CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

dak pompuan 3thn mati kena DERA!!

  [Copy link]
Post time 11-1-2011 08:00 AM | Show all posts
moga arwah dicucuri rahmat olehNya......bangang tol laa siapa yg mendera budak nie...tak de akal ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 08:02 AM | Show all posts
yg mak dia tak jaga apsal? anak dh mati, nak pengsan2 bagai....takde makna...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:04 AM | Show all posts
aku doakan mak tiri n bapak arwah adik ni mati dlm keadaan yang terseksa yg amat.....biar mati mata celik jer......kuang asam betol...apela budak 3thn tau...yg didera....sedih+sayu jer aku tgk gambar arwah adik nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:07 AM | Show all posts
Ibu luluh dapat peluk jasad selepas 3 bulan tak bertemu

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.
Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.
Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:08 AM | Show all posts
Reply  amazed
awal tahun dah ada berita menyedihkan...kenapa dibagi anak kecik tu pada ibu tiri..anak perempuan biasanya kan ibu kandung yangbela...sanggup pulak maknya bagi anaknya dibela oleh ayah...
sakit hati baca cerita ni....
innalillah....takziah...
noor2 Post at 10-1-2011 20:48


ayah budak2 ni paksa kot noor
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:18 AM | Show all posts
tu yg pelik nape la depa2 ni x dok ngan mak kandung sendrik...
sian la haiii...smpi berpuloh2 kesan lebam...pe la daya dak tu nk lawan...
mmg lahanat la mak tiri tuh...wujud lg rupanya mak tiri ala2 bwg merah ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2011 08:23 AM | Show all posts
al fatihah..
hilang dah siksa arwah..
masa untuk pembalasan si pendera pendera ni pulak:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:26 AM | Show all posts
hmm lps adik safiah...ada laaaagi org buat keje ni.....bila nk kuar muka diorg tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 08:27 AM | Show all posts
mak tiri bwg merah pon xsmpai tahap bunoh....ini mak tiri mental rosak...dh la rampas laki org...xreti2 nk jg ank tiri kecik2 semua tuuuu....hiiiiiii gerammmmmmmmm:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:28 AM | Show all posts
Bukan salah mak dia..jgn terus hukum dan mengata.kutuk..td ada baca dalam paper, mak dia x jumoa ank2 dia ni...keciannye..sedih kan..perasaan seorang ibu bila tau ank didera hingga meninggal..semoga arwah dapat doakan mak dia d sana ..pada bapak tu..jgn hanya pikir seronok ngn bini abru..now rasakan ..patut dua2 ni kena hukuman yg setimpal..

Alfatihah..semoga anak ini tenang di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:28 AM | Show all posts
rumusan kronologi kes ni:

1. asalnya slps berpisah, anak2 tinggal dgn Razali (bapa kpd ibu kandung mereka, iaitu si datuk)
2. bila kes dlm proses mahkamah, si bapa bawak lari anak2 dr rumah si datuk (bapa mertuanya)...sebaik kawen dgn si ibu tiri
3. ibu kandung mencari..stlh 3 bulan baru dpt berita..kematian anak.

cepat sungguh si ibu tiri bertindak dlm cubaan "mematikan" budak2 tu. dlm masa bbrp bulan je. hukum mati kedua2nya. si bapak sama je bersubahat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:40 AM | Show all posts
Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
almari_buruk Post at 11-1-2011 05:13


Bangsat2......giler
Sula itu perempuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:43 AM | Show all posts
Astaghfirullahalazimmmmmm...


takde belas kesian betol laaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:44 AM | Show all posts
apasal mak betul dia tak jaga sendirik, apasal kasi kat mak tiri ?.  Biasa mak yang jaga ekkk
ladyxez Post at 10-1-2011 20:36


....mungkin mak bdk tuh tak mampu nak jaga...atau bapa dia nak jaga sbb nak elak bayar nafkah kat mak budak tuh kalu beka isteri jaga semua.....


tak semua mak yg akan jaga lps cerai....adalah alasan mereka yg kita tidak tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:45 AM | Show all posts
rumusan kronologi kes ni:

1. asalnya slps berpisah, anak2 tinggal dgn Razali (bapa kpd ibu kandun ...
bezita60 Post at 11-1-2011 08:28


dah taknak jaga buat apalah didera...hantar jek balik ke umah datuknya....
nih kes nak elak bayar nafkah la nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:49 AM | Show all posts
biar ibu tiri  & bapak from hell tu kena hukuman yg setimpal...
apa perasaannyer ye, dapat belasah budak umur 3 tahun sampai mati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2011 08:50 AM | Show all posts
73 kesan cedera ....ya Allaah...seksanya arwah...Al Faatihah....ada ank lelaki pon yg kena dera tp selamatkan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:50 AM | Show all posts
"Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin."
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:50 AM | Show all posts
Semelih jer org yg dera budak nie........

Bodoh ker, tak de pala tak........budak dipukul2..........
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 08:52 AM | Show all posts
yg bapak dia pun, dah tahu kawin dgn iblis betina sapa suruh pi culik anak sendiri n serah kat iblis tu jaga. mmg nak suruh maut lah tu

dari malam tadi aku dah mengomel bila dgr citer ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071437 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list