilakukan secara terang-terangan dan berleluasa tanpa sebarang rasa takut terhadap denda atau hukuman dari pihak berkuasa kristian itu sendiri.


Awak dengar saya sebutkan hal perzinaan tu macam nada saya menyokong kah? Awak boleh hentikan anggapan bahawa Eropah sebagai penganut Kristian tak? Budaya Eropah tak melambangkan ajaran nabi Isa al-Masih. Awak2 semua tak sudah2 menghina nabi Isa (as).

Orang yang bermuhasabah diri dia tidak akan menyelar orang merata2. Jika membanteras nya tak perlu dihebahkan ke dunia. Akidah yang tinggi juga menyebabkan orang itu takut akan balasan Allah. Oleh itu mereka tak akan melakukan perbuatan keji dan kemaksiatan. Orang yang melakukan kemaksiatan dan kekejian di belakang atau terangan adalah orang yang tiada Allah di dalam hatinya. Brand agama apa pun tak akan berkesan terhadap orang yang batil.... kamu terlalu dangkal dalam memberi kenyataan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 08:22 PM | Show all posts
Reply 601# sky_ephemeris


Awak dengar saya sebutkan hal perzinaan tu macam nada saya menyokong kah? Awak boleh hentikan anggapan bahawa Eropah sebagai penganut Kristian tak? Budaya Eropah tak melambangkan ajaran nabi Isa al-Masih. Awak2 semua tak sudah2 menghina nabi Isa (as).


hmm, kelihaannya ada suatu yang salah faham di sini. Pertama sekali saya nak bagitahu bahawa saya tidak pernah menghina ajaran Nabi Isa, menurut acuan saya. Ini kerana saya tidak pernah mempersoalkan ajaran nabi Isa kerana bagi saya, ajaran nab Isa itulah juga ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dan itulah ajaran Islam. So jika pada pandangan kamu saya menghina ajaran Nabi Isa, then its up tu you, kerana saya mempunyai kepercayaan saya sendiri, dan dalam kepercayaan saya, Nabi Isa itu adalah salah seorang nabi utusan Allah, sama seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan lain-lainnya. Justeru dalam kepercayaan saya, tidak wujud saya menghina Nabi Isa. Kerana Islam melarang umatnya menghina para utusan Allah.

Namun yang saya persoalkan adalah kepercayaan kristian, bukannya ajaran Nabi Isa. Bagi saya kepercayaan kristian itu tidak pernah menjadi kepercayaan yang ingin diterapkan oleh Nabi Isa kepada kaum yang di mana beliau diutuskan Allah kepadanya. But if you still ingin anggap saya menghina ajaran Nabi Isa, then it up to you. Saya tidak dapat menghalang kamu untuk beranggapan sedemikian.

Berkenaan dengan orang eropah. Apa yang kamu ingin sampaikan apabila kamu ingin saya berhenti melihat bahawa eropah itu sebagai penganut kristian? Apakah kamu beranggapan penganut di eropah yang mengakui bahawa Jesus itu sebagai Tuhan adalah bukannya penganut kristian? Apakah bagi kamu apabila seseorang itu sudah mempercayai Jesus sebagai Tuhan, namun masih belum tentu dia itu adalah penganut kristian atau sebaliknya? Apakah kamu beranggapan apabila seseorg itu sudah mempercayai Jesus adalah Tuhan, namun dia masih belum pasti akan memperolehi keselamatan sebagai seorg kristian atau sebaliknya?

Seperti yang kamu katakan, budaya eropah tidak melambangkan ajaran Nabi Isa. Kenapa? Apakah kerana keruntuhan akhlak di sana yang terlalu teruk itu? Jika demikian kamu mengakui bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak itu bukanlah ajaran kristian. Jika demikian kenapa pula kamu tidak mahu melihat bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam itu juga bukannya ajaran Islam? Justeru jika kamu ingin melihat perlakuan remaja yang keruntuhan akhlak yang mengakui Jesus sebagai Tuhan di eropah itu sebagai bukannya ajaran kristian, maka seharusnya kamu juga harus melihat perlakuan remaja Islam yang keruntuhan akhlak itu juga bukannya ajaran Islam. Justeru jika kamu ingin mempertikaikan sesuatu agama dan kepercayaan, maka seharusnya kepercayaan agama tersebut yang harus kamu persoalkan, bukannya mempersoalkan perlakuan penganutnya yang belum tentu sama ada mentaati atau tidak, ajaran dalam sesuatu agama dan kepercayaan tersebut.

Orang yang bermuhasabah diri dia tidak akan menyelar orang merata2. Jika membanteras nya tak perlu dihebahkan ke dunia. Akidah yang tinggi juga menyebabkan orang itu takut akan balasan Allah. Oleh itu mereka tak akan melakukan perbuatan keji dan kemaksiatan. Orang yang melakukan kemaksiatan dan kekejian di belakang atau terangan adalah orang yang tiada Allah di dalam hatinya. Brand agama apa pun tak akan berkesan terhadap orang yang batil.... kamu terlalu dangkal dalam memberi kenyataan.


Ini bergantung kepada kepercayaan agama masing-masing. Jika kristian mempercayai bahawa orang yang bermuhasabah diri, dia tidak akan menyelar orang merata-rata, maka it up to kristian. But bagi islam tidak seperti itu. Seperti yang saya katakan, kami umat yang bersifat "amal maaruf nahi mungkar", iaitu umat yang melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Itu sifat umat Islam. You jangan memaksa umat Islam untuk juga harus seperti apa yang u anggap. That not fair.
Seperti yang you kata, membanterasnya tidak perlu dihebahkan ke dunia. Saya melihat itulah kelemahan usaha-usaha pihak berkuasa kristian kerana apabila kamu merahsiakan usaha pembanterasan itu, bermakna kamu belum cukup menyampaikan maklumat kepada umat-umat kristian akan larangan-larangan dalam ajaran kristian. Maka tidak hairanlah larangan dan perintah kristian kepada umatnya dalam aktiviti meraikan hari valentine, disko, berdua-duaan dalam bercouple itu kelihatan kabur pada pandangan umat kristian sendiri. Maka tidak heranlah jika aktiviti tersebut sering diamalkan oleh pengikut-pengikut kristian tanpa sebarang batasan. Maka tidak hairanlah, walaupun dalam ajaran kristian itu semua bukan budaya kristian, tetapi apabila mungkin terdapatnya umat kristian yang menganggap sebaliknya iaitu itu semua adalah bukan satu larangan, malah menjadi budaya kristian. Ini disebabkan tiadanya larangan secara tegas oleh pihak berkuasa kristian, malah usaha pembanteras itu dirahsiakan pula.

