CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: junkredish

All about ilmu pengasih/pemanis latest pengasih cenuai by wasntme

[Copy link]
Post time 28-11-2008 03:45 PM | Show all posts

Reply #150 hashimsamsul's post

Cantik ulasan tuan..

Tetapi kat sini ada sedikit persoalan....Beribadat seperti solat, zikir dan membac AlQuran  dengan ikhlas semata mata kerana Allah? sedangkan ada tujuan disebalik ibadah tersebut..eg tujuan- keduniaan atau akhirat (balasan syurga @ pahala)..kat mana ikhlasnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 03:52 PM | Show all posts

Reply #151 hantukiller's post

Ikhlas yang dimaksudkan ialah kita menujukan segala sesuatu hanya kepada Allah.Tuan doa la apa-apapun, yang penting ia ditujukan kepada Allah. Semua zikir-zikir permohonan juga, tujukan kepada Allah. Walau bagaimanapun, sesudah itu, pembahagian pahala adalah terletak di tangan Allah jua. Tak kisah la seburuk mana Tuan buat ibadah Tuan, tapi kalau pada mata Allah ia cantik, jadi, tetap juga akan diberikanNya pahala yang dijanjikan. Kalau Tuan buat seikhlas mana pun, ditakdirkan Allah tak nak beri pahala, apa lagi yang boleh dibuat.

Ikhlas bukan bermaksud tak boleh minta apa-apa, sedangkan dalam Quran pun Allah berfirman supaya kita meminta kepada Dia dan kepada siapa yang tak nak meminta, akan dicop sombong kepada Allah.

Jadi, kesimpulannya, ikhlas bagi saya, buat amal ibadat, dan permohonan, hanya kepada Allah sahaja..bukan untuk ditunjukan kepada orang, bukan untuk mendapat pujian-pujian..

Saya rasa x salah ditakdirkan terus berharap-harap, sebab doa tu sendirikan sebagai satu pengharapan???
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 03:59 PM | Show all posts
Kat sini aku nak share satu pengalaman...

Tahun lepas, aku merawat seorang pelajar sekolah kerana gangguan roh datuk dan jin...ringkas cerita, salah satu hari tu ada sekor jin islam termasuk dlm tubuh budak tu, so aku tanya, ko dari mana pulak? dia kata tu rumah sebelah (rumah sebelah tu ialah rumah pak sedara budak tu).  Aku tanya kenapa masuk.. dia kata sengaja..aku tanya balik ramai ke kat sebelah tu? di kata ramai sangat- beribu ekor jin islam) kebetulan pak sedara dia tu dok kat sebelah aku, so marah le dia.. dia kata pada jin  tu, sapa panggil ko? Jin tu dgn selamba jawab eh, engko le, tak kan tak tau...bila masa aku panggil?  eleh hari-hari ko panggil.. tu masa ko duduk kat tikar sembayang tu..bila ko baca je  seolah-olah kat alam jin tu ada seruan menarik kami.. jadi kami pun datangle kerumah engko dan dudukle kat situ jaga engko...

Nak tau sapa bapa sedara budak tu, dia kawan aku, dia jenis orang yg kuar berzikir dan sentiasa menjaga solat..lepas aku bunuh jin tu dan apa yang ada kat rumah member tu(rumah sebelah) aku tanya member tu..ko amal apa? dijawab mudah..aku tak ingat le ayatnye, tapi 1 ayat pendek dlm AQ (biasa digunakan untuk pendinding diri) dan aku pelik, tu ayat AQ, aku tanya balik apa tujuan ko amal ayat tu? dia jawab...mohon Allah beri perlindungan dan keselamatan....

cerita ini bukan rekaan,,,hanya secebis dari perbualan aku dgn jin...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:10 PM | Show all posts

Reply #152 hashimsamsul's post

Memang kita disuruh beramal dan berdoa kepada Allah..cuma selalunya niat utama atas tujuan tertentu...takut dosa, nak pahala, nak tu, nak ni...ini tiada ikhlas sebenar....Ikhlas sebenar ialah beramal kepada Allah tanpa memikirkan apapun ganjaran dari amal tsb, walaupun pahala dan syurga...tetapi doa minta syurga tu harus dilakukan tetapi tak semestinya diiringi dengan ibadat.. doa saja terus pada Allah...Ibadah juga begitu..jangan fikirkan apa-apa ...ibadah saja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:17 PM | Show all posts

Reply #153 hantukiller's post

Maksudnya jin tersebut tertarik dengan ayat suci Al-Quran tersebut. Pernah juga dalam Surah Jinn, yang mana jin tertarik mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang diperdengarkan oleh Rasulullah...

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!"

"`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. "

"Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. "

"`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran; "

"Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

"`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (Surah Al-Jinn 72:1-6)

Jadi di sini, bapa sedara tersebut sebenarnya bukan menyeru jin, dia berdoa kepada Allah, memohon kepada Allah,namun jin pula tertarik dengan bacaan tersebut, lalu datang kepadanya.