Justeru di sini, jika ada individu yang mengatakan itu semua adalah budaya kristian, maka apa yang diperkatakan itu tidak dapat diperkatakan sebagai salah, jika terdapatnya kelompok kristian yang beranggapan sedemikian akibat daripada tiadanya usaha kesedaran yang dimainkan oleh pihak berkuasa kristian ataupun merahsiakan usaha kesedaran itu.

Justeru, ada baiknya kamu melihat kepincangan dalam penguatkuasaan oleh pihak berkuasa itu sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain yang membuat dakwaan itu dan ini akibat daripada kepincangan usaha pihak berkuasa kristian itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 11:38 PM | Show all posts

“hmm, kelihaannya ada suatu yang salah faham di sini.Pertama sekali saya nak bagitahu bahawa saya tidak pernah menghina ajaran NabiIsa, menurut acuan saya. Ini kerana saya tidak pernah mempersoalkan ajaran nabiIsa kerana bagi saya, ajaran nab Isa itulah juga ajaran yang disampaikan olehNabi Muhammad dan itulah ajaran Islam.”


Pertama sekali, awak ni menghadapi masalah kecelaruan dalamkeagamaan ke? Awak nak mereka ajaran nabi Isa menurut pandangan awak sendiri sedangkan awak bukan penganut ajaran nabi Isa dan tak dibaptiskan seperti nabi Isa kami menurut Sunnah nabi Isa. Orang Nasrani adalah penganut ajaran nabi Isa (as) dan ajaran nabiIsa adalah ajaran Allah yang disampaikan kepada anak-Nya Isa al-Masih. AjaranIslam jika selari dengan ajaran nabi Isa maka tak ada umat Islam yang akanbermusuhan dengan pengikut nabi Isa.



“So jika pada pandangan kamu saya menghina ajaran Nabi Isa,then its up tu you, kerana saya mempunyai kepercayaan saya sendiri, dan dalamkepercayaan saya, Nabi Isa itu adalah salah seorang nabi utusan Allah, samaseperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan lain-lainnya. Justeru dalamkepercayaan saya, tidak wujud saya menghina Nabi Isa. Kerana Islam melarangumatnya menghina para utusan Allah.”


Kami ada kepercayaan tersendiri, kami ada Gereja kamisendiri iaitu badan keagamaan kami sendiri yang mengeluarkan fatwa sama sepertiMajlis Ulama Ahlussunnah wal Jamaah. Kami ada ulama kami sendiri yang menjadipewaris nabi Isa sama macam orang Islam mempunyai ulamak yang dikatakan pewarisnabi awak. Ada perkataan yang kita katakana kita tak nampaknya sebagai menghinatetapi akan membawa kita masuk ke neraka sejauh Timur dan Barat. Hadis SahihBukhari kan?

“Namun yang saya persoalkan adalah kepercayaan kristian, bukannya ajaran NabiIsa. Bagi saya kepercayaan kristian itu tidak pernah menjadi kepercayaan yangingin diterapkan oleh Nabi Isa kepada kaum yang di mana beliau diutuskan Allahkepadanya. But if you still ingin anggap saya menghina ajaran Nabi Isa, then itup to you. Saya tidak dapat menghalang kamu untuk beranggapan sedemikian.”


Apa yang awak tahu pasal kepercayaan dalam agama orang yang mengikuti ajaran nabi Isa atau Kemasihianmelainkan awak hanya dengar spekulasi dan dakwaan sahaja. Awak tak pernah menganuti ajaran nabi Isa baik dari aliran Ortodoks atau Sejagat atau yang Protestant yang baru wujud sekitar abad ke-16 M. Berapa banyak kahmazhab dan aliran yang terbentuk selepas pemergian dan kenaikan Isa al-Masihkepada Allah? Awak cuma nampak Gereja Barat sahaja? Gereja Suryani (orang Timur) awak pernahlihat dan pergi bersembang dengan orang Suryani dan Kaldani?

“Berkenaan dengan orang eropah. Apa yang kamu ingin sampaikan apabila kamuingin saya berhenti melihat bahawa eropah itu sebagai penganut kristian? Apakahkamu beranggapan penganut di eropah yang mengakui bahawa Jesus itu sebagaiTuhan adalah bukannya penganut kristian? Apakah bagi kamu apabila seseorang itusudah mempercayai Jesus sebagai Tuhan, namun masih belum tentu dia itu adalahpenganut kristian atau sebaliknya? Apakah kamu beranggapan apabila seseorg itusudah mempercayai Jesus adalah Tuhan, namun dia masih belum pasti akanmemperolehi keselamatan sebagai seorg kristian atau sebaliknya?”


Saya tak pernah pandang orang Eropah sebagai wakil kepadaajaran Masihi. Awak rasa saya sembah kepada nabi Isa kah? Nabi Isa bukan Tuhan saya, Tuhan saya Allah. Baginda adalah anak-Nya secara kerohanian sahaja. Saya berkepercayaanbahawa nabi Isa adalah orang yang mendapat hak memberikan syafaat kepada sayadengan keizinan Allah dan baginda merupakan seorang yang suci dan diselubungidengan keilahian serta roh kuddus kerana itu baginda membacakan Injil serta diberikan hikmah dan Taurat. Apabilaawak semua mempersoalkan kami, maksudnya awak semua tak percaya dan beriman punkepada kitab Injil tak kisah lah Injil yang terseleweng ke Injil yang nabi Isatulis sendiri dengan tangan baginda. Sebab wahyu datang dari Allah dan nabi Isamenjadi medium. Orang yang mendapat wahyu dalam ajaran agama kami dipanggil dengan istilah diselubungi oleh Ruhul Kuddus.


“Seperti yang kamu katakan, budaya eropah tidak melambangkan ajaran Nabi Isa.Kenapa? Apakah kerana keruntuhan akhlak di sana yang terlalu teruk itu? Jikademikian kamu mengakui bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak itubukanlah ajaran kristian. Jika demikian kenapa pula kamu tidak mahu melihatbahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam itujuga bukannya ajaran Islam? Justeru jika kamu ingin melihat perlakuan remajayang keruntuhan akhlak yang mengakui Jesus sebagai Tuhan di eropah itu sebagaibukannya ajaran kristian, maka seharusnya kamu juga harus melihat perlakuanremaja Islam yang keruntuhan akhlak itu juga bukannya ajaran Islam. Justerujika kamu ingin mempertikaikan sesuatu agama dan kepercayaan, maka seharusnyakepercayaan agama tersebut yang harus kamu persoalkan, bukannya mempersoalkanperlakuan penganutnya yang belum tentu sama ada mentaati atau tidak, ajarandalam sesuatu agama dan kepercayaan tersebut.”


Saya bagi analogi sahaja. Saya tak pernah buruk sangka katorang Islam mahu pun orang dari agama lain kerana saya tak pernah dakwahkan agama saya kepada orang. Saya sepatutnya dah menganuti ajaran nabi Muhammad sebab kamiorang Nasrani percaya bahawa kenabian tidak terputus macam orang Islam, nabi adalah orang-orang alim yang menerima wahyu dari Allah dan juga yang keluar wahyu dari mulutnya walaupun dia hanya mendapat wahyu tersebut dari sumber yang pertama.


Kamiberiman bahawa nubuwwat boleh turun kepada orang alim-alim yang dicintai oleh Allah sama sepertikepercayaan orang Yahudi.


Sikap "holier than thou" orang Islam sama seperti sikap orang Pharisee yang mencerca nabi Isa walaupun nabi Isa memberikan ucapan yang sebenarnya difahami salah oleh mereka dan dianggap menentang setengah adat (undang2 dan hukum fekah yang direkakan oleh para ulamak Yahudi). Maaf saya cakap. Tetapi atas sikap sebegini saya lihat pada orang Islam tak melambangkan apa2 retorik yang kamu sebutkan.Ssebegitu saya kembali semula kepadaajaran nabi Isa dan saya rasa cukup saya dengan perutusan dari Isa al-Masihanak-Nya yang terzahir rohnya dari Nur Ilahi...

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 02:21 AM | Show all posts
Reply 603# sky_ephemeris


   
Pertama sekali, awak ni menghadapi masalah kecelaruan dalamkeagamaan ke? Awak nak mereka ajaran nabi Isa menurut pandangan awak sendiri sedangkan awak bukan penganut ajaran nabi Isa dan tak dibaptiskan seperti nabi Isa kami menurut Sunnah nabi Isa. Orang Nasrani adalah penganut ajaran nabi Isa (as) dan ajaran nabiIsa adalah ajaran Allah yang disampaikan kepada anak-Nya Isa al-Masih. AjaranIslam jika selari dengan ajaran nabi Isa maka tak ada umat Islam yang akanbermusuhan dengan pengikut nabi Isa.


Apa yang saya nampak adalah kamu tidak faham apa yang saya sampaikan. Apa yang saya maklumkan adalah berdasarkan kepercayaan saya sebagai penganut Islam. Bukannya berdasarkan kepercayaan kamu. Kamu mendakwa kamu adalah pengikut ajaran Nabi Isa. Then it up to you, itu adalah kepercayaan kamu. Manakala saya juga mendakwa bahawa saya juga mengikuti ajaran nabi Isa, dan telah pun saya berikan sebabnya kenapa saya mendakwa sedemikian. Ini adalah kepercayaan saya. Kepercayaan kita sememangnya adalah amat jauh berbeza. Justeru sememangnya lah kamu melihat saya bukan mengikuti ajaran Nabi Isa dan begitu juga saya iaitu melihat kamu bukannya mengikut ajaran sejati Nabi Isa.
Kecualilah jika kamu dapat membuktikan melalui kepercayaan saya itu bahawa dakwaan saya iaitu saya mengikuti ajaran Nabi Isa sebagai tidak berasas. Jika hanya sekadar berbeza pendapat, itu sudah lumrah kerana kita sememangnya berbeza kepercayaan. Justeru sila faham apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan supaya kamu tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas seperti mendakwa umat Islam bermusuhan dengan pengikut Nabi Isa. Jika diikutkan berdasarkan kepercayaan saya, tidak wujud situasi yang kamu sebutkan itu sebab, bagi saya pengikut ajaran sebenar Nab Isa itu juga adalah umat Islam itu sendiri, dan bukannya golongan kristian yang mempercayai Jesus sebagai Tuhan.

Kami ada kepercayaan tersendiri, kami ada Gereja kamisendiri iaitu badan keagamaan kami sendiri yang mengeluarkan fatwa sama sepertiMajlis Ulama Ahlussunnah wal Jamaah. Kami ada ulama kami sendiri yang menjadipewaris nabi Isa sama macam orang Islam mempunyai ulamak yang dikatakan pewarisnabi awak. Ada perkataan yang kita katakana kita tak nampaknya sebagai menghinatetapi akan membawa kita masuk ke neraka sejauh Timur dan Barat. Hadis SahihBukhari kan?


Then teruskan lah dengan kepercayaan kamu itu. Sebab itu saya katakan, it up to you jika ingin beranggapan saya menghina Nabi Isa. Namun pada diri saya dengan berdasarkan kepercayaan saya, saya bukannya menghina Nabi Isa kerana agama saya sendiri melarang saya berbuat sedemikian. Yang penting di sini adalah niat masing-masing dan saya amat yakin Tuhan itu Maha Mengetahui bahawa setiap apa yang saya persoalkan berkenaan dengan kristian itu adalah demi untuk menyedarkan sesiapa yang benar-benar inginkan kebenaran, bukannya untuk menghina sesiapa.