Tapi saya pelik juga dengan cerita Tuan, adakah Tuan pasti yang jin tu tak menipu dengan mengatakan dia datang kerana zikir bapa sedara tersebut??. Selalunya Jin Islam tidak akan ganggu orang..yang mengganggu tu jin kafir atau syaitan.

Lagi satu, boleh ke bunuh jin?. Kita tidak boleh bunuh jin, kita hanya boleh meminta kebenaran darinya untuk menyisih atau menyingkirkan dia dengan adab-adab tertentu. Tapi, seperti yang saya tahu, jin adalah tidak boleh dibunuh.

[ Last edited by  hashimsamsul at 28-11-2008 04:21 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 04:22 PM | Show all posts

Reply #153 hantukiller's post

biasanya klu beramal mmg byk menda yg akn tertarik. sbb tu sebaik2nya beramal dgn panduan guru, bkn main belasah je

pernah membe aku beramal selawat aurad muhammadiah. baru 2 ari dh nmpk jin berbulu setinggi pintu, demam gak la seminggu

sbnrnya lps tu dia cadang nk amal ayat panggil khadam jin, tp x jd ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2008 04:25 PM | Show all posts

Reply #155 hashimsamsul's post

Jin islam memang amat jarang mengganggu terutama merasuk manusia. tapi tak taulah mungkin rezeki aku hari itu dapat berbual dengannya...tapi kat sini aku confirmkan memang dia jin islam, begitu juga ribuan lagi yg kat rumah tu(sebab masatu aku nampak mereka)..

Bagaimanapun jin islam yg selalu mengiringi sesaorang sebagai pendamping (kelihatan amat waraknya) tetap juga mengganggu manusia..yg kerap dilakukan mereka ialah meniduri isteri dan anak perempuan orang yg didampingi mereka tanpa disedari..mereka(isteri) hanya mengalami mimpi ngeri dll ketika itu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by hantukiller at 28-11-2008 04:10 PM
Memang kita disuruh beramal dan berdoa kepada Allah..cuma selalunyaniat utama atas tujuan tertentu...takut dosa, nak pahala, nak tu, nakni...ini tiada ikhlas sebenar....Ikhlas sebenar ialah beramal kepadaAllah tanpa memikirkan apapun ganjaran dari amal tsb, walaupun pahaladan syurga...tetapi doa minta syurga tu harus dilakukan tetapi taksemestinya diiringi dengan ibadat.. doa saja terus pada Allah...Ibadahjuga begitu..jangan fikirkan apa-apa ...ibadah saja.


Memikirkan ganjaran tersebut hanyalah motivasi sahaja memandangkan kita pun x tahu sama ada Allah terima atau tidak kita punya amalan. Saya rasa ikhlas kepada Allah sangat susah, sebab kalau Tuan tengok, kekadang ia adalah sesuatu yang mustahil. Kadangkala, sekalipun Tuan beribadah, dan kemudiannya tidak meminta apa-apa, tetapi, tetap untuk hidup, Tuan memerlukan segala sokongan daripada Dia. Jadi, hendak atau tak hendak, Tuan telah mengambil nikmat Dia, yang Dia berikan kepada Tuan. Jadi, bila Tuan terima, adakah itu maknanya Tuan tidak ikhlas?.Atau, Tuan hanya beribadah, dan kemudian Tuhan berikan kesusahan, maka takkan Tuan tak nak meminta kepadaNya. Adakah Tuan akan mampu tanpa meminta apa- apa kepadanya?. Hendak atau tidak, beribadahlah sepuas hati dan seikhlas hati Tuan, akhirnya Tuan akan tetap meminta dan mengharapkan kurnia dariNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 04:33 PM | Show all posts

Reply #158 hashimsamsul's post

Betul lah tu, itulah namanya berdoa dan mengharap terus kepadaNYA....

yang menjadi persoalan asal tadi ialah beribadat untuk doa dimakbulkan..tu yang jadi tak ikhlas tu ibadahnya...bukan doanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 28-11-2008 04:22 PM
biasanya klu beramal mmg byk menda yg akn tertarik. sbb tu sebaik2nya beramal dgn panduan guru, bkn main belasah je

pernah membe aku beramal selawat aurad muhammadiah. baru 2 ari dh nmpk jin berbulu setinggi pintu, demam gak la seminggu

sbnrnya lps tu dia cadang nk amal ayat panggil khadam jin, tp x jd ler


Saya rasa mungkin kawan Puan/ Tuan tersalah baca kot?.Kadangkala dalam keilmuan sebegini, Allah akan turunkan dugaan (berdasarkan yang diberikan oleh Tuan Guru saya).