Apa yang awak tahu pasal kepercayaan dalam agama orang yang mengikuti ajaran nabi Isa atau Kemasihianmelainkan awak hanya dengar spekulasi dan dakwaan sahaja.


Sebab itulah saya tidak terus kepada mempertikaikan mana-mana dakwaan orang kristian bahawa mereka adalah pengikut Nabi Isa, namun apabila saya telah membuktikan wujudnya kesalahan satatan dalam bible itu, maka barulah saya mempertikaikan dakwaan mereka itu dengan mempertikaikan keaslian dan kesahihan ayat bible itu sendiri. Ini kerana kelompok kristian mendakwa mereka pengikut Jesus dengan berpandukan kepada bible mereka. Justeru apabila kesahihan bible mereka itu dipertikaikan, makanya dakwaan mereka sebagai pengikut Nabi isa juga dipertikaikan kerana bersumberkan sesuatu yang tidak sahih. Justeru hakikatnya saya bukannya mendengar spekulasi atau dakwaan seperti mana yang kamu anggapkan, sebaliknya saya mengemukakan pembuktian. Pembuktian itu dikemukakan melalui bible kamu, dengan cara membuktikan kesalahan dalam bible kamu itu yang akhirnya membawa kepada mempertikaikan kesahihan ayat-ayatnya yang lain yang kamu gunakan dalam dakwaan kau.

Namun bagaimana pula dengan kamu? Apakah kamu dapat mempertikaikan secara pembuktian dengan ditinjau dari sudut kepercayaan Islam itu sendiri bahawa umat Islam itu adalah bukannya mengikuti ajaran Nabi Isa, Contohnya seperti mengemukakan bukti drp Al-Quran. Tidak! sebaliknya kamu hanya bersumberkan bible kamu untuk mengatakan sedemikian. Justeru itu ianya tidak memberi kesan kepada kami, umat Islam, kerana kami tidak mempercayai bible kamu. Justeru jika kamu mengemukakan bukti dengan mengutipnya daripada bible, maka dengan mudah kami mengatakan bahawa bible kamu itu yang tidak betul, bukannya dakwaan kami yang tidak betul.
Kamu nampakkah apa yang saya cuba sampaikan di sini?

Awak tak pernah menganuti ajaran nabi Isa baik dari aliran Ortodoks atau Sejagat atau yang Protestant yang baru wujud sekitar abad ke-16 M. Berapa banyak kahmazhab dan aliran yang terbentuk selepas pemergian dan kenaikan Isa al-Masihkepada Allah? Awak cuma nampak Gereja Barat sahaja? Gereja Suryani (orang Timur) awak pernahlihat dan pergi bersembang dengan orang Suryani dan Kaldani?


Itu hanya pendapat kamu. Tetapi pendapat saya sebaliknya. Bagi saya untuk menjadi pengikut ajaran Nabi Isa adalah dengan menjadi seorang Islam. Kerana Nabi Isa adalah utusan Allah, dan Nabi Muhammad juga adalah utusan Allah. Jadi apa yang diajar oleh Nabi Muhammad, maka itu juga yang diajar oleh Nabi Isa kerana mereka sama-sama utusan Allah. Justeru apabila saya mengikuti ajaran Nabi Muhammad, bermakna saya juga mengikuti ajaran Nabi Isa dan nabi-nabi lainnya.

Saya tak pernah pandang orang Eropah sebagai wakil kepadaajaran Masihi. Awak rasa saya sembah kepada nabi Isa kah? Nabi Isa bukan Tuhan saya, Tuhan saya Allah. Baginda adalah anak-Nya secara kerohanian sahaja. Saya berkepercayaanbahawa nabi Isa adalah orang yang mendapat hak memberikan syafaat kepada sayadengan keizinan Allah dan baginda merupakan seorang yang suci dan diselubungidengan keilahian serta roh kuddus kerana itu baginda membacakan Injil serta diberikan hikmah dan Taurat.


Awak tidak menganggap orang eropah sebagai wakil ajaran Masihi. Dan awak tidak menganggap Jesus sebagai tuhan. Jika demikian bermakna, bagi kamu apabila seseorg menganggap Jesus adalah Tuhan maka dia telah sesat kerana menganggap sesuatu yang bukan Tuhan iaitu Jesus (yang kamu anggap bukan Tuhan) itu adalah Tuhan? Itukah yang kamu ingin sampaikan?

Justeru awak pergi gereja mana? Di gereja itu, si paderinya pun tidak menganggap Jesus itu sebagai Tuhankah? Apa-apa pun saya menganggap ini adalah masalah dalaman kelompok kristian itu, kerana di satu pihak ada yang mendakwa Jesus Tuhan dan di satu pihak lagi ada yang menganggap Jesus bukan Tuhan.

Maka kamu menganggap Allah dan Jesus itu adalah individu yang berlainan dan terpisah? Justeru pada pandangan awak Jeus itu bukan salah satu keperibadian Bapa (Allah)? Justeru bagaimana pula dengan konsep trinity dalam hal ini jika pada pandangan awak Tuhan awak adalah Allah, dan bukannya Jesus. Sila jelaskan.

Apa-apa pun itu hak kamu untuk menentukan pilihan kamu. Saya tidak mahu komen kerana saya mempunyai pandangan tersendiri yang sesuai dengan pandangan Islam terhadap kelompok yang mempunyai kepercayaan seperti kamu iaitu tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan dan dalam masa yang sama tidak menganggap Nabi Muhammad sebagai seorang utusan Allah.

Apabilaawak semua mempersoalkan kami, maksudnya awak semua tak percaya dan beriman punkepada kitab Injil tak kisah lah Injil yang terseleweng ke Injil yang nabi Isatulis sendiri dengan tangan baginda. Sebab wahyu datang dari Allah dan nabi Isamenjadi medium. Orang yang mendapat wahyu dalam ajaran agama kami dipanggil dengan istilah diselubungi oleh Ruhul Kuddus.


Ini satu tindakan yang salah, kerana awak tidak boleh memaksa umat Islam untuk menerima pendapat kamu itu. Kami mempunyai pendapat yang lain iaitu bagi kami, Injil itu bukannya bible yang ada pada kamu itu. Ini kerana bagi kami, Injil itu adalah kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Isa, bukannya buku-buku yang terhasil daripada penulisan seseorang individu selepas pemergian Nabi Isa iaitu bible kamu itu. Justeru bagi kami, apabila kami mempertikaikan bible kamu, bukannya bermakna kami mempertikaikan Injil. Sila faham dengan baik. Justeru jika kamu ingin menganggap bible kamu itu sebagai Injil, maka saya tidak mempunyai sebarang halangan. Tetapi jangan pula kamu mengatakan kepada kami bahawa kami mempertikaikan Injil yang kami percayai sebagai wahyu Allah apabila kami mempertikaikan bible kamu. Itu adalah amat tidak benar kerana kami tidak berpandangan sedemikian.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 02:22 AM | Show all posts
Reply 603# sky_ephemeris

Sambungan....

Saya bagi analogi sahaja. Saya tak pernah buruk sangka katorang Islam mahu pun orang dari agama lain kerana saya tak pernah dakwahkan agama saya kepada orang.

Begitu juga jika kami mendakwahkan agama kami kepada kelompok non muslim, jangan juga kamu menyangka kami berprasangka buruk kepada kelompok non muslim itu. Jika kamu merasa tiada perintah untuk mendakwah kepada orang lain, tetapi kami pula merasa wujudnya tanggungjawab untuk mendakwah orang lain kepada agama kami. Ini kerana kami merasa kebenaran harus disampaikan kepada orang lain. Namun sama ada kebenaran itu diterima atau ditolak itu adalah pilihan orang lain tersebut. Tanggungjawab kami adalah hanya menyampaikan kebenaran. Namun begitu, suka saya memberitahu apa yang ada dalam kepercayaan Islam dalam hal ini. Sama ada kamu ingin mengambilnya sebagai renungan atau menolaknya, it up to you. Seperti kata kamu iaitu kamu tidak akan masuk Islam, it up to you. Bagi saya yang penting saya sudah menyampaikan. Ini kerana di alam abadi nanti setiap pilihan kita adalah akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita sendiri. Pilihan saya adalah sama ada ingin menyampaikan atau tidak ingin menyampaikan. Pilihan yang seharusnya dipilih adalah menyampaikan kerana ianya adalah diperintahkan oleh Allah dan rasulNya iaitu Nabi Muhammad. Dan saya telah memilih menyampaikan iaitu pilihan yang dituntut itu. Manakala pilihan kamu adalah menerima apa yang disampaikan atau tidak menerima apa yang disampaikan. Dan kamu telah memilih tidak mahu menerima apa yang disampaikan. So pilihan itulah yang akan dipertanggungjawabkan kepada kamu kelak. Ini just sebagai renungan. Seperti kata saya tiada masalah jika kamu tidak mahu menerima apa yang saya telah sampaikan ini sebagai renungan. Kerana ianya tidak memberi kesan kepada saya, kerana tugas saya adalah hanya mnyampaikan.

Saya sepatutnya dah menganuti ajaran nabi Muhammad sebab kamiorang Nasrani percaya bahawa kenabian tidak terputus macam orang Islam, nabi adalah orang-orang alim yang menerima wahyu dari Allah dan juga yang keluar wahyu dari mulutnya walaupun dia hanya mendapat wahyu tersebut dari sumber yang pertama.

Kamiberiman bahawa nubuwwat boleh turun kepada orang alim-alim yang dicintai oleh Allah sama sepertikepercayaan orang Yahudi.


Sikap "holier than thou" orang Islam sama seperti sikap orang Pharisee yang mencerca nabi Isa walaupun nabi Isa memberikan ucapan yang sebenarnya difahami salah oleh mereka dan dianggap menentang setengah adat (undang2 dan hukum fekah yang direkakan oleh para ulamak Yahudi). Maaf saya cakap. Tetapi atas sikap sebegini saya lihat pada orang Islam tak melambangkan apa2 retorik yang kamu sebutkan.Ssebegitu saya kembali semula kepadaajaran nabi Isa dan saya rasa cukup saya dengan perutusan dari Isa al-Masihanak-Nya yang terzahir rohnya dari Nur Ilahi...

hahaha...

Orang yang tidak mahu kepada kebenaran akan tetap tidak mahu kepada kebenaran walaupun mereka sudah mengakui apa yang disampaikan itu adalah suatu kebenaran.

Namun dipersilakan menggunakan alasan tersebut jika kamu yakin ianya dapat menyelamatkan kamu di alam abadi kelak. Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati setiap manusia ciptaanNya. Dan Allah yang Maha Mengetahui itulah nanti yang menentukan balasan kepada kamu sama ada balasan baik atau pun balasan buruk di atas piihan kamu. Jika kamu boleh menipu manusia, namun tetapi tiada siapa yang akan mampu menipu Allah.