Allah akan uji seseorang itu dengan kesusahan atau kesenangan semasa dia mengamalkan amalan-amalan tersebut, supaya insyaAllah Dia boleh berikan sesuatu yang lebih baik. Kalau diduga kemudian berhenti, maknanya kita akan menjadi orang yang merugi, dan kalau diduga, tapi bertekad, maka kita akan menjadi orang-orang yang beruntung.

Memang benar, perlu ada orang yang boleh berikan tunjuk ajar. Supaya pengamalan tersebut tidak memesongkan. Lihat pada niat kawan Puan / Tuan tu..awal-awal lagi dia dah niat benda tak baik.bagaimana keberkatan tu mahu datang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by junkredish at 28-11-2008 04:22 PM
biasanya klu beramal mmg byk menda yg akn tertarik. sbb tu sebaik2nya beramal dgn panduan guru, bkn main belasah je

pernah membe aku beramal selawat aurad muhammadiah. baru 2 ari dh nmpk jin b ...

Disini dapat gambaran mudah dan jelas...Amalan selawat muhammadiah....diamalkan atas ganjaran dari amalan selawat tsb...tiada kerana Allahnya....kalau adapun sikit sangat..sebab teramat banyak yang mengajar sesuatu amalan kerana ganjaran dari amalan tersebut...bukan mencari keredhoan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:44 PM | Show all posts
Apa-apapun aku mohon faaf kalau terkasar bahasa atau menyinggung sesia yg melayari tread ini... aku cuma ingin membuka sedikit minda kita....tu aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 04:48 PM | Show all posts
sya kira niat kwn sya tu baik, walaupun lebih bersifat keduniaan. dia asalnya mahukan khadam jin, sbb tu dia belaja ayat memanggil khadam jin. cuma x smpt amal yg itu (ayat khadam) sbb bila baru aja amal selawat aurad muhammadiah, nmpk jin pon dh nk pengsan, camne nk ada khadam
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:53 PM | Show all posts

Reply #159 hantukiller's post

Saya tidak berani komen sebenarnya benda ni, kerana saya tidak berapa handal hendak menjawabnya.Perbincangan mengenai ini saya rasa ada dalam RSF. Nanti saya pastekan di sini linknya dan Tuan boleh baca pandangan..sememangnya kadangkala, secara amnya, ibadat juga dapat menentukan pemakbulan doa seseorang. Sebab dengan beribadahlah yang semata-mata kerana Allah, akan naik darjat dan dekat dengan Tuhan (InsyaAllah) dan ini akan memudahkan doa tersebut semakin mudah didengar.

Kerana itulah Allah pernah berfirman dalam Hadis Qudsi,dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, akan kasihlah Allah kepada kita dan sekaligus memudahkan pemakbulan doa..

Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis Qudsi : Maksudnya : "Dan seorang hamba akan sentiasa mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya." Riwayat Bukhari

Ada lagi kesinambungannya..nanti saya carikan,InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by hantukiller at 28-11-2008 04:41 PM

Disini dapat gambaran mudah dan jelas...Amalan selawat muhammadiah....diamalkan atas ganjaran dari amalan selawat tsb...tiada kerana Allahnya....kalau adapun sikit sangat..sebab teramat banyak  ...


Benar, dia memulakan niatnya pun dah tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 04:58 PM | Show all posts
Dari Abu Hurairah RA. Berkata: Nabi bersabda: 揝esungguhnya Allah SWT berfirman: Siapa yang memusuhi waliKu, maka Aku isytiharkan perang padanya. Tidak seorang pun yang dekat kepadaKu dengan suatu amalan wajib yang Aku sukai dan tidak seorang pun dari hambaKu yang dekat kepadaKu dengan amalan sunnah sampai Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, dan Aku akan menjadi pandangannya untuk melihat, dan aku akan menjadi tangannya yang dipakai untuk memegang dan Aku pun akan menjadi kakinya untuk berjalan. Maka apa-apa yang dia minta padaKu, nescaya akan Ku berikan permintaannya dan jika dia meminta perlindungan dariKu maka Aku akan lindungi dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #163 junkredish's post

mungkin itu khadam yang dia nak sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:25 PM | Show all posts
Salam tuan-tuan, menarik perbincangan....

Maaf saya pun nak menyampuk walaupun tak dijemput....

ada beberapa kemyskilan

1.  Apa hukumnya membunuh jin.
2.  sejauh mana kebenaran khadam ayat? dan
3.  kalau ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan apa sebenarnya yang diamalkan dalam aurah muhamadiah?

Percaya dan ikhlas dalam ibadah belum cukup... baru rububiyah
To sami hindu dan budha pun percaya pada Tuhan dan ikhlas beribadat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 05:30 PM | Show all posts

Reply #169 kupia's post

Tuan, saya menunggu Tuan sebenarnya.Tuan, tidak silap saya, Tuan pernah mengatakan dalam post Tuan, bahawa kita tak boleh bunuh jin.Tapi saya tidak dapat cari post itu. Mungkin Tuan boleh menerangkannya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.105211 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list