Lebih-lebih lagi Allah telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk berfikir bagi memilih sama ada kebenaran atau kesesatan. Justeru kamu boleh berfikir sendiri sama ada tindakan kamu itu wajar atau sebaliknya. Itu juga akan dipersoalkan kepada kamu. Sediakanlah jawapan sedemikian jika kamu rasa kamu boleh menipu Allah. Ianya tiada kesan apa-apa pada saya, kerana saya hanya perlu menyampaikan sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 02:32 AM | Show all posts
Haha, siapa tidak tahu dengan orang-orang Barat? Hampir semua penganut kristian berada di sana. Tetapi akhlak majoriti daripada mereka tidak lagi mengikut ajaran Kristian. Ini bermaksud sudah terjadi kerosakan dalam Agama Kristian itu sendiri.
          Hakikat yang perlu diterima oleh penganut kristian ialah amalan perzinaan sudah menjadi budaya orang kristian. Ini sangat jelas di barat. Malah di Malaysia sendiri budaya perzinaan terlihat biasa terjadi di kalangan orang2 kristian. Ini adalah kenyataan. Cuma tidak banyak mendapat publisiti dari media. Kerana mungkin ia sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak perlu diheboh2 kan lagi. Apatah lagi usaha pencegahan tidak ada atau mungkin kurang dilakukan oleh pihak gereja menyebabkan anak2 remaja kristian tidak takut melakukannya.
               Saya tidak menafikan memang ia juga terjadi di kalangan remaja Islam. Tetapi kurang berbanding kristian. Ini adalah hakikat kerana mereka takut melakukannya kerana adanya usaha pencegahan. Iaitu Badan Pencegah Maksiat.
               Logiknya, ia berfungsi seperti Polis, cuma bezanya, Polis mencegah jenayah, BPM mencegah maksiat. Sekiranya tiada polis, sudah semestinya jenayah berleluasa, sama juga jika BPM tiada, pasti maksiat berleluasa di kalangan orang Islam. Maksud saya usaha pencegahan itu penting dalam Islam, seperti mana usaha mencegah JENAYAH.
              Bagaimana dengan pihak gereja? Terpulang. Itu hal kamu. Tapi tidak salah kalau dicadangkan agar pihak gereja juga menubuhkan BPM mereka sendiri. Sebagai usaha mencegah maksiat yang semakin berleluasa di kalangan orang2 kristian. Sekian.
_______
saya selalu menjelaskan bahawa orang Islam sangat menghormati Nabi Isa a.s seperti mana menghormati Nabi Muhamad s.a.w. Tetapi harus diperingatkan ajaran Nabi Isa a.s sama seperti Islam yang mengajar manusia untuk menyembah Allah SWT. dan mempercayai Nabi Isa hanya lah utusan semata-mata.
Jika saudara tidak menyembah Nabi Isa? apakah mahzab saudara? adakah sama seperti penganut kristian yang mempercayai Injil Barnabas?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2011 08:57 AM | Show all posts
Soalan susulan buat sky_ephemeris

1Kor. 8:6        namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.

IKor 8:6 menyebut "dan satu Tuhan saja iaitu Jesus Kristus"

So sebagai seorg kristian, apakah kamu tidak mempercayai ayat ini bila mana kamu tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan? Sebagai seorg kristian, apakah bagi kamu ayat dalam bible itu ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai? Perjelaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 08:59 AM | Show all posts
Saya sudah abptis di Gereja Ortodoks Saint Thomas lah...
Kami asal orang Catholic Nestorian lah...
Apa yang awak semua merapukan ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 09:02 AM | Show all posts
Bible Barnabas tu Bible orang Islam kah?
Saya ingat orang Islam kata Bible smua sudah terselewengkan
Maniskan mulut kata lah hormat nak suruh orang masuk agama Islam...
Sorry lah...
Tak berkesan...

Means catatan Quran yang ada dalam simpanan kamu pun bukan kitab suci lah...
sebab bagi saya kitab suci tu diwahyukan dalam hati para nabi...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:10 AM | Show all posts
1Kor. 8:6        namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.

IKor 8:6 menyebut "dan satu Tuhan saja iaitu Jesus Kristus"


Pandai awak terjemahkan teks bahasa Greek ke bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda awak sendiri kan

I Corinthian 8th

6 But to us there is but One God, the Father, of whom are all things, and we in Him, and in lord Jesus Christ, by whom are all the things, and we by him.

ini dari terjemahan kami orang Katolik Kaldani

6 Akan tetapi bagi kami hanyalah Satu Tuhan, yakni Bapa, yang dari-Nya tercipta segala sesuatu, dan kami tercipta (dan beriman) kepada-Nya, (dan kami beriman) kepada said Isa al-Masih, (yang kerananya tercipta) segala sesuatu (dan kami beriman) dengannya.  

IKor 8:6 menyebut "dan satu Tuhan saja iaitu Jesus Kristus"


Boleh2 nak paksa orang suruh jadi macam yang mereka fikirkan, mereka cuma tahu orang Nasrani sembah kepada manusia... kalau mereka baca selawat kepada Muhammad, keluarganya, dan ahli keluarga serta tawasul dengan orang alim minta air jampi mereka tak sembah pula kepada orang2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:12 AM | Show all posts
saiyid tu maknanya apa dalam bahasa Melayu?
awak tak panggil kepada ahlul bait awak tu sebagai Tuhan juga ke?
memang kuat menfitnah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by sky_ephemeris at 3-3-2011 09:15

sorry larh erusi awak taipkan terlalu panjang macam majalah pula...
saya malas nak baca benda2 merapu
saya di sini untuk bantu saudara saudari se-Masihi saya untuk hal2 terjemahan
kitab suci supaya iman mereka terhadap saidina Isa al-Masih akan lebih utuh, mereka boleh nampak betapa munafiknya kamu memfitnah, semoga Muhammad tak dimalukan oleh umat macam berfikiran buruk di depan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Amin
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 608# sky_ephemeris

Jawab pertanyaan saya dalam quoting di bawah.


Soalan susulan buat sky_ephemeris

1Kor. 8:6        namun bagi kita hanya ada satu Allah saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.

IKor 8:6 menyebut "dan satu Tuhan saja iaitu Jesus Kristus"

So sebagai seorg kristian, apakah kamu tidak mempercayai ayat ini bila mana kamu tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan? Sebagai seorg kristian, apakah bagi kamu ayat dalam bible itu ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai? Perjelaskan.


Dalam Islam tiada istilah bible Islam. Yang ada adalah kitab suci Al-Quran dan kitab suci yang lain yang berupakan wahyu daripada Allah kepada beberapa nabi, bukannya buku hasil tulisan daripada beberapa individu selepas ketiadaan para nabi tersebut.

Selebihnya seperti saya katakan, mana-mana pun pilihan you, it up to you. Kami tiada sebab nak mengampu sesiapa untuk menjadi seorang muslim. Jika seseorang itu menjadi seorg muslim disebabkan dia diampu oleh individu lain, maka hakikatnya dia tetap bukan sebagai seorang muslim. Kerana menjadi seorang muslim adalah kerana keyakinan yang kuat tanpa ragu-ragu terhadap kepercayaan tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, bukannya disebabkan oleh perkara lain. Apa yang kami harus lakukan adalah hanya menyampaikan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 610# sky_ephemeris

Saya bukannya terjemahkan sendiri, tetapi saya mengambil terjemahan LAI (Lembaga Alkitab Indonesia). Awak boleh rujuk di sini.
http://sabdaweb.sabda.org/search/?p=hanya+ada+satu+Tuhan&s=on

Jadi bermakna awak hanya mempercayai bible kaldani sahaja dan bukannya bible-bible yang lain tuh? Kenapa? Apakah bagi kamu bible-bible yang lain tu salah? Semua bible itu disandarkan sebagai kitab suci orang kristian. Justeru apa rujukan yang kamu gunakan untuk kamu mengesahkan bible kamu benar dan bible kristian yang lain itu salah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:26 AM | Show all posts
Saya beriman dengan I Corinthians tu...
apa masalahnya saya nak beriman dengan saidina Isa al-Masih (our master Jesus Christ)?
awak beriman dengan saidina Muhammad tu maksudnya awak sembah ke dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:27 AM | Show all posts
buku hasil tulisan daripada beberapa individu selepas ketiadaan para nabi tersebut.


istilah nabi kami bukan sempit macam istilah nabi Islam sebab kami percaya kepada kesucian roh, kalau ikut kamu, manusia tak ada sebarang roh pun  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 09:28 AM | Show all posts
kalau istilah nabi kami macam istilah kamu, saya sendiri pun takkan anggap Muhammad sebagai nabi tetapi hal berbeza pula berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:43 AM | Show all posts
Reply 616# genot

Saya beriman dengan I Corinthians tu...
apa masalahnya saya nak beriman dengan saidina Isa al-Masih (our master Jesus Christ)?
awak beriman dengan saidina Muhammad tu maksudnya awak sembah ke dia ke?


1Kor 8:6 yang mana satu? Yang menyebut Jesus sebagai Tuhan atau Jesus bukan Tuhan seperti yang dipercayai oleh si sky dalam bible katholik kaldaninya?

Tiada masalah untuk kamu beriman dengan Isa al-Masih. Namun apa ayat dan rujukan yang kamu gunakan dalam usaha kamu untuk beriman dengan Isa al-Masih itu? Bible? Jika demikian bagaimana kamu pasti ayat dan rujukankamu itu masih asli dan benar jika terbukti bible itu sudah terkandung kesalahan di dalamnya?

Saya beriman dengan Nabi Muhammad. Maksud "beriman" dalam acuan saya itu adalah mempercayai beliau sebagai utusan Allah yang mengajarkan kebenaran kepada manusia. Bukannya "beriman" itu bermaksud menyembah Nabi Muhammad, kerana ajaran Nabi Muhammad adalah kami harus menyembah Allah sahaja. Kerana Dia adalah Tuhan yang sebenar-benarnya.

istilah nabi kami bukan sempit macam istilah nabi Islam sebab kami percaya kepada kesucian roh, kalau ikut kamu, manusia tak ada sebarang roh pun


Ok, kamu merasakan istilah nabi kamu tidak sempit seperti istilah kami. Then itu pendapat kamu. Saya tiada masalah dengan pendapat tersebut. Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Cuma pertanyaan saya adalah daripada mana sumber rujukan kamu untuk kamu memperolehi istilah nabi kamu itu? Kamu merujuk bible? Jika demikian sila buktikan dahulu yang bible kamu itu 100% bersih daripada sebarang kesalahan untuk kamu mempastikan apa yang kamu rujuk daripada bible itu adalah masih asli danmasih benar? Saya telah membuktikan kesalahan wujud dalam bible dalam persoalan-persoalan yang saya kemukakan. Then sila nafikan pembuktian saya itu. Mari kita berdiskusi berkenaan dengan persoalan saya terhadap bible. Mahukah kamu?

Dan dalam kepercayaan Islam, manusia itu juga mempunyai roh. Tanpa roh, jasad akan dalam keadaan tidak bernyawa. Kecuali dalam keadaan yang diizinkan Allah sahaja. Justeru sila perbetulkan fahaman kamu berkenaan dengan kepercayaan Islam dalam perkara tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 09:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by kelvintew at 4-3-2011 22:02

Reply 618# erusi


Yayaya.... Very true... Islam is the onli truth... Agama Kristian semua guna bible yang corrupted.... Kristian tu ajaran sesak....
But still, we all love to be a christian and still we love our christian faith, and still we do involve ourselve to contribute to the society, we surrender our life to God/Allah the almighty to love Him with all our heart and to love His people on earth, have you? Muslim in name? So what? Have you done any good thing Mr. Erusi?

Bolehkah debat anda dapat anda menyerkati Allah? Will Allah happy with wat u have done? This is not a peace interaction but trying to insult our religion... We just dont believe in Mohammad becoz we have Jesus already....

To us, Jesus is the Lord, The Son of the Living God, we love you even though u r insulting as Jesus taught us to love one another....
Think by urself erusi, we respect u when we get ur respect... But we will not going to hate u even though u r hurting us, as Christianity taught me about LOVE....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 5-3-2011 00:58

Reply 619# kelvintew

Yayaya.... Very true... Islam is the onli truth... Agama Kristian semua guna bible yang corrupted.... Kristian tu ajaran sesak....
Yayaya.... Very true... Islam is the onli truth... Agama Kristian semua guna bible yang corrupted.... Kristian tu ajaran sesak....
But still, we all love to be a christian and still we love our christian faith, and still we do involve ourselve to contribute to the society, we surrender our life to God/Allah the almighty to love Him with all our heart and to love His people on earth, have you? Muslim in name? So what? Have you done any good thing Mr. Erusi?


Then it up to you jika kamu terus ingin menjadi seorg kristian. Ianya tidak menjadi sebarang permasalahan kepada saya, malah saya merasakan begitu lapang dada bila mana saya merasa tanggunjawab sudah ditunaikan semampu saya. Pada hakikatnya situasi yangtertimpa ke atas bible itu menyebabkan you sendiri tidak pasti apakah benar u menyerah diri kepada Allah seperti mana yang seharusnya dan seperti mana yang dikehendaki oeh Allah itu sendiri. You hanya membuat sangkaan dan tidak lebih daripada itu.

Mari kita fikirkan berkenaan dengan berberi sumbangan kepada masyarakat. Kamu tanyakan saya apakah saya ada berbuat kebajikan?memberi sumbangan? Bagi saya, menghulurkan sumbangan adalah sesuatu yang tidak perlu diperhebohkan kepada orang lain. Bagi saya, jika saya ada berbuat kebajikan, then biarlah saya dan Allah saja yang mengetahui kebajikan yang saya lakukan itu. Itu cara saya. Justeru saya rasa tidak perlu saya menjawab pertanyaan kamu kerana bukan cara saya untuk memaklumkan kepada orang lain sama ada saya ada melakukan kebajikan atau sebaliknya. Cuma saya yakin, walaupun saya tidak memaklumkan pada sesiapa, namun masyarakat di sekitar saya akan tetap dapat mengetahui apa yang saya lakukan.

Then seperti kata u, yang u tetap memberi sumbangan kepada masyarakat. Namun apakah itu mencukupi untuk menjamin kesejahteraan hidup di alam abadi kelak? Saya yakin u sendiri mengakui bahawa ianya masih tidak mencukupi. Berbuat sumbangan kebajikan tanpa iman terhadap Tuhan yang sebenar-benarnya, hanyalah perbuatan yang sia-sia disebabkan kekufuran pada Tuhan yang sebenar-benarnya. Cuba u fikirkan dari segi kepercayaan kristian kamu itu, jika seorang yang beragama Hindu atau Buddha atau Islam sendiri melakukan kebajikan kepada masyarakat, apakah itu akan menjamin kesejahteraan hidup mereka di alam abadi kelak? Pastinya kamu akan mengatakan tidak kerana mereka semua tidak mempercayai dan tidak menerima Jesus sebagai Tuhan. Justeru keimanan pada Tuhan yang sebenar-benarnya itu adalah yang paling utama dan mengatasi perlakuan berbuat kebajikan sesama masyarakat.


Bolehkah debat anda dapat anda menyerkati Allah? Will Allah happy with wat u have done? This is not a peace interaction but trying to insult our religion... We just dont believe in Mohammad becoz we have Jesus already....


Bagi saya, secara peribadi apa yang saya lakukan ini sememangnya dapat mendekatkan diri saya kepada Allah kerana ianya memperkuatkan lagi keimanan saya terhadap Allah apabila kebenaran Al-Quran itu semakin terserlah pada penglihatan saya. Will Allah happy with what i have done? Sudah tentu, seperti saya katakan saya bertanggungjawab menyampaikan kebenaran yang saya ketahui berkenaan bible, demi menyedarkan manusia yang benar-benar inginkan kebenaran kerana menyampaikan kebenaran itu adalah tanggungjawab bagi setiap muslim. Itu perintah Allah.
Bagi saya itu bukan tindakan menghina mana-mana agama, tetapi adalah tindakan menyedarkan manusia demi menuju kebenaran. Niat saya bukan menghina agama kamu, tetapi hanyalah menyampaikan kebenaran akan situasi yang tertimpa ke atas kepercayaan di dalam agama kamu itu.

We just dont believe in Mohammad becoz we have Jesus already....


Itulah perbezaan antara Islam dan kristian. Bagi kami, Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah seperti juga Nabi Isa (Jesus). Justeru itu kami harus percaya kepada Nabi Muhammad juga di samping percaya kepada semua para nabi. Kerana kami di larang menerima sebahagian para nabi dan menolak sebahagian para nabi yang lain.

To us, Jesus is the Lord, The Son of the Living God, we love you even though u r insulting as Jesus taught us to love one another....
Think by urself erusi, we respect u when we get ur respect... But we will not going to hate u even though u r hurting us, as Christianity taught me about LOVE....


Yes, saya amat mengetahui kepercayaan kamu terhadap Jesus. But apa yang saya pertikaikan adalah sumber yang kamu gunakan untuk kamu menyemai kepercayaan kamu itu terhadap Jesus. Namun demikian, saya dan umat muslim yang lain juga seperti kamu iaitu tiada rasa benci dan tetap menghormati kamu walaupun kita berbeza kefahaman dan kepercayaan. Itu juga adalah ajaran Nabi Muhammad dan Islam. Cumanya kami tegas, iaitu yang benar tetap kami katakan sebagai benar dan yang salah ianya tetap kami katakan sebagai salah, dan itu semua harus kami sampaikan demi menuju kepada kebenaran.
Ada satu riwayat menyebut Nabi Muhammad setiap hari menyuapkan makanan kepada seorang yahudi yang buta walaupun orang yahudi tersebut sering menyumpah dan mencerca beliau. Org yahudi berkenaan buta, maka dia tidak tahu bahawa orang yang dicerca itulah yang selalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Apabila Nabi Muhammad meninggal dunia, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah umat Islam. Justeru Saidina Abu Bakar melakukan semua kerja yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad ketika Nabi Muhammad hidup, termasuklah menyuapkan makanan ke dalam mulut orang yahudi yang buta itu. Namun perbezaan ketika suapan antara Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar dapat dikesan oleh orang yahudi yang buta itu, menyebabkan orang yahudi itu bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar "siapakah kau?". Saudina Abu Bakar menjawab " Akulah org yang selalu menyuapkan makanan kepada mu". Namun org yahudi berkenaan tidak mempercayainya. Ini kerana Nabi Muhammad melakukan suapan dengan cara yang lebih lembut dan dgn cara yang lebih disenangi oleh org yahudi tersebut berbanding dengan suapan oleh Saidina Abu Bakar. Ini menyebabkan Saidina Abu Bakar terpaksa memberitahu hal yang sebenarnya kepada org yahudi tersebut bahawa org yang selalu menyuapkannya adalah Nabi Muhammad iaitu org yang selalu dicercanya. Itulah contoh ajaran Islam about LOVE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069149 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